Anda di halaman 1dari 2

Saya telah mendapat indeks jisim badan (BMI) sebanyak 23.1.

Walaupun indeks
tersebut adalah dalam kategori berat badan normal, tetapi ia masih dikira tinggi dalam
kategori tersebut. Hal ini kerana indeks sebanyak 24.6 adalah indeks maksimum
dalam kategori normal. Jadi, untuk mengelakkan saya daripada tergolong dalam
kategori berlebihan berat badan, saya perlu mengambil pelbagai pendekatan untuk
menjaga berat badan saya.

Selain itu, ujian tekan tubi yang telah saya laksanakan adalah bertujuan untuk
mengukur daya tahan tangan dan bahu. Walau bagaimanapun, melalui pencapaian
diri saya dalam ujian tersebut,saya mendapati bahawa diri saya masih tidak memiliki
daya tahan otot yang mencukupi. Bagi ujian ringkuk tubi separa yang bertujuan untuk
mengukur daya tahan dan kekuatan otot abdomen pula, saya juga perlu memikirkan
cara untuk meningkatkan lagi ketahanan dan kekuatan diri saya.

Tambahan lagi, saya akan menasihati orang sekeliling saya supaya


mengelakkan daripada amalan merokok. Amalan merokok bukan sahaja tidak baik
utnuk perokok itu sendiri tetapi juga orang di sekelilingnya. Oleh hal yang demikian,
saya akan cuba untuk memberikan nasihat kepada mereka yang merokok supaya
menjaga kesihatannya sendiri mahupun kesihatan orang lain. Dengan adanya badan
yang sihat barulah saya akan menjadi lebih cergas.

sedar tentang betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan diri. Saya akan
menjadikan penjagaan kesihatan sebagai satu keutamaan dalam kehidupan saya.
Contohnya, saya tidak akan mengabaikan kesihatan diri saya walaupun menghadapi
apa-apa jua keadaan. Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa mementingkan
kecergasan saya. Walaupun saya dikehendaki untuk melakukan aktiviti lasak bagi
meningkatkan kecergasan saya, saya juga akan berusaha untuk membuat yang
terbaik tanpa berputus asa.

Setelah ujian SEGAK yang telah saya laksanakan, saya menyedari bahawa saya
masih memiliki banyak kelemahan dari segi kesihatan dan kecergasan. Namun, saya
berasa amat bertuah kerana dapat mengikuti ujian SEGAK tersebut kerana saya
masih berpeluang untuk memperbaiki kelemahan saya itu. Demi kesihatan dan
kecergasan diri saya sendiri, saya mesti akan mengaplikasikan setiap pendekatan
yang telah saya sebutkan itu ke dalam kehidupan seharian saya.

Anda mungkin juga menyukai