Anda di halaman 1dari 3

Soalan struktur 3:

Jelaskan usaha yang telah dilakukan oleh KPM dalam merealisasikan prinsip
“Pendidikan Untuk Semua”.
 Melaksanakan pendidikan wajib peringkat asas, dasar untuk pelaksanaan
sekolah vernacular, sekolah teknikal,sekolah asrama penuh, sekolah
pendidikan khas, sekolah swasta dan sekolah agama islam, mewujudkan
peluang Pendidikan Jarak Jauh tidak ketinggalan sekolah –sekolah kurang murid
di kawasan terpencil.
 Menyediakan kemudahan infrastruktur yang mencukupi bagi menangani
masalah kesesakan bilik darjah dan memperbanyakkan alat-alat teknologi
seperti LCD, komputer, ‘laptop’ di sekolah.
 Kemudahan asas sekolah dari segi bilangan bilik darjah, buku teks. Dari segi
sumber tenaga, bilangan guru siswazah dan bukan siswazah.
 Pelbagai program pembangunan pendidikan seperti Skim Bantuan Pendidikan,
Skim Pinjaman Buku Teks, Rancangan Makanan Tambahan.
Soalan Esei
Huraikan bagaimana anda dapat menggunakan strategi pembelajaran yang
inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)


Kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran
pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang dibina berdasarkan
persoalan autentik (asli) yang kompleks, dan direka bentuk untuk menghasilkan
produk atau tugasan.Bagi pembelajaran berasaskan projek guru perlu kemukakan
permasalahan atau situasi masalah tugasan kepada pelajar. Keduanya adalah
bincang untuk mengenal pasti masalah dan mencari jalan penyelesaian (pelajar
terlibat dalam pembelajaran arah kendiri). Seterusnya adalah, pelajar menyiasat
semula masalah secara bersama-sama. Pelajar membuat rumusan dan
berkaitan dengan permasalahan baharu. Akhir sekali, membuat refleksi tentang
proses pembelajaran dan perbincangan.

2. Pembelajaran Berasaskan Masalah


Pilih tugasan autentik berdasarkan sukatan pelajaran yang releven, sesuai
dengan minat pelajar dan bermakna kepada pelajar. Perkenalkan isi pelajaran
melalui proses menyelesaikan masalah bukan penyelesaian masalah setelah
mengemukakan isi-isi penting. Menggunakan pengetahuan mereka untuk
menguji jangkaan , strategi dan fakta. Pilih kisah yang berlaku dalam keadaan
sebenar contohnya masalah yang dialami penanam padi/ penoreh getah.

3. Pembelajaran Elektronik (e-learning)


E-learning' membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih
berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran
mereka.Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga
pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang 'selamat'
tanpa merasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian.
Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan
menggunakan teknologi yangsedia ada. 'E-learning' yang diuruskan dengan baik
dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematikuntuk rujukan
pelajar dan juga guru,mentor atau fasilitator. Dengan ciri-ciri menarik yang ada pada
'e-learning' serta minat pelajar terhadap fungsi-fungsi di dalam Internet, maka sudah
tiba masanya ianya digunakan dengan meluas untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran.Tambahan pula kejayaan agenda 'e-learning' kebangsaan banyak
bergantung kepada pelaksanaan ICT di selolah. Jika pelajar dapat dibimbing umuk
menggunakan 'e-learning' dengan cara yang berfaedah maka ianya akan membantu
mengurangkan penggunaan negatif yang lain.

4. Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang (web)


Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang (web) merupakan satu jenis
pembelajaran dalam talian yang menggunakan gabungan streaming video,
persembahan power point, penerangan audio dan perisian lain dalam
penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Maklumat penting seperti maklumat
kursus, sukatan pelajaran dan penyerahan tugasan dimuatkan dalam talian.
Pembelajaran menjadi lebih luas dan kaya dengan sumber pembelajaran yang
pelbagai, dengan pautan kepada laman yang berkaitan , audio dan video di
dalam bilik darjah maya.

Anda mungkin juga menyukai