Anda di halaman 1dari 5

VISI MPV

Menjadikan SMK ADE PUTRA sekolah berwawasan dan berwatak menjelang 2010

MISI MPV
Mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif untuk menghasilkan insan yang berketrampilan dan cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah agar dapat memenuhi aspirasi ibu bapa, masyarakat dan negara

OBJEKTIF MPV
1.Mencapai kejayaan cemerlang dalam PMR dan SPM sekurang-kurangnya mengatasi peratus pencapaian negeri Melaka. 2.Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan harmoni bagi meransang minda pelajar ke arah berdaya saing. 3.Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan beriltizam agar mampu bersaing dengan perubahan masa. 4.Melahirkan pelajar yang mampu bersaing serta mempunyai budaya belajar kendiri, penuh minat dan menjadi pelajar contoh seterusnya membentuk budaya bangsa yang disegani. 5.Menghasilkan pelajar-pelajar yang mampu mencipta kejayaan di bidang kokurikulum khususnya dalam bidang sukan dan permainan serta mampu mengembangkan bakat seterusnya mengharumkan nama sekolah di persada negara. 6.Meneruskan kesinambungan pendidikan berteraskan budaya penyayang

serta mampu mengembeling seluruh warga Ade Putra ke arah insan kamil. 7.Menjalin hubungan yang berkesan dengan masyarakat setempat dan membentuk satu pakatan bagi membangunkan sekolah ke arah yang lebih mantap.

SENI REKA TANDA MATLAMAT


Matlamat mata pelajaran Seni Reka Tanda adalah untuk melahirkan murid yang kreatif dan berkemahiran dalam kerja tanda tulis, papan tanda, kerja semburan angin dan cetakan skrin dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir di industri pengiklanan dan reka bentuk.

OBJEKTIF
Kurikulum Seni Reka Tanda adalah untuk membolehkan murid: *Mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan mereka bentuk, membuat susun atur dan menanda tulis dalam pembuatan produk yang bernilai komersial untuk bidang pengiklanan. *Menggunakan kelengkapan visual untuk kerja pindaan tata letak. *Menghasilkan ilustrasi dengan menggunakan peralatan semburan angin. *Melakukan kerja semburan cat untuk menghasilkan papan tanda. *Melakukan kerja cetakan skrin untuk menghasilkan cetakan fabrik dan perspek. *Menggunakan kelengkapan Computer-Aided Signage (CAS) untuk menghasilkan kerja pengiklanan. *Membuat anggaran bahan dan kos. *Mengamalkan prosedur kerja yang betul dan selamat. *Menguruskan kerja dengan baik dan berkomunikasi dengan berkesan. *Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan meminati bidang keusahawanan.

Murid MPV (SRT) 2005-2006

Aktiviti-Aktiviti Murid MPV (Seni Reka Tanda))

Murid sedang membuat backdrop.

Murid sedang melakar kain rentang.

Aktiviti melakar semburan angin

Aktiviti membuat logo

Aktiviti menyebur cat dengan spray gun

Rekabentuk berbantukan komputer

Contoh kain rentang hasil karya pelajar Contoh karya murid dari papan tanda perspek

Membuat roda warna

Papan tanda perspek hasil karya pelajar

Papan tanda vinil

Semburan cat

Murid MPV (SRT) Ting 5 (2004) Murid MPV (SRT) Ting 4 (2005)

Murid MPV (SRT) Ting 4 Tahun 200

Anda mungkin juga menyukai