Anda di halaman 1dari 2

Hasil kajian menunjukkan bahawa dimensi persekitaran pembelajaran

matematik dan pencapaian matematik mempunyai hubungan yang signifikan.


Keputusan ini adalah konsisten dengan dapatan-dapatan kajian lepas yang dijalankan
oleh Fraser (1994), McRobbie dan Fraser (1993) dan Pierce (1994). Dapatan mereka
ini jelas menunjukkan bahawa persekitaran pembelajaran mempunyai kesan yang
ketara ke atas pencapaian pelajar termasuklah emosi dan hubungan sosial. Malahan
persekitaran pembelajaran yang positif dapat meningkatkan prestasi pelajar
yang lemah. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini berjaya mencapai objektif kajian
yang ditetapkan. Hasil kajian menunjukkan persekitaran pembelajaran Matematik
adalah positif di mana wujud amalan-amalan yang positif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran matematik di dalam bilik darjah.

Akhir sekali, dimensi perpaduan dan tugas merupakan


dimensi persekitaran pembelajaran yang berperanan dalam mempengaruhi
pencapaian dalam subjek matematik. Sehubungan itu, para pendidik seharusnya
peka bahawa pendidikan sentiasa berubah, kebolehan dan gaya
pembelajaran pelajar berubah, kemudahan dan persekitaran pembelajaran juga
berubah. Ini akan membolehkan para guru tidak terkongkong dengan idea-idea lama
yang mungkin tidak sesuai dan pandangan mereka akan jauh ke hadapan lagi.

Guru juga seharusnya memastikan agar tanggungjawab mendidik pelajar

digalas dengan penuh rasa tanggungjawab dan berusaha untuk menjadikan

pengalaman pembelajaran pelajar menarik dan berkesan. Tambahan, guru harus

bijak mempelbagaikan kaedah pengajarannya seperti menjalankan aktiviti kumpulan

kerana aktiviti terbabit dapat meningkatkan komunikasi para pelajar dan terlibat

secara aktif semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan di dalam bilik darjah.

Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar harus ditekankan agar pelajar

lebih berkeyakinan, bermotivasi untuk belajar di dalam bilik darjah.

Dengan demikian pelajar boleh bertindak balas dengan alam sekeliling mereka

dengan cara yang berlainan. Mereka boleh membentuk konsep, mewujud interaksi

yang asal dan unik antara benda-benda yang berlainan dan mendapat makna peribadi
tentang dunia sekeliling mereka. Oleh itu penyelidik mencadangkan kepada para guru

supaya mantapkan kaedah pengajaran supaya pelajar dapat memahami ilmu secara

mendalam.

Pengetahuan sedia ada pelajar juga mempengaruhi pendekatan pembelajaran

mereka. Pelajar yang lemah pada peringkat asas dalam matematik, apabila diajar

dengan konsep baru yang berkaitan dengan pengetahuan asas, mereka tidak mampu

kaitkan pengetahuan sedia ada dengan konsep yang baru dipelajari. Lantas mereka

akan menggunakan pendekatan permukaan iaitu menghafal tanpa mengetahui

makna isi pelajaran tersebut.

Anda mungkin juga menyukai