Anda di halaman 1dari 2

Aslamaualaikaum wr.br.

Rabbill srahli..

Yang Dihormati
Tn. Haji Tenggku Mohd Yusuf Tg
Ketua Sektor, Sektor Jaminan Kualaiti - Jbt Pendidikan Negeri Trg - yg mewakili Pengarah
Pddik negri (satu tepukan utk tuan)

Yg. Berhabagia
En. Idris Bidin - Pegawai Pddikan Daerah Kmnn - yg kita tahu sentiasa sibuk menjelang
spm/ stpm (satu tepukan utk tuan)

Yg Dihormati
Pn. Ir harlina abd hadi - Ydp pibg yang sentiasa be

Anda mula menjadi dewasa


Anda mula mengenal asam dan ragam manusia

Disini anda pernah menahan sebak, menahan susah dan payah


Disini anda telah belajar menghadapi ujian yang gentir

Belajar untuk berlindung dari ribut dan petir


Hari ini semua itu anda telah lepasi
Hari ini anda selesa duduk didewan ini
Hari ini anda menempa jaya, menuai hasildari semua usaha yang telah anda jana

Dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini, ingatlah jalan tidak semestinya lurus, hati tidak
semestinya tulus, niat tidak semestinya telus

Yang sudah digengam tidak semesti nya lekat


Yang dikendung pun tidak pastinya dapat
Yang bersih tidak semestinya suci
Yang suci mungkin juga berdebu

Ada cerita suka,, ada cerita duka


Ada tangis dan ada hilai tawa
Banyak halangan yang anda akan tempuh
Banyak cabaran yang perlu anda tempuh
Banyak kemahiran yang perlu anda asuh

Pastikan ilmu didada sentiasa penuh


Jangan sesekali gopoh untuk mencapai duduk yang kukuh

Telah kami curahkan semua yang kami tahu


Telah kami halalkan selagi anda mahu

Hari ini dalam segak dan gaya, dalam linang air mata gembira, kamiakan lepaskan anda
pergi, mencari gemilang anda sendiri

Kalau berjalab, berjalan lah dengan megah, redahlah semua onak dan duri sampai ke
gunung dan bukit
Kalau terbang - terbanglah dengan gagah, atasi semua rintangan sampai terjumpa
mentari terbit
Kalau berenang - berenaglah dengan tabah - harung semua cabaran hingga ke kaki langit

Jika takdirnya menjadi permata, sudah tentu kami tumpang bangga


Kalau takdirnya ke lembah cela, cepatlah pulang mencari pangkal dan dermaga

Namum ingatlah setinggi mana pun anda berada, jangan lupa dari mana anda bermula
Sejauh manapun anda belayar - jangan lupa dari mana anda dapat layar

Sejauh manapun anda belari jangan lupa siapa yang mengajar anda bertatih

Yang pasti kasih sayang dari ibubapa telah membawa anda ke sini pada hari ini
Jangan sesekali lupa apa yang telah mereka korbankan untuk jaya yang anda dapat -jaya
anda menjadi bangga mereka, sama juga seperti kami di Petranian

Pada kami andalah intan, anda lah sanjung, andalah juara andalah junjung, andalah
pucuk,andalah ulamyang datang, andalah permata, andalah jantung, andalah payung,
adalah segalanya

Jadilah yang lebih moleh dari yang lebih baik, yang lebih eluk dari yang cantik ingatlah
kami akan sentiasa menyokong setiap usaha yang

Anda mungkin juga menyukai