Anda di halaman 1dari 4

Kedua-dua model proses dan model objektif penting untuk menjadi garis panduan

Guru dalam merancang proses pembelajaran dan pemudahcaraannya iaitu PdPC.


Contohnya, guru akan mengetahui pelbagai kaedah pengajaran yang dititikberatkan dalam
kedua-dua model tersebut, dan guru juga boleh mengaplikasikan kaedah yg sesuai dan
efektif bagi melancarkan proses PdPC. Jadi, walaupun terdapat perbezaan antara kaedah
pengajaran yang dititikberatkan dalam kedua-dua model tersebut, namun kedua-duanya
akan menjadi garis panduan yang berguna bagi meningkatkan kemahiran mengajar dalam
kalangan guru.

Seterusnya, kedua-dua model tersebut mempunyai objektif dan prosesnya yg tersendiri,


hanya penekanannya sahaja yang berbeza antara satu sama lain seperti dari segi tujuan
pendidikan, pelaksanaan kurikulum dan sebagainya. (Akan dibincangkan dengan lebih
terperinci)

Persamaan yg ketiga pula adalah kedua-dua model tersebut menitikberatkan peranan guru
sbg pelaksana di mana guru yang akan merancang, mengajar, membimbing murid-murid
sepanjang proses PdPC dijalankan. Contohnya, mereka perlu bertindak sbg fasilitor yang
bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga sentiasa memantau dan
memberikan tunjuk ajar kepada murid-murid ketika melaksanakan sesi pengajaran..

Model tyler
Deduktif, maksudnya pengajaran dan pembelajarannya kurangnya menekankan kepada
pemikiran secara kritis dan kreatif, ia lebih mementingkan pengetahuan asas di mana
kurikulum dilaksanakan daripada yg umum kepada yg spesifik, maksudnya murid perlu
menguasai konsep asas terlebih dahulu barulah mempelajari yg lebih spesifik.
Pengalaman pembelajaran bermaksud aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk
memperolehi pengetahuan dan kompetensi baharu sesuai dgn tujuan yang hendak
dicapai

Hasil drpd 4 soalan yg merupakan prinsip asas itu, peranan ahli kurikulum dan guru tukar
menjadi ahli sains untuk mencari jwp bagi soalan2 tersebut. Guru perlu juga wujudkan
hipotesis yang berkait secara langsung dengan hasil pembelajaran yang dihajati untuk
pelajar, mereka perlu menjadi pemerhati saintifik bagi memastikan hipotesis kurikulum
mereka ditunjukkan oleh tingkah laku pelajar atau tidak. Guru juga akan merujuk kpd
pelan untuk buat pertukaran yg sewajarnya bagi memastikan hasil yg dikehendaki dapat
dicapai di dalam bilik darjah. Jadi, jelas bahawa di sini murid tidak akan terlibat dalam
perancangan, mereka hanya berperanan sbg pelajar shj.
Model taba
Maksudnya, model ini amat mementingkan penglibatan guru secara aktif dalam
perkembangan kurikulum di mana guru akan menjadi pendorong supaya memotivasikan
perkembangan proses pembelajaran murid-murid. Contohnya, guru perlu mereka cipta
pengajaran yg kreatif dan kepelbagaian dengan menerapkan unsur2 jenaka bagi
meningkatkan minat pelajar untuk belajar. (induktif) Model taba mengamalkan pendekatan
induktif yang membolehkan murid berfikir daripada sudut yang berlainan.

Kebaikan:
elakkan pernyataan yg kabur - sbb adanya objektif kurikulum yg jelas - jadi guru
mempunyai panduan yg jelas ketika merancang dan melaksanakan kurikulum
Penilaian tepat - mementingkan penilaian pelajar bagi memastikan objektif tercapai
Membantu memilih dan menstrukturkan kandungan - disebabkan model mementingkan
perancangan kaedah atau strategi pengajaran dan penyusunan bahan pembelajaran
spt yg dinyatakan dalam prinsip-prinsip asas atau langkah kedua-dua model ini
Membimbing guru & pelajar tentang kemahiran yg perlu dikuasai - guru perlu kuasai
kemahiran dalam merancang, menyusun kaedah pengajaran & murid perlu
memperbanyakkan pengalaman pembelajaran

Keburukan
Susah tulis tingkah laku/ tingkah laku spesifik - pada peringkat pembelajaran yg lebih
tinggi, pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai jenis bidang perlu dikuasai, jadi jika
objektif tingkah laku untuk murid-murid terlalu spesifik, hanya mementingkan objektif dan
hasil pembelajaran tetapi mengabaikan perkembangan emosi/perasaan murid, jadi kualiti
mereka yg baik tidak terjamin kerana tidak berkembang secara menyeluruh
Terlalu mementingkan psikologi- pembelajaran yg lebih berfokuskan kepada guru, guru
akan merancang semua yg berkaitan dgn pembelajaran murid, dan kurang berasaskan
keperluan murid, dan menetapkan supaya murid bertingkah laku seperti yg dirancang
supaya boleh mencapai objektif pembelajaran yg ditetapkan oleh para pendidik
Peperikasaan - terlalu mementingkan akademik, kurang mementingkan perkembangan soft
skills dalam kalangan murid

Boleh disimpulkan bahawa kedua-dua model objektif lebih mementingkan sama ada
objektif kurikulum boleh dicapai dan kurikulum banyak dirancang dan ditentukan oleh
guru sendiri, kurangnya interaksi antara guru dgn murid.

Soalan: Pada pendapat anda, model manakah yg lebih sesuai untuk diaplikasikan dalam
kurikulum di Malaysia pada masa kini?
Kamu semua tahu tak apa yang cikgu tunjukkan ini?

Tahu, kubus.

Ya, betul. Kelas sebelum ini, cikgu sudah mengajar tentang ciri-ciri beberapa pepejal
iaitu kubus, kuboid, silinder dan sebagainya kan?

Ya!

Jadi, hari ini kita akan belajar tentang bentangan pepejal pula. Tahu apa itu
bentangan?

Tidak tahu.

Tidak mengapa, cikgu akan menerangkan kepada kamu semua. Tahu ini adalah
kubus kan? Kubus itu adalah pepejal 3 dimensi. Jadi, cikgu nak tanya, bolehkah
kubus ini dijadikan bentuk 2 dimensi?

Boleh / tidak boleh

Jawapannya adalah boleh. Pernah terima hadiah yang dibungkus dalam kotak yg
berbentuk kubus tak?

Pernah

Pernah kan? Bila kamu dptkan hadiah, mesti kamu akan bukakannya untuk tengok
apa yg ada di dalamnya betul? Jadi bila kamu bukakan kotak itu, kotak itu tidak akan
lagi jadi bentuk 3 dimensi tetapi menjadi rata, betul kan?

Betul

Itulah bentangan untuk kotak itu. Jadi, bentangan sbrnya ialah beberapa permukaan
rata yang boleh dilipat untuk menjadi suatu bentuk 3 dimensi. Boleh faham?

Boleh

Jadi, boleh kamu bayangkan apakah bentangan untuk kubus tak?

Ennn…..

Pertama sekali, kamu perlu tahu bilangan permukaan ratanya. Berapa permukaan
rata yang ada untuk kubus?

Enam..

Betul, apa pula dengan bentuk permukaannya itu?

Segi empat sama….

Bijak…jadi kita tahu bahawa bila kubus dibuka, mesti ada 6 segi empat sama. Ini
adalah asas pengetahuan. Tetapi bagaimana dengan susunan 6 segi empat sama
ini? Adakah dia boleh macam mana sahaja? Kalau disusun macam ini, boleh tak?
Tak tahu.
Tengok, kalau disusun macam ini, boleh tak ia dilipat menjadi kubus? Kamu cuba
lipatkan… Tidak boleh kan? Jadi ini bukan bentangan yg betul utk kubus.. cuba
tengok, kalau disusun macam ini, boleh tak dijadikan kubus? Ya..boleh… jadi boleh
nampak perbezaannya tak… terdapat 1 satu segi empat sama yg akan dilukis di
bahagian atas, 1 lagi akan dilukis di bahagian bawah, sbb ini adalah permukaan atas
dan bawahnya… faham?

Jadi selain drpd susunan ini, boleh tak dia dbentangkan dalam susunan yg lain?

Boleh…

Ya… sbnrnya banyak susunan bentangannya, kita boleh sentiasa tukar tempat utk
kedua-dua segi empat sama ini…(tunjukkan setiap kemungkinan)…boleh kedua-
duanya di atas atau kedua-duanya di bawah, boleh juga satu di kiri, satu di kanan..
tetapi ingat hanya ada 2 segi empat sama yg akan diasingkan drpd keempat-empat
segi empat sama itu… dia tidak akan jadi ada 3 segi empat sama yg disusun di
atas… ataupun keenam-enam segi empat sama yg disusun selari seperti ini… boleh
faham?

Jadi..skrg nak kamu jadikan 2 org 1 kumpulan, kumpulan di sini akan diberikan
pepejal ini, kumpulan di sini pula akan diberikan bentangannya, cikgu nak kamu
dalam masa 30 saat, carikan pasangan kamu yg mempunyai pepejal yg sepadan
dengan bentangan kamu atau bentangan yg sepadan dengan pepejal kamu. (silinder
& kubus)

Anda mungkin juga menyukai