Anda di halaman 1dari 10

SEJARAH LOMPAT TINGGI

Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika di
Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68 m oleh peserta pada masa itu.
Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya ini sudah tidak dikenali oleh
dunia lain sungguh pun masih ada peserta-peserta tanah air yang menggunakan gaya ini. Gaya
ini dilakukan dengan lunjakan kaki yang jauh dari palang. Kaki bersilang diatas palang dan badan
menyeberang palang dalam lakuan “duduk berlunjur”. Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali.

Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American M.F. Sweeney’s
Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat
melepasi palang. Sweeney telah berjaya mencipta teknik yang bekersan dan mencipta rekod 6’
5 5/8’’ (1.97m) pada 1895.
Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya
yang mula-mula diguna oleh Sweeny dan selepasnya maka habislah orang-orang Pantai Timur
Amerika menggunakannya. Ini sebenarnya yang membolehkan gaya lompatan ini mendapat
namanya hingga kini.

Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, memajukan dan mencipta teknik yang lebih efisyen
iaitu Gaya Guling Barat. Ia berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan
gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat. Dengan ini terdapatlah
namanya Guling Barat itu. Gaya ini adalah lebih baik dan berkesan dari gaya timur atau gaya
gunting. Gaya ini boleh digalakkan supaya peserta-peserta tanah air memahirinya.

Pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan satu gaya yang menjadi ikutan pelompat-
pelompat yang lain. Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular dan dari segi
mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan berkesan dari gaya-gaya lompatan yang
lain. Dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki
pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya kelana. Hal ini
membuktikan kepopularan gaya ini.

Diantara semua gaya-gaya lompat tinggi yang telah digunakan oleh peserta-peserta maka gaya
guling barat dan gaya kelana sahajalah yang agak saintifik dan lebih berkesan bagi seseorang
peserta.

CIRI-CIRI UMUM ACARA LOMPATAN

Adakah kejurulatihan satu seni atau sains?


Kejayaan suatu kejurulatihan adalah gabungan daripada aspek seni dan sains. Tiada atlit yang
tidak berpengetahuan tentang faktor sainstifik mengenai pergerakan manusia, yang sekarang
dikenali sebagai satu bidang biomekanik. Kita dapat lihat banyak kes mengenai manusia genius
dengan pemberian tuhan adalah lebih baik daripada orang yang mengambil bahagian.
Menurut Dick Fosbury , pengasas gaya Fosbury dalam lompat tinggi, latihannya berpusatkan
kekuatan latihan yang digunakan, menjadi kawan baik dengan jurulatih dan menanamkan
semangat untuk memecahkan rekod dunia dan akhirnya dia mendapat pingat emas dalam
Olimpik.
Setiap lompatan mengandungi fasa penujuan larian, penukaran kelajuan secara mendatar
kepada kelajuan menegak dan pendaratan. Perkara ini mempunyai banyak kesinambungan
daripada satu acara ke acara yang lain. Jika sesuatu konsep mekanikal difahami, ia akan mudah
digunakan untuk acara yang lain.

FAKTOR MEKANIKAL

1. Kelajuan Lonjakan
• Kelajuan ialah lompatan menggunakan kaki secara drastik kepada setiap lompatan.
• Atlit yang bersedia untuk membuat lompatan dipengaruhi oleh dua daya yang berbeza
apabila mlakukan pergerakan daripada berlari sehingga melonjak.
• Salah satu dari daya ini ialah komponen mendatar dan kompenan menegak.
• Daya komponen ini mengawal kelajuan pelepasan dan terus kepada kedudukan pinggang
selepas lonjakan.
• Objektif umum lompatan yang baik ialah memperlahankan kelajuan mendatar dengan kadar
yang paling perlahan.
• Masalah ketika menghasilkan daya menegak ialah kedudukan pinggang perlu berada dibawah
persediaan melompat.
• Dalam lompat tinggi, kelajuan semasa berlari sangat penting, tetapi sekiranya lonjakan terlalu
cepat, kaki lonjakan tidak terkawal. Hal ini adalah mustahil untuk melakukan lojakan yang
sempurna.
• Kelajuan dalam lonjakan yang terbaik adalah dengan menggunakan Progress Pecutan secara
beransur-ansur.
• Masa yang biasa untuk memperlahankan penujuan apabila atlit mula membuat penukaran
daripada mendatar kepada menegak.
• Kebanyakan masalah disebabkan satu atau semua daripada faktor berikut:-
o Kelajuan kaki yang berkurangan ketika langkah kedua yang terakhir sebelum melonjak.
o Berhenti dengan kaki lonjakan.
o Membiarkan kedudukan pinggag terlalu rendah supaya dapat berlari dengan lebih laju.
• Pinggang mestilah direndahkan sedikit dengan membengkokkan bahagian buku lali, lutut dan
pinggang.
• Perubahan dari mendatar kepada menegak adalah secara melembutkan pinggang dan tidak
mengurangkan kelajuan mendatar.

KETINGGIAN PINGGANG SEMASA MELONJAK

Setiap atlit mempunyai ketinggian semulajadi yang tertentu dan faktor ini tidak boleh dikawal.
Walau bagaimanapun, terdapat tiga teknik berbeza yang membantu meningkatkan pusat tubuh
kepada ketinggian yang maksimum.
1. Tenik pertama ialah kebolehan berlari secara tinggi dan tegak yang diperlukan. Semasa fasa
larian penujuan, sehingga sampai ke fasa lonjakan, kaki hendaklah memijak terus di bawah
pinggang. Setiap kecenderungan untuk melangkah terlebih luas akan menyebabkan kedudukan
pinggang berada di bawah.
2. Teknik kedua pula ialah lompatan yang efektif mempunyai kebolehan untuk memendekkan
langkah terakhir sebelum melakukan lonjakan. Kependekan langkah akan menybabkan
pinggang naik atau berada diatas.
3. Faktor ketiga ialah kelajuan semasa lonjakan. Faktor ini memberi kesan yang penting pada
ketinggian pinggang sepanjang lonjakan. Kelajuan lonjakan yang tinggi dan kedudukan pinggang
yang tinggi akan membuat lengkungan layangan lompatan tersebut.

SUDUT LONJAKAN

Sudut melalui pusat badan iaitu pinggang pelompat dipanggil sudut lonjakan. Layangan atau
parabola ditentukan oleh dan semasa atlit mengangkat kakinya untuk lompatan. Ketika atlit
berada di udara, laluan tidak boleh ditukar. Pelompat itu memulakan lompatan dan mendarat
pada sudut yang sama.
Sudut lonjakan hasil daripada kelajuan larian. Semakin cepat fasa penujuan itu dan tanpa
gangguan pergerakan, semakin mendatar sudut lonjakan itu. Sudut lonjakan yang rendah
sangat penting dalam lompat jauh. Penyelesaian yang jelas menghasilkan kelajuan yang tinggi
ketika di laluan larian dan dalam melakukan lonjakan. Lompat tinggi ialah pengecualian dalam
prinsip kelajuan kerana atlit lompat tinggi mencuba untuk mencipta kompenen menegak atau
lompatan yang tinggi dengan menggunakan kaki. Tetapi dalam lompat tinggi, kelajuan sangat
penting dan sudut lonjakan lebih mendatar daripada yang kita fikirkan. Lompatan terbaik di
dunia ialah dalam lingkungan 52° sudut lonjakan.
KESEIMBANGAN DAN PERTUKARAN

Aspek mekanikal yang terakhir dalam lompatan ialah mesti dilakukan dengan seimbang dan
pertukaran yang berlaku semasa fasa layangan untuk setiap lompatan. Objektif atlit adalah
untuk bergerak atau menyesuaikan kedudukan bahagian-bahagian tubuh semasa layangan
untuk mengambil peluang terhadap parabola yang telah disediakan.
Seperti yang telah dinyatakan, parabola layangan tidak akan berubah ketika atlit di udara.
Walaupun pergerakan satu bahagian badan diangkat atau satu lagi diturunkan. Dalam hukum
Newton ketiga menyatakan untuk setiap pergerakan akan mengakibatkan yang sama dan
berlawanan. Kelajuan pertukaran meningkat dan mengurang apabila berlaku perubahan jarak.
Memanjangkan dan memendekkan lengan, kaki mempengaruhi kelajuan atau pertukaran di
sekeliling paksi. Pertukaran yang spesifik ialah varasi kepada setiap acara, tetapi jurulatih yang
bijak dapat memahami kesan terhadap badan ketika di udara.

RUMUSAN

Kelajuan, ketinggian, sudut dan keseimbangan adalah empat elemen utama untuk semua acara
lompatan. Semua kejurulatihan dan kerja teknikal mesti memusatkan keseluruhan asas
mekanikal. Kelajuan ketika lonjakan akan memberi kesan kepada arah layangan. Ketinggian
pinggang ketika lonjakan penting kerana tarikan graviti keatas atlit ketika dia di udara.
Kesimbangan pula mestilah tetap semasa layangan ketika atlit melakukan pergerakan parabola.
Setiap pelepasan daripada setiap elemen ini akan menentang kesan perlaksanaan lompatan.
Last edited by rin yu mei on 2008-05-04, 03:19:26 am, edited 1 time in total.

rin yu mei

Posts: 26
Joined: 2008-04-30, 05:29:22 am
Top
FAKTOR MEKANIKAL

Postby rin yu mei on 2008-05-04, 03:15:53 am


LARIAN PENUJUAN

Objektif larian penujuan ialah supaya dapat melatih atlit mencapai kelajuan secara mendatar
yang maksimum, menukar kelajuan mendatar kepada kelajuan menegak semasa lonjakan.
Larian penujuan juga diajar supaya atlit dapat mempelajari posisi tubuh yang efisien, tegak dan
tinggi semasa langkah yang keempat dan kelima terakhir sebelum fasa lonjakan.
Prinsip utama dalam larian penujuan ini adalah :
1. Mencapai kelajuan maksimum yang terkawal semasa melakukan lonjakan.
2. Mengekalkan postur badan yang tegak semasa lonjakan.
3. Berusaha mendapatkan sudut yang rendah dan mendatar semasa lonjakan.

LENGKUNGAN PECUTAN

Penujuan yang dikehendaki mestilah menggunakan konsep “lengkungan pecutan”, konsep yang
digunakan oleh ramai jurulatih acara lari pecut. Lengkungan pecutan ialah atlit yang mencuba
untuk memecut dalam suatu tempoh masa. Jaraknya mestilah mengikut sesuatu satu set corak
sehinggalah pecutan maksimum dicapai. Pada beberapa tahap semasa atlit sedang berusaha
keras ini, tubuhnya akan mencapai puncak kelajuan, mengekalkan kelajuan itu untuk tempoh
masa yang pendek, dan akhirnya, berikutan keletihan, atlit akan mula memperlahankan larian.
Perwatakan setiap individu atlit akan menentukan tempoh masa dan jarak untuk mencapai
pecutan yang maksimum. Lonjakan mestilah dilakukan selaras dengan tempoh masa ini. Inilah
tempo yang diingini oleh atlit – suatu pembinaan kelajuan dan frekuensi yang segera di
keseluruhan fasa penujuan.
Berapakah jarak yang ideal kepada pelompat untuk berlari dalam fasa penujuan ini? Ini akan
ditentukan oleh individu atlit itu sendiri namun akan dikawal oleh faktor ketinggian badan, jarak
langkah, dan kebolehan untuk memecut. Umumnya, lebih pantas seseorang atlit itu, lebih lama
masa yang diperlukan untuk proses pecutan. Sebaliknya, lebih muda atau perlahan seseorang
atlit itu, semakin sedikit masa yang diperlukan untuk melakukan proses pecutan.Seorang atlit
yang muda atau perlahan mungkin akan mencapai puncak kelajuan dalam langkah yang lebih
sedikit, mungkin dalam 20 hingga 30 meter sahaja. Seorang pelari pecut kelas dunia mungkin
memerlukan sehingga 60 meter untuk mencapai kelajuan maksimumnya. Walau
bagaimanapun, jurulatih perlulah bekerja dengan setiap atlit agar dapat memahami perbezaan
individu itu.

JARAK LARIAN

Formula yang am untuk melakukan larian ditunjukkan dalam jadual di bawah. Jadual itu
menggunakan bilangan langkah berbanding jarak yang diukur. Konsep ini boleh digunakan di
dalam proses melatih fasa larian penujuan kepada pelompat. Satu kaedah yang efektif untuk
mencapai teknik ini ialah dengan memulakan larian lompatan dari 12 jumlah langkah pada awal
musim. Untuk mengajarkan konsep tempo, atlit perlu berdiri pada satu titik dengan kaki
lonjakan di hadapan. Daripada kedudukan statik, atlit perlu menolak diri dengan sekuat yang
mungkin, dan memulakan kiraan setiap kali kaki lonjakan berpijak pada tanah. Kiraan itu
hendaklah berbunyi begini, “satu dan dua,tiga dan empat” sehinggalah kiraan enam. Pada
tahap ini, atlit akan melonjak sedikit sebagai simulasi kepada lonjakan. Sistem kiraan ini akan
membolehkan atlit mendapat gambaran frekuensi langkah yang semakin meningkat semasa
melonjak.
Keseluruhan proses ini haruslah dibuat di trek atau rumput dan selalunya jauh daripada papan
tandaan lonjak. Ini adalah supaya atlit membiasakan diri dengan tempo dan frekuensi dan
bukannya dengan papan anjal.
Semasa atlit belajar untuk memecut dan membuat penukaran daripada mendatar kepada
menegak, jarak itu dapat diukur dan diubah kepada papan anjal, tetapi tidak sehingga atlit
memperoleh semua komponen yang diperlukan. Apabila atlit berjaya mempelajari larian 12
langkah, secara perlahan-lahan tambahkan lagi 2 langkah. Sentiasa ingat bahawa semakin
sedikit langkah, semakin kurang peluang untuk melakukan kesilapan.

POSTUR BADAN SEMASA BERLARI

Adalah penting untuk mengingati bahawa posisi badan yang condong ke depan adalah
disebabkan oleh pecutan. Semasa peringkat pertama pecutan, badan atlit akan condong
dengan darjah yang besar. Semasa atlit mencapai puncak kelajuan, badannya akan menjadi
tegak. Semasa menyahpecutan, badan atlit akan menjadi ke belakang sedikit.
Semasa pinggul pelompat bergerak sepanjang larian, secara semula jadi ia akan menaik sedikit.
Untuk melakukan lompatan, satu perubahan akan berlaku di mana kedudukan pinggul akan
merendah sedikit sebelum ia menaik semasa atlit melompat. Atlit mestilah melakukan
perubahan ini untuk mengekalkan kelajuan. Sasarannya ialah untuk merendahkan badan tanpa
memperlahankan kelajuan.
Seperti yang telah diberitahu, setiap langkah semasa berlari perlu bertambah panjang. Semasa
langkah bertambah panjang, kedudukan pinggul akan menjadi lebih rendah. Tambahan lagi,
disebabkan oleh pembengkokan lutut dan sendi buku lali, pinggul akan menjadi lebih rendah.
Ini akan dapat dicapai oleh extension yang tidak sempurna pada langkah ketiga yang terakhir
sebelum melonjak. Teknik ini membenarkan langkah yang kedua terakhir dilakukan dengan
kedudukan betul-betul di bawah badan dan kaki berada mendatar di atas tanah. Seterusnya,
langkah yang terakhir dipendekkan, maka ini akan menyebabkan hip berada pada kedudukan
yang tinggi untuk melonjak. Langkah yang terakhir seharusnya mendatar, supaya kaki dapat
dilepaskan dengan pantas.

CHECK MARKS
Tidak kira berapa bnyak pun langkah yang diambil semasa larian penujuan, format yang mudah
dan konsisten perlulah digunakan. Larian seharusnya mempunyai 3 check mark. Check mark
yang paling penting ialah ketika permulaan larian. Untuk pelompat yang baru, seelok-eloknya
diajarkan teknik memulakan larian dari keadaan pegun. Kaki lonjakan berada di hadapan. Atlit
menolak kuat dengan menggunakan kaki lonjakan yang sentiasa melakukan kontak dengan
permukaan tanah. Badan dihayun ke belakang dan atlit akan menggunakan kaki bebasnya
untuk menapak dan menolaknya dengan sepenuh tenaga. Pelompat yang lebih mahir pula
selalunya memulakan larian dengan langkah yang seakan-akan melompat.

rin yu mei

Posts: 26
Joined: 2008-04-30, 05:29:22 am

Top
LATIHAN PLIOMETRIK

Postby rin yu mei on 2008-05-04, 03:18:24 am


Latihan Pliometrik adalah satu kaedah latihan yang baru diperkenalkan di Amerika Syarikat
pada awal 90-an. Berasal daripada perkataan Greek, ‘plio’ membawa maksud ‘lebih’ atau
‘meningkatkan’ dan ‘metrik’ bererti jarak. Fred Wilt menterjemahkan pliometrik sebagai
latihan-latihan yang menghasilkan pergerakan otot isometrik yang berlebihan yang
menyebabkan refleks regangan dalam otot. Hari ini, pliometrik dirujuk kepada latihan yang
menggunakan pergerakan otot-otot untuk bertindak balas ke atas beban dan menghasilkan
kuasa atau kekuatan eksplosif. Latihan pliometrik hanya diaplikasikan selepas atlit mencapai
tahap kekuatan optimum atau mencukupi bagi mengelakkan kecederaan terutamanya kepada
tendon dan ligamen. Latihan dilakukan pada penghujung fasa persediaan khusus sehinggalah ke
fasa pra pertandingan.
Otot mempunyai sifat elastik. Semasa otot meregang, otot akan mendapat kekuatan untuk
mengecut secara automatik, yang dikenali sebagai refleks myotonik. Geoffrey Dyson (1977), di
dalam bukunya Mechanics of Athletics menyebutkan bahawa “ fungsi otot ialah untuk
menggunakan ketegangan. Keadaan ini akan dapat menghasilkan hasil yang terbaik apabila
diletakkan beban secukupnya dengan tujuan untuk memanjangkannya, berbanding
memendekkannya. Semakin cepat ia memendek, semakin sedikit ketegangan yang digunakan,
malah semakin cepat ia memanjang, semakin besar ketegangan itu. Dyson menambah lagi
bahawa terlalu banyak keregangan akan menyebabkan menyebabkan kesan yang buruk.
Verhoshansky’s (1967) menyokong teori bahawa semakin banyak beban yang digunakan,
semakin meningkat prestasi seseorang atlit itu. Hasilnya, ramai jurulatih yang berpendapat
bahawa latihan pliometrik adalah satu-satunya cara untuk melatih atlit lompat tinggi. Pada
pendapat mereka, jika sesuatu itu dapat membawa faedah, maka kuantiti latihannya haruslah
diperbanyakkan. Kerana inilah terjadinya di dalam latihan lompat tinggi atlit dikehendaki
melompat platform setinggi 8 hingga 12 kaki. Tidak mustahillah latihan pliometrik telah
dikatakan penyebab kepada kecederaan tisu lembut.

Objektif utama latihan ini adalah bagi meningkatkan kuasa dan kekuatan eksplosif dan boleh
dilakukan dengan menggunakan berat badan sendiri atau alatan seperti kotak pelbagai
ketinggian dan bola segar

Anda mungkin juga menyukai