Anda di halaman 1dari 3

SK.

SERI SEKINCHAN, 45400 SEKINCHAN

PROGRAM CELEK LINUS

Apa Maksud Program LINUS?

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan).

National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak
mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga
tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini mula dilaksanakan pada tahun
2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggunajawabkan untuk menerajui usaha


mengatasi masalah literasi dan numerasi di kalangan murid sekolah rendah.

DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian

DEFINISI NUMERASI

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah
serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

PENGENALAN

Program ini diperkenalkan untuk membantu murid Linus menguasai kemahiran asas Literasi dan
Numerasi setelah 3 tahun berada di Tahap satu kecuali murid berkeperluan khas.

OBJEKTIF
1. Murid dapat menguasai kemahiran asas Literasi dan Numerasi setelah 3 tahun berada di
Tahap 1
2. Murid tidak berasa rendah diri dan dapat belajar seperti kanak-kanak lain.
3. Murid berasa lebih seronok untuk hadir ke sekolah.
MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap I sekolah rendah
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi setelah tiga tahun berada di Tahap Satu
kecuali murId berkeperluan khas.

OBJEKTIF
Objektif Program Literasi
Pada akhir Program Literasi murid berupaya:

i. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup; dan
ii. membaca dan menulis serta ayat tunggal .

Objektif Program Numerasi:


Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:
i. Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula daripada
sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu, ukuran
dan sukatan.

KUMPULAN SASARAN
Semua murid LINUS

STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM


i M elaksanakan saringan terhadap murid pada tahun 1,saringan 1 ( Modul saringan Linus )
ii Mengenal pasti murid LINUS
iii. Murid LINUS yang telah dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran asas literasi BM ,BI dan
Numerasi akan diajar oleh guru Linus dan guru pemulihan khas ( kecuali BI )
iv Bimbingan berfokus berdasarkan penguasaan kemahiran murid .
V. Program bertemu pelanggan – semasa peperiksaan pertengahan tahun.

MASA / WAKTU
1. 5 minit sebelum pdpc bermula.
2. Murid Linus Tahun 2 dan 3 akan belajar di kelas pemulihan mengikut waktu yang ditetapkan.
3. Pdpc di dalam kelas mengikut waktu guru Bahasa Malaysia, Matematik atau BI.
4. 5 minit sebelum masuk kelas di waktu pagi di sudut linus.

BAHAN-BAHAN
1. Kad bacaan
2. Buku kerja Linus / Modul LINUS
3. Sudut Linus
SUMBER KEWANGAN
1. Panitia BM, Matematik, dan BI

GURU-GURU YANG TERLIBAT

BIL NAMA GURU KELAS YANG DIAJAR

1. Pn. Normah bt Mohamed Kelas 1D ( Literasi BM)

2. Subatra A/L Muniandy 1D (Literasi BI)

3. En Erwan bin Sarimy 1D ( NUmerasi )

4. Pn Jaharah bt Saari 2D ( Numerasi )

5. En. Mohd Shafik bin Ramli 2D & 3D ( Literasi BI )

6. Pn. Salasiah bt Hashim 2D ( Literasi BM

7. En Nordin bin Suib 3D ( Literasi BM )

8. Pn. Siti Nor Sarifah Hanim 3D ( Numerasi )

9. En. Bastami bin Zakaria Guru Pemulihan Khas

Disediakan oleh :

Guru Linus

Anda mungkin juga menyukai