Anda di halaman 1dari 2

Senarai tugasan pengawas sekolah

Tangga Kantin

1. Memastikan murid tidak makan di tangga kantin dan tepi longkang.


2. Mengawal pergerakan murid supaya tidak berlari semasa naik dan turun tangga.
3. Menahan murid yang membawa makanan naik ke atas.
4. Mengarahkan murid supaya tidak melepak di kawasan tangga.

Barisan kantin

1. Mengawal murid supaya beratur dan tidak berebut semasa membeli makanan.
2. Menahan murid dari memotong barisan.

Tangga Blok.

1. Menghalang murid dari naik ke atas kecuali di tangga C blok Ibnu Khalm (Blok C) untuk ke Pusat
Sumber, Bilik Media, atau bilik-bilik khas lain.
2. Memastikan pintu grill ditutup semasa rehat dan dibuka semula selepas loceng rehat berakhir
berbunyi.

Bilik Guru

1. Memastikan murid tidak berada di kawasan hadapan dan dalam bilik guru kecuali atas arahan guru.
2. Memastikan hanya murid yang dipanggil oelh guru sahaja yang berada di dalam bilik guru. Murid
tidak dibenarkan membawa rakan untuk dijadikan teman.

Aras

1. Memastikan semua murid tidak berada di aras yang dijaga atas apa sebab sekalipun.
2. Memastikan kelas-kelas mematikan suis lampu dan kipas.
3. Memaklumkan kepada guru dengan kadar segera jika terdapat mana-mana individu yang tidak
dikenali berada di kawasan aras dan kelas yang dijaga.

Pengawas Kelas

1. Memastikan murid beratur dengan kemas dan teratur semasa perhimpunan pagi.
2. Mengawal pergerakan murid masuk ke kelas selepas perhimpunan pagi.
3. Mengawal kelas jika diarahkan semasa guru bermesyuarat atau lain-lain hal.

Kawasan larangan
1. Memastikan murid tidak berada dikawasan larangan pada bila-bila masa.
2. Mengambil nama murid yang diturunkan atau diambil penjaga semasa datang dan pulang di tempat
larangan.

Menaikkan dan menurunkan bendera


1. Setiap pagi bendera dipasang.
2. Sebelum balik bendera diturunkan dan disimpan di pejabat.

Perhimpunan pagi
1. Semua 5 orang pengawas lelaki perlu menyediakan tempat dengan menyusun kerusi guru di atas
pentas.
2. Setelah selesai kerusi disimpan semula ditempat asal.
3. Ketua pengawas dan penolong perlu memastikan ada pengawas yang akan menjadi pengacara
majlis, membaca doa, membaca ikrar, dan menaikkan bendera. Pilih di kalangan tahun yang
pelbagai dan cuba beri peluang seramai yang boleh.
4. Semua pengawas berada di posisi masing-masing dan membuat kawalan dari jauh.
5. Jika ada mana-mana murid yang membuat kacau seperti membuat bising, tidak duduk dengan
diam dan lain-lain yang dilihat mengganggu, tegur dengan perlahan. Hanya seorang pengawas
sahaja yang perlu menegur. Jika berulang, minta murid pergi ke belakang perhimpunan di
kawasan yang dikhaskan. Jika murid enggan, berdiri disitu dan guru disiplin akan dating untuk
menyelesaikan masalah.
6. Selesai perhimpunan, pengawas diminta ke kelas jagaan masing-masing. Iringi kelas masing-
masing hingga ke kelas dan pastikan barisan teratur. Tegur murid yang bising dan jika perlu
tuliskan nama. Apabila murid semua masuk ke kelas, pengawas masuk ke kelas sendiri dengan
segera.

Laporan harian.
1. Pengawas diminta menghantar nama murid yang ditulis secara harian. Perkara yang perlu
dicatatkan adalah nama penuh murid, kelas, jenis kesalahan, hari kesalahan dan waktu
kesalahan.
2. Semua nama dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan di dalam bengkel kemahiran hidup.

Tatacara tindakan kepada murid yang melakukan kesalahan.


1. Tegur dengan baik meminta murid berhenti melakukan kesalahan.
2. Beri amaran lisan dengan menyatakan akan menulis nama jika tidak berhenti dari melakukan
kesalahan.
3. Tulis nama dan jika kesalahan berat maklumkan segera pada guru disiplin.
4. Elakkan dari membuat provokasi dan jangan sesekali menegur dengan kasar.

Tatacara menegur ibu bapa/penjaga


1. Kenalkan diri.
2. Nyatakan bahawa kamu diarahkan oleh guru untuk menegur kesalahan yang dibuat oleh anak
mereka atau mereka sendiri.
3. Jika ibu bapa/penjaga masih berdegil, berhenti menegur. Tulis nama murid, kelas, jenis
kesalahan, hari kesalahan dan waktu serta buat catatan dihujung “telah tegur ibu bapa”.

Anda mungkin juga menyukai