Anda di halaman 1dari 2

1.

Teknologi pengajaran mengubah peringkat membuat keputusan

Penggunaan alat dan bahan pandang dengar diintegrasikan setelah kurikulum dirancang. Peringkat
ini merupakan peringkat tradisional iaitu penggunaan media dirancang semasa kurikulum
dilaksanakan bukan pada peringkat penentuan kurikulum atau perancangan kurikulum. Pengubal
kurikulum menganggap media tidak penting. Justeru itu tidak hairanlah terdapat guru
menggunakan bahan media mengikut sesuka hati tanpa perancangan yang sistematik. Keputusan
ini samalah seperti membina sebuah pusat sumber sekolah. Guru media hanya dipanggil setelah
bangunan sudah siap. Setelah kurikulum ditentukan, perancang kurikulum bekerjasama dengan
pereka pengajaran berbincang cara merancang penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum
sekolah. Keputusan pada peringkat perancangan kurikulum mengambil kira kepentingan teknologi
pengajaran. TP dianggap sebagai sama pentingnya dengan kurikulum.

2. TP membentuk empat jenis pola pengajaran iaitu:

a) Hubungan antara guru dengan pelajar Dalam pola pengajaran yang melibatkan guru dengan
pelajar, guru mengawal sepenuhnya proses pengajaran dan pembelajaran. Guru adalah sumber
tunggal maklumat dan pengajaran menggunakan kaedah penyampaian kapur dan tutur. Ini
merupakan kaedah tradisional iaitu tiada media digunakan dalam pengajaran kecuali guru dan
papan kapur. Guru bertutur sepanjang masa pengajaran dengan sedikit atau tiada langsung
interaksi antara guru dengan pelajar sama seperti kaedah kuliah atau penyampaian khutbah
sembahyang Jumaat.

b) Guru dengan bahan pandang dengar Dalam pola yang kedua ini, guru masih berperanan
sebagai pemberi utama sumber maklumat dan pengajaran. Perbezaan ialah ia membuat keputusan
sama ada mahu atau tidak mahu menggunakan media. Media digunakan mengikut kesesuaian dan
biasanya tidak diintregarasikan secara sistematik di dalam kurikulum. Pola ini masih berunsurkan
tradisional.

c) Guru dengan sistem pengajaran dan media Pola ketiga melibatkan guru dengan sistem
pengajaran dan media. Keputusan menggunakan media dikongsi bersama oleh guru dan media.
Media diintegrasikan dalam kurikulum dan proses pengajaran. Penggunaan media dirancang
secara sistematik. Model ASSURE adalah contoh perancangan sistematik penggunaan media
dalam bilik darjah.

d) Media pengajaran sahaja (tiada peranan guru) Media pengajaran mengambil alih peranan
guru. Guru tidak memainkan peranan guru. Guru tidak memainkan peranan yang aktif dalam
pengajaran. Dia hanya menjadi pemudah, pengurus atau penasihat kepada proses pengajaran. Pola
ini mirip dengan pengajaran yang disampaikan secara jarak jauh secara seperti program
pendidikan terbuka yang diamalkan oleh Open Unversity United Kingdom atau Pusat Pendidikan
Jarak Jauh. Media dibina oleh satu pasukan Pembina kursus yang terdiri daripada pakar
pengeluaran. Media boleh digunakan oleh pelajar tanpa bantuan guru.
3. TP mengubah sistem atau pendekatan pendidikan.
TP boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh
menukar sistem pendidikan konvensional (bersemuka), menerima sistem pembelajaran jarak jauh
menggunakan bahan gaya pos dan kelas telesidang, sistem kelas terbuka menggunakan sistem
pengajaran individu dan pengajaran pribadi atau sistem sekolah bebas menggunakan sistem
belajar sendiri dan pembelajaran bebas menggunakan perkhidmatan jaring (internet) seperti
WWW, LAN dan CWN.

Anda mungkin juga menyukai