Anda di halaman 1dari 4

0Minggu Disiplin 2018

Kertas Kerja
MINGGU DISIPLIN
2018

3 SEPTEMBER 2018
HINGGA
7 SEPTEMBER 2018

Anjuran:
UNIT DISIPLIN & PENGAWAS
SEKOLAH KEBANGSAAN GAMBANG
26300 GAMBANG

0
1Minggu Disiplin 2018

CADANGAN KERTAS KERJA


MINGGU DISIPLIN 2018

A. PENDAHULUAN.
Disiplin adalah teras kejayaan seseorang murid serta menentukan kegemilangan sesebuah sekolah itu.
Memandangkan disiplin dan murid adalah dua unsur yang saling berkait rapat, maka Unit Disiplin akan
mengadakan satu program yang sangat penting melibatkan semua warga sekolah. Di harapkan dengan
‘Minggu Disiplin’ ini dapat mencerna serta meningkatkan kesedaran dan tahap disiplin para murid SK
GAMBANG.

B. RASIONAL

1. Kemantapan disiplin murid memerlukan satu program lebih sistematik.


2. Berakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin
keharmonian dan kesejahteraan hidup. Segala usaha ke arah mengukuh dan meningkatkan disiplin,
seharusnya dititikberatkan baik dirumah mahupun di sekolah.

C. OBJEKTIF

1. Melahirkan dan membentuk murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka dengan
peraturan dan undang-undang sekolah..
2. Membentuk keperibadian mulia di kalangan murid.
3. Meningkatkan rasa sayang dan cinta murid kepada sekolah sebagai penyalur pelbagai ilmu dan
pendidikan.
4. Menanam sikap bertanggungjawab murid kepada peraturan sekolah dan menyedarkan mereka
bahawa tidak hadir ke sekolah merupakan satu kesalahan besar.

D. NAMA PROGRAM

NAMA : MINGGU DISIPLIN


TEMA : DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN

E. TARIKH DAN TEMPAT PERLAKSANAAN

TARIKH : 03 SEPTEMBER 2018 – 07 SEPTEMBER 2018


TEMPAT: SK GAMBANG

F. KUMPULAN SASAR

Semua Murid SK GAMBANG

G. JAWATAN KUASA PELAKSANAAN


Penasihat : EN. ABDULLAH PANI BIN ABD. LATIFF
(Guru Besar)

Pengerusi : EN. OTHMAN BIN ALI


(GPK HEM)

1
2Minggu Disiplin 2018

Naib Pengerusi : EN. AZIZIN BIN HAMZAH


(GPK Kokurikulum)

Setiausaha : EN. MOHD SHARUL ANUAR BIN ABD AZIZ


(Penyelaras Unit Disiplin)

Dokumentasi : PN. NORLIYATON BINTI ISMAIL


PENGAWAS

AJK Cenderamata dan Sijil : PN. SABRIZA BINTI ABU HASSAN


: PENGAWAS

AJK Keselamatan & Disiplin : EN. KAMARUZAMAN BIN AWANG


: GURU KELAS
: PENGAWAS

AJK PA Sistem : EN. MOHD AMIN BIN BAHARUN


: PENGAWAS

H. AKTIVITI

i. Majlis Pelancaran oleh Guru Besar


ii. Pertandingan Kelas Paling Berdisiplin
iii. Kuiz peraturan dan disiplin sekolah.
iv. Pertandingan Poster (TEMA: DISIPLIN MEMBENTUK JATI DIRI MULIA)
v. Ceramah/Taklimat ( Peraturan Sekolah dan Tindakan Disiplin ).
vi. Sportcheck
vii. Membaca Buku Peraturan Setiap Pagi

I. TENTATIF PROGRAM
TARIKH MASA PROGRAM

- Pelancaran Minggu Disiplin


- Pelancaran Pertandingan Kelas Paling Berdisiplin
SEPT 2018 03 .7.40pg -8.10 pg
- Pelancaran Kuiz peraturan dan disiplin sekolah

7.25 pg – 7.40 pg - Membaca Buku Peraturan


SEPT 2018 04

- Membaca Buku Peraturan


SEPT 2018 05 7.25 pg – 7.40 pg

7.25 pg – 7.40 pg - Membaca Buku Peraturan


SEPT 2018 06
- Taklimat Disiplin Tahap 1
SEPT 2018 07 pg -8.00 pg 7.25 - Taklimat Disiplin Tahap 2 ( Dataran Ilmu )
 Pertandingan poster tahap dua waktu PSV kelas.

2
3Minggu Disiplin 2018

J. KOS DAN PERBELANJAAN

1. Peralatan

a. Kertas A4 (1 rim) RM 12.00

b. Marker Pen RM 10.00

c. Kertas lukisan RM 30.00

2. Hadiah

a. Kelas Paling Berdisiplin (Bulanan) X1 RM 30.00

b. Kuiz peraturan dan disiplin ( bulan September) RM2.00 X 10 RM 20.00

c. Poster Disiplin. RM2.00 X 10 RM 20.00

RM 120.00

Kos yang diperlukan adalah sebanyak RM120.00 (Ringgit Malaysia satu ratus dua puluh sahaja).

Sumber kewangan adalah dari sekolah dan PIBG.

K. PENUTUP

Semoga kertas kerja ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya demi untuk melihat kecemerlangan murid-murid di
SK Gambang terus berkembang dan mencapai kemuncaknya seperti yang diharapkan oleh semua pihak.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

................................ ..................................... .................................


(EN. MOHD SHARUL ANUAR) (EN OTHMAN BIN ALI) ( EN. ABDULLAH PANI BIN ABD. LATIFF)
Setiausaha GPK HEM Guru Besar

- sk : fail unit disiplin

Anda mungkin juga menyukai