Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN KEM MOTIVASI TAHUN ENAM SJK(C) CHUNG HUA MIRI

Pada 12 Ogos 2018 (Ahad) yang lalu, saya bersama Cikgu Chau Yong
Ying dan Cikgu Sia Li Hoon telah melibatkan diri dalam kem motivasi Tahun
Enam yang diadakan oleh pihak sekolah SJK(C) Chung Hua Miri. Aktiviti ini telah
disertai oleh kira-kira 100 orang murid Tahun Enam.

Tujuan utama kem motivasi ini adalah untuk wujudkan pelajar yang
mempunyai azam dan iltizam untuk lulus dengan cemerlang dalam UPSR serta
mempunyai keterampilan dan kewibawaan sebagai pemimpin dalam kumpulan
mereka. Bukan itu sahaja, kem ini juga memberi semangat, kekuatan, dan
kesedaran kepada emosi murid untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Kami
bertanggungjawab untuk mengambil kehadiran peserta Tahun Enam sebelum
sesi ceramah. Selain itu, kami bertugas membahagikan makanan-makanan yang
disediakan kepada murid-murid. Kami juga diberikan tugas untuk mengambil
gambar sepanjang aktiviti berlangsung.

Aktiviti berjalan dengan lancar dan murid-murid bersurai pada pukul 12.00
tengah hari.

Anda mungkin juga menyukai