Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Buat ketupat bersama rendang


Jadi hidangan di SIANG hari
Kami ucapkan selamat datang
Ke Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran para tetamu jemputan, tuan-tuan
dan puan-puan, para hadirin serta anak-anak Kuarters KIPTTDI Majlis Ramah Mesra
Aidil Fitri bagi tahun 2018.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan
bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian
diminta mengambil tempat.

Sukacita diingatkan agar kita semua dapat menjaga kebersihan dan keceriaan di
kawasan KIPTTDI ini. Kerjasama dari pihak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-
anak semua amat-amat dihargai.

Pohon Meranti tiga sebatang


Ditebang orang tiga pemuka
Tetam-tetamu dinanti sudah pun datang
Berbesar hati kami menerima

Yang Dihormati En Zambri , Pengerusi Persatuan Pnduduk KIPTTDI,


Yang dihormati barisan tetamu-tetamu jemputan
..............................................................
...............................................................
................................................................
.................................................................
Jawatankuasa Sambutan Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri KIPTTDI, serta warga
KIPTTDI yang dikasihi

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan Kasih dan RahmatNya
dapat kita bersama-sama berada dan hadir dalam Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri bagi
tahun 2018. Saya bagi pihak majlis, sekali lagi mengalu-alukan kedatangan tuan-
tuan dan puan-puan ke majlis ini.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah
kurnianya, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah sempena Majlis
Ramah Mesra Aidil Fitri ini.

Tetak buluh panjang sepuluh


Mari jolok sarang penyengat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa diminta biar selamat
Majlis mempersilakan Ustaz Azrul untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan
hormatnya mempersilakan.....

Amin Ya Rabbal Alamin. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan
haji .......... di atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati,


Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Benarlah kata orang, jika tak kenal maka tak cinta,


Kalau dah cinta, ingin pula bertentang mata,
Pabila bertentang mata, ingin pula mendengar suara.
Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-sama mendengar ucapan alu-
aluan daripada En Zambri selaku Pengerusi Persatuan Penduduk KIPTTDI

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Tanam lenggun tumbuhnya kelapa


Terbit bunga pucuknya mati
Budi tuan kami takkan lupa
Sudah tersemat di dalam hati

Terima kasih atas ucapan alu-aluan sebentar tadi....

Skrip Penutup

Hadirin dan hadirat sekalian,

Dengan berakhirnya Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri ini, saya mewakili Jawatankuasa
Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dan menghadiri majlis ini dan majlis
ini diakhiri dengan beberapa rangkap pantun

Bunga selasih dapat di pangkal


harga serupa kain kesturi
terima kasih selamat tinggal
hingga berjumpa di lain hari
Hinggap merpati di tunggul jerami
berenang laju selam kemumu
namun di hati tetap bersemi
kenang KIPTTDI dalam doamu

Resah hati diperalat tuan,


terduga rasa dalam gelora;
berpisah jadi adat pertemuan,
semoga sentiasa dalam sejahtera.

Kalau ada jarum yang patah


Jangan disimpan didalam peti
Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri selesailah sudah
Jumpa lagi kita di lain kali

Kiri jalan kanan pun jalan


Tengah-tengah pohon mengkudu
Selamat jalan kami ucapkan
Berhati-hati ketika memandu

Saya selaku Pengacara majlis memohon mengundurkan diri, terima


kasih dan jumpa lagi ...

Anda mungkin juga menyukai