Anda di halaman 1dari 2

Latihan Imbuhan

Bubuh imbuhan yang sesuai pada kata dasar yang diberikan dalam ayat.

1. _____________ (tulis) yang terkenal itu sepupu saya.

2. Adik sedang ______________ (tulis) sepucuk surat kepada kawannya di Amerika.

3. Tolong _____________________ (letak) beg ini di atas meja itu.

4. Rumah Ali _____________________ (letak) di atas bukit.

5. Jangan ___________________ (dekat) pemuda itu kerana dia kepala angin.

6. Anda seharusnya tahu kalau sebuah planet berukuran sangat besar


________________ (dekat) Bumi.

7. __________________________ (pamer) itu akan diadakan selama sebulan.

8. Tolong _____________________ (pamer) lukisan itu di ruang tamu.

9. Ali ______________________ (pamer) hasil kraf tangannya di Pusat Pameran


Kuching.

10. ______________________ (latih) yang diberi oleh Cikgu Ismail sangat


merunsingkan.

11. Budak-budak itu sedang ____________________ (latih) olahraga di Stadium


Bukit Jalil.

12. Untuk mahir bersilat kita perlu _______________ (latih).

13. Jurulatih itu __________________ (latih) pasukan keranjang sekolah saya.

14. Abang saya sedang menyiapkan ___________________ (tugas) yang diberikan


oleh guru.

15. Pelajar dialu-alukan berjumpa dengan guru ________________ (tugas) andainya


terdapat sebarang masalah.

16. Bapa saya menerima ______________ (rawat) di klinik kesihatan.

17. Doktor itu sedang __________________________ (rawat) ayah saya yang sakit
tenat.

18. Kos ____________________ (rawat) penyakit kanser dianggarkan di antara


RM40,000 hingga RM300,000.
Jawapan : 1. Penulis, 2. Menulis, 3. Letakkan, 4. Terletak, 5. Dekati, 6. Mendekati, 7.
Pameran,

8. Pamerkan, 9. Memamerkan, 10. Latihan, 11. Berlatih, 12, berlatih, 13. Melatih, 14.
Tugasan,

15. Bertugas, 16. Rawatan, 17. Merawat, 18. rawatan,

Anda mungkin juga menyukai