Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

Tenaga amat diperlukan oleh tumbuhan-tumbuhan bagi menjalankan proses kehidupan


tumbuhan. Untuk membekalkan tenaga yang mencukupi, tumbuhan menjalankan proses
respirasi dan fotosintesis. Respirasi berlaku pada waktu siang dan malam kerana tumbuhan
memerlukan tenaga pada setiap masa. Fotosintesis pula berlaku pada pada waktu siang.
Semasa respirasi, tumbuhan mengambil oksigen dan menghasilkan karbon dioksida.

Pertukaran gas dalam daun, batang dan akar berlaku secara serapan melalui lentisel
dan stoma. Stoma terbuka pada waktu siang dan tertutup pada waktu malam. Setiap stoma
terdiri daripada satu liang yang dikelilingi oleh dua sel pengawal yang mengandungi sebilangan
besar kloroplas. Fotosintesis berlaku di kloroplas ini. Stoma pada daun terbuka ke ruang udara
antara sel mesofil palisad dan sel mesofil berspan. Pada waktu malam, tumbuhan akan
menggunakan oksigen dan ruang udaranya kerana sel pengawal tertutup. Lentisel adalah liang
pada batang dan akar. Sel-sel sekitar lentisel tersusun secara longgar untuk membenarkan
resapan oksigen.

Respirasi tumbuhan terbahagi kepada dua iaitu respirasi aerob dan respirasi anaerob.
Oksigen dan atmosfera meresap melalui stoma ke dalam ruang antara sel dan kemudian ke sel
mesofil. Respirasi aerob akan berlaku apabila kepekatan di dalam sel adalah lebih rendah
berbanding kepekatan oksigen di ruang udara. Kecerunan kepekatan membenarkan oksigen
meresap secara berterusan dan di ruang udara ke dalam sel. Glukosa dioksidasikan untuk
membentuk karbon dioksida, air dan tenaga. Karbon dioksida digunakan semasa fotosintesis
pada waktu siang. Karbon dioksida yang berlebihan akan meresap dalam ruang udara dan
kemudian keluar ke atmosfera melalui stoma. Respirasi aerob biasanya dijalankan oleh
tumbuhan sepanjang hari dan malam.

Glukosa + Oksigen ---------> Air + Karbon dioksida + 2898 kJ tenaga

Dalam keadaan kekurangan oksigen, tumbuhan menjalankan proses anaerob. Respirasi


ini dilakukan untuk jangka masa yang singkat di bawah keadaan tertentu. Dalam situasi seperti
banjir, tumbuhan tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Dalam keadaan ini, tumbuhan akan
menjalankan respirasi anaerob dan hanya boleh hidup untuk beberapa hari. Respirasi ini juga
berlaku pada peringkat awal percambahan apabila embrio diselaputi sepenuhnya dengan kulit
biji benih yang kalis udara seperti kacang hijau. Dalam proses ini juga, glukosa dihuraikan
kepada ethanol dan karbon dioksida. Apabila kepekatan ethanol meningkat, tumbuhan diracuni
dan akhirnya mati.

Glukosa = (Ethanol atau laktik asid) + Karbon dioksida + Tenaga

Respirasi dan fotosintesis merupakan proses yang menjana tenaga bagi tumbuhan.
Proses-proses ini bergantung antara satu sama lain. Dalam cahaya yang terang, kadar
fotosintesis adalah lebih cepat dari kadar respirasi. Untuk jangka waktu yang panjang, purata
kadar fotosintesis mesti melebihi purata kadar respirasi setiap hari bagi tumbuhan untuk
memastikan semua proses kehidupan tumbuh-tumbuhan dapat berjalan dengan lancar. Jika
kadar fotosintesis jatuh lebih rendah dari kadar respirasi untuk jangka masa panjang, tumbuhan
akan mati kerana kehabisan bekalan tenaganya. Umumnya, kadar fotosintesis akan melebihi
kadar respirasi pada waktu siang manakala kadar respirasi akan melebihi kadar fotosintesis
pada waktu malam.
Tujuan :
Untuk membuktikan tumbuhan menjalankan respirasi.

Pernyataan masalah :
Adakah tumbuhan menjalankan proses respirasi?

Hipotesis :
Semakin lama masa yang diambil, semakin banyak bilangan buih yang terdapat pada
permukaan daun.

Pemboleh ubah :
Dimanipulasikan : Masa yang diambil
Bergerak balas : Bilangan buih yang terdapat pada permukaan daun
Dimalarkan : Jenis daun

Radas :
Bikar 250ml, rak tabung uji, tabung uji, jam randik.

Bahan :
Daun, air suling

Prosedur :
1. Cari sehelai daun..
2. Sediakan radas dan bahan seperti gambar Rajah 1.
3. Tuangkan air suling ke dalam bikar dengan menggunakan tabung uji.
4. Masukkan daun yang diambil tadi ke dalam bikar.
5. Lihat dan perhatikan kehadiran buih pada permukaan daun pada minit pertama, minit
ketiga dan minit ke enam.
6. Rekodkan bilangan buih pada Jadual 1.
Susunan radas dan bahan :

Bikar

Daun

Air suling

Rajah 1
Keputusan:

Masa yang diambil (minit) Bilangan buih pada permukaan daun

1 Tiada
3 3

6 6

Jadual 1
Perbincangan:

1. Apakah yang diperlukan tumbuhan untuk menjalankan respirasi?


Oksigen

2. Apakah beza respirasi tumbuhan dan respirasi haiwan?


Respirasi tumbuhan menjalankan proses menggunakan prroses respirasi aerob.
Manakala respirasi haiwan seperti serangga menjalankan proses respirasi
melalui trakea.

3. Apakah faktor yang mempengaruhi kelajuan respirasi?


Antaranya ialah jenis dan umur tumbuhan, suhu, kehadiran oksigen dan substrat.

4. Nyatakan bahagian tumbuhan yang aktif melakukan respirasi.


Kuncup bunga, tunas, biji yang bercambah, hujung akar dan hujung batang.

Aspek-aspek eksperiment :
Kelebihan : dapat mengetahui bahawa tumbuhan juga menjalankan proses respirasi
Kelemahan : jika menggunakan daun yang berstruktur berlilin susah untuk lihat hasil
respirasi.

Langkah berjaga-jaga :
1. Memegang alat radas dengan berhati-hati untuk keselamatan.
2. Pilih daun yang sesuai serta permukaan daun yang tidak berlilin untuk mengelakkan
permukaan daun menjadi silver.
3. Tuang air dengan menggunakan tabung uji secara perlahan-lahan.

Kesimpulan :
Hipotesis diterima. Semakin lama masa yang diambil semakin banyak bilangan buih yang
terdapat pada permukaan daun. Hal ini kerana, daun telah menjalankan proses respirasi.
Refleksi

Kami telah membuat amali respirasi tumbuhan dengan menggunakan daun oleh Puan
Sumaiyah Binti Abdul Rahman. Dalam proses menyiapkan amali sains ini, saya telah membuat
perbincangan bersama-sama dengan ahli kumpulan saya iaitu Nadhirah dan Nang. Untuk
menyiapkan tugasan ini kami telah membuat rujukan ke perpustakaan bagi mencari maklumat
dengan lebih terperinci. Kami juga telah diberi tunjuk ajar oleh Puan Sumaiyyah dalam
membuat amali dan menyiapkan laporan ini. Saya juga telah meminta bantuan dari rakan
sekelas untuk membantu saya dalam proses menyiapkan laporan ini dengan meminta tunjuk
ajar mereka kerana sebelum ini saya tidak mengambil subjek matapelajaran biologi semasa di
sekolah.

Apa yang saya dapati setelah membuat amali ini ialah saya telah mengetahui dengan
lebih mendalam mengenai tajuk respirasi tumbuhan iaitu bagaimana tumbuhan bernafas dan
sebagainya. Saya juga telah mengetahui bahawa respirasi dan fotosintesis saling bergantung
dengan satu sama lain. Ini kerana tanpa fotosintesis, respirasi tidak akan terjadi.

Selain itu, saya dapati tumbuhan memerlukan oksigen untuk melakukan respirasi. Oleh
itu, kita perlulah menjaga alam sekitar dengan baik supaya tidak terjadinya alam pencemaran
udara supaya proses respirasi tumbuhan dapat dijalankan dengan baik.

Cadangan bagi mengelakkan pencemaran udara adalah rakyat Malaysia boleh


berkongsi kenderaan misalnya menggunakan bas dan LRT. Selain itu. Tidak melakukan
pembakaran terbuka seperti membakar sampah-sarap.

Masalah yang dihadapi saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini ialah saya
mengalami kesukaran kekurangan maklumat dan sukar untuk membuat tugasan ini. Cara saya
mengatasi masalah ini ialah saya membuat rujukan di perpustakaan supaya saya dapat
mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan saya.

Kesimpulannya, sepanjang menjalankan amali ini, pelbagai kelemahan dan kekuatan


yang saya peroleh selain pengetahuan yang boleh saya gunakan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai