Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM SENTUHAN KASIH


KECEMERLANGAN PT3 DAN SPM
TARIKH :-
22 JANUARI 2019 (SELASA)

BERTEMPAT DI :-
DEWAN SEKOLAH
ANJURAN:-
UNIT KECEMERLANGAN PT3 DAN SPM
SMK ABDUL RAHIM 2 KUDAT
KERTAS KERJA SENTUHAN KASIH KECEMERLANGAN PT3 DAN SPM
SMK ABDUL RAHIM 2, KUDAT

1. PENDAHULUAN

Kertas kerja ini dicadang untuk dilaksanakan sebagai satu persediaan yang baik dan
mantap kepada sekolah ini dalam persediaan pelajar ke arah peperiksaan PT3 dan
SPM.

2. OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan pesediaan ke arah peperiksaan.


2.2 Mengukuhkan interaksi pentadbiran dan pelajar berkaitan kecemerlangan.
2.3 Membina keyakinan diri yang mantap di kalangan pelajar.
2.4 Menyediakan gerak kerja yang menjurus kepada mencapai matlamat sekolah.
2.5 Mengeratkan hubungan antara ibubapa dan pihak sekolah

3. MATLAMAT

3.1 Memupuk daya ke arah persediaaan kecemerlangan di kalangan pelajar dan


seterusnya menyumbang kepada sekolah.
3.2 Membina keyakinan diri pelajar bagi berdepan dan menguruskan diri ke arah
kecemerlangan dalam peperiksaan.
3.3 Menyediakan satu gerakerja atau program yang menjurus kepada matlamat
sekolah
3.4 Membina dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama pelajar dan guru .

4. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran program ini adalah semua Pelajar dan ibu 3 dan 5

5. PERLAKSANAAN PROGRAM

Program ini akan dilaksanakan di dalam bentuk kem. Perlaksanaan aktiviti ini adalah
program dalam dan luar dewan.

Program lebih kepada perjumpaan setiap kelas mengikut masa yang ditetapkan ,
pengisian lebih kepada matlamat dan hala tuju oleh Unit Kecemerlangan,
perbentangan result pelajar secara individu oleh Pengetua dan PK1 ,
seterusnya target pelajar setiap kali pertemuan bersama kaunselor ,
pengerusi kecemerlangan ,setiausaha kecemerlangan, naib setiausaha
kecemerlangan, mentor pelajar, guru tingkatan dan penyelaras tingkatan. Pertemuan
bersama pelajar dan ibub apa selepas sumatif, selepas peperiksaan pertengahan
tahun ( sebelum percubaan PT3, SPM dan STAM) dan selepas keputusan percubaan.

Penghargaan diberi kepada setiap kali peningkatan dalam peperiksaan .

6. TENTATIF PROGRAM
RUJUK JADUAL LAMPIRAN

7.ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

PENDAPATAN

SUWA RM 1000.00

Jumlah Pendapatan RM 1,000.00

PERBELANJAAN
Hadiah Peningkatan
Akademik RM 1000.00

Jumlah Perbelanjaan RM 1000.00


8.AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM

PENAUNG : JOHARI BIN HAJAT


PENGERUSI : ABDULLAH BIN AKOP
SETIAUSAHA : MERNAH AMIR HAMZAH
BENDAHARI : ANITA JIMMY

AHLI JAWATANKUASA :-

SEMUA AJK KECEMERLANGAN TINGKATAN 3 DAN 5

9.PENUTUP

Perlaksanan program ini sekurang-kurangnya dapat menyemai kesedaran dan sikap prihatin
dalam kalangan pelajar dalam membina kecemerlangan diri. Seterusnya memberi
pencapaian yang lebih cemerlang berbanding tahun sebelum ini.

Disediakan Oleh :-

……………………………..
MERNAH AMIR HAMZAH
SETIAUSAHA UNIT KURIKULUM

Anda mungkin juga menyukai