Anda di halaman 1dari 53

TEKNOLOGI

KOMUNIKASI
PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI
KOMUNIKASI
Bagaimana anda semua mahu menghantar data/maklumat
kepada seseorang di suatu tempat yang jauh dari anda?
Jika maklumat yang dihantar merupakan suara anda,
bagaimana untuk memastikan apa yang anda perkatakan dapat
difahami oleh rakan anda?
Apakah sumber dan teknologi yang ada disekeliling anda yang
dapat membantu anda?
PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI
KOMUNIKASI
Sejarah teknologi komunikasi:
PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI
KOMUNIKASI
Komunikasi - Proses pertukaran maklumat dari satu lokasi
(sumber) ke lokasi yang kedua (destinasi).
Contoh-contoh komunikasi zaman dahulu seperti asap,
bendera, gendang, geduk dsb.
Teknologi komunikasi - Teknologi yang digunakan untuk
menghantar maklumat pada jarak yang jauh dengan cara
elektronik. Melalui cara ini tenaga maklumat ditukarkan
kepada tenaga elektrik , gelombang elektromagnetik dan
cahaya dengan menggunakan transduser yang sesuai.
PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI
KOMUNIKASI
Contoh-contoh komunikasi zaman sekarang seperti
telegrafi, telefoni, faksimili, radar, radio bergerak, sistem
satelit, gelombang mikro dan sebagainya.
Elemen Asas
Untuk membolehkan berlakunya sistem telekomunikasi,
tiga perkara asas diperlukan : 
a) Pemancar (Tx)
b) Penerima (Rx)
c) Media Penghantaran
Gambarajah Blok Sistem Komunikasi

Sumber – Bunyi, suara, data, gambar dsb.


Tranduser Masukan - menukarkan isyarat masukan ke bentuk elektrik. Contoh:
mikrofon.
Pemancar - menukarkan isyarat sumber ke bentuk yang sesuai untuk media
penghantaran.
Medium Penghantaran - menghubungkan pemancar dengan penerima.
Penerima - menghasilkan semula isyarat mesej dalam bentuk elektrik.
Tranduser Keluaran - menukarkan isyarat yang dalam bentuk elektrik kepada isyarat
asal yang boleh digunakan oleh pengguna. Contoh: speaker (pembesar suara).
Jenis-Jenis Rangkaian Telekomunikasi

 LAN ,WAN , MAN


 Rangkaian telefon
 Rangkaian selular
 Sistem komunikasi polis dan kebakaran
 Rangkaian penghantaran teksi
 Kumpulan pengatur radio amatur
 Rangkaian penyiaran
Teknik Penghantaran Isyarat
Simplex System
 Hanya membenarkan perhubungan berlaku dalam
sehala sahaja.
 hanya penghantar boleh menghantar maklumat dan
hanya penerima yang dapat menerima maklumat
tersebut.
 Contoh : Sistem penyiaran radio dan televisyen.
Teknik Penghantaran Isyarat

Half Duplex System


 Membenarkan perhubungan berlaku dalam dua hala,
tetapi dalam masa yang berbeza.
 Contoh : Walkie talkie.
Teknik Penghantaran Isyarat

Full Duplex
 Membenarkan perhubungan dua hala, serentak dalam
satu masa.
 Contoh : Sistem telefon, sistem komputer
Teknik Penghantaran

HALF - DUPLEX FULL - DUPLEX


•Lebar jalur , bilangan wayar atau •Memerlukan dua kali lebih jalur lebar
saluran isyarat yang terhad
•Pengguna berkongsi lebar jalur atau •Pengguna tidak perlu menunggu
wayar yang sama tetapi pada masa yang untuk giliran
berlainan
•Digunakan apabila terdapat keperluan •Lebih mudah dan lebih cekap untuk
untuk aliran maklumat 2 arah digunakan dalam sistem komunikasi
Istilah-Istilah Dalam Sistem
Komunikasi
 FREQUENCY

 Bilangan kitaran lengkap dalam I saat.


 unit Hz, KHz dan seterusnya.

Untuk dapatkan nilai frekuensi (f) :

f = 1/T
T = masa untuk 1 kitaran lengkap.
Istilah-Istilah Dalam Sistem Komunikasi
 Tempoh

 masa yang diambil untuk 1 kitaran lengkap


 unit saat (s), ms, µs dsb.

 Amplitud
 nilai maksima isyarat
BANDWIDTH
 Bandwidth adalah perbezaan antara frekuensi atas dan
bawah dalam set frekuensi berterusan.
 Agensi kerajaan Malaysian Communications and
Multimedia Commission (MCMC) (Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia, (SKMM))
membahagikan jalur lebar serantau yang sedia ada
untuk pemegang lesen penyiaran supaya isyarat tidak
diganggu. Contohnya, FM radio channels.
 BW = (frequency tinggi) – (frequency rendah)
= f2-f1
Electromagnetic Frequency Spectrum
Dikenali juga sebagai gelombang radio, yang
merupakan ayunan-ayunan medan elektrik dan
magnetik, yang bergerak dengan halaju cahaya, v = 3 X
10^8 m/s.
Gelombang radio boleh dijanakan dalam bidang yang
luas, dan ia boleh dikelaskan kepada jalur-jalur
frekuensi tertentu, yang dikenali sebagai spektrum
frekuensi radio
Jadual Kegunaan jalur frekuensi
Jalur frekuensi Frekuensi  Kegunaan
Frekuensi sangat rendah 3 - 30 KHz > 10000m Penyiaran telegrafi jarak jauh, julat pendengaran
(VLF) manusia.

Frekuensi rendah (LF) 30-300 KHz 10000-1000m Titik ke titik, bantuan pelayaran

Frekuensi pertengahan 300K-3 MHz 1000-100m Penyiaran radio AM, hubungan k/terbang ke
(MF) pelabuhan.

Frekuensi tinggi (HF) 3 - 30 MHz 100 - 10 m Perhubungan radio dua hala, titik ke titik, * short
waves freq.

Frekuensi sangat tinggi 30 - 300 MHz 10 - 1 m Radio bergerak, penyiaran radio FM, penyiaran TV,
(VHF) perhubungan k/terbang. Cth 99.30Mhz Hitz Fm

Frekuensi ultra tinggi 300M - 1GHz 1 m - 10 cm Mobile phone, radar (tentera), penyiaran tv, > 100
(UHF) MHz- microwaves

Super high frekuensi 3-30 GHz 0.01-0.001 m Perhubungan satelit, merupakan frekuensi micro
(SHF) waves, perhubungan radio dua hala.

Extremely High 30 - 300 GHz  0.01m Perhubungan satelit, sistem radar


Frekuensi (EHF)
Pengukuran kuasa
Magnitud isyarat komunikasi sangat luas, dengan
arus, nilai voltan atau kuasa yang mempunyai
tertinggi hingga ke paling rendah nisbah daripada
berjuta-juta atau berbilion-bilion ke satu.
 Isyarat pada antena penerima mungkin hanya beberapa
nanowatts dan diperkuatkan melalui peringkat
penerima kepada puluhan watt.
 Mikrofon yang memungut suara mengeluarkan isyarat
dlm beberapa mikrovolts yang menjadi beberapa volt
ketika melalui sistem
Pengukuran kuasa
Adalah mungkin nilai ini sesuai untuk mengukur
isyarat pada pelbagai titik dalam sistem komunikasi.
Walau bagaimanapun adanya kekurangan:
 Graf dan lukisan isyarat memerlukan skala yang sangat panjang dan
sukar dibaca.
 Pengiraan atau analisis mengenai kekuatan isyarat akan melibatkan
nombor-nombor yang terlalu besar atau terlalu kecil untuk
mengurus dengan mudah
 Kesilapan biasa boleh berlaku apabila angka sifar terletak secara
tidak sengaja atau titik perpuluhan dimasukkan ke dalam
kedudukan yang salah.
 Sangat sukar untuk membandingkan isyarat.
Pengukuran kuasa
Untuk memudahkan mengukur isyarat skala
logaritma digunakan. Unit skala ini ialah decibel (dB).
dB adalah unit pengukuran penghantaran yang
digunakan untuk mengukur isyarat yang diterima atau
hilang pada peranti elektronik dan litar dan untuk
menggambarkan hubungan antara isyarat dan bunyi
hingar.
Pengukuran kuasa
Persamaan yang mentakrifkan skala dB untuk kuasa
 dB = 10log10 (P1/P2)
• Desibel boleh menjadi nilai positif atau negatif
Jenis Isyarat

Terdapat 2 jenis gelombang isyarat:


 Analog
• Analog : Isyarat elektronik yang berubah secara terus dengan
perubahan isyarat maklumat.
• Contoh : Suara Manusia, isyarat dari mikrofon
• Mempunyai amplitud yang berbeza-beza pada setiap masa
ketika t, antara nilai maksima dan minima voltannya.
• Mempunyai polariti yang berbeza ( Kitar positif dan negatif).
• Dijana daripada “rotating alternator, pengayun elektronik
(oscillator) dan transducer yang tertentu.
Jenis Isyarat - Analog
Jenis Isyarat
 Digital
• Digital : Isyarat digital merujuk kepada isyarat elektrik yang
ditukarkan ke dalam corak bit.
• Isyarat elektronik ditukarkan kepada kod-kod denyut 0 dan 1,
ia hanya difahami oleh mesin dan orang yang menghantar
dan menerima maklumat.
• Contoh : Isyarat komputer
Jenis Isyarat - Digital
Isyarat Analog Vs. Isyarat Digital
PERBEZAAN ISYARAT ANALOG DAN DIGITAL
Analog Digital
1. Sentiasa berubah dengan masa 1. Perubahannya tidak berkadar
dengan masa

2. Bagi masa-masa tertentu


2. Untuk setiap nilai ketika t,
isyarat tidak boleh ditentukan, ia
terdapat satu nilai ketika untuk
akan berubah secara spontan
isyarat analog.
dari 0 V dan sebaliknya.
Hanya mempunyai dua nilai voltan
3. Mempunyai nilai yang berbeza
sahaja, samada 0 Volt dan 1
merangkumi semua nilai antara
Volt, atau lainnya untuk mewakili
minima dan maksima.
bit 1 dan 0
Jenis Isyarat

Signals
(Analog or Digital)

Continuous- Discrete -
Periodic Aperiodic
time time
Jenis Isyarat
 Berkala (periodic) and tidak berkala (aperiodic)
• Periodic - Isyarat yang mengulang coraknya sepanjang
tempoh disebut isyarat berkala
• Aperiodic - Suatu isyarat yang tidak mengulang coraknya
dipanggil isyarat aperiodik atau tidak berkala.
Jenis Isyarat
 Continuos – time and Discrete – time
• Continuos-time : Isyarat yang dapat ditentukan nilainya pada
setiap masa, t.
• Discrete - time : Isyarat yang hanya dapat ditentukan nilainya
pada masa diskrit, nT.
PERHUBUNGAN ANTARA FREKUENSI (f) , PANJANG
GELOMBANG (), DAN HALAJU (v).

Diantara bentuk isyarat maklumat yang dihantar :


• Isyarat sinus ( merupakan isyarat asas bagi sistem perhubungan )
• Isyarat-isyarat lain ( segiempat, segitiga, gerigi dan sebagainya ).

Terdapat 3 cara untuk memplot bentuk-bentuk isyarat ini : 


• Amplitud (dalam unit voltan) melawan masa (dalam unit saat,t)
• Amplitud (dalam unit voltan) melawan jarak (dalam unit meter,m)
• Amplitud (dalam unit voltan) melawan fasa ( dalam unit sudut ).
AMPLITUD MELAWAN MASA
Butir-butir yang boleh dikenalpasti :
 
a) Frekuensi
• Bilangan kitaran lengkap dalam I
saat.
• unit Hz, KHz dan seterusnya.

b) Tempoh
• masa yang diambil untuk 1 kitaran lengkap
• unit saat (s), ms µs dsb.
 
c) amplitud
•  nilai maksima isyarat
AMPLITUD MELAWAN JARAK
Butir-butir yang dapat dikenalpasti :
 
a) panjang gelombang, 
 
• jarak yang diambil untuk membuat
satu kitaran lengkap.
• Dari rajah, = 10 m
AMPLITUD MELAWAN JARAK
AMPLITUD MELAWAN JARAK
Soalan 1

Di beri halaju, v = 3  108 m/s, panjang gelombang ,  = 300 m, cari nilai frekuensi (f )
dan tempoh (T).

Soalan 2

Untuk mengira tulang seorang pesakit, sejenis sinaran berjarak gelombang 10-10 m,
dipancarkan, jika masa yang diambil ialah 3  10-18 saat, kirakan halaju perambatan sinaran
itu.
AMPLITUD MELAWAN SUDUT
Butir-butir yang dapat dikenalpasti :
 
a) Sudut putaran bagi suatu nilai
ketika :
 
• Contoh pada nilai 0V, fasanya = 180o
dan 360o

• Jika terdapat 2 gelombang yang


sama, tetapi dalam fasa yang
berbeza, perbezaan fasa antara
keduanya dikenali sebagai beza
fasa,.
HINGAR/NOISE
Tidak dapat menghindari daripada kewujudan satu isyarat
yang tidak dikehendaki bersama-sama isyarat termodulat
yang dipancarkan oleh pemancar.
Isyarat yang tidak dikehendaki tersebut dipanggil sebagai
noise (hingar)
Noise merupakan isyarat rawak yang wujud di dalam
system perhubungan.
Tidak dapat diwakilakn dengan satu persamaan yang
mudah.
Kewujudannya akan menyebabkan penurunan tahap
kualiti isyarat yang diterima pada penerima.
Ia akan menyebabkan isyarat diterima oleh pengguna sukar
untuk difahami.
KESAN HINGAR
Terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Hingar Dalaman
 adalah jenis hingar yang dijana dalam sesuatu peranti atau litar
electronic
 Hingar Haba - biasanya didapati dalam perintang atau komponen
rintangan yang sensitif disebabkan pergerakan elektron rawak.
 Hingar Das – ketibaan elektron secara rawak.
2. Hingar Luaran
 Dijana luar peranti atau litar elektronik yang disebabkan oleh
perbuatan manusia atau keadaan semulajadi di sekeliling kita.
 Hingar atmosfera – juga dikenali sebagai hingar statik yang sumber
semula jadi gangguan yang disebabkan oleh kilat, ribut petir dan
sbgnya.
 Hingar Industri/Buatan Manusia - Sumber hingar industri adalah
kenderaan mudah alih, pesawat, motor elektrik dan gear . Penyebab
utama hingar industri adalah wayar voltan tinggi.
 Hingar solar – Disebabkan oleh radiasi yang berterusan dari
matahari.
 Hingar cosmik - Bintang memancarkan hingar RF dengan cara yang
sama dengan matahari.
 Crosstalk - Crosstalk adalah gangguan yang disebabkan oleh medan
elektrik atau medan magnet satu isyarat telekomunikasi yang
mempengaruhi isyarat dalam litar bersebelahan. Dalam litar
telefon, crosstalk boleh menyebabkan anda mendengar perbualan
suara dari litar lain.
Hingar Haba
Dijanakan oleh pergerakan elektron bebas rawak di dalam
bahan pengalir yang digunakan untuk menghasilkan
komponen elektronik.
Apabila pergerakan elektron berlaku di dalam pengalir, maka
wujudlah satu tenaga kinetik yang berhubungkait dengan
suhu pengalir tersebut.
Apabila suhu meningkat, pergerakan elektron bebas akan
semakin bertambah. Ini akan menyebabkan wujudnya
pengaliran arus bahan pengalir.
Tetapi apabila pada keadaan keseimbangan iaitu 0°K, boleh
dikatakan tiada pergerakan berlaku, maka hingar haba tidak
berlaku.
Pengaliran arus akibat daripada pergerakan elektron bebas
tersebut akan menghasilkan voltan hingar.
Oleh kerana voltan hingar dipengaruhi oleh suhu, maka ia
dipanggil sebagai hingar haba.
Ia juga dikenali sebagai hingar Johnson (Johnson Noise)
ataupun hingar putih (white noise).
Pada tahun 1928, J.B. Johnson telah membuktikan bahawa
kuasa hingar yang dijanakan adalah berkadar secara
langsung dengan suhu dan juga lebarjalur.
Johnson telah membuktikan bahawa jumlah kuasa hingar
haba yang dikeluarkan oleh pengalir adalah berkadar terus
dengan suhu dan juga lebarjalur.
Pn = TB
Pn = kTB Watt
Dimana,
 Pn=kuasa hingar (watt)
 K = pemalar Boltzman (1.38 x 10 ^ -23 J/K)
 T = suhu pengalir (K)
 B = lebar jalur spektrum sistem (Hz)
Ketumpatan spektrum hingar adalah malar pada semua nilai
frekuensi sehingga 10^12 Hz.
Oleh kerana pengalir adalah suatu penjana kuasa elektrik,
maka kuasa hingar yang dikeluarkan boleh dimodelkan
dengan menggunakan litar setara voltan (litar setara
Thevenin ) atau litar setara arus (litar setara Norton).
Menentukan tahap hingar dalam sistem
perhubungan
Kesan hingar boleh ditentukan dengan mengukur SNR
untuk sistem perhubungan analog, manakala kebarangkalian
ralat ataupun kadar ralat bit, BER untuk sistem perhubungan
digital.
Bagi menentukan kualiti isyarat yang diterima pada
penerima ataupun antenna, SNRi digunakan.
SNRo selalunya lebih kecil daripada nilai SNRi, ini
disebabkan oleh hingar yang wujud di dalam penerima itu
sendiri.
Di mana penerima selalunya meliputi proses penapisan,
nyahmodulatan dan juga penguat.
Pengiraan Hingar
Signal-to-noise power ratio (S/N) is the ratio of the signal
power level to the noise power level and can be expressed as
Noise factor is the ratio of input signal-to-noise ratio to
output signal-to-noise ratio.

Angka hingar ialah faktor hingar yang dinyatakan dalam dB


dan merupakan parameter untuk menunjukkan kualiti
penerima
JADUAL KEHILANGAN PENGHANTARAN
PENILAIAN KENDIRI
SOALAN 1
Namakan gelombang atau sinaran bagi setiap julat-julat frekuensi berikut yang terdapat pada spektrum frekuensi
gelombang elektromagnetik.
 
i. (104 - 1012) Hz
ii. (1012 - 1014) Hz
iii. (1014 - 1016) Hz
iv. (1016 - 1022) Hz
v. (1022 - 1024) Hz

SOALAN 2
Namakan jalur-jalur frekuensi dimana terdapatnya frekuensi-frekuensi berikut :
7.5 GHz, 35 MHz, 809.4 MHz, 7.13 MHz, 221 KHz, 400 KHz.
PENILAIAN KENDIRI
SOALAN 3
Kirakan panjang gelombang (  ) untuk gelombang radio berfrekuensi berikut serta nyatakan jalur berfrekuensinya.
i. 10 kHz
ii. 1 MHz
iii. 100 MHz
iv. 1 GHz
 
SOALAN 4
Sebuah pemancar radio 5.5 MHz dihubungkan kepada antena oleh talian penghantaran. Sekiranya panjang gelombang
isyarat di dalam talian penghantaran ialah 0.8 kali panjang gelombang isyarat di dalam atmosfera, kirakan halaju isyarat
yang merambat menerusi talian penghantaran tersebut.

SOALAN 5
Buktikan halaju perambatan gelombang a.u diberi oleh persamaan v = f  m/s.

SOALAN 6
Nyatakan TIGA jalur frekuensi yang digunakan untuk tujuan telekomunikasi beserta kegunaannya.

SOALAN 7
Sebutkan DUA jenis medan yang ada dalam gelombang elektromagnet ketika merambat di udara.
PENILAIAN KENDIRI
SOALAN 8
Sebuah amplifier mempunyai kuasa isyarat input sebanyak 10 W. Berikan angka hingar dan faktor untuk sistem
tersebut jika kuasa hingar dan faktor untuk sistem tersebut jika kuasa hingar input diberi 0.05 W dan kuasa hingar
output 0.01. Kirakan :
i) SNR input
ii) SNR output

Anda mungkin juga menyukai