Anda di halaman 1dari 2

Rangkap 1

Pohon buluh digambarkan sebagai sebuah menara tinggi yang bertingkat-tingkat tetapi tidak mempunyai bilik
dan tangga. Setiap pangkat (merujuk kepada ruas buluh) dikawal oleh mata-mata (merujuk kepada miang
buluh). Secara realiti, rumpunan buluh menggambarkan masyarakat. Masyarakat dinasihatkan supaya hidup
secara bermuafakat, saling menghormati antara satu sama lain.

Rangkap 2 
Daun-daun buluh yang kebanyakannya sama saiz diibaratkan sebagai kibaran bendera dari pangkal hingga ke
puncak pokok. Menggambarkan kehidupan masyarakat berbilang kaum dalam satu tampuk pimpinan yang hidup
aman, sentosa dan sejahtera.

Rangkap 3
Resmi pokok buluh, hidup berbatang-batang dalam satu rumpun tanpa mengira kekuatan atau saiz.
(Menggambarkan kesatuan yang kuat/utuh). Masyarakat perlu hidup bersatu padu tanpa mengira kaum,
pangkat, kedudukan atau status. Barulah boleh hidup dengan harmoni.

Rangkap 4
Menjelaskan lebih lanjut keadaan di bahagian dalam dan di luar buluh yang licin. Bahagian dalam batangnya
gelap (umpama malam), boleh menakung air tanpa tumpah. Ini menggambarkan keadaan masyarakat yang
bersatu padu dan hidup secara muafakat. Hubungan yang kukuh sesama anggota masyarakat menjadikan
masyarakat tersebut satu unit yang kuat.

Tema
Kemegahan pohon buluh yang hidup dan bertumbuh dengan subur menggambarkan kepentingan hidup bersatu
padu dalam masyarakat.

Persoalan
1. Ciri fizikal pohon buluh, pokok yang tinggi dengan ruas-ruasnya yang banyak. Kepentingan hidup
bermasyarakat di bawah satu tampuk pimpinan yang adil dan saksama.
2. Kekuatan rumpun buluh lambang kesatuan antara pepohonnya. Sikap cinta akan negara dan
bersemangat patriotik dalam kalangan masyarakat penting untuk membina masyarakat yang bersatu padu.
3. Keindahan lambaian dedaun buluh umpama bendera-bendera yang berkibar megah. Kepentingan
sikap saling menghormati dalam masyarakat yang berbilang kaum akan melahirkan masyarakat yang hidup
harmoni.
4. Keadaan di dalam dan luar batang buluh yang licin dan mampu menampung air. Perpaduan amat
penting dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.

Bentuk
1. Mempunyai empat rangkap.
2. Setiap rangkap mempunyai empat  baris.
3. Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata.
4.  Mempunyai empat hingga enam perkataan dalam sebaris.
5.  Rima akhirnya  aaaa.

Gaya Bahasa
 Asonansi
Pengulangan vokal a
Contoh: 
Mata-mata menjaga segenap pangkat
Yang ada sedia panji-panji bendera
Pengulangan vokal i
Contoh: 
Ikatnya licin di luar di dalam

 Aliterasi
Pengulangan konsonan  g
Contoh: 
Menara tinggi banyak bertingkat

Pengulangan konsonan  t
Contoh: 
Tiada bertangga naik melekat
Tinggi rendah dijerat pangkatnya

 Kata ganda - panji-panji, mata-mata


 Imej alam - kolam,  alam
 Inversi - banyak ada ia bersaudara
 Simile - gelapnya di dalam seperti malam, air tak tiris seperti kolam
 Sinkope - tak
 Repetisi 
Yang ada sedia panji-panji bendera
Hingga sampai ke kemuncak menara
Banyak ada ia bersaudara
Yang ada pula bersama gara

Nilai
1. Perpaduan – Masyarakat yang berbilang kaum hanya boleh hidup aman dan harmoni seandainya
mengamalkan nilai perpaduan. Apabila rakyat hidup bersatu padu, negara yang aman sejahtera akan terbina
dengan kukuhnya.
2. Saling memerlukan - Pohon-pohon buluh yang hidup dalam satu rumpun saling bergantungan
antara satu sama lain, membentuk rumpunan yang kuat. Dalam hidup bermasyarakat, kita perlu saling
menolong antara satu sama lain.
3. Bermuafakat - Masyarakat wajar hidup bermuafakat dan bersatu padu tanpa mengira kaum, agama,
pangkat dan kedudukan.
4. Semangat patriotik/Cinta akan negara - Masyarakat yang bersemangat patriotik akan sentiasa hidup
harmoni dan bersatu padu.

Pengajaran
1. Kita haruslah bersatu padu dalam kumpulan (termasuk komuniti/masyarakat) tanpa mengira
pangkat, agama, darjat dan keturunan.
2. Kita haruslah bekerjasama dalam kumpulan kerana kita hidup saling memerlukan dalam
membentuk satu unit kumpulan yang kuat. 
3. Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan negara agar dapat hidup dengan aman dan
harmoni.
4. Kita hendaklah mengamalkan nilai perpaduan dan hidup bermuafakat.

Anda mungkin juga menyukai