Anda di halaman 1dari 26

DATA COMMUNICATION

 Pertukaran atau pemindahan maklumat dalam bentuk


digit terkod ( 0 dan 1) antara dua peranti elektronik.

 Di bahagian sumber dan destinasi, data dalam bentuk


digital; namun, semasa penghantaran ia boleh berada
dalam bentuk digital atau analog.
 Mesej - Maklumat data yang hendak dipindah. Contoh:- Teks,
nombor, audio, video dsbnya.
 Penghantar (Sender) : Peranti yang menghantar mesej. Contoh:-
komputer, workstation, telefon bimbit, video kamera dan
sebagainya.
 Penerima: Peranti yang menerima mesej. Contoh:-
komputer,Workstation, telefon bimbit, kamera video atau
televisyen dll.
 Medium: Medium penghantaran yang membolehkan mesej
bergerak dari penghantar ke penerima. Contoh:-twisted pair
cable, coaxial cable, kabel fiber optik atau gelombang Radio.
 (v) Protokol: Protokol adalah satu set peraturan yang mengawal
komunikasi data. yang membolehkan komunikasi dan pertukaran
data antara komputer dalam rangkaian seperti internet. Tanpa
protokol, dua peranti mungkin disambungkan tetapi tidak dapat
berkomunikasi.
 Simpleks
› Maklumat boleh dihantar dalam satu hala sahaja.
› Contoh:- Monitor dan keyboard.
 Separuh Dupleks
› Maklumat dihantar dalam dua hala tetapi tidak
pada masa yang sama.
› Contoh:- Wakie Talkie
 Dupleks Penuh
› Maklumat boleh dihantar dalam dua hala secara
serentak.
› Contoh:- Rangkaian Telefon.
 Semua bit-bit bagi suatu aksara terkod akan
dihantar secara serentak.
 Memerlukan kabel yang banyak.
 Maka, kos pembinaan tinggi.
 Oleh itu hanya sesuai untuk jarak yang
dengan.
 Kadar penghantaran data tinggi.
 Sukar untuk mengesan talian yang rosak.
 Contoh:- Sambungan antara komputer ke
printer, monitor atau keyboard.
 Semua bit-bit bagi suatu aksara akan
dihantar satu per satu melalui satu kabel.
 Kos murah.
 Sesuai untuk penghantaran jarak jauh.
 Mudah mengesan rosak
 Kelajuan kadar penghantaran data lambat.
 Contoh:- Sambungan antara komputer ke
komputer baisanya menggunakan talian
telefon.
 Mempunyai teknik penghantaran sendiri.
i. Teknik Tak Segerak – terdapat bit mula dan bit
henti/akhir.
ii. Teknik Segerak – Penghantaran berbentuk blok
dalam satu masa.
 Setiap teknik penghantaran yang
digunakan akan ditentukan oleh:
a) Samada klok-klok penghantaran dan penerima
tidak sama antara satu sama lain (tak segerak)
b) Samada klok-klok penghantar dan penerima
disegerakkan (segerak).
 Data yang dihantar terdiri dari satu aliran/
rangkaian aksara-aksara.
 Tempoh penjanaan setiap aksara adalah
berbeza – beza.
 Setiap aksara akan dihantar secara bebas.
 Penerima akan membuat proses
penyegerakan pada permulaan setiap
aksara baru yang diterima.
Ia menggunakan satu bit mula untuk penerima mengenal
pasti permulaan aksara dan 1, 1.5 atau 2 bit berhenti untuk
tanda akhiran aksara. Aksara terdiri dari 5 hingga 8 bit – bit
data dan 1 bit pariti untuk mengesan ralat.
 Proses penyegerakan dalam
penghantaran tak segerak terbahagi
kepada tiga kaedah:
› Penyegerakan bit
› Penyegerakan aksara
› Penyegerakan frama/rangka
 Rangkaian - satu set peranti (sering disebut
sebagai nod) yang disambungkan oleh talian
penghantaran.

 Node - komputer, pencetak, atau mana-mana


peranti lain yang mampu menghantar dan /
atau menerima data yang dihasilkan oleh nod
lain pada rangkaian.

 Talian penghantaran - kabel, udara, gentian


optik, atau mana-mana medium yang boleh
merambatkan isyarat yang membawa
maklumat.
MODEM
• Ringkasan dari Modulator dan
Demodulator
• Kedua-dua fungsi pemodulatan
dan penyahmodulatan terdapat
dalam modem.
• Ketika mod penghantar, modem
menerima data digital dan
menukarkan kepada analog
untuk memodulatkan isyarat
pembawa.
• Dibahagian penerima pembawa
dinyahmodulatkan untuk
mendapatkan isyarat asal.
HUB

• Hub merupakan
perkakasan rangkaian
yang menyediakan“
central connection point"
untuk penyambungan
kabel daripada stesen
kerja, komputer
pelayan(servers), dan lain-
lain perkakasan rangkaian.
SWITCH

• Peranti perkakasan kecil yang


menyambungkan banyak komputer
dalam satu rangkaian kawasan
tempatan (LAN).
• Rangkaian Suis kelihatan hampir sama
dengan hab rangkaian, rangkaian
suis mampu memeriksa paket data
yang diterima, menentukan sumber
dan destinasi setiap paket.
• Mesej dihantar ke peranti yang
disambungkan sahaja.
• Menawarkan prestasi yang lebih baik
daripada hub.
BRIDGES

• Jambatan/Bridges digunakan untuk menghubungkan


dua LAN yang sama protokol komunikasi/ alamat.
• Bridge berkeupayaan menapis data agar data yang
dialamatkan kepada LAN berkenaan sahaja yang
melaluinya.
• Dengan kaedah ini bridge dapat mengurang trafik
didalam LAN.
• Bridge menjadikan dua LAN yang disambung menjadi
satu rangkaian(mempunyai nombor rangkaian yang
sama).
ROUTERS
• Digunakan untuk menghubungkan antara LAN yang
mempunyai protokol komunikasi/ alamat rangakaian
yang berbeza.
• Ciri-ciri router adalahseperti berikut:-
• Router boleh menentukan laluan mana yang terbaik
untuk dilalui sekiranya terdapat lebih daripada satu
laluan.
• Router hanya perlu mengetahui rangkaian yang dilalui
sahaja berbeza dengan bridge yang perlu mengetahui
semua alamat nod yang ada dalam rangkaian.
REPEATERS

• Peranti yang berfungsi untuk


menambahkan jarak atau luas rangkaian.
• Berfungsi untuk menguatkan isyarat yang
lemah dan menghantarnya kembali.
Tetapi tidak berupaya memahami isyarat
tersebut.
LAN (Local Area Network)
Rangkaian Kawasan Setempat
• Rangkaian yang terhad kepada kawasan yang
kecil seperti meliputi sesebuah bangunan,
kawasan sekolah, rumah, pejabat atau
kampus.
MAN (Metropolitan Area Network)
Rangkaian Kawasan Metropolitan

• Rangkaian yang meliputi kawasan yang lebih luas


iaitu kawasan metropolitan seperti kawasan bandar.
• Beroperasi dengan gabungan sekolah-sekolah,
bangunan, pejabat di sesuatu kawasan.
• Biasanya melibatkan gabungan LAN.
WAN (WideArea Network)
Rangkaian Kawasan Luas

• Rangkaian yang meliputi kawasan geografi yang


luas seperti antara negeri atau negara.
• Melibatkan kombinasi media yang pelbagai
seperti internet, talian telefon, satelit dan media
penghantaran lain.
Senibina rangkaian adalah reka bentuk rangkaian komputer dan sistem
komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan

PEER – TO – PEER (Rakan ke Rakan)


•Semua komputer dalam rangkaian bertindak sebagai pengguna dan pelayan.
•Semua komputer berupaya mencapai fail yang terdapat pada komputer lain
dan menyediakan fail untuk dicapai komputer lain.
•Tiada komputer khas yang mengawal rangkaian dan sumber.
•Semua komputer dalam rangkaian mempunyai keupayaan yang sama dalam
mengirim, terima dan proses fail.
•Kekurangan – prestasi akan menurun apabila pengguna bertambah.

Client-Server (Pengguna ke Pelayan)


•Terdiri daripada satu komputer yang bertindak sebgai pelayan (server) dan
komputer lain bertindak sebagai pengguna (client).
•Pelayan (server) – komputer yang dikhaskan untuk menjalankan satu atau lebih
perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pengguna komputer lain dalam
rangkaian. Contoh perkhidmatan pelayan adalah seperti pelayan pangkalan
data, pelayan fail, pelayan mel, pelayan cetakan, pelayan web, pelayan
permainan, atau beberapa jenis lain pelayan.
•Pengguna (Client) – komputer yang mengakses dan meminta perkhidmatan
daripada pelayan (server)

Anda mungkin juga menyukai