Anda di halaman 1dari 3

Panduan Dan Cara Menanam Strawberi Di Malaysia

Disediakan oleh: Sentiasapanas.com

Apabila disebut Strawberi sahaja mesti anda terbayang Cameron Highland, tempat yang paling
sesuai untuk pertumbuhan optimum tanaman yang berasal dari iklim sejuk ini, namun ada di
kalangan kita cuba menanam strawberi di halaman dalam iklim yang panas.

Sebenarnya, ada spesies strawberi yang sesuai untuk ditanam di tanah rendah Malaysia yang tidak
memerlukan kaedah rumah hijau pun.

Anak benihnya yang mudah didapati secara online juga menyebabkan tanaman ini kian menjadi
popular, namun anda perlu pastikan perkara-perkara tersebut perlu di patuhi bagi menjadi habitat
sempurna untuk pokok strawberi anda nanti.

1. Medium/tanah

Strawberi memerlukan medium tanaman yang peroi dan bersaliran baik. Yang menjadi keutamaan
ialah medium tersebut mampu memegang kelembapan dalam jangka masa yang lama.

Kebanyakan nurseri mengunakan sabut kelapa yang telah dirawat sebagai medium tanpa tambahan
bahan lain.
Ini kerana sifat sabut kelapa yang ringan serta mampu mengekalkan kelembapan amat sesuai
dengan kondisi pokok strawberi. Secara tidak langsung sabut tersebut berupaya menjadi baja
kompos.

2. pH Medium

Pokok strawberi anda memerlukan pH yang simbang dangan keperluannya untuk mendapatkan
saiz buah optimum. pH ideal untuk tanaman ini adalah antara 5.5 hingga 7.

3. Pencahayaan

Pokok strawberi memerlukan pencahayaan sekurang-kurangnya 4 jam sehari untuk iklim


Malaysia. Berbanding di negara beriklim sejuk, strawberi perlukan pengamatan cahaya minimum
6 jam sehari. Namun tidak terlalu terus.

Letakkan di kawasan separa teduhan. Oleh itu, strawberi sesuai ditanam di ruang anjung kediaman.

4. Keperluan saiz kawasan

Pokok strawberi tidak suka tumbuh secara berhimpit. Ia akan mengakibatkan kesukaran
penghasilan bunga dan secara tidak langsung memberi kesan kepada hasil buah.

Hal ini terjadi di sebabkan apabila pokok terlalu berhimpit-himpit, bahagian bawah atau pangkal
pokok yang menghasilkan kudup bunga mengalami kesukaran menerima cahaya matahari. Oleh
itu, jarak bagi setiap tanaman perlu dikekalkan sekurang-kurangnya 20 inci setiap satu.

5. Siraman

Jika anda menggunakan sabut kelapa sebagai medium tanaman, penyiraman boleh dilakukan
apabila medium kelihatan kering atau jika perlu. Perlu diingat, strawberi memerlukan medium
tanaman yang sentiasa lembap bukan basah.

Jika air terlalu banyak, ia akan merosakkan akar serta menggalakkan pertumbuhan kulat. Siraman
paling perlu di jaga ketika buah sedia dipetik. 3-5 hari sebelum dipetik, penyiraman perlu
dikurangkan untuk mengelak buah masam.

6. Baja

Pokok strawberi paling sesuai menggunakan baja cecair kerana ia mudah diserap. Tambahan pula,
sistem akar pokok strawberi yang terlalu pendek sukar menyerap atau mencapai baja yang jenis
slow release.

Baja kimia yang sesuai digunakan untuk strawberi adalah larutan 12:12:12 untuk tujuan
tumbesaran pokok manakala larutan 15:15:15 digunakan untuk penggalak buah.

Pembajaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali, namun AWAS! Baja kimia
bersifat panas dan mudah merosakkan akar pokok. Oleh itu, penggunaan baja dan racun kimia
perlu minima.

Seeloknya, pokok strawberi sesuai menggunakan baja organik. Walaupun produktivitinya tidak
optimum, jangka hayat tanaman lebih tahan lama berbanding penggunaan baja kimia.
7. Pemangkasan

Daun pokok strawberi perlu dipangkas setiap bulan. Sebaiknya, 7-9 daun sahaja yang dibenarkan
untuk bagi setiap pokok. Ini kerana, jika daunnya terlalu banyak, penghasilan buah akan terganggu.

Ia disebabkan oleh permukaan batang bawah pokok yang menghasilkan daun, sulur dan bunga
terlindung dari cahaya matahari.

Lebih kerap anda memangkas, lebih banyak sulur dan buah yang dapat dihasilkan. Selain itu juga,
bilangan sulur perlu di kurangkan untuk membolehkan hasil buah lebih banyak.

8. Keperluan untuk mengganti medium tanah

Setiap kali musim, medium tanaman perlu diganti dengan yang baru. Ia bagi mengatasi masalah
penyakit dari pohon terdahulu di samping memastikan medium dalam keadaan lengkap nutrisi
untuk pertumbuhan pokok baru.

Tanah yang telah digunakan perlu dirawat terlebih dahulu sebelum digunakan atau jadikan sebagai
medium tanaman tumbuhan lain.

Semoga memberi manfaat.

Anda mungkin juga menyukai