Anda di halaman 1dari 3

KELEMAHAN PROSES PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

1.0 Kurangnya tumpuan dan perhatian pelajar-pelajar pendidikan khas.

Berdasarkan temu bual yang dijalankan, responden memberitahu bahawa antara salah
satu kelemahan yang timbul apabila proses pembelajaran di dalam kelas pendidikan khas ialah
pelajar kurang memberikan tumpuan semasa proses pembelajaran berlaku di dalam kelas. Murid-
murid bekeperluan khas (MBK) ini sukar untuk memberikan fokus yang sepenuhnya semasa
proses PdPc berlaku. Masalah kecacatan yang dimiliki oleh setiap murid ini menyebabkan proses
PdPc mengalami sedikit gangguan. Murid bekeperluan khas seperti slow learner (lembam)
terutamanya sering cepat bosan apabila proses pembelajaran berlangsung dalam jangka masa
yang agak panjang.

Perhatian mereka akan teralih kepada sesuatu yang lain apabila berada di dalam kelas.
Tambahan pula, responden menyatakan bahawa guru pendidikan khas itu sendiri terpaksa
memikirkan langkah dan cara terbaik dalam menarik minat setiap murid bekeperluan khas
supaya perhatian mereka tidak terganggu oleh perkara-perkara lain.

2.0 Aras pembelajaran

Sebagaimana yang kita sedia maklum, murid-murid bekeperluan khas ini memerlukan
proses pembelajaran bermula daripada tahap konkrit ke aras abstrak. Maksudnya di sini ialah
murid-murid bekeperluan khas perlu diajar mengenai kurikulum dari aras yang senang kepada
yang lebih susah. Hal ini demikian kerana aras pemikiran murid-murid bekeperluan khas ini
tidak sama seperti pelajar-pelajar arus perdana.

Guru-guru pendidikan khas di SMK Sungai Keruit ini menyediakan alat bantuan
mengajar yang lebih mudah dan menarik bersesuaian dengan aras pemikiran murid-murid
bekeperluan khas di sekolah ini. Tambahan pula, alat bantuan mengajar yang lebih kreatif
diperlukan oleh setiap guru pendidikan khas supaya murid-murid bekeperluan khas berminat
untuk belajar. Ketika proses PdPc berlaku, terdapat juga murid-murid yang sukar untuk
memahami sesi pembelajaran tersebut dan perkara ini menganggu untuk guru meneruskan PdPc
seperti yang dirancangkan. Guru juga terpaksa mengikut aras pengetahuan dalam merangka
proses pembelajaran supaya murid-murid bekeperluan khas memahami pembelajaran yang
dipelajari.

3.0 Bahasa dan Komunikasi

Bahasa dan komunikasi adalah sangat penting bagi guru bagi segala informasi yang ingin
diberitahui dapat disampaikan kepada murid dan difahami oleh murid. Bahasa digunakan sebagai
medium untuk menyampaikan ilmu dengan baik disamping berkongsi maklumat. Sebagai contoh
murid yang berkeperluan khas sangat sukar untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling mereka
terutamanya guru dan juga pelajar yang lain. Hal ini demikian kerana pelajar autism ini lebih
cenderung dan berminat dengan dunia mereka sendiri. Guru juga perlulah melakukan
pengulangan pembelajaran yang kerap kepada pelajar ini untuk terus mereka ingati apa yang
dipelajari.

Guru-guru pendidikan khas di SMK Sungai Keruit akan menggunakan bahasa yang
mereka fahami seperti isyarat tangan. Akan tetapi ada segelintir pelajar yang tidak mahir akan
isyarat tangan ini. Isyarat tangan ini digunakan kepada pelajar yang tidak boleh mendengar atau
pekak. Terdapat juga pelajar yang seperti slow learner ( lembam ) yang tidak berminat dengan
aktiviti pembelajaran. Dengan itu guru di Smk sungau Keruit ini menggunakan alat ABM dan
komunikasi yang lembut untuk menarik minat mereka untuk belajar.

Pemerhatian saya pelajar di SMK Sungai Keruit ini banyak membuat aktiviti kemahiran
seperti memasak, menjahit, melukis dan sebagainya. Hal ini demikian kerana pelajar lebih
berminat dan tertarik untuk mempelajari asas kemahiran. Seorang pelajar perempuan yang pekak
kreatif dalam membuat kraftangan dan menjahit dan jahitannya adalah sangat cantik. Dengan itu
komunikasi adalah sangat penting untuk menarik perhatian mereka dan juga untuk menarik
minat mereka kearah yang lebih baik.
4.0 Kepelbagaian kompetensi murid

Setiap murid berkeperluan khas sudah pastinya mempunyai kecerrdasan dan keupayaan
yang berbeza antara satu sama lain. Bagi kanak-kanak khas iq mereka adalah daripada 80 ke 70
manakala IQ pelajar normal adalah 90 hinga ke 100. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas sudah
pastilah mereka mempunyai kepelbagain kompetensi yang tersendiri. Sebagai contoh kanak-
kanak autism selalunya mempunyai IQ yang sederhana berbanding dengan kanak-kanak sindrom
down yang mempunyai IQ yang rendah. Hal ini demikian kerana pelajar sindrom down ini
mengalami kecacatan sejak lahir lagi.

Melalui pemerhatian saya di SMK Sungai Keruit, kebanyakan pelajar di sini adalah
menghidapi penyakit lembam iaitu masalah untuk belajar. Dengan itu guru di sini menggunakan
kaedah pembelajaran secara koperatif untuk membantu pelajar tersebut belajar bersama rakan-
rakan yang lain. Akan tetapi terdapat juga pelajar buta yang mempunyai IQ yang seperti pelajar
normal. Dengan itu guru perlulah mengambil inisiatif untuk mebezakan kaedah pengajaran
pelajar-pelajar ini kerana mereka mempunyai tahap IQ yang berbeza. Sebagai contoh, jika murid
murid ynag mempunyai keupayaan IQ yang terlalu rendah dicampurkan bersama dengan murid
yang mempunyai keupayaan yang sederhana. Hal ini akan menyebabkan murid yang IQ rendah
itu akan lebih ketinggalan semasa mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
Akan mendukacitakan kanak-kanak tersebut tidak akan berminat dan tidak fokus di dalam kelas.
Apabila berlaku hal yang sedemikian maka pelajar tersebut akan menganggu pelajar yang lain.

Anda mungkin juga menyukai