Anda di halaman 1dari 18

LANGKAH-LANGKAH PERLU

PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH 2017

A SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

1 Tiada Kutipan Bayaran Awal Tahun

1.1 Pemansuhan bayaran tambahan telah berkuatkuasa mulai sesi


persekolahan 2012 lagi. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11 Tahun 2011 –
Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan Di Sekolah Kerajaan Dan
Sekolah Bantuan Kerajaan bertarikh 3 November 2011.

1.2 Walaupun, SPI 11/2011 jelas menggariskan bayaran-bayaran yang


dibenarkan mengikut peruntukan Akta Pendidikan 1996 dan surat siaran
berkaitan (Para 3 dan Lampiran B), namun masih terdapat sekolah yang
membuat kutipan bayaran persekolahan di luar kebenaran berkenaan.

1.3 Oleh itu, Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 4


Tahun 2011 - Garis Panduan Kutipan / Bayaran Keperluan Persekolahan
Murid Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan telah
dikeluarkan. Surat siaran ini jelas disediakan bertujuan memudahkan
pihak sekolah mengendalikan kutipan / bayaran keperluan persekolahan
murid.

2 Bayaran Berkaitan Persekolahan (Surat Siaran Kementerian Pendidikan


Malaysia Bilangan 4 Tahun 2011 : Garis Panduan Kutipan / Bayaran Keperluan
Persekolahan Murid Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan )

2.1 Keperluan Asas Persekolahan

(a) Pakaian seragam sekolah


(b) Buku latihan
(c) Peralatan teknikal dan pendidikan seni
(d) Alat tulis
(e) Lencana
(f) Tag nama

Oleh itu, murid-murid hanya perlu menyediakan keperluan asas


persekolahan seperti yang disenaraikan di atas sahaja sewaktu mendaftar
atau memulakan sesi persekolahan.

1|Page TAKLIMAT AWAL PERSEKOLAHAN 2017 – JPN


Johor
2.2 Bayaran Berkaitan Persekolahan
2.2.1 Pembelian keperluan lain yang disediakan oleh pihak sekolah
sama ada di koperasi / kedai buku sekolah adalah atas pilihan ibu
bapa. Sekiranya mereka memilih untuk mendapatkan keperluan
tersebut dari koperasi / kedai buku sekolah, ibu bapa hendaklah
membuat urusan terus dengan koperasi / kedai buku tersebut.
2.2.2 Keperluan yang disediakan oleh pihak sekolah bagi tujuan
penyeragaman, kekemasan diri murid dan identiti sekolah, maka
pihak sekolah hendaklah menentukan kaedah perolehan dan
pembayarannya supaya tidak membebankan ibu bapa.
2.3 Bayaran Asrama
2.3.1 Yuran Makan Asrama
Mulai tahun 2010, Yuran Makan Asrama sebanyak RM 1.00 kekal
dikenakan kepada ibu dan bapa / penjaga murid dengan
pendapatan berjumlah RM 4,999.00 sebulan dan ke bawah. Bagi
ibu bapa / penjaga murid berpendapatan RM 5,000.00 sebulan
dan ke atas, mereka dikenakan bayaran Yuran Makan Asrama
sebanyak RM 3.00 sehari.
2.3.2 Murid asrama Sekolah Pendidikan Khas, Murid Orang Asli, PPRT,
Asrama Desa, asrama sekolah di negeri Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan kekal dikecualikan daripada
membayar Yuran makan Asrama.
(Surat Bahagian Kewangan, KP(BKEW/BT)1800/DJld.3(33)
bertarikh 11 November 2009)

2.3.3 Bayaran Yuran Makan Asrama boleh dijelaskan secara


berperingkat mengikut penggal persekolahan tahun semasa.

2.3.4 Wang Cagaran Asrama dan Yuran Kebajikan Murid Asrama telah
dimansuhkan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11
Tahun 2011 – Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan
Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan bertarikh 3
November 2011.

2.4 Majalah sekolah

2.4.1 Pembelian majalah sekolah adalah seperti yang diperuntukkan di


bawah subseksyen 8(2)(d), Peraturan-peraturan Pendidikan
(Majalah Sekolah Dan Bahan Multi Media) 1998.

2.4.2 Pihak sekolah hanya dibenarkan mengutip bayaran bagi sebuah


majalah sahaja untuk satu keluarga, bukan setiap anak dalam
satu keluarga di sekolah yang sama.

2.4.3 Murid-murid tidak boleh dipaksa untuk membeli majalah sekolah.

2|Page TAKLIMAT AWAL PERSEKOLAHAN 2017 – JPN


Johor
3 Kutipan Sumbangan PIBG Selepas Mendapat Kelulusan Pendaftar
3.1 Sumbangan PIBG adalah seperti yang diperuntukkan di bawah
subseksyen 5(4) Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa – Guru)
1998.

3.2 Pihak sekolah perlu menghantar pemohonan kutipan sumbangan dalam


masa 2 minggu selepas Mesyuarat Agung. Manakala proses kelulusan
akan dilakukan dalam masa 2 minggu.
4 Kadar Sumbangan Dibincangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG (berdasarkan
kepada INSTRUMEN PENILAIAN (IP - PIBG) Kementerian Pendidikan
Malaysia)
4.1 Kadar sumbangan adalah ditetapkan setelah mendapat persetujuan
MesyuaratAgung PIBG. Kadar sumbangan tersebut hendaklah
munasabah dan tidak membebankan ibu bapa.

(a) Kutipan Sumbangan PIBG hendaklah dimaklumkan kepada


Pendaftar.

(b) Penggunaan wang PIBG mengikut peraturan sedia ada persatuan


yang diluluskan dalam mesyuarat dan perlu mendapat kebenaran
Pendaftar.

(c) PIBG membelanjakan wang PIBG bagi perkara-perkara yang


mendatangkan faedah kepada murid seperti program
kecemerlangan, pasarana dan kemenjadian murid.

(d) PIBG perlu membuka akaun bank.

4.2 Pelaporan Kewangan PIBG perlulah dilaksanakan dan bukti ditunjukkan


di dalam Minit Mesyuarat Agung iaitu :

(a) Laporan Kewangan dibentang dan diedar dalam mesyuarat AJK


PIBG..

(b) Laporan Kewangan dibentang oleh Bendahari PIBG dalam


mesyuarat AJK & Mesyuarat Agung PIBG.

(c) Laporan Kewangan disahkan oleh Juru Audit Dalaman dan


ditandatangani oleh YDP PIBG.

3|Page TAKLIMAT AWAL PERSEKOLAHAN 2017 – JPN


Johor
5 Hari Pertama Persekolahan

5.1 Perhimpunan mingguan sekolah merupakan agenda pendidikan yang


wajib dilaksanakan oleh semua pemimpin sekolah. Kewajiban
menjadikan perhimpunan sekolah sebagai agenda mingguan yang perlu
dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan telah menjadikan ianya
perlu diurus secara professional.

5.2 Prosedur dan arahan daripada KPM telah dikeluarkan untuk memperjelas
pengurusan perhimpunan mingguan sekolah supaya lebih berobjektif dan
efektif. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan beberapa
surat pekeliling untuk panduan pengurus sekolah bagi mengendalikan
perhimpunan mingguan.

(a) Surat Pekeliling Am Bil. 23/1966


(b) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1975
(c) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1975
(d) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984

5.3 Perhimpunan Sekolah :


SPI 4/1984 Perkara 3.2.2 : Perhimpunan sekolah hendaklah dijalankan
dengan ringkas dan tidak mengambil masa yang berlarutan.

Sehubungan itu, proses PdP sesi pagi bermula pada masa kedua.

6 Pengesahan Maklumat Online

6.1 Kehadiran murid dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)


KPM akan menjalankan pemantauan secara online bermula pada hari
pertama persekolahan. Semua Pengetua dan Guru Besar perlu
memastikan pengisian data kehadiran murid dalam APDM dikemaskini
dan dilengkapkan pada pukul 9:00 pagi (sesi pagi) dan 2:30 petang ( sesi
petang) setiap hari.

6.2 Keberadaan Guru Dalam e-Operasi


Semua Pengetua dan Guru Besar juga perlu memastikan keberadaan
guru di sekolah masing-masing pada setiap hari. Keberadaan Guru juga
perlu diisi dalam e-Operasi bermula pada hari pertama sesi persekolahan
2017.

6.3 Kemas Kini Profil Guru Dan AKP Dalam e-Operasi


Semua Pengetua dan Guru Besar juga perlu memastikan pengisian
lengkap sepenuhnya profil guru dan AKP dalam pengisian data di atas
talian e-Operasi.

4|Page TAKLIMAT AWAL PERSEKOLAHAN 2017 – JPN


Johor
6.4 Elaun Murid Khas

7 Pendaftaran Murid

7.1 Penyemakan Sijil Lahir asal setiap murid yang mendaftar di sekolah perlu
dilakukan dengan teliti bagi menentukan taraf sah kewarganegaraan
murid berkenaan.

7.2 Penentuan taraf sah kewarnegaraan hendaklah merujuk Surat Pekeliling


Ikhtisas Bil. 1/2009 - Kemasukan Kanak-kanak Warganegara Malaysia
Tanpa Dokumen Ke Sekolah:

(a) Pastikan tiada Murid Bukan Warganegara (MBW) yang mendaftar di


sekolah tanpa kelulusan Pendaftar. Setiap MBW mestilah terlebih
dahulu mendapat kelulusan Pendaftar.

(b) Pendaftaran MBW akan bermula pada minggu kedua Januari


2017. Adalah dinasihatkan agar arahan tarikh pendaftaran ini
dipatuhi oleh mereka yang terbabit.

(c) Perakuan rawatan hospital MBW perlu menyatakan dengan jelas


taraf kewarganegaraan murid.

7.3 Pendaftaran Murid Ikut Kohort Umur (Berdasarkan Surat Pekeliling


Ikhtisas Bil. 10/1998 bertarikh 7 Mei 1998)

Dimohon pihak sekolah agar membuat semakan dengan teliti tarikh lahir
murid di sekolah masing-masing. Pastikan ikut kohot umur yang telah
ditetapkan agar tidak timbul isu pada masa akan datang terutamanya
apabila tiba masa pendaftaran peperiksaan awam.

5|Page TAKLIMAT AWAL PERSEKOLAHAN 2017 – JPN


Johor
7.4 Penempatan Murid Tahun 6 ke Peralihan atau Tingkatan 1

7.4.1 Murid-murid yang dikecualikan ke kelas Peralihan perlu mematuhi


Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 17
Tahun 2016 – Kemasukan Murid Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ke
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanpa Melalui Kelas
Peralihan Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2017 bertarikh 30
November 2016.

7.4.2 Pihak sekolah perlu melaksanakan proses penempatan murid ke


Sekolah-sekolah Menengah Harian berdasarkan garis panduan
yang telah ditetapkan melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid
(APDM)

8 Hari Pendaftaran Sekolah

Hari Pendaftaran Sekolah ditetapkan pada 29 Disember 2016. Namun,


pengecualian diberikan kepada sekolah yang mempunyai asrama.

9 Menyambut kehadiran murid

9.1 Program ini bertujuan untuk menerapkan amalan penyayang dalam


kalangan guru bagi melahirkan murid-murid yang berketrampilan, dan
berakhlak mulia. Program ini juga diharap dapat membendung salah laku
dalam kalangan mereka.

9.2 Program Sekolah Penyayang diharapkan agar dapat diteruskan di setiap


sekolah. Sesungguhnya program ini mempunyai impak yang besar
kepada murid. Kemesraan yang dipancarkan oleh guru ketika
menyambut ketibaan murid dapat meningkatkan keyakinan murid dan ibu
bapa terhadap sekolah.

9.3 Kepada guru pula, melalui program ini diharap dapat :

(a) Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru


(b) Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada
sekolah
(c) Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah
(d) Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat
kepada sekolah

10 Pastikan Sekolah Bersedia Untuk Memulakan Hari Pertama Persekolahan.

Iklim pembelajaran yang kondusif merupakan prasyarat bagi kelangsungan


aktiviti pembelajaran yang dinamis, kreatif dan produktif. Adalah diharapkan
agar guru-guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif,
bersih, selamat dan merangsang pelajar ke tahap pembelajaran maksimum
seawalnya hari pertama persekolahan.

6|Page TAKLIMAT AWAL PERSEKOLAHAN 2017 – JPN


Johor
11 Pengawal Keselamatan Sekolah Berinformatif

PGB adalah diingatkan agar sentiasa memastikan Pengawal Keselamatan


Sekolah sentiasa berinformatif. Para Pengawal Keselamatan Sekolah juga
dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan.

12 Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat

Merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1985 – Penubuhan Jawatankuasa


Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat

12.1 Antara kandungan SPI Bil 4/1985 :

(a) Konsep, strategi dan pendekatan sekolah sebagai institusi


masyarakat
(b) Pelibatan sekolah dalam bandar
(c) Pelibatan sekolah luar bandar
(d) Pelibatan agensi kerajaan dan swasta
(e) Panduan pelaksanaan

12.2 Pelibatan bersama di antara sekolah dengan masyarakat adalah


dicadangkan seperti berikut :

(a) Pelibatan diri secara langsung


(b) Pelibatan dengan memberi sumbangan material dan kepakaran
(c) Menjadikan sekolah sebagai suatu pusat aktiviti masyarakat dan
agen perubahan
(d) Memikirkan cara untuk meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah
(e) Mengadakan bantuan / khidmat sosial oleh sekolah kepada
masyarakat

12.3 Hubungan antara sekolah dan masyarakat haruslah bersifat dua hala.

16 Takwim 2017

Adalah diharapkan setiap sekolah telah menyediakan takwim 2017. Setiap


sekolah layak memohon 4 hari cuti peristiwa yang ditetapkan hanya kepada
aktiviti sekolah sahaja.

17 Pemantauan awal tahun oleh JNJK

Sekolah terlibat diminta bersedia mengikut item-item yang ditetapkan dalam


intrumen pemantauan JNJK.

7|Page TAKLIMAT AWAL PERSEKOLAHAN 2017 – JPN


Johor
B SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

1 Semua Pengetua dan Guru Besar dimohon agar memastikan keperluan touch
point (1 pelajar; 1 kerusi; 1 meja) adalah mencukupi.

2 Memandangkan tiada peruntukan perabot dan peralatan gantian di bawah


OS35000 yang diturunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun
2016, Pejabat Pendidikan Daerah adalah dinasihatkan agar melihat semula
peruntukan touch point bagi tahun 2017 yang telah diberikan untuk dibuat
penjajaran semula kepada sekolah yang berkeperluan.

3 Penghantaran Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2016

(a) Sekolah dikehendaki mengemukakan Penyata Kewangan Tahunan


Sekolah ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi tujuan semakan pada
atau sebelum 31 Januari 2017

(b) Penyata Kewangan yang telah disemak diperingkat PPD hendaklah


dikemukakan kepada Bahagian Audit Sekolah tidak lewat dari 31 Mac
2017

(c) Kegagalan sekolah menghantar mengikut tarikh yang ditetapkan akan


menyebabkan sekolah menerima ‘Sijil Audit Berteguran’

4 Isu Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun

Semua PGB diingatkan supaya membuat semakan Payroll Master Listing


secara bulanan bagi mengelakkan berlaku lebihan bayaran gaji dan elaun
terutama melibatkan pegawai-pegawai berikut:

(a) Pegawai Berpencen / Berhenti,


(b) Pegawai Bercuti Tanpa Gaji, dan
(c) Pegawai Bercuti Bersalin melebihi kelayakan

 Tindakan pembetulan perlu diambil segera supaya tiada kes lebihan


bayaran gaji dan elaun berlaku bagi tahun 2017

 Tindakan tatatertib atau surcaj boleh dikenakan sekiranya berlaku


kecuaian dan kegagalan pengurusan

8|Page TAKLIMAT AWAL PERSEKOLAHAN 2017 – JPN


Johor
C SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

1 Jadual Waktu pengajaran dan pembelajaran disediakan mengikut SPI Bil


7/2016 (Prasekolah), SPI Bil 8/2016 (SR) dan SPI Bil 9/2016 (SM) sebelum
sesi persekolahan bermula.

2 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) hendaklah disediakan oleh semua guru


untuk mata pelajaran masing-masing dengan mengambil kira takwim dan
aktiviti persekolahan.

3 Problem Based Learning atau Project Based Lerning perlu dirancang dan
dimasukkan dalam RPT dengan jelas seperti yang dihasratkan dalam KSSR
dan KSSM.

4 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) disediakan berdasarkan RPT dengan


memenuhi panduan penulisan yang ditetapkan dan SPI Bil 3/1999. RPH perlu
dibawa bersama semasa pengajaran dan sedia dikemukakan apabila
diperlukan.

5 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan / atau Huraian


Sukatan Pelajaran perlu dibawa semasa pengajaran dan sedia untuk
dikemukakan apabila diperlukan.

6 Murid yang pindah masuk perlu mengemukakan dokumen-dokumen


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu Pentaksiran Pusat (jika
berkaitan), Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan PAJSK yang
lengkap dari sekolah asal. Adalah menjadi tanggungjawab sekolah asal untuk
menyediakan dokumen-dokumen ini dengan lengkap.

7 Program Transisi dan Guru Penyayang perlu dilaksanakan seperti yang


ditetapkan iaitu tiga (3) minggu pertama di sekolah rendah (SR) dan dari awal
Januari hingga Mac di sekolah murid orang asli (SMOA).
8 Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang dengan teratur mengikut prosedur yang
ditetapkan bagi memastikan kualiti dan integriti pentaksiran tersebut.

9 Perancangan pembangunan akademik sekolah disediakan berdasarkan data-


data yang berkaitan seperti head-count, pencapaian dalam PBS, LINUS dan
lain-lain data berkaitan.

10 Mesyuarat JK Kurikulum Sekolah dirancang dan dilaksana sebagai wadah


utama pembangunan holistik peningkatan prestasi dan kecemerlangan
akademik sekolah.

9|Page TAKLIMAT AWAL PERSEKOLAHAN 2017 – JPN


Johor
D SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

1 Unit Asrama: Pendaftaran masuk ke asrama tahun 2017 adalah pada 31


Disember 2016. Tindakan pengurusan asrama:

(a) Menyambut penghuni asrama terutamanya penghuni baru

(b) Memberikan taklimat kepada ibubapa tentang pengurusan asrama

(c) Memastikan keperluan asas iaitu satu katil, tilam, bantal dan almari
mencukupi untuk setiap penghuni asrama

(d) Menyediakan makan malam

2 Unit Dispilin : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) wajib key-in
kehadiran murid dalam APDM pada hari pertama persekolahan 2017

(a) Sekolah 1 Sesi : Sebelum pukul 9:00 pagi

(b) Sekolah 2 Sesi : Sebelum pukul 2:30 petang (sesi petang)

3 Unit Kebajikan: Sekolah yang terlibat dengan agihan Rancangan Makanan


Tambahan (RMT) perlu melaksanakan seawal sesi persekolahan bermula
seperti:

(a) Bekalan makanan mengikut menu RMT seperti dalam Pekeliling Bil. 2
Tahun 2016.

(b) RMT dilaksanakan sebelum sesi pembelajaran atau waktu rehat (10.00
pagi)

(c) Pegawai yang membuat Pemantauan Awal Tahun dapat membantu


memastikan RMT dilaksanakan

4 Unit SPBT: Pengagihan buku dibuat sebelum sesi persekolahan bermula.

(a) Memastikan bekalan buku yang diterima oleh pihak Sekolah adalah sama
seperti dalam borang Sijil Akuan Penerimaan (SAP)

(b) Memastikan semua murid telah mendapat pinjaman buku walaupun tidak
lengkap sebelum sesi persekolahan bermula

(c) Semasa taklimat agihan buku Peringkat Daerah dan Negeri pihak sekolah
boleh mendapatkan bekalan buku yang kurang dari sekolah yang
mempunyai lebihan buku-buku tersebut.

(d) Kenal pasti buku-buku yang rosak untuk proses pelupusan dan membuat
permohonan buku baru.

10 | P a g e TAKLIMAT AWAL PERSEKOLAHAN 2017 – JPN


Johor
5 Unit Biasiswa / APDM :

5.1 Modul Pengurusan Murid - Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM)

5.1.1 Modul Pengurusan Murid ialah pengkalan data tunggal digunakan


oleh semua aplikasi berasaskan data murid.

5.1.2 Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Modul ini


dijadikan repositori data murid dalam inisiatif #43 Pembangunan
Repositori Data

5.1.3 Pembukaan sekolah 2017, semua sekolah diminta:

(a) Menetapkan kelas mengikut aliran, bidang dan jenis kelas


yang diluluskan

(b) Melaksanakan pemindahan murid ke kelas yang sebenar


2017

(c) Memastikan enrolmen murid adalah tepat dan betul

(d) Memastikan setiap maklumat dalam medan-medan yang


terdapat dalam APDM lengkap dan betul

(e) Memastikan setiap taraf kewarganegaraan, kaum, agama


dan jantina murid adalah tepat mengikut dokumen

(f) Memastikan setiap maklumat ibubapa dan penjaga diisi dan


dikemaskini

(g) Memastikan setiap murid dibuat ketetapan subjek yang


diambil berdasarkan guru subjek yang mengajar subjek
berkenaan

5.1.4 PENGESAHAN DATA DAN MAKLUMAT DIBUAT SEBELUM 15


JANUARI 2017. Kegagalan melaksanakan pengemaskinian
ini akan menyebabkan penggunaan data oleh APLIKASI-
APLIKASI LAIN (APB, KWAMP, DAFTAR PEPERIKSAAN,
PERMOHONAN ASRAMA PENUH, PERMOHONAN SEKOLAH
KAWALAN akan terganggu)
5.2 Biasiswa ( rujuk Lampiran 1 )

11 | P a g e TAKLIMAT AWAL PERSEKOLAHAN 2017 – JPN


Johor
6 Unit Kesihatan: Program Susu 1 Malaysia (PS1M)

6.1 Memastikan murid warganegara yang layak mengikut Paras Garisan


Nasional (PGNK) yang berkuatkuasa di sekolah rendah bandar dan luar
bandar di semenanjung,Sabah, Sarawak dan Wilayah persekutuan
Labuan.

6.2 Borang permohonan bekalan PS1M hendaklah disahkan oleh Guru


Besar. Kesilapan maklumat adalah menjadi tanggungjawab Guru Besar.

6.3 Memastikan tempat penyimpanan bekalan susu PS1M adalah sesuai dan
selamat serta mengikut panduan yang telah ditetapkan dalam buku
Panduan Pengurusan PS1M. Tempat penyimpanan susu hendaklah
mempunyai ciri-ciri berikut:

 Dilindungi daripada makluk perosak, haiwan peliharaan dan risiko


pencemaran
 Pencahayaan semula jadi atau buatan yang sesuai diperlukan
 Pengudaraan yang mencukupi untuk mengelak bahang berlebihan,
kondensasi, kotoran dan wap
 Susu hendaklah disusun pada ketinggian 20cm dari lantai atau jika
menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-
kurangnya 15 cm dari lantai. Penyusunan hendaklah tidak melebihi
keluasan pallet
 Susu hendaklah berada sekurang-kurangnya 15 cm dari dinding
 Susu hendaklah disimpan berdasarkan kepada tarikh luput dan nombor
batch bagi memudahkan pelaksanaan amalan FIFO (First In First
Out)
 Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelak kotak susu
bergoyang dan jatuh. Contoh: Interlocking Stacking System (Sistem
Kuncian Barang Tindihan)

6.4 Guru Besar bertanggungjawab mengawal selia dan mengurus PS1M:

 Penubuhan Jawatankuasa
 Mesyuarat PS1M di peringkat sekolah (2 kali setahun)
 Pemilihan murid layak terima PS1M (tahun semasa) dan mendapat
kebenaran ibu bapa
 Memastikan tempat penyimpanan bekalan sus sesuai dan selamat
 Memastikan pengurusan adalah mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan

6.5 Memastikan buku log dikemaskini dari masa ke semasa, dipantau dan
disahkan di dalam buku pada setiap bulan.

12 | P a g e TAKLIMAT AWAL PERSEKOLAHAN 2017 – JPN


Johor
6.6 Mengagihkan dan menghabiskan bekalan PS1M dalam masa yang
ditetapkan:

 Menetapkan hari dan wktu yang sesuai untuk minum susu


 Amalan pengiliran stok FIFO (First In First Out) dilaksanakan
 Sebelum susu diagihkan kepada murid, pastikan perkara-perkara
berikut perlu dipatuhi:

 Nombor batch dan tarikh luput


 Tarikh dan masa agihan dicatat
 Catat jumlah susu yang diagih

 Pastikan tiada tanda-tanda berikut pada kotak susu :

 Tanda kelembapan pada pembungkusan luar akibat kebocoran


 Bocor atau pecah
 Menggelembung
 Tanda-tanda akibat menerima tekanan seperti kemek, tanda
lipatan pada kotak atau telinga pada tepi kotak terangkat
 Tanda atau kesan gigitan makluk perosak

 Pastikan penerangan diberi sebelum murid-murid minum susu:

 Amalan membasuh tangan


 Pastikan kotak tidak kembung, kemek , bocor
 Pastikan tarikh belum luput
 Goncang kotak susu
 Rasa sedikit : jika susu masam, jangan minum dan laporkan
segera kepada guru
 Jika susu elok, minum hingga habis. Jangan simpan baki susu
yang sudah diminum
 Buang kotak susu ke dalam plastik sampah yang disediakan

6.7 Isu dan Tindakan dalam pelaksanaan PS1M di sekolah:

 Fizikal kotak susu : kemek, kembong dan bocor

 Asingkan kotak susu yang rosak


 Laporan kepada pembekal untuk gantian

Simpton Klinikal: Alahan, sakit perut, muntah, pening, cirit birit:

 Berhenti minum susu dan pengedaran kepada murid serta merta


 Asingkan murid yang terlibat
 Hubungi klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan
rawatan segera
 Maklum kepada PPD/JPN dan pembekal
 Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga murid terlibat
 Menyediakan laporan mengikut format 1 : 3 :7 kepada PPD dan
JPN

13 | P a g e TAKLIMAT AWAL PERSEKOLAHAN 2017 – JPN


Johor
E SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

1 PELAKSANAAN DAN PENGURUSAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY)

1.1 Pekeliling Berkaitan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7/2015


Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) bagi Pegawai yang Berprestasi
Rendah dalam Perkhidmatan Awam

1.2 Berprestasi Rendah = markah kurang daripada 60% yang diperoleh


berdasarkan LNPT / penilaian lain yang telah diluluskan / KPI di bawah
sasaran bagi penilaian berasaskan KPI

1.3 Isu-isu yang berlaku :

(a) Ketelusan dalam penilaian prestasi; ketekalan penilaian berubah-


ubah hingga menyebabkan proses siasatan dan penilaian semula
terpaksa dilakukan

(b) Berlaku penilaian (pemberian markah) bagi kes pegawai yang tidak
hadir bertugas melebihi 180 hari; termasuk juga kes tidak hadir
berterusan sepanjang tahun tetapi ada markah yang diberikan

(c) Ketua Jabatan haruslah memainkan peranan penuh dan memberi


komitmen terhadap aspek penilaian pegawai dengan mengambil kira
semua aspek dan prosedur

2 PENGURUSAN KES GURU DAN STAF BERFOKUS NEGERI JOHOR

2.1 Pengurusan Kes Disiplin :


Teguran (Tindakan Korektif) >> Amaran (Tindakan Korektif) >>
Perakuan Tatatertib (Tindakan Punitif)

2.2 Kes Kesihatan atau Psikiatrik :


Rujukan kepada Pegawai Perubatan / Psikiatris
Cadangan POOL jika berkaitan
Cadangan Penubuhan Lembaga Perubatan jika berkaitan

2.4 Kes Kaunseling


Merujuk kepada isu sikap, disiplin, integriti, motivasi kerja, kompetensi
dan lain-lain dalam aspek pencegahan, pemulihan, intervensi dan
punitif.

Rujukan kepada Kaunselor Organisasi Daerah

14 | P a g e TAKLIMAT AWAL PERSEKOLAHAN 2017 – JPN


Johor
LAMPIRAN 1

Pengurusan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas


Persediaan Universiti (BKPU)

1. KRITERIA KELAYAKAN

Kriteria kelayakan permohonan BKP dan BKPU adalah seperti berikut:

a) Murid warganegara Malaysia. Penentuan taraf kewarganegaraan murid


adalah berdasarkan dokumen pengenalan diri. (Lampiran V dikepilkan
untuk rujukan)

b) Murid Tingkatan 1 hingga 5 bagi BKP di Sekolah Kerajaan dan Sekolah


Bantuan Kerajaan; Tahun 1 dan Tahun 2 di Kolej Vokasional

c) Tingkatan 6 bagi BKPU di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan


Kerajaan

d) Pencapaian yang baik dalam bidang akademik dan kokurikulum


berdasarkan merit tahun semasa; dan

e) Jumlah pendapatan kasar ibu bapa / penjaga murid mestilah tidak


melebihi RM1,500.00 sebulan.

2. KADAR BIASISWA

Kadar bagi BKP dan BKPU adalah seperti jadual di bawah:

KADAR
BIASISWA BILANGAN
JENIS BIASISWA TINGKATAN
( RM SEBULAN BULAN
)
1 hingga 4 70.00 12
BKP 5 70.00 11
Tahun 1 & 2 70.00 12

BKPU Aliran 6 Bawah 90.00 7


Sastera 6 Atas 90.00 11
6 Bawah 110.00 7
BKPU Aliran Sains
6 Atas 110.00 11

15 | P a g e TAKLIMAT AWAL PERSEKOLAHAN 2017 – JPN


Johor
3. TATACARA PERMOHONAN

BKP dan BKPU ditawarkan kepada murid yang layak berdasarkan kriteria
yang telah ditetapkan. Bagi melancarkan proses permohonan BKP dan
BKPU, setiap peringkat perlu memainkan peranan tertentu seperti berikut:

3.1 Tanggungjawab Murid


Murid yang layak perlu mengisi borang permohonan BKP dan BKPU
seperti di Lampiran A yang boleh diperoleh di sekolah masing-masing.
Borang yang lengkap diisi berserta dokumen sokongan yang disahkan
perlu diserahkan kepada Guru Biasiswa Sekolah selewat-lewatnya
pada 15 Februari tahun semasa.

3.2 Tanggungjawab Sekolah


a) Sekolah bertanggungjawab mengemas kini, memastikan
ketepatan data di dalam aplikasi pengkalan data murid bagi
penyediaan permohonan biasiswa secara atas talian.

b) Sekolah melalui Jawatankuasa Kecil Biasiswa perlu membuat


tapisan dan saringan mengikut takwim semasa. Senarai pendek
permohonan hendaklah dikemas kini secara atas talian melalui
laman sesawang http://apb.moe.gov.my .
c) Pihak sekolah perlu menyimpan semua Borang Permohonan murid
untuk tujuan rekod, pemantauan dan pengauditan yang akan
dijalankan dari semasa ke semasa.

16 | P a g e TAKLIMAT AWAL PERSEKOLAHAN 2017 – JPN


Johor
LAMPIRAN 2

SPI / SURAT SIARAN / PERATURAN PENDIDIKAN UNTUK RUJUKAN

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11 Tahun 2011


Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan di Sekolah Kerajaan dan
Sekolah Bantuan Kerajaan.

2. Surat Siaran KPM Bilangan 4 Tahun 2011


Garis Panduan Kutipan / Bayaran Keperluan Persekolahan Murid di Sekolah
Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

3. Subseksyen 5(4) Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa – Guru) 1998


Sumbangan PIBG

4. Subseksyen 8(2)d, Peraturan-peraturan Pendidikan (Majalah Sekolah dan


bahan Multi Media) 1998
Bayaran Majalah Sekolah.

5. Surat Bahagian Kewangan KP(BKEW/BT)1800/DJld.3 bertarikh 11


November 2009
Bayaran Asrama

6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 Tahun 1975


Nyanyian Lagu Kebangsaan

7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8 Tahun 1975


Menyanyi Lagu Kebangsaan / Lagu Negeri dan Mengibar Bendera
Persekutuan / Bendera Negeri di Sekolah-sekolah / Maktab-maktab Perguruan

8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 Tahun 1984


Perhimpunan Sekolah

9. Surat Pekeliling Am Bil 23 tahun 1996


Lagu Kebangsaan

10. Surat Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPMSP.800-1/1/3(61)


Pemakluman Tarikh Pendaftaran dan Panduan Memproses Permohonan
Kemasukan Murid Bukan Warganegara ke Sekolah Kerajaan / Bantuan
Kerajaan

11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 Tahun 1985


Penubuhan Jawatankuasa Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat

12. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7 Tahun 2016 (Prasekolah)


Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah (Semakan 2017) Secara
Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017

17 | P a g e TAKLIMAT AWAL PERSEKOLAHAN 2017 – JPN


Johor
13. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8 Tahun 2016 (SR)
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara
Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017

14. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9 Tahun 2016 (SM)


Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Secara Berperingkat-
peringkat Mulai Tahun 2017

15. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3Ttahun 1999


Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

18 | P a g e TAKLIMAT AWAL PERSEKOLAHAN 2017 – JPN


Johor

Anda mungkin juga menyukai