Anda di halaman 1dari 2

Petua Berkesan Merawat Batu Karang Hempedu Secara Semulajadi

Asalnya petua ni dari Dr. Lai Ciu Nan, memang tak kenal, tapi ramai bloggers buat posting pasal petua ni.
Kalau google mesti ada punya.

Proses mengambil masa 6 hari. Keputusan hari ke tujuh. Yang paling utama sebelum memulakan rawatan
berdoalah semoga usaha ini akan berjaya. Insha Allah.

Bahan-bahan

Epal Hijau- 30 biji (utk 6 hari)


Lemon (3 biji)- setengah gelas
Garam Epsom - 2 sudu teh
Minyak Zaitun/Olive Oil - setengah gelas)

Nota:

Epal hijau berfungsi melembutkan batu karang.


Minyak zaitun melincirkan batu karang keluar dari saluran hempedu.
Sebaik-baiknya, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Cara yang saya buat;

Hari 1 hingga hari ke 5

Minum jus epal minimum 4 gelas bersamaan 5 biji epal atau minimum 1 liter sehari.
1 gelas jus satu biji epal, (jika bulan puasa minum 2 gelas masa berbuka dan 2 gelas masa sahur). sebiji
lagi makan begitu sahaja.
Kalau bukan puasa makan nasi seperti biasa dan seeloknya jangan makan banyak.

Garam Epsom.
Hari Ke 6

6 pagi - Minum setengah gelas air suam dicampur 1 sudu teh garam epsom.
12 tengahari - Ulang minum air garam epsom.
6 petang - minum pati lemon (125ml) campur minyak zaitun (125ml) dapatkan anggaran 250 ml.
Suamkan gelas untuk memudahkan campuran jus.

Waktu malam, jangan atau kurangkan pengambilan nasi.

Proses Pengeluaran Batu Karang

Tidur dan batu karang akan keluar keesokan paginya melalui pembuangan air besar.
Proses pengeluaran batu karang yang keluar bewarna kehijauan dan biasanya terapung.
Jangan terkejut jika batu yang keluar berjumlah lebih dari 100 biji bergantung pada keadaan hempedu
kita ketika itu.
Petua ni memang menjadi, lebih dari 50 biji batu karang keluar dari hempedu, Alhamdulillah.

Batu karang yang terkeluar melalui air kencing.

Untuk kesan lebih baik, 3 bulan akan datang detox akan di buat sekali lagi dan 6 bulan selepas itu sekali lagi.

Petua ni juga elok diamalkan oleh semua orang untuk bersihkan hempedu dan hati.

Sumber: Sentiasapanas.com

Anda mungkin juga menyukai