Anda di halaman 1dari 6

10 JENIS REZEKI KEPADA SETIAP MANUSIA SELAIN DUIT

Disediakan oleh: Sentiasapanas.com


Jangan tersilap, rezeki bukan hanya diukur pada tahap kewangan seseorang. Ramai masyarakat
yang kurang peka dengan konsep sebenar rezeki yang Allah beri kepada setiap manusia.
Masing-masing hanya nampak wang ringgit dan kekayaan sahaja, sehingga ada yang sanggup
menggadaikan segalanya demi mengaut segala kekayaan dunia. Jika rezeki diukur dengan harta
benda, maka individu yang paling kaya itulah yang paling banyak dilimpah rezeki.

Tapi sebenarnya, tanggapan ini salah dan amat jauh menyimpang, dan persepsi ini perlu segera
diubah

Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh
Allah namun begitu, ini bukanlah bermaksud seseorang itu tidak perlu berusaha untuk
mendapatkan rezeki yang lebih.

Fahami 10 jenis rezeki dari Allah di bawah:

1. Rezeki Yang Telah Dijamin

Setiap orang ada bahagian rezeki masing-masing di dunia ini.

2. Rezeki Kerana Usaha atau Kerja


Lebih banyak usaha, insyaAllah lebih banyak rezeki seseorang.

3. Rezeki Kerana Bersyukur

Bersyukurlah setiap hari dengan segala apa yang kita ada sebelum kita kehilangan semuanya.
4. Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka

Pernah dapat rezeki yang tak terduga? Contohnya seperti kawan belanja makan, dapat panggilan
kerja yang kita tak harapkan, dan macam-macam lagi. Mesti pernah, kan?

5. Rezeki Kerana Istighfar

Ucapan 'Astaghfirullahal'azim' itu sangat powerful untuk kita amalkan.


6. Rezeki Kerana Menikah

Jangan takut untuk berkahwin. Allah sudah menetapkan rezeki untuk kamu.

7. Rezeki Kerana Anak

Lebih ramai anak, lebih banyak limpahan rezeki.


8. Rezeki Kerana Sedekah

Setiap harta yang kita miliki pastinya ada bahagian untuk orang lain yang lebih memerlukan.

9. Rezeki Kerana Keberkatan Pagi

Bangun pagi, solat Subuh, dan bergegaslah menunaikan ibadah kerja demi mencari rezeki.
10. Rezeki Kerana Menjalinkan Silaturrahim

Silaturrahim sesama manusia hendaklah dijaga sebaik-baiknya.

Wallahu a’lam.

Anda mungkin juga menyukai