Anda di halaman 1dari 6

1.

0  PENGENALAN

Menurut Ernie Suliana (2008), pembelajaran bertujuan memperolehi kemahiran,


pengetahuan dan membentuk sikap. Pembelajaran kemahiran motor lazimnya melibatkan
proses saraf deria dan motor. Pembelajaran ini adalah untuk memperolehi maklumat,
menggunakan maklumat, belajar sesuatu dan membuat sesuatu. Menyedari matlamat
pendidikan prasekolah dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) adalah
untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara
menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, amalan
pedagogi guru yang berkesan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) amat
diperlukan. Mok Soon Sang (2011), mendakwa bahawa keberkesanan pembelajaran di
dalam bilik darjah bergantung kepada kaedah dan teknik mengajar yang mengikut prinsip-
prinsip pembelajaran. Oleh itu, kaedah pengajaran yang baik dapat membantu
memperkembangkan potensi kanak-kanak khususnya melibatkan kemahiran

Secara umum, kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-
otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah.
Kemahiran motor juga melibatkan pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan
pada jari tangan dan koordinasi mata. Kelemahan menggunakan kemahiran motor halus
dilihat akan mengganggu pembelajaran dan perkembangan lain kanak-kanak. Misalnya,
perkembangan kreativiti. Melalui guntingan, kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan
koordinasi mata dan tangan mereka seterusnya meningkatkan perkembangan kreativiti
mereka. Hal ini dijelaskan oleh Khairuddin Mohamad dan Zaridah Ramli (2015), aktiviti
menggunting merupakan aktiviti yang paling baik untuk kemahiran motor halus kanak-kanak.
Koordinasi mata dan tangan akan berlaku semasa kanak-kanak membuat aktiviti
menggunting

Peristiwa semasa kanak-kanak dan aliran perkembangan pada tahun-tahun yang sebelum awal
memberi kesan yang banyak terhadap masa depan kanak-kanak. Bagi guru, tidak kira berapa usianya
murid-murid tersebut, akan bermanfaat jika dia mengkaji kanak-kanak itu pada peringkat
formatifnya. Pertamanya, ini membolehkan guru membentuk murid secara menyeluruh.Kedua, guru
berpeluang mendapat memahami seseorang murid itu dengan lebih mendalam. Jika dia dapat
mengetahui apa yang berlaku sebelumnya dan akhir sekali, dia bekerja bersama kanak-kanak yang
telah terjejas perkembangan awal mereka. Dengan kata lain, ia mendorong murid yang memerlukan
bantuan mahir dan bimbingan untuk mengatasi masalah mereka.
Zaman kanak-kanak boleh dibahagikan kepada lima peringkat. Ianya adalah seperti peringkat bayi
merah atau neonatal, bayi, peringkat prasekolah, pertengahan kanak-kanak dan praremaja yang
sememangnya membawa kepada remaja.

2.0 REFLEKSI/PERNYATAAN MASALAH

Masalah yang sering dihadapi guru Prasekolah ialah murid-murid prasekolah ini kelihatan
tidak memberi fokus dalam pengajaran. Guru Prasekolah mendapati murid-murid tidak
menumpukan perhatian dalam ketika beliau sedang mengajar kelas. Ada segelintir murid
yang suka berjalan ke sana sini. Ada dalam kalangan mereka yang masih belum
mempunyai fokus untuk belajar. Kemahiran menulis masih belum dikecapi sehinggakan
guru memerhatikan tulisan murid yang tidak kemas. Masalah -masalah ini menjadi punca
mengapa aliran pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah tidak dapat dilaksanakan
dengan sistematik. Keadaan ini mengakibatkan guru tidak dapat membentuk kemenjadian
murid secara menyeluruh dalam bidang akademik. Dalam situasi ini, jika masalah murid
-murid yang dinyatakan tadi tidak dapat dibendung maka murid-murid tercicir dalam
pelajaran. Sekiranya murid tercicir, secara automatiknya keberhasilan guru membentuk
murid yang holistik juga akan terjejas. Maka suatu kaedah perlu dipraktikkan supaya guru
dapat mengatasi masalah murid ini dengan segera.

4.0 TUJUAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan tumpuan murid dalam pelajaran, meningkatkan
kemahiran menulis murid praskolah. Disebabkan fokus pengkaji adalah kepada murid
prasekolah pembelajaran berasaskan motor halus dan motor kasar perlu ditekankan.
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan motor halus dapat membantu dalam
perkembangan murid-murid. Ia juga penting bagi mengatasi masalah fokus murid terhadap
pelajaran dan menangani masalah yang dihadapi murid dalam kemahiran menulis.

3.0 Teori Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal Kanak-Kanak

Robert Havighurst menjelaskan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas seperti
berjalan, berlari atau melompat yang dilahirkan di dalam kehidupan individu pada sesuatu peringkat
yang tertentu akan membawa kepuasan serta mendorongnya mengulangi tugas tersebut. Manakala
kegagalan melaksanakan tugas kali pertama akan membawa perasaan kecewa dan menghindar
daripada meneruskan tugas itu. Beliau juga menegaskan bahawa perkembangan personality
seseorang dipengaruhi oleh nilai-nilai norma-norma dan budaya masyarakat. Havighurst
menyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak iaitu pada peringkat kanak-kanak 6 hingga
12 tahun.

Arnold Gesell berpendapat bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan.
Arnold Gesell menyatakan bahawa perkembangan individu mengikut jadual waktu yang telah
ditetapkan, urutan atau pola tertentu serta setiap individu menghadapi perkembangan yang
berbeza. Terdapat sebahagian individu akan menghadapi perkembangan yang lebih awal atau
lambat bergantung kepada individu tersebut. Contohnya ada kanak-kanak sudah boleh berjalan kaki
dalam sembilan bulan dan ada kanak-kanak mula berjalan kaki selepas umur satu tahun

Seperti Piaget, Vygotsky menekankan bahwa kanak-kanak secara aktif menyusun pengetahuan
mereka. Akan tetapi menurut Vygotsky, fungsi-fungsi mental memiliki koneksi-koneksi sosial.
Vygotsky berpendapat bahwa kanak-kanak mengembangkan konsep-konsep lebih sistematik, logik,
dan rasional sebagai akibat dari percakapan dengan seorang penolong yang ahli.

Menurut ahli psikologi Jean Piaget pula, perkembangan kanak-kanak boleh dilihat melalui satu siri
empat peringkat utama pembangunan kognitif yang menekankan perubahan dalam cara mereka
memahami dunia. Piaget percaya bahawa kanak-kanak seperti "saintis kecil" dan mereka secara aktif
cuba untuk meneroka dan memahami dunia di sekeliling mereka. Melalui pemerhatian beliau
terhadap anaknya sendiri, Piaget membangunkan teori peringkat perkembangan intelek yang
termasuk empat peringkat yang berbeza: peringkat sensorimotor, dari lahir hingga umur 2; peringkat
pra-operasi, dari usia 2 kepada kira-kira umur 7; peringkat operasi konkrit, dari berusia antara 7 ke
11; dan peringkat operasi formal, yang bermula di awal remaja hingga menjangkau ke alam dewasa.

Kesimpulannya, perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif
tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang
berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat
perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan.
Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan
manakalapersekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum

TY - BOOK

AU - Yasin, Mohd
AU - Toran, Hasnah

AU - Domc, b

PY - 2013/06/27

SP -

T1 - Kemahiran Guru Dalam Bidang Motor Halus

ER -[ CITATION Yas27 \l 17417 ]

Penutup

ESIMPULAN

Zaman kanak-kanak adalah zaman pertumbuhan dan pembelajaran yang cepat. Dalam beberapa
tahun sahaja seseorang individu itu membentuk satu set tingkah laku yang lebih kompleks. Dia
belajar, membaca, menulis, bekerjasama dalam kumpulan, dapat membezakan antara yang betul
dan sebaliknya dan membuat beribu penyesuaian lain kepada masyarakatnya sendiri.
Sememangnya tidak semua kanak-kanak sama kejayaanya dalam menguasai tugas-tugas
perkembangan yang diharapkan. Segelintir kanak-kanak dapat berkembang dengan maju dalam
pelbagai bidang. Namun, ada segelintirnya lambat pulun mengecapi kejayaan dalam bidang tertentu.

Dari sudut pandangan pendidikan, tidak ada masa yang lebih penting dalam kehidupan seseorang
selain zaman kanak-kanak. Guru yang bekerja dengan kanak-kanak pada peringkat ini haruslah
memahami kanak-kanak akan keperluan asas mereka, masalah mereka serta kuasa yang mengubah
dan menghasilkan perubahan tingkah laku. Pernyataan yang menyatakan bahawa ‘ kanak-kanak
ialah bapa kepada manusia’ mempunyai keesahan psikologi.

Aktiviti ini bertujuan untuk:


1. meningkatkan tahap tumpuan anak2 sepanjang melakukan aktiviti sehingga
selesai aktiviti
2. melatih anak2 untuk mengikut arahan yg simple dalam melakukan aktiviti
3. melatih anak2 utk duduk sepanjang melakukan aktiviti
4. membantu meningkatkan kemahiran motor halus semasa memegang objek2
kecil seperti tali
5. meningkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan semasa memasukkan tali
ke dlm lubang
6. memberikan keseronokan kepada anak2 semasa membuat aktivit

Jadi Sebagai guru yang bijak kita perlu sedar bahawa kanak-kanak biasa tidak sama dari segi
kebolehannya dan akan berikhtiar untuk mengubah aktiviti-aktiviti pengajaran bukan hanya kepada
setiap kanak-kanak tetapi juga kepada beberapa perkembangannya.

Bibliografi
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005). Psikologi Kognitif. UTM : Cetak Ratu
Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya (2005). “Aplikasi Kognitif dalam
Pendidikan” Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.

Bibliography

blogspot. (2012, August Thursday). Retrieved from PSIKOLOGI DUNIAKU:


http://psikologiduniaku2012.blogspot.com/2012/08/v-behaviorurldefaultvmlo.html

logspot, 2012).

[ CITATION blo12 \l 1033 ]References

blogspot. (2012, August Thursday). Retrieved from PSIKOLOGI DUNIAKU:


http://psikologiduniaku2012.blogspot.com/2012/08/v-behaviorurldefaultvmlo.html

https://www.researchgate.net/publication/46405353_Bab_2_Teori-teori_Perkembangan[ CITATION
Yah01 \l 17417 ]

Arasoo, V.T. (1989). Pembelajaran Kemahiran Motor Dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan.
Malaysia: Siri Pendidikan Fajar Bakt

i[ CITATION And01 \l 17417 ]

Anda mungkin juga menyukai