Anda di halaman 1dari 50

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

OLEH: ABU SAMAH B. JAAFAR MOHD. JABALNUR B. PARI

Konsep modenisasi
Suatu proses transformasi atau perubahan dalam semua aspek kehidupan. Secara berencana atau tidak berencana. Berencana ada matlamat, kaedah dan ukuran pencapaian sebelum perubahan dilaksanakan- modenisasi atau pembangunan T. Berencana sebaliknya

Modenisasi

KNK
1.Ekonomi
Pembangunan Teknologi (tradisional Pembangunan Urbanisasi moden) Pertanian (Perpindahan (sara diri komersial) ke bandar) Industrialisasi (proses besar2an guna teknologi

Mula dari Eropah barat akibat daripada


Revolusi Perancis Revolusi Perindustrian

Disebarkan menerusi proses imperialisme dan kolonialisme. Cabaran Malaysia


Sejarah penjajahan Kemajmukan etnik Gabungan wilayah dan kerajaan yang berbeza.

MODENISASI DI MSIA
KDNK

Peringkat awal

Tingkat prasarana ekonomi


Pembangunan pertanian & dari industri gantian-impot kpd orientasi eksport

Tahun 1960-an

Pembangunan teknologi - eksport

Tahun 2000

K-Ekonomi

Hubungan timbal balas ekonomi dan etnisiti Di bentuk melalui penjajah Tradisional moden Pembinaan industri (mengikut etnik dan wilayah berbeza)
Ekonomi dan Etnisiti tidak dpt dipisahkan Umpama Aur dgn Tebing

Perancangan Pembangunan Lima Tahun (dirangka oleh British)

Aspek ekonomi berjaya Aspek politik tidak berjaya (tetap berusaha) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) Pemimpin negara telah dididik oleh Inggeris dlm proses pembangunan Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) Dilaksanakan sepenuhnya oleh pemimpin tempatan

Ranc. Msia Pertama (1966-1970) (dasar pendidikan, bahasa dan budaya diperkenalkan)
Ranc. Msia Kedua (1971-1975) (membetul keseimbangan ekonomiperpaduan kaum)

Ranc. Ranc. Ranc. Ranc. Ranc. Ranc.

Msia Msia Msia Msia Msia Msia

Ketiga (1976-1980) Keempat (1981 1985) Kelima (1986-1990) Keenam (1991-1995) Ketujuh (1996-2000) Kelapan (2001-2005)

Dasar-Dasar Awam

FELDA, FELCRA

(tumpuan kepada sektor pertanian)

MARA Dasar Perindustrian Berat Dasar Penswastaan Dll bagi tujuan pembangunan ekonomi berteraskan ICT

Dasar Penswastaan dalam konteks Hubungan Etnik

Kurangkan beban kewangan & pentadbiran kjaan Tingkat persaingan, Perbaiki kecekapan, tambah produktiviti Mrangsang pelaburan & usahawan sendiri Kurang bilangan dan saiz sektor awam Membantu capai matlamat DEB

Industri Automobil Nasional dan Penglibatan Etnik


Tahun 1980-an Idea Tun Dr. Mahathir 7 Mei 1983 Tubuh PROTON Disokong oleh DRB-Hicom

Tingkat saingan sektor automotif Jadikan Msia hub. Automotif serantau Kekal nilai tambah ekon. Domestik Tingkat jumlah ekspot kenderaan Penglibatan bumiputera Kualiti produk, kptgan pengguna, nilai wang

Matlamat Penubuhan DAN

Hubungan Etnik Pada Abad Ke-18


Abad ke-18 adalah zaman pertapakan kuasa Inggeris di Tanah Melayu dengan penguasaan Pulau Pinang pada 1786. Ia menyaksikan perkembangan Pulau Pinang sebagai sebuah pelabuhan bebas dan kebanjiran ramai pedagang asing termasuk dari India (pedagang Chulia) dan Cina. Kemajuan Pulau Pinang pada abad ke-18 sebahagiannya disumbangkan oleh pedagang Chulia

Hampir kesemua kapitan Cina menjalinkan hubungan yang baik dengan British. Dasar British Ini sebenarnya menjarakkan lagi status ekonomi Cina.

Buruh India

Abad ke-18 juga adalah zaman kedatangan buruh India yang mula menetap di Negeri-negeri Selat. Ada yang datang sebagai pegawai polis, tentera dan pesalah yang dibawa dari India untuk bekerja sebagai buruh dalam Jabatan Kerja Raya. Ada juga pedagang India yang terlibat dalam perniagaan di Negeri-negeri Selat.

14

Selepas pengenalan sistem Residen di Negerinegeri Melayu pada 1874, ramai orang India yang direkrut dalam sektor keselamatan Negeri-negeri Melayu (NNM) seperti Malay States Guides, polis dan juga dalam pembinaan jalan dan landasan keretapi.

Bilangan buruh India ketika ini amat kecil tetapi ia bertambah pada penghujung abad ke- 19 dengan perkembangan pesat sektor perladangan getah.

15

Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Pada Abad Ke-20


Abad

ke-20 adalah era yang menyaksikan perkembangan pesat ekonomi Tanah Melayu dan penglibatan bukan Melayu, khususnya kaum Cina dalam ekonomi milik British. Kaum India pula menyumbangkan tenaga yang besar dalam sektor perladangan dan sebilangan kecil dalam pentadbiran dan sebagai buruh kasar dalam sektor perladangan dan perlombongan. Kebanyakan orang Melayu pula adalah di luar bandar dan mereka yang berpendidikan bekerja makan gaji dalam sektor pentadbiran kerajaan.

16

Pada awal abad ke-20 kaum Cina menjadi pemilik utama lombong-lombong utama dan hanya pada 1930an dengan peningkatan penggunaan teknologi, bangsa Eropah mula mengambilalih dominasi orang Cina dalam sektor ini

17

Kedudukan ekonomi Cina telah cuba dipulihkan pada zaman Darurat (19481960) iaitu apabila berlaku ancaman komunis. kerajaan telah mendirikan kawasan penempatan baru yang dikenali sebagai kampung-kampung baru (New Villages) di bawah rancangan Briggs.

18

Hubungan Orang Melayu dengan India dari sudut ekonomi agak baik pada awal abad ke20. Ini adalah berasaskan hubungan orang Melayu golongan peminjam wang India (Chettiar). Hubungan ini menjadi renggang pada 1930an apabila orang India membuat tuntutan politik supaya mereka diberikan lebih banyak keistimewaan.

19

Kedudukan ekonomi buruh India amat teruk pada zaman pendudukan Jepun. Ramai yang telah dibawa ke sempadan negeri Thai untuk membina landasan keretapi maut.

20

Pada zaman Darurat, 1948-1960, tuntutan pekerja bertambah dan ramai buruh India telah menyertai kesatuan sekerja anjuran anjuran Parti Komunis India. Pada Mei 1947, buruh India telah menuntut supaya mereka diberikan upah yang sama dengan buruh Cina. Tuntutan-tuntutan lain adalah tempat kerja yang selesa, bekalan kemudahan asas dan perlantikan guru sekolah di estet.

21

Berdasarkan kemajuan ekonomi yang di alami oleh ketiga-tiga kaum pada abad ke20, amat jelas konsentrasi ketiga-tiga kaum ini juga berbeza. Kaum Cina juga mewakili separuh dari penduduk bandar semua negeri Semenanjung kecuali Kelantan, Trengganu dan Perlis.

22

Orang Melayu pula tertumpu di kawasan luar bandar yang berkait dengan pertanian sebagai contoh di kawasan pantai barat. Pada tahun 1947, hanya 14% orang Melayu menetap di bandar, sedangkan Cina mewakili 54% dan India 39%.

Kaum India sebahagian besar tinggal di luar bandar dan mereka yang menetap di bandar tertumpu di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

23

Latar Belakang Perkembangan Ekonomi Malaysia dalam Kerangka Perlembagaan Merdeka 1957 dan Senario Selepas Merdeka

Perlembagaan Merdeka menyaksikan dominasi politik Melayu diinstitusikan. Pada tahun 1955 dan 1956 UMNO, MCA dan MIC telah berkompromi dibawah satu persetujuan (social contract) yang dikenali sebagai persetujuan bersejarah (historic bargain).

24

Melalui persetujuan ini orang Melayu bersetuju kewarganegaraan akan diberikan kepada orang bukan Melayu yang berkelayakan dan sebagai balasan bukan Melayu bersetuju mengakui hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan.

25

Semua kompromi ini kemudiannya dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957. Walaupun semua kehendak dipersetujui sewaktu perlembagaan diterima tetapi selepasnya ia adalah satu senario yang berbeza. Isu-isu sensitif terus dibangkitkan oleh parti-parti pembangkang dalam pilihanraya 1963 dan 1969.

26

Pada awal 1970, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Antara 1970-1990, DEB menunjangi pembangunan negara dan ia berusaha untuk membasmi dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

27

Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Dalam Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) dan Kedua (1961-1965)

Pembangunan ekonomi Malaya selepas merdeka adalah berasaskan beberapa rancangan pembangunan 5 tahun. Rancangan pembangunan negara boleh dibahagikan kepada dua fasa, pertama (1956-1970) dan kedua (1970-1990) yang berasaskan Dasar Ekonomi Baru.

28

Rancangan Malaya Pertama bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan menumpukan kepada sektor luar bandar; Mempelbagaikan keluaran pertanian supaya negara tidak hanya bergantung kepada pengeluaran getah Menambahkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan.

29

Dasar pembangunan kerajaan Perikatan selepas merdeka adalah untuk membawa kemajuan ekonomi kepada semua rakyat Tanah Melayu. Pada waktu ini tidak banyak wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan ekonomi. Hampir separuh dari perbelanjaan dihalakan kepada pertahanan dan keselamatan dalam negeri (bagi membendung ancaman komunis).

30

Status Ekonomi Melayu

Untuk membantu orang Melayu di luar bandar kerajaan telah menubuhkan pelbagai agensi; RIDA (Rural Industrial Development Authority) berfungsi untuk memajukan masyarakat luar bandar melalui pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur. FELDA (Federal Land Development Authority) pada 1956 untuk membuka dan memajukan tanah baru secara besar-besaran bagi pertanian dan penempatan

31

Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1959, satu Kementerian yang secara khusus menjaga hal-ehwal luar bandar ditubuhkan. FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) pada 1965. 1961 Jawatankuasa Pembangunan Kampung ditubuhkan bagi melibatkan orang Melayu secara langsung dalam proses perancangan dan pelaksanaan program pembangunan.
32

Bank Bumiputera ditubuhkan pada 1965 dengan modal sebanyak RM20 juta untuk berperanan sebagai institusi yang boleh membekalkan kredit serta khidmat nasihat kepada peniaga bumiputera. Amanah Saham MARA dilancarkan pada 1967 untuk menggembling tabung simpanan Melayu. Dewan Perniagaan Melayu Bersekutu ditubuhkan pada 1967 sebagai urursetia bagi golongan kapitalis Melayu.

33

Status Ekonomi Cina

Kedudukan ekonomi Cina amat teguh selepas merdeka disebabkan kemahiran orang Cina berdagang dan juga sumbangan persatuanpersatuan Cina untuk mengumpul modal. Konsep perniagaan ala kongsi telah membantu kaum Cina mengumpul modal dan mengukuhkan modal di kalangan komuniti mereka. Keadaan ini juga dibantu oleh lokasi orang Cina di bandar yang telah mendedahkan mereka dengan satu sistem pendidikan yang baik.

34

Status Ekonomi India

Kaum India adalah satu komuniti yang tidak mempunyai suara politik dan lemah dari segi ekonomi dan sering ditindas oleh kerajaan British.

35

Dasar kerajaan yang baru merdeka untuk mengambilalih ladang-ladang milik pengusaha asing mempunyai kesan yang serius ke atas buruh eset. Pengusaha Barat mula menjual ladang-ladang mereka dan meninggalkan negara.

36

MIC telah cuba menyelamatkan nasib buruhburuh India dengan membeli ladang-ladang kecil dengan menubuhkan National Land Finance-Co-operative Society Lmtd (NLFCS) pada 1960. Antara 1961-1969, NLFCS telah membeli 18 estet. MIC dan NLFCS telah mendesak kerajaan menggubal undang-undang untuk mengawal penjualan estet yang luasnya melebihi 100 ekar.

37

Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Sejak Tragedi 13 Mei 1969 Hingga 1990

Tun Razak menyedari bagi membangunkan ekonomi negara, kerajaan harus mengelakkan perbalahan kaum. Untuk itu parti Perikatan diperluaskan dan pada 1974 Barisan Nasional (BN) dibentuk dan ia menyaksikan penyertaan lebih banyak parti politik dan mengurangkan politiking. Tujuan utama rancangan ini adalah untuk memperteguhkan sokongan orang Cina. Ia adalah strategi politik yang digelar sebagai ethnic corporatism.
38

Status Ekonomi Melayu

Pembangunan ekonomi sebelum Tragedi 13 Mei adalah dibawah Rancangan Malaysia Pertama (RMP) (1966-1970). Ia ingin wujudkan perpaduan rakyat dan wujudkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ingin mengurangkan kadar pengangguran, membangunkan ekonomi luar bandar dan mempelbagaikan ekonomi supaya tidak bergantung kepada getah dan bijih timah.

39

Tragedi 13 Mei 1969 menyedarkan kerajaan timbulnya masalah perbalahan kaum adalah disebabkan ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi antara kaum. Pembahagian buruh seperti yang disaksikan pada zaman penjajahan berterusan pada tahun-tahun 1960an. Adalah didapati golongan yang paling menganggur ialah orang Melayu dan ini diikuti oleh orang India.

40

Dalam sektor pelaburan didapati orang Melayu hanya memiliki 1% pelaburan dalam perniagaan berdaftar. Oleh itu, satu rancangan ekonomi yang lebih menyeluruh bagi kesemua kaum mula diperkenalkan dan ia dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB).

41

DEB diharapkan dapat menyusun semula masyarakat Malaysia dengan harapan kegiatan ekonomi tidak lagi diidentifikasikan dengan kaum seperti yang diperhatikan pada zaman penjajahan. DEB berkembang dibawah Rancangan Malaysia kedua, 1971-75; Ketiga 19761980; Keempat 1981-1985 dan Kelima, 1986-1990.

42

Matlamat utama DEB dan kesemua Rancangan Malaysia sehingga 1990 ialah ;

untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum menerusi strategi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dari segi fungsi ekonomi, memodenkan kehidupan masyarakat luar bandar dan mempertingkatkan penyertaan kaum bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan. Objektif ini mengalami sedikit perubahan pada tahun-tahun 1980-an apabila dinyatakan satu lagi objektif adalah untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan negara.
43

Kerajaan memperkenalkan DEB dan ia menyedarkan orang Cina betapa perlunya bekerjasama dengan orang Melayu untuk mendapat faedah ekonomi. Kaum Cina mula mengubah strategi perniagaan mereka daripada berniaga sebagai individu kepada kumpulan.

44

Pada 1989 kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara untuk melahirkan rasa kebimbangannya dengan nasib kaum India yang ketinggalan di bawah DEB dan ingin mengemukakan cadangan bagi merangkakan dasar ekonomi bagi tempoh 1991-2000.

Majlis ini telah menyeru supaya kerajaan mengambil tindakan untuk memajukan nasib orang India dibawah Dasar Pembangunan Nasional yang akan menggantikan DEB.

45

Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Di bawah Dasar Pembangunan Nasional (1990-2000) dan Wawasan Negara (2001-2010)

Kerajaan telah menggubal Dasar Pembangunan Nasional (DPN) selepas tamat tempoh Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan DEB pada 1990.
DPN yang termasuk dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) meliputi tempoh masa antara 1991-2000.

46

DPN digubal berlandaskan wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Wawasan 2020 menekankan 9 cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk muncul sebagai negara berteknologi tinggi menjelang abad ke-21

47

Dasar-dasar yang menggantikan DEB cuba mewujudkan landasan yang baik bagi memajukan kesemua kaum di Malaysia. Namun begitu, dari segi perlaksanaan DEB memang mempunyai kelemahan. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan semua pihak bagi memastikan apa sahaja dasar yang diperkenalkan membawa faedah kepada semua lapisan masyarakat tanpa meminggirkan mana-mana komuniti.

48

Ekonomi dulu
Etnik Melayu Cina India Agama Islam BKKT dll Hindu Penempatan Luar bandar Bandar Estet Aktiviti Ekonomi Pertanian Peniaga Buruh

Dayak
Melanau Kadazandusun Bajau

Kristian, tradisi
Islam, Kristian Kristian Islam

Luar bandar
Luar bandar Luar bandar Luar bandar

Pertanian
Pertanian Pertanian Pertanian

Anda mungkin juga menyukai