Gambar hiasan.
Leukosit adalah sel darah putih yang berjumlah diantara 6000-9000 per mm3 dan boleh berubah
bentuk walaupun tidak memiliki warna.
Sel darah putih juga dapat bertahan hidup diantara 12-13 hari sahaja. Sel ini dibuat daripada tulang
merah, tulang rata, nodus limfa dan limpa.
Disebabkan oleh fungsinya bagi menjaga sistem ketahanan tubuh badan kita dari sebarang
penyakit
Kekurangan jumlah darah putih secara tak langsung turut membuatkan sistem ketahanan tubuh
badan seseorang itu juga akan menurun.
2. Kanser darah
Kanser darah turut dapat berlaku akibat dari kurang sel darah putih.
Keadaan ini juga dikenali sebagai Leukopeni dimana suatu keadaan pesakit yang mengalami
kekurangan sel darah putih.
Selain menjaga sistem ketahanan tubuh badan kita, sel darah putih juga berfungsi untuk
menyembuhkan kita dari segala penyakit.
3. Tifus
Bakteria dan virus dengan mudah dapat memasuki tubuh badan kita apabila kita tidak menjaga
kebersihan diri dan persekitaran.
Salah satu jenis penyakit adalah seperti tifus, salah satu penyakit jangkitan dari bakteria
salmonella.
4. Campak
Penyakit dengan ciri-ciri muntah, demam dan munculnya bintik-bintik merah di seluruh tubuh
badan dapat menjadi lebih bahaya sekiranya seseorang itu juga mengalami masalah kekurangan
sel darah putih.
Dengan melakukan ujian darah dan pemeriksaan, anda biasanya dapat mengetahui keadaan
penyakit campak yang dialami anda.
5. Selsema
Selsema merupakan sejenis sakit yang ringan. Ini kerana, rawatan penyembuhannya yang biasa.
6. Jangkitan
Seperti yang tcm jelaskan di atas, kekurangan sel darah putih bukan hanya membuatkan kita lebih
mudah diserang penyakit, akan tetapi proses penyembuhan sebarang penyakit juga akan menjadi
lebih lambat.
Penting untuk kita tahu, semakin lambat proses penyembuhan sesuatu penyaktit, penyakit akan
bertambah lebih teruk disebabkan oleh bakteria dan kuman yang semakin berkembang.
Pemakanan makanan mentah dapat membantu di dalam penghasilan sel darah putih.
Antara contoh makanan mentah yang dimaksudkan adalah seperti kubis, tomato, epal, anggur dan
pelbagai lagi buah-buahan dan sayur-sayuran sihat untuk diamalkan.
Fokus utama bagi diet ini adalah bagi menurunkan berat badan, oleh itu pemakanan buah-buahan
dan sayur-sayuran lebih dari makanan lainnya.
2. Minyak kelapa
Minyak kelapa adalah suatu bahan yang selamat dan sangat efektif dimanfaatkan supaya
penghasilan sel-sel darah putih naik dengan hanya pengambilan satu sudu setiap hari.
Minyak kelapa mengandungi mineral dan vitamin yang banyak sehingga tak hanya dalam
mengembalikan jumlah leukosit, tapi ia juga dapat menjaga kesihatan tubuh, kulit serta rambut.
Dengan memastikan pengambilan berterusan 10 makanan atau vitamin dan mineral di bawah ini
dalam jumlah yang cukup, seharusnya jumlah leukosit boleh kembali normal seperti biasa.
1. Vitamin E
Meskipun vitamin ini dampaknya tidak sebesar vitamin C, tapi vitamin E merupakan salah satu
dari antioksidan paling penting dan juga pendukung sistem kekebalan tubuh.
Vitamin E secara semulajadi menghasilkan apa yang disebut dengan “sel pembunuh”. Iaitu sel
yang dapat menemui serta membasmi kuman dan sel kanser.
Vitamin E juga dapat meningkatkan pengeluaran sel B, yang merupakan sebahagian dari imun
tubuh yang membentuk antibodi untuk membunuh bakteria.
Biji-bijian mampu memberi lebih dari yang anda perlukan, tetapi kebanyakan orang sangat sukar
untuk konsisten memenuhinya setiap hari.
Pengambilan suplemen Vitamin E adalah pilihan tepat bagi sebahagian besar orang.
2. Zink
Mineral yang sering tidak dianggap penting ini sebenarnya memainkan peranan penting dalam
penghasilan sel darah putih.
Zink meningkatkan jumlah sel pembunuh dan membuat darah putih melepaskan lebih banyak
antibodi.
Namun, perlu diketahui pengambilan Zink secara berlebihan mampu mengganggu kekebalan
tubuh.
3. Selenium
Satu kajian oleh University of Maryland Medical Center, bahawa selenium sebenarnya dapat
membantu melawan jangkitan.
Kajian lain menunjukkan mereka yang mengambil suplemen zink mahupun selenium, memiliki
respon imun tubuh yang lebih baik.
4. Teh Hijau
Teh hijau tidak diragui lagi adalah sumber antioksidan tinggi. Teh hijau menyokong sistem
kekebalan tubuh dan membantu tubuh melawan jangkitan.
Sebuah kajian menunjukkan bahawa teh hijau membunuh beberapa jenis virus, yang pada akhirnya
anda tidak akan kehilangan banyak sel darah putih untuk melawan virus itu sendiri.
Minum teh hijau dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh yang menyebabkan tubuh
mencipta lebih banyak sel darah putih.
5. Vitamin C
Vitamin C merupakan vitamin teratas yang akan memperbaiki sistem imun tubuh dengan pantas.
Vitamin C boleh ditemui secara semulajadi dalam hampir semua buah-buahan dan dalam bentuk
suplemen.
Vitamin C meningkatkan kekebalan tubuh dengan meningkatkan pengeluaran sel darah putih dan
antibodi tubuh dalam melawan bakteria dan virus.
Ini juga meningkatkan paras interferon, antibodi yang melapisi permukaan sel dan menghalang
virus memasukinya.
Orang yang mengambil probiotik tampak memiliki sistem kekebalan tubuh yang lebih kuat
daripada mereka yang tidak.
Boleh dikatakan probiotik juga memiliki kesan baik untuk kekebalan tubuh.
7. Omega 3
Omega 3 terbukti dapat memperbaiki sistem kekebalan tubuh dengan meningkatkan fagosit.
Fagosit adalah sejenis sel darah putih yang benar-benar dapat menentang bakteria.
Zat esensial juga melindungi tubuh dari kerosakan yang terjadi akibat reaksi berlebihan terhadap
jangkitan.
Ikan berlemak seperti salmon dan makarel merupakan sumber omega 3 paling baik.
8. Bawang Putih
Ada banyak alasan kenapa bawang putih sering digunakan sebagai rawatan semulajadi.
Salah satunya ialah kerana ia dapat membantu sistem imun tubuh yang lebih kuat.
Bawang putih meningkatkan kemampuan leukosit melawan jangkitan dan menstimulasi sel imun
lainnya.
Sulfida dan alicin adalah zat sulfur pada bawang putih yang dapat meningkatkan sistem imun.
Bagaimanapun, dalam mana-mana juga kaedah perawatan, apa-apa saja yang diambil dengan
tujuan untuk menjadi ubat, ia tidak boleh diambil secara berlebihan.
Anda juga tidak digalakkan mengambil bawang putih secara berlebihan jika ada tekanan darah
rendah.
Sebab, bawang putih itu sendiri bermanfaat untuk menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
Ambillah secara sederhana dan mengikut saranan jumlah pengambilan harian.
Jumlah pengambilan untuk satu hari adalah sebanyak 1 labu bawang putih.
Sebaiknya dapatkan dahulu nasihat daripada doktor sekiranya mahu mengambil bawang putih
untuk tujuan rawatan.
9. Vitamin A
Meningkatkan pengambilan vitamin A akan menambah jumlah limfosit darah putih yang dapat
membunuh virus dan bakteria yang masuk dan juga sel kanser.
10. Karotenoid
Seperti jenis vitamin dan mineral lainnya, Beta-karoten dapat meningkatkan jumlah sel antibodi
secara semulajadi.
Ia sangat baik jika dikombinasikan dengan antioksidan kuat yang membersihkan radikal bebas
yang memicu kerosakan sel dan penuaan.
Sumber betakaroten terdapat pada makanan seperti labu, ubi manis, bayam serta buah bit.