Anda di halaman 1dari 2

Bila kita belajar kerana Allah, Allah akan mudahkan kita mencari dan memahami

ilmu. Ingat setiap matapelajaran adalah ilmu Allah untuk kita, buku dan cikgu adalah
rujukan sahaja, tapi matlamat kita belajar bukan untuk lulus sahaja, tapi
menggunakan ilmu Allah untuk kebaikan.

Jadual belajar pelajar sessi pagi


Bangun pagi 5.45 am, siapkan diri untuk solat, lepas solat baca quran walau 1 muka
10 minit atau ayat yang kamu suka, misalnya Yasin, alwaqiah, alam nasrah dan
sebagainya,Ulangkaji apa kamu baca semalam 15 minit. Persediaan awal akan
memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru
mengajar.
6.45 hingga 7.00 – sebelum kesekolah sarapan atau minum susu.

7.00 naik bas atau kereta ke sekolah

7.45 hingga 2.30 ptg waktu sekolah tumpu betul betul pada pelajaran yang cikgu
ajar, tanya jika kamu tak faham, jangan malu tanya, ini adab menuntut ilmu, kalau tak
faham kena tanya.

# Kalau ada aktiviti sukan atau Kokurikulum, buat dulu, dan kalau ada masa petang,
buat kerja sekolah atau latihan

3.00 hingga 5.00 Jika tiada aktiviti petang disekolah, lakukan kerja sekolah dan
latihan matematik atau subjek sains yang mengira atau apa saja latihan menjawap.
Petang mudah mengangtok, subjek baca dan hafal kurang sesuai.

6.00 hingga magrib – riadah dan sukan, rehat dan bermain

7.30 malam solat magrib, baca quran 10 minit, makan malam,

8.30 atau 8.45 malam solat isya.

9.00 malam hingga 11.00 malam ulangkaji ikut subjek dan membuat nota dan hafal
nota. Misalnya Isnin – Geografi, Selasa – Sejarah, Rabu – Pendidikan Islam, Khamis
– Sains, Jumaat – Fizik,kimia dan sebagainya. Menjadikan nota-nota menarik seperti
membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang
rumit di tempat yang biasa dilihat

11.00 kemas bag sekolah dan tidur, doa untuk Allah mudahkan esok hari

Jadual bagi sesi petang


Bangun pagi 5.45 am, siapkan diri untuk solat, lepas solat baca quran walau 1 muka
10 minit atau ayat yang kamu suka, misalnya Yasin, alwaqiah, alam nasrah dan
sebagainya,Ulangkaji apa kamu baca semalam 1 jam
8.00 am – sarapan atau minum susu.
8.30 Mula belajar, buat latihan atau siapkan kerja sekolah, kalau kerja banyak kena
bangun awal dan siapkan,

atau buat kerja sekolah waktu malam dan ulangkaji waktu pagi, kerana waktu pagi
otak segar.

11.00 am siap ke sekoah, makan dan rehat 15 minit atau 20 minit,

1.00 pm hingga 6 ptg, tumpu belajar di sekolah,

7.30 malam solat magrib, baca quran 10 minit, makan malam,

8.30 atau 8.45 malam solat isya.

9.00 malam hingga 11.00 malam ulangkaji ikut subjek dan membuat nota dan hafal
nota. Misalnya Isnin – Geografi, Selasa – Sejarah, Rabu – Pendidikan Islam, Khamis
– Sains, Jumaat – Fizik,kimia dan sebagainya.

11.00 kemas bag sekolah dan tidur, doa untuk Allah mudahkan esok hari

Jadual belajar buat yang fleksible, ikut keadaan harian kamu dan cara kehidupan
keluarga kamu. Mungkin tak sama antara di rumah atau asrama, bandar dan luar
bandar.

Apa pun belajar cari ilmu kerana Allah, baca baca quran agar ilmu Allah mudah
masuk dan berkat

Anda mungkin juga menyukai