Anda di halaman 1dari 4

`

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU


JALAN TELOK KUMBAR, 11900 BAYAN LEPAS
PULAU PINANG

KERTAS KERJA

MINGGU KECERGASAN
( Program Lepas UPSR )
2012

TARIKH : 9 - 10 HB OKTOBER 2012

HARI : SELASA - RABU

JANGKA MASA :8.00 pagi – 1.00 petang

TEMPAT : Foyer SK SUNGAI BATU


1.0 MINGGU KECERGASAN ( Program Lepas UPSR )

TARIKH : 9 - 10hb Oktober 2012


TEMPAT : Foyer SK Sungai Batu
MASA : 8.00pagi – 1.00 pm

2.0 PENDAHULUAN
Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan agar setiap murid mengamalkan gaya hidup
sihat. Taraf kecergasan ini dapat dilaksanakan melalui gaya hidup sihat dengan melakukan
aktiviti-aktiviti bersenam dan bersukan secara teratur bagi menjamin taraf kecergasan warga
sekolah yang optimum. Selaras dengan itu Kementerian Pelajaran Malasyia telah
menetapkan Bulan Julai sebagai bulan kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.0 RASIONAL
Matlamat program ini bertujuan untuk membolehkan pelajar menjadi sihat, cergas dan
produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan
kecergasan dalam kehidupan sehari-hari ke arah “Rakyat yang sihat akan melahirkan Negara
maju”

4.0 OBJEKTIF
Objektif utama diadakan program ini :

1. Menghargai diri sendiri serta bertindak untuk melahirkan dan mempertingkatkan


kesihatan dan kesergasan.
2. Memperoleh pengetahuan asas tentang proses pertumbuhan dan perkembangan
tubuh badan manusia serta keperluan kesihatan berkaitan.
3. Memahami konsep kecergasan , prinsip latihan dan langkah-langkah keselamatan
yang perlu dipatuhi.
4. Mempertingkatkan jasmani dengan membina daya tahan kardiovaskular, kekuatan
daya tahan otot serta meningkatkan kelenturan badan, ketangkasan dan kelajuan.
5. Memperkembangkan sahsiah melalui interaksi yang sihat di dalam kegiatan
kecergasan jasmani dan sukan seperti semangat kesukanan, kerjasama, toleransi,
kepimpinan dan disiplin.
5.0 KUMPULAN SASARAN

- Semua murid Tahun Enam


- 81 orang murid lelaki dan 74 murid perempuan
- Jumlah – 155 orang kesemuanya

6. STRATEGI PELAKSANAAN

Dijalankan di sebelah pagi, selepas perhimpunan pagi sehingga waktu rehat dan
disambung selepas rehat sehingga jam 1.00 petang..

7. AHLI JAWATANKUASA MINGGU KECERGASAN

Pengerusi : En. Abu Haniffa B. Naina Mohd ( Guru Besar )

Timbalan Pengerusi : Pn. Mashitah Bt Abdullah ( PK Kokurikulum )

Naib Pengerusi 1 : Pn. Zanariah Bt Kadir ( GPK Kurikulum )

Naib Pengerusi 2 : Pn. Hanzaneza Bt Abdul Hamid ( PK HEM )

Setiausaha : En. Yusrizal B. Yusuf

AJK : Pn Syuhuda Bt. Ismail ( Bola baling )

Pn Suziraazwati Bt. Nor ( Bola baling )

En Mohd Makhros B. Mastor ( Bola baling )

En Ahmad Zaini B. Ghazali ( Futsal )

En Mohd Azizi B. Mohd Latib ( Futsal )

En Shaharudin B. Che Soh ( Futsal )


8. Aturcara Program

9hb Oktober 2012 - Bola baling - perempuan

- 8.00 pagi – 1.00 petang

10hb Oktober 2012 - Futsal - lelaki

- 8.00 pagi – 1.00 petang

10.0 Anggaran perbelanjaan

Piala Minggu Kecergasan - 60 unit X RM 7.00 = RM 420.00

__________

JUMLAH BESAR = RM 420.00

__________

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

En. Yusrizal B. Yusuf En Abu Haniffa B. Naina Mohd


Setiausaha Guru Besar
Minggu Kecergasan SK Sungai Batu.

Anda mungkin juga menyukai