Anda di halaman 1dari 4

TV LED yang kita kenal pada masa kini memiliki LCD (Liquid Crystal Display) panel dibahagian

depan dan sumber pencahayaan di bagian belakang. LCD panel biasanya tidak memancarkan
cahayanya sendiri. Ia memerlukan sumber cahaya khusus untuk menghasilkan gambar.
Sumber cahaya yang diletakkan di belakang panel LCD ini di kenal dengan istilah backlight.
Ada dua jenis backlight yang digunakan, iaitu:

- CCFL (Cold Cathode Fluorescent Lamp; lampu fluoresen katod sejuk)


- LED (Light Emitting Diode; dioda pemancar cahaya)

TV LCD pertama kali menggunakan CCFL sebagai backlight nya. Dan pada perkembangan
selanjutnyanya TV LCD menggunakan LED sebagai backlight nya yang hasilnya lebih baik
daripada menggunakan CCFL. Sebenarnya ada satu lagi teknologi backlight pada LCD panel
selain CCFL dan LED, iaitu EL (Electro-Luminescent) backlight, namun kerana banyak
kekurangannya berbanding CCFL dan LED, teknologi ini kurang diminati, cuma harganya saja
yang sangat murah.

TV LCD yang menggunakan LED sebagai backlight nya dinamakan TV LED. Jadi sebenarnya
TV LED yang kita kenal sekarang ini adalah TV LCD juga. Hanya beza pada backlight yang
digunakan. Dan untuk lebih pratikalnya, TV LCD yang menggunakan CCFL sebagai backlight
nya dikenal dengan nama TV LCD saja, sedangkan TV LCD yang menggunakan LED sebagai
backlight nya dikenal dengan nama TV LED.

Jenis-jenis TV Led.

Jenis TV LED ini dibezakan berdasarkan kedudukan backlight nya dan ada tidaknya
penggunaan teknologi apa yang disebut dengan Local Dimming (peredupan local). Local
Dimming ini adalah teknologi yang di gunakan pada sebahagian TV LED untuk meningkatkan
nisbah kontras gambar sehingga gambarnya jadi lebih tajam. Teknologi ini berfungsi dengan
cara meredupkan satu atau sekelompok LED di sekitar area dimana diperlukan gambar yang
gelap sehingga gambar menjadi lebih gelap lagi.

Berdasarkan kedudukan backlight dan local dimming, TV LED dibahagi kepada:


1. Direct-Light LED TV.
Ini adalah jenis TV LED yang menggunakan LED di seluruh permukaan sisi belakang panel.
Biasanya jenis TV LED ini lebih tebal dari jenis Edge-Light TV. Mempunyai kualiti gambar yang
hampir sama dengan TV LCD CCFL dan level gelap (black level) hampir sama dengan TV
Plasma. Jenis ini disebut juga Full Array LED TV kerana terdapat LED backlight di seluruh
permukaan sisi belakang panel. Jenis ini diilustrasikan dengan gambar berikut.

2. Edge-Light LED TV.


Jenis ini hanya mempunyai backlight LED di sekeliling tepi panel sahaja. Dengan meletakkan
sejumlah LED hanya di sepanjang tepi luar panel sahaja, pengeluar boleh menghasilkan TV
LED yang lebih tipis.
Kedudukan LED ini, biasanya akan membuatkan kelihatan sisinya lebih cerah berbanding di
tengah-tengah TV jika kita menonton di bilik kurang bercahaya. Walaupun tahap kegelapan
dikurangkan. Tetapi secara keseluruhannya kualiti gambar adalah sama dengan TV CCFL LCD.
Gambar rajah dibawa menunjukkan TV LED jenis Edge Light:-
3. TV Led dengan Local Dimming.
Beberapa TV LED (samada jenis Edge-Light atau Direct-Light/ Full Array) menggunakan Local
Dimming untuk meningkatkan qualiti gambarnya. Ini bermaknanya setiap kumpulan LED atau
sebahagiannya dapat dimalapkan atau diterangkan secara berasingan. Biasanya teknologi
Local Dimming ini banyak dipergunakan pada TV LED jenis Direct-Light.Penggunaan teknologi
ini menghasilkan tahap kegelapan yang lebih dalam dibandingkan dengan TV LCD CCFL.
Berikiut ialah contoh teknologi local dimming pada TV LED jenis Direct-Light
Dari gambar diberi kite boleh melihat bahawa LED di sekitar tulisan ON untuk meningkatkan
kecerahan, manakala LED di luar tulisan dalam keadaan OFF untuk meningkatkan tahap
kegelapan pada skrin.

Ada juga TV LED jenis Edge-Light yang menggunakan teknologi Local Dimming. Ia digelar
sebagai "micro dimming". Namun hasilnya adalah tidak baik seperti teknologi Local Dimming
yang digunakan pada TV LED jenis Direct-Light/Full Array.

Note.
Kos pengeluaran yang tinggi TV LED Direct-Light membuatkan pengeluar memberi lebih
tumpuan kepada TV LED Edge-Light. Bagi jenis Direct-Light LED perlu disusunkan pada
seluruh permukaan panel belakangnya. Dan ia bermakna semakin tinggi ukuran/resolusi
skrinnya, semakin banyak LED perlu diperlukan. Oleh sebab itu, banyak pengeluar TV memberi
lebih tumpuan kepada teknologi Edge-Light. Disamping itu, teknologi Edge-Light juga memliki
kelebihan seperti panel paparan yang lebih tipis yang menjadikannya lebih ringan dan
mempunyai kelihatan lebih elegan serta kurang penggunaan kuasa

Anda mungkin juga menyukai