Anda di halaman 1dari 1

5 LAUTAN UTAMA DUNIA

Lautan Atlantik
Lautan kedua terbesar di dunia
Memanjang dari utara ke selatan dan membentuk seakan-akan huruf 'S'

Lautan Hindi
Lautan ketiga terbesar di dunia.
Bersempadan dengan benua Asia, Afrika dan Australia
Purata kedalamannya 3900m

Lautan Pasifik
Lautan terbesar di dunia
Purata kedalaman 4300m

Lautan Artik
Lautan terkecil dan tercetek di dunia
Terletak berdekatan dengan Kutub Utara

Lautan Selatan
Lautan yang mengelilingi benua Antartika

Lautan adalah laut yang luas dan merupakan himpunan air masin yang sambung menyambung
meliputi permukaan bumi yang dibatasi oleh benua ataupun kepulauan yang besar.
Ada lima lautan di bumi iaitu:

 Lautan Artik
 Lautan Atlantik
 Lautan Hindi
 Lautan Pasifik
 Lautan Selatan
Untuk Lautan Selatan, pada beberapa negara dan kebudayaan di dunia, tidak dikenal sebagai
suatu lautan tersendiri, melainkan terbahagi atas Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan Lautan
Pasifik dengan batas selatannya pantai benua Antartika. Sementara pembahagian batas lautan
oleh Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa, Lautan Selatan adalah bermula dari pantai benua
Antartika sampai batas 60 derajat Lintang Selatan.
Lautan meliputi 71% permukaan bumi, dengan luas sekitar 361 juta kilometer persegi, isi lautan
sekitar 1370 juta kilometer padu, dengan kedalaman rata-rata 3790 meter. (Perhitungan tersebut
tidak termasuk laut yang tak berhubungan dengan lautan, seperti Laut Kaspia).
Bahagian yang lebih kecil dari lautan adalah laut, selat, teluk.

Anda mungkin juga menyukai