Anda di halaman 1dari 2

KUIZ PENSEJARAHAN MALAYSIA

1. (i) TEMA PENULISAN MISA MELAYU

Karya Misa Melayu merupakan karangan Raja Chulan yang merupakan seorang
pujangga istana di Perak ketika pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain. Tema
penulisan yang diketengahkan oleh beliau ialah berkaitan sejarah raja-raja melayu
yang memerintah negeri Perak.

(ii) TEMA PENULISAN HIKAYAT ABDULLAH

Hikayat Abdullah dikarang oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, seorang pemikir
dan intelektual Melayu pada zaman colonial Inggeris di Tanah Melayu. Tema
penulisan yang diketengahkan oleh beliau ialah kecintaan terhadap bahasa
Melayu, Inggeris dan ilmu pengetahuan. Pemikiran Abdullah tentang bahasa
Inggeris adalah berlawanan dengan sikap dan pemikiran masyarakat melayu yang
lain terhadap ilmu tersebut.

2. KEUNIKAN KARYA

(i) MISA MELAYU

Keunikan Pembinaan Jati Diri Islam

Teks asal
Maka ada jamnya yang dipakai oleh kerajaan kepada zaman itu jam gelas
yang berisi serbuk kaca yang halus. Maka dimulainya daripada masuk
matahari. Maka dirempuhnya sekali turun dan sekali naik sampai tiga
rempuh turun naik. Maka dipukulnya gong besar tiga kali dan luchin tiga
kali. Demikianlah ikut rempuhnya pukul lima dan pukul tujuh dan pukul
sembilan sampai kepada kelima kalinya hendak dipukulnya cukup
rempuhnya. Maka dipukulnya pula gong besar tiga kali bersambutan
dengan bunyi gendang Nobat Subuh. Maka hari pun sianglah. Kepada tiap-
tiap dipukulnya gong besar itu maka diikutnya dengan luchinnya tiga-tiga
kali.

Huraian
Bukti pembinaan jati diri islam berdasarkan beberapa peristiwa seperti
berikut:
Diceritakan istana Negeri Perak ketika itu memiliki sebuah jam besar
berloceng yang diperbuat daripada kaca dan raksa serta dikawal secara
rasmi oleh pengawal-pengawal istana. Antara lain, jam digunakan sebagai
penanda waktu bagi membunyikan semboyan (tembakan meriam adat
istiadat) sempena menyambut bulan Ramadhan, perayaan Hari Raya
Puasa dan Hari Raya Haji serta acara-acara rasmi istana yang lain.

Pembinaan masjid semasa menjelangnya hari Raya Korban di Pulau


Indera Sakti. Menurut Muhammad Yusof Hashim (1992), telah dilakukan
pembinaan masjid-masjid di negeri Perak pada zaman pemerintahan
Sultan Iskandar di samping pembinaan sebuah mahligai tujuh tingkat yang
tidak dikatakan belum pernah dibina pada zaman sultan-sultan terdahulu.

Di samping itu, penulisan Raja Chulan juga banyak mengandungi ciri


pensejarahan Islam, antaranya ialah memulakan penulisannya dengan
lafaz "Bismi'llahi rahmani'r-rahim" dan juga memasukkan kata-kata seperti
"dengan izin Allah", "dibuka Allah ta'ala kepada hati baginda"

(ii) HIKAYAT ABDULLAH

Keunikan dalam aspek Pembinaan Jati Diri

Abdullah Munsyi telah menggambarkan jati diri masyarakat Melayu di


Melaka pada ketika itu yang dilihat mempercayai pelbagai adat yang pelik
dan karut marut dalam kehidupan mereka. Masyarakat pada ketika itu juga
masih lagi menebal dengan kepercayaan terhadap perkara mistik dan
magis seperti dalam peristiwa pencerobohan kota Melaka oleh British dan
peristiwa menangkap gajah.

Keunikan Dalam Aspek Pembentukan Masyarakat

- Pembentukan masyarakat yang hidup dalam zaman perubahan

Abdullah Munsyi hidup dalam satu zaman perubahan daripada zaman


feudal Melayu di Tanah Melayu kepada zaman pemerintahan kolonial
Inggeris di Tanah Melayu. Dalam era perubahan ini, beliau telah
menggambarkan berlakunya pertembungan dua aliran dalam keilmuan,
aliran ilmu pengetahuan masyarakat yang sedia ada dan ilmu
pengetahuan barat yang mempunyai pelbagai pembaharuan.

Anda mungkin juga menyukai