Anda di halaman 1dari 7

Bagaimanakah guru dapat meningkatkan perkembangan fizikal kanak-kanak secara kreatif dalam

pengajaran dan pembelajaran?

Semasa Perkembangan, Kanak-kanak Akan Mengalami Perubahan Dari Segi Ketinggian, Berat Badan,
Menjadi Lebih Kuat Dan Dapat Melibatkan Diri Dalam Kegiatan Fizikal Yang Lebih Kompleks. Selain
Mengalami Peningkatan Dalam Perkembangan Kemahiran Motor Kasar, Perkembangan Kemahiran
Motor Halus Juga Akan Berlaku Dengan Pesat. Ibu Bapa Dan Guru Perlu Memberi Perhatian Berat
Terhadap Perkembangan Fizikal Kanak-kanak Agar Mereka Akan Mengalami Perkembangan Fizikal Yang
Positif.

Membincangkan Tentang Aktiviti Kreatif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Membantu
Meningkatkan Tahap Perkembangan Fizikal Kanak-kanak Antara Umur 6-12 Tahun.

1. membuat analisis terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak dalam lingkungan umur 6-12
tahun.

• Buat pembacaan daripada buku dan jurnal psikologi mengenai perkembangan fizikal
kanak-kanak.

• Kenal pasti ciri-ciri dan aspek-aspek perkembangan fizikal kanak-kanak bagi peringkat
umur 6-12 tahun.

2. Menghuraikan tentang ciri-ciri perkembangan fizikal kanak-kanak dalam lingkungan 6-12 tahun
berdasarkan satu teori perkembangan.

3. Cadangkan aktiviti kreatif pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang dapat membantu
meningkatkan tahap kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak dalam peringkat umur 6-12
tahun.

4. Bincangkan bagaimana aktiviti kreatif yang dicadangkan itu dapat membantu dalam meningkatkan
perkembangan fizikal kanak-kanak berdasarkan rujukan.

5. Masukkan pengaruh aspek tambahan lain seperti latar belakang, amalan pemakanan dan kesihatan
yang turut mempengaruhi perkembangan fizikal ke dalam penulisan anda.

6. Tugasan anda perlu mengandungi pengenalan, perkembangan (fakta dan huraian bagi setiap isi) dan
penutup.

Tarikh serahan tugasan: 30 SEPTEMBER 2020


1.0 Pengenalan

1.1 Tahap Perkembangan Fizikal Kanak-kanak Antara Umur 6-12 Tahun.

1.2 Teori Kematangan Robert Havighurst

Robert Havighurst telah mengemukakan teori mengenai tugas perkembangan. Tugas


perkembangan bermaksud jangkaan ibu-bapa dan masyarakat tentang tingkah laku yang sepatutnya
dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu. Ia adalah suatu set kebolehan atau
kemahiran yang perlu dikuasai oleh individu untuk menambah penguasaan terhadap persekitaran.

Perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi persekitarannya mengikut teori ini.


Perkembangan personaliti dipengaruhi oleh nilai, norma dan budaya masyarakatnya. Kebudayaan
masyarakat juga berkait rapat dengan keperluan mereka. Pendekatan memenuhi keperluan psikologi
mungkin berbeza daripada satu budaya kepada satu budaya yang lain.

Beliau turur memperkenalkan konsep tugar-tugar perkembangan. Tugas perkembangan


merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu masa dalam hidup individu tersebut. Kejayaan
mencapai tugas ini akan membawa kegembiraan manakala kegagalan akan membawa kesedihan dan
kesusahan dalam tugas seterusnya.

Havighurst membahagikan peringkat perkembangan kanak-kanak dan remaja kepada tiga


peringkat. Peringkat pertama adalah pada usia sejak lahir sehingga umur 6 tahun. Pada peringkat ini,
kanak-kanak mula bertutur bersifat egosentrik iaitu bercakap mengenai diri sendiri. Pada umur 6 tahun,
kanak-kanak boleh bertolak ansur dan menerima pandangan orang lain. Pada peringkat ini kanak-kanak
belum menguasai konsep pengekalan dan transformasi.

Peringkat kedua ataupun peringkat pertengahan kanak-kanak ialah antara 6 tahun dan 12
tahun. Pada usiai ini, kanak-kanak sudah menguasai kemahiran untuk bersosial dan bergaul dengan
orang di sekeliling mereka. Mereka juga belajar untuk membentuk sikap mengaki kal, keupayaan dan
kelemahan individu.

Peringkat ketiga ialah kanak-kanak yang berumur antara 12 ke 18 tahun. Pada peringkat ini,
remaja akan menghadapi perubahan fizikal yang ketara. Mereka juga akan mencenderungan kepada
jantina yang berbeza. Remaja harus belajar bertingkahlaku seperti orang dewasa ketika berada di
kalangan orang dewasa. Pada usia ini, mereka mengingini tingkah laku dan kehidupan yang
bertanggungjawab serta diterima masyarakat. kesedaran mereka terhadap perkara yang penting, baik
dan betul juga menjadi mantap.

1.3 Kemahiran Motor Kasar

Kemahiran motor kasar merupakan kemahiran motor yang melibatkan otot besar badan seperti
memanjat dan melompat (Gretchell & Robertson, 1989) dalam Rohani (2001). Secara umumnya,
kemahiran motor kasar berkembang dengan cepat semasa peringkat awal zaman kanak-kanak, iaitu
antara 2 ke 6 tahun. Oleh itu, kanak-kanak yang berumur 6 tahun mampu melakukan aktiviti fizikal
dengan mahir dan cekap. Misalnya, kanak-kanak berumur 6 tahun berupaya berlari dengan lancar,
berlari sambil menendang bola, menunggang basikal roda tiga dengan mahir dan laju dan sebagainya.
Kajian-kajian lepas mendapati bahawa dengan adanya persekitaran yang selamat, peringkat kematangan
yang stabil, penjagaan serta asuhan yang baik akan mempercepatkan proses kemahiran motor kasar
dalam kalangan kanak-kanak.

1.4 Kemahiran Motor Halus

Kemahiran motor halus merupakan pergerakan yang lebih halus dan memerlukan bantuan otot
yang tertentu sahaja seperti menggunakan jari untuk memegang objek, menulis dan melukis.
Penguasaan kemahiran motor kasar membantu kanak-kanak untuk mencapai mengikut kehendaknya
sendiri. Perkembangan ini memainkan peranan yang signifikan untuk merangsang dalam penerokaan
persekitaran. Perkembangan motor halus juga melibatkan koordinasi antara kawalan tangan dengan
penglihatan kanak-kanak. Dengan kemajuan perkembangan penglihatan pada peringkat prasekolah,
kawalan pergerakan jari kanak-kanak menjadi semakin tepat. Kemahiran motor halus seperti kebolehan
memegang pensil atau mengikat tali kasut juga akan meningkat di peringkat awal kanak-kanak,
terutamanya dengan tunjuk ajar yang bersesuaian dan berkesan.

2.0 Aktiviti Kreatif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Membantu Meningkatkan Tahap
Perkembangan Fizikal Kanak-kanak Antara Umur 6-12 Tahun

2.1 Aktiviti Kreatif untuk Meningkatkan Tahap Perkembangan Motor Kasar

Sebelum bermula sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru-guru boleh mengajak kanak-
kanak untuk menari kepada lagu anak-anak di dalam kelas dengan merujuk kepada video yang ditayang
pada papan projektor. Guru digalakkan memilih lagu yang terkini dan disukai oleh kanak-kanak,
contohnya Baby Shark.

Selain itu, guru juga boleh mengadakan aktiviti halangan (obstacle course) di dalam bilik darjah.
Terlebih dahulu, guru dicadangkan memindahkan kerusi dan meja ke sisi bilik untuk meningkatkan tahap
keselamatan. Guru boleh melekatkan pita pelekat yang berwarna-warni pada lantai dalam bentuk yang
berbagai-bagai. Sebagai contoh, garis lurus bermaksud menjalan di atas garis sahaja serta bentuk segi
empat mewakili sebuah kolam dan kanak-kanak mengguna teknik melompat untuk melalui halangan
tersebut.
Di samping itu, guru boleh menerapkan aktiviti meniru cara berjalan haiwan di bilik darjah.
Sebagai contoh, selepas kanak-kanak belajar tentang ilmu haiwan, guru boleh mengadakan sesi meniru
tindakan haiwan. Aktiviti ini menumpu kepada koordinasi, kekuatan otot teras dan kekuatan tangan
kanak-kanak. Antara pergerakan yang sesuai untuk melatih motor kasar ialah melompat seperti katak,
berjalan seperti penguin, berjalan seperti ketam, melompat seperti kanggaru dan sebagainya.

2.2 Aktiviti Kreatif untuk Meningkatkan Tahap Perkembangan Motor Halus

Menulis dan melukis adalah aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus kanak-kanak.
Guru boleh mengarah kanak-kanak untuk membuat nota pembelajaran dengan peta i-think dan
menghiasi dengan pelbagai alat menulis seperti krayon, kapur tulis, arang dan lain-lain mengikut
kreativiti kanak-kanak. guru juga boleh memberi kerja menggunting kertas warna untuk menghiasi nota
mereka kerana menggunting akan meningkatkan koordnasi dan tumpuan tangan dan mata kanak-kanak.

Terdapat guru yang memberi tugasan kepada kanak-kanak seperti menulis diari min

Guru boleh menunjukkan video tarian jari yang amat popular di atas talian kepada murid-murid
dan belajar bersama-sama di dalam bilik darjah. Untuk menarik perhatian kanak-kanak, guru harus
memilih video yang popular dalam kalangan kanak-kanak, contohnya guru boleh bertanya kanak-kanak
tentang video popular semasa PdP dijalankan dan menyediakan video tersebut pada sesi belajar tarian
jari.
Seterusnya, mengikat tali juga memerlukan koordinasi dan kawalan penglihatan dan tangan
kanak-kanak. Dalam kursus badan beruniform seperti Persatuan Pengakap, terdapat ilmu cara mengikat
tali yang berbagai-bagai. Murid tahun 4 hingga tahun 6 boleh membuat perkongsian kepada murid
sekelas tentang cara-cara mengikat tali badan beruniform masing-masing. Rakan sekelas boleh belajar
cara mengikat dengan mengikat tali pada batang kerusi atau meja untuk mewakili kayu yang digunakan
oleh ahli badan beruniform semasa latihan mereka dijalankan.

Selain daripada cara ikatan badan beruniform, guru juga boleh mengajar kanak-kanak cara
mengikat tali kasut yang kreatif dengan merujuk kepada maklumat di atas talian. Guru boleh menggalak
murid-murid untuk mencuba dan menukar ikatan tali kasut mereka dengan diri sendiri. Ini boleh melatih
motor halus kanak-kanak semasa mereka belajar mengikat bentuk tali kasut yang baharu.
2.3 Pemakanan

Pemakanan adalah signifikan untuk perkembangan fizikal kanak-kanak. Lazimnya, kanak-kanak


lebih suka makan makanan ringan dan mengabaikan sayur-sayuran. Guru harus membantu kanak-kanak
supaya menerima sayur-sayuran dan makanan sihat yang lain. Bukan sahaja guru memberi ilmu
pengetahuan tentang kebaikan dan khasiat makanan sihat, tetapi guru juga perlu memastikan kanak-
kanak bermula untuk makan makanan sihat. Guru boleh mengadakan satu majlis perayaan tamat
peperiksaan pada masa PdP di dalam bilik darjah dan menjalankan aktiviti “Membuat Makanan Sihat
Ringkas” di dalam bilik darjah. Guru boleh menyediakan resipi makanan sihat yang ringkas dan mudah
dan membuat makanan tersebut di dalam bilik darjah bersama-sama kanak-kanak. Setiap orang suka
akan makanan yang disediakan oleh diri sendiri. Kanak-kanak tentu akan makan makanan yang
disediakan sendiri. Tambahan pula, resipi yang disediakan adalah sedap dan khasiat. Terdapat
sesetengah kanak-kanak yang menolak makan makanan yang ternampak warna hijau di dalamnya,
contohnya sandwic. Oleh itu, guru boleh menolong kanak-kanak untuk memotong sayur ke dalam
bentuk kecil dan mencampur dalam telur hancur.

3.0 Penutup

[ CITATION Mor \l 1033 ][ CITATION Ann13 \l 1033 ]


[ CITATION Dya17 \l 1033 ][ CITATION Sit19 \l 1033 ]

Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-kanak. Penilaian secara Portfolio. Serdang,


Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

[ CITATION Won16 \l 1033 ]

[ CITATION LIn11 \l 1033 ]


Bibliography
Hafidzin, S. N. (2019, Februari 28). Tangan Dominan Bukan Pilihan. Retrieved from myMetro:
https://www.hmetro.com.my/hati/2019/02/428053/tangan-dominan-bukan-pilihan

Morin, A. (n.d.). 8 Gross Motor Skills Activities for Kids. Retrieved from Kids at Max:
https://www.understood.org/en/learning-thinking-differences/child-learning-
disabilities/movement-coordination-issues/8-gross-motor-skills-activities-for-kids

Ranson, A. (2013, September 3). 40 Fine Motor Skills Activities. Retrieved from The Imagination Tree:
https://theimaginationtree.com/40-fine-motor-skills-activities-for-kids/

Robson, D. (2017, November 7). CBC. Retrieved from 12 Animals Walks To Help Calm Kids And Get Them
Moving: https://www.cbc.ca/parents/learning/view/12-animals-walks-for-kids-to-get-moving

Smith, A. (2016, May 30). 10 Foods For Improving Fine Motor Skills. Retrieved from Kids Play Smarter:
https://kidsplaysmarter.com/top-10-foods-improving-fine-motor-skills/

Tsai, L. M. (2011, October). Cataract tips from the teachers Learning to use the non-dominant hand.
Fairfax, Virginia, United States.

Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis, Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

[ CITATION Amy16 \l 1033 ]

Anda mungkin juga menyukai