Anda di halaman 1dari 9

TUTORIAL MINGGU 3

AKTIVITI PDP YANG BOLEH MEMBANTU


DALAM MEMUPUK PERKEMBANGAN
FIZIKAL KANAK-KANAK YANG BERUMUR 6-
12 TAHUN
DISEDIAKAN OLEH:
ENGKU NAZARUL
FA R A H AU N I
N U R U L FAT M A A Q I L A H
PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK (6-
12 TAHUN)
Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu pesat jika
dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini.

Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-
kemahiran psikomotor yang sedia ada.

• Pertukaran gigi susu kepada gigi kekal

• Tubuh menjadi lebih kurus dan tinggi


Kanak-kanak • Purata berat badan meningkat sebanyak 3kg
(6-12 tahun) setahun

• Ketinggian meningkat sebanyak 5cm setahun


Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah
mencukupi untuk kanak- kanak menulis dengan lebih kemas,
belajar bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola, menjahit,
mengait, membina model, belajar gimnastik, berenang, tenis dan
olahraga.

Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada permainan lasak.


Aktiviti yang boleh membantu dalam
memupuk perkembangan fizikal kanak-
kanak
(6-12 tahun)
1. MEMBUAT AKTIVITI SENI MENGGUNAKAN PLASTISIN
Dalam Kurikulum Kebangsaan Prasekolah, Pusat Perkembangan
Kurikulum (2003) telah mengariskan beberapa matlamat dan hasil
pembelajaran motor halus bagi kanak-kanak. Matlamat umum
perkembangan motor halus adalah kanak-kanak dapat menguasai
kemahiran motor halus. Secara lebih khusus, matlamat
penguasaan kemahiran motor halus ini adalah dapat
menggunakan jari untuk melakukan beberapa aktiviti.

Melalui bermain plastisin, kanak-kanak mampu membina kemahiran


psikomotor dengan menggerakkan motor kasar dan halus
semasa membentuk plastisen berkenaan. Kanak-kanak
menggentel, menguli, dan memotong plastisin.
2. GIMNASTIK DAN KID ATHELITICS
membantu mengurangkan kecederaan otot kerana menitikberatkan
kelenturan tubuh.

Mempertingkatkan kekuatan otot melalui aktiviti tumbling,


melompat,melentur, dan menampung berat badan dengan
menggunakan salah satu daripada anggota tubuh mereka dalam
pelbagai posisi membantu kanak-kanak membina tubuh yang kuat
dan bertenaga.

Melibatkan kemampuan menahan atau menampung berat badan


membolehkan kanak-kanak membina tulang-tulang yang kuat dan
sihat.
3. AKTIVITI MENGIKUT JANTINA
Kebiasaannya aktiviti lasak disediakan untuk kanak-kanak lelaki. Ini kerana pada tahap ini mereka
lebih cenderung ke arah permainan lasak dan kasar.

Selain itu, fizikal kanak-kanak lelaki adalah lebih kuat berbanding kanak-kanak perempuan.

Sebagai contoh adalah permainan bola sepak.

Dengan bermain, mereka akan melompat, berlari, melutut, merangkak, memanjat, mengelungsur
dan sebagainya. Ini melatih skil motor kasarnya dan sangat penting bagi perkembangan fizikal
serta mental anak. Dengan menggerakkan semua anggota badannya, mereka dapat
menggerakkan pula otot-otot kecil mereka.

Bermain dapat membina otot-otot kecil seperti di jari jemari anak. Aktiviti seperti mengutip benda
kecil, memasukkan benda kecil ke dalam lubang, menyusun, membina blok dapat mengaktifkan
jari mereka. Ini dapat membantu anak untuk cepat menulis.
KESIMPULAN

Menurut Diana (2014), bermain membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran motor kasar serta memudahkan
pergerakan otot dan saraf kanak-kanak. Melalui aktiviti belajar sambil bermain kanak-kanak dapat memperkemaskan
kemahiran fizikal mereka iaitu motor kasar (gross motor skills) dan motor halus (fine motor skills) secara optimum.
Apabila kanak-kanak bermain mereka perlu melibatkan diri secara aktif, oleh itu mereka akan merangsang pergerakan
keseluruhan anggota badan. Melalui aktiviti fizikal yang dilaksanakan semasa bermain dapat memberi kesan positif
dari sudut kesihatan dengan mengurangkan risiko obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.
Sekian. Terima
kasih

Anda mungkin juga menyukai