Anda di halaman 1dari 26

ANALISIS TERHADAP POSTUR TUBUH MURID-MURID SEKOLAH

RENDAH SEKITAR NEGERI JOHOR

MOHD ZUHAILI BIN HASSAN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah


Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Mekanikal )

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011
ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ……………………………………..
Nama Penulis : MOHD ZUHAILI BIN HASSAN
Tarikh : MEI, 2011
iii

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Mekanikal ).”

Tandatangan : ….……………………..
Nama Penyelia : EN. AMIRMUDIN BIN UDIN
Tarikh : ………………………..
iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji
adalah bagi Allah S.W.T. dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W
serta keluarga dan sahabatnya. Dengan Taufik dan Hidayah-Nya dapatlah pengkaji
menyempurnakan kajian ini.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada En. Amirmudin Bin Udin


selaku penyelia kepada kajian ini di atas komitmen, kesabaran, bimbingan dan nasihat
yang dihulurkan kepada saya dalam melaksanakan kajian ini. Beliau adalah seorang
yang profesional terhadap tugasnya.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat kerana telah
memberikan kerjasama yang cukup baik dalam membantu menyempurnakan dan
menjayakan kajian ini. Seterusnya ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-
rakan di atas bantuan, dorongan dan tunjuk ajar, sumbangan idea dan pendapat dalam
menjayakan kajian ini.

Sekian, terima kasih.


v

ABSTRAK

Postur tubuh merupakan pergerakan-pergerakan antigraviti badan manusia


mengikut keseragaman dan kesesuaian sebahagian anggota tubuh seperti otot-otot
proksimal sebagaimana otot leher, bahu, pinggul dan juga otot-otot belakang. Postur
tubuh ini memainkan peranan penting dalam proses pembesaran seseorang kanak-
kanak dari segi biomekanik kerana ia akan memberi kesan negatif ataupun positif
ketika dewasa kelak. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pola postur tubuh
murid-murid sekolah rendah sekitar negeri Johor yang berumur antara 10-12 tahun.
Kajian ini dilaksanakan di tiga buah sekolah yang telah dipilih sekitar negeri Johor di
mana ia melibatkan murid-murid lelaki dan juga perempuan tanpa mengira kaum.
Kaedah kajian yang dilakukan adalah melalui gambar-gambar yang diambil pada
kedudukan yang sesuai untuk dianalisis. Analisis data dilakukan dengan menggunakan
perisian AutoCAD versi 2009. Hasil kajian ini, menunjukkan terdapat empat jenis
pola postur tubuh iaitu normal, thoracic kyphosis, sway back dan lumbar lordosis.
Secara umumnya, sebanyak 34 peratus murid-murid lelaki dan perempuan yang
mempunyai pola postur tubuh normal dan 66 peratus yang lain menghadapi masalah
pola postur tidak normal di mana pola postur tubuh thoracic kyphosis sebanyak 32
peratus sway back sebanyak 22 peratus dan lumbar lordosis sebanyak 12 peratus.
vi

ABSTRACT

Posture is an antigravity movement of the human body according to uniformity


and conformity part of the body such as the proximal muscles of the neck muscles,
shoulders, hips and back muscles. Body posture plays an important role in the
enlargement process of a child in terms of biomechanics as it will give positive or
negative effects when they grow up. This study was conducted to see the pattern of
posture in primary school pupils in the state of Johor, aged between 10-12 years old. It
is implemented in three schools selected around the state of Johor which involved
pupils’ boys and girls regardless of race. The methodology is done by photos taken at
the appropriate position for analysis. Data analysis was done using AutoCAD version
2009. The results of this study show that there are four types of posture patterns, such
as normal, thoracic kyphosis, lumbar lordosis and sway back. In general, 34 percent of
pupils’ boys and girls having posture patterns of normal and another 66 percent face a
problem of abnormal patterns of posture in which the pattern of thoracic kyphosis is
32 percent, 22 percent of sway back and 12 percent of lumbar lordosis.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN PENGESAHAN iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI GRAF xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv

I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Skop Kajian 9
1.9 Definisi Istilah 10
viii

1.9.1 Analisis 10
1.9.2 Postur Tubuh 10
1.9.3 Murid-murid 11
1.9.4 Sekolah Rendah 11

II SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pengenalan 13
2.2 Postur Tubuh 13
2.2.1 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Postur Tubuh 16
2.2.1.1 Pengaruh Keturunan 17
2.2.1.2 Pengaruh Pemakanan 17
2.2.1.3 Pengaruh Musim dan Iklim 18
2.2.1.4 Pengaruh Penyakit 18
2.2.1.5 Pengaruh Tekanan Psikososial 18
2.2.1.6 Pengaruh Urbanisasi 19
2.2.1.7 Pengaruh Jumlah Keluarga dan Status
Sosioekonomi 19
2.2.1.8 Aktiviti Fizikal 20
2.3 Kemampuan Pergerakan 20
2.3.1 Pergerakan 20
2.3.2 Fasa Perkembangan Pergerakan 21
2.3.2.1 Fasa Sebelum Lahir 21
2.3.2.2 Fasa Bayi 21
2.3.2.3 Fasa Kanak-kanak. 22
2.3.2.4 Fasa Remaja (adolescence) 22
2.3.2.5 Fasa Dewasa 22
2.3.3 Perkembangan Penguasaan Pergerakan
Kanak-Kanak 23
2.3.3.1 Perkembangan Kemampuan Berlari 24
2.3.3.2 Perkembangan Kemampuan Melompat 24
2.3.3.3 Perkembangan Kemampuan Melempar 24
ix

III METODOLOGI 26

3.1 Pengenalan 26
3.2 Rekabentuk Kajian 27
3.3 Instrumen Kajian 27
3.3.1 Kamera Digital 28
3.3.2 AutoCAD 28
3.4 Waktu dan Tempat Kajian 29
3.5 Tenaga Pembantu Kajian 29
3.6 Populasi Kajian 30
3.7 Sampel dan Teknik Persampelan 30
3.8 Kaedah Pengumpulan Data 31
3.8.1 Menyediakan Kawasan Kajian 31
3.8.2 Meletakkan Kamera Digital 32
3.9 Analisis Data 33
3.10 Kesimpulan 35

IV DAPATAN KAJIAN 36

4.1 Pengenalan 36
4.2 Profil Responden 37
4.2.1 Profil Responden Mengikut Jantina 37
4.2.2 Profil Responden Mengikut Tahun 37
4.3 Penetapan Pola Postur Piawai 38
4.3.1 Postur Normal 39
4.3.2 Sway Back (Lordosis) 40
4.3.3 Lumbar Lordosis 40
4.3.4 Thoracic Kyphosis 41
4.4 Pola Postur Tubuh Lelaki Tahun 4 41
4.5 Pola Postur Tubuh Lelaki Tahun 5 45
4.6 Pola Postur Tubuh Lelaki Tahun 6 48
4.7 Pola Postur Tubuh Perempuan Tahun 4 51
4.8 Pola Postur Tubuh Perempuan Tahun 5 53
4.9 Pola Postur Tubuh Perempuan Tahun 6 55
x

4.10 Rumusan 57
4.11Kesimpulan 60

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 61

5.1 Pengenalan 61
5.2 Perbincangan 61
5.2.1 Perbincangan Bagaimanakah Postur Tubuh
Murid-murid Sekolah Rendah
Sekitar Negeri Johor 62
5.2.2 Perbincangan Apakah Pola Postur Tubuh
yang Dimiliki oleh Murid-murid di
Sekolah Tersebut 62
5.2.3 Perbincangan Berapa Ramaikah
Murid-murid Sekolah Rendah Sekitar
Negeri Johor yang Mempunyai Postur Tubuh
yang Normal dan Sebaliknya 65
5.3 Rumusan Perbincangan 66
5.4 Cadangan Perbincangan 68
5.4.1 Cadangan Mendapatkan Postur Tubuh Normal 68
5.4.1.1 Postur Ketika Duduk 68
5.4.1.2 Postur Ketika Berdiri 69
5.4.1.3 Postur Ketika Berjalan 70
5.4.2 Cadangan Cara Mengelakkan Sakit Belakang 70
5.4.2.1 Faktor Penyebab Sakit Belakang 71
5.4.2.2 Cara Pergerakan yang Betul 72
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 73
5.6 Penutup 74

BIBLIOGRAFI 75

LAMPIRAN A - F 78
xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Penyediaan kawasan kajian 32


3.2 Kedudukan murid dan kamera digital 33
3.3 Sendi-sendi utama 35
3.4 Kaedah menentukan pola postur normal 35
4.1 Pola postur tubuh 39
4.2 Pola postur normal 39
4.3 Pola sway back (lordosis) 40
4.4 Pola lumbar lordosis 40
4.5 Pola thoracic kyphosis 41
5.1 Postur ketika duduk 69
5.2 Postur ketika berdiri 69
5.3 a) Arah berjalan yang betul 70
b) Arah berjalan yang salah 70
xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Kod-kod layer 34


4.1 Taburan mengikut jantina 37
4.2 Taburan mengikut tahun 37
4.3 Rumusan pola postur tubuh lelaki Tahun 4 42
4.4 Rumusan pola postur tubuh lelaki Tahun 5 45
4.5 Rumusan pola postur tubuh lelaki Tahun 6 48
4.6 Rumusan pola postur tubuh perempuan Tahun 4 51
4.7 Rumusan pola postur tubuh perempuan Tahun 5 53
4.8 Rumusan pola postur tubuh perempuan Tahun 6 55
4.9 Rumusan keseluruhan pola postur tubuh lelaki 57
4.10 Rumusan keseluruhan pola postur tubuh
perempuan 59
xiii

SENARAI GRAF

NO. GRAF TAJUK MUKA SURAT

4.1 Pola postur tubuh lelaki Tahun 4 43


4.2 Pola postur tubuh lelaki Tahun 4 44
4.3 Pola postur tubuh lelaki Tahun 5 46
4.4 Pola postur tubuh lelaki Tahun 5 47
4.5 Pola postur tubuh lelaki Tahun 6 49
4.6 Pola postur tubuh lelaki Tahun 6 50
4.7 Pola postur tubuh perempuan Tahun 4 52
4.8 Pola postur tubuh perempuan Tahun 5 54
4.9 Pola postur tubuh perempuan Tahun 6 56
xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Pola Postur Tubuh Murid-Murid Lelaki


Tahun 4 78
B Pola Postur Tubuh Murid-Murid Lelaki
Tahun 5 79
C Pola Postur Tubuh Murid-Murid Lelaki
Tahun 6 80
D Pola Postur Tubuh Murid-Murid Perempuan
Tahun 4 81
E Pola Postur Tubuh Murid-Murid Perempuan
Tahun 5 82
F Pola Postur Tubuh Murid-Murid Perempuan
Tahun 6 83
BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Postur tubuh lazimnya bermaksud keseragaman semasa menggerakkan badan


atau pergerakan-pergerakan antigraviti, integrasi badan dan anggota badan, sinergi
seluruh anggota badan dan orientasi badan dan kepala (Holstege, 1998). Terdapat
sebilangan besar perbezaan postur yang mana setiap satunya mengandungi kombinasi
yang berasingan antara pergerakan otot-otot dan ia mampu bertahan untuk satu jangka
masa yang sesuai. Otot-otot proksimal dan paksi, sebagai contoh leher, bahu, pinggul
dan otot-otot belakang, memainkan peranan penting dalam kawalan postur badan.
Otot-otot ini akan menentukan kedudukan kepala dan mata serta ruang penglihatan.

Ruang penglihatan dikuasai oleh otot-otot mata ekstrinsik secara semulajadi


yang mana menerangkan mengapa sistem premotoneuronal proksimal dan paksi otot-
otot berkait rapat dengan otot mata ekstrinsik. Postur badan dan sistem kawalan motor
otot mata ekstrinsik mewakili komponen tengah yang dipanggil somatik atau
voluntary motor system. Sebahagian postur dikawal oleh sistem motor somatik, dan
sebahagian lagi dikawal oleh sistem motor emosional (EMS). Satu contoh EMS
mengawal postur badan ialah apabila kucing-kucing melengkungkan belakangnya.
Postur ini biasanya mengambil masa beberapa saat untuk terbuka dan ia mewakili
kekuatan dan ketakutan berkaitan tindakbalas emosi.

Selain itu, postur juga biasanya dikaitkan dengan aspek biomekanik yang
terdapat dalam diri seseorang. Ia mengambil masa yang agak lama untuk dibentuk dan
2

pembentukannya selari dengan pertambahan usia. Postur tubuh dibina oleh satu set
segmen yang bersambungan di mana setiap satunya mempuyai jisim yang tersendiri
serta dihubungkan oleh sendi-sendi fleksibel yang dikawal oleh sistem
neuromuscular. Organisasi pusat postur melibatkan interaksi antara kuasa-kuasa luar,
seperti graviti, sifat-sifat mekanikal badan dan kuasa-kuasa otot saraf.

Bagi memahami arah susunan postur tubuh, seseorang itu sepatutnya tahu
bahawa postur mempunyai dua fungsi utama. Pertama, ia mempunyai fungsi
antigraviti mekanikal di mana postur rujukan (dalam keadaan berdiri) dibina, dan
keseimbangan juga bergantung pada fungsi antigraviti ini, selain ia memerlukan
unjuran pusat graviti (CG) untuk kekal berada di dalam sokongan permukaan di
bawah keadaan statik. Kedua, untuk membetulkan orientasi dan kedudukan segmen-
segmen yang berfungsi sebagai rangka rujukan bagi pergerakan. Kedudukan dan
orientasi segmen-segmen tubuh seperti kepala dan juga tangan, berfungsi sebagai
rangka rujukan untuk mengira kedudukan sasaran dan menyusun atur pergerakan ke
arah sasaran. Dwifungsi bagi kawalan postur ini adalah berdasarkan kepada empat
komponen iaitu nilai-nilai rujukan seperti orientasi segmen-segmen tubuh dan
kedudukan pusat graviti (satu gambaran dalaman badan atau skim postur tubuh),
input-input multisensory mengatur orientasi dan menstabilkan segmen-segmen tubuh,
reaksi-reaksi tubuh fleksibel atau harapan untuk mendapatkan pemulihan yang
seimbang selepas gangguan atau penstabilan postur semasa bergerak.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan merupakan hal yang sangat penting bagi suatu negara, kerana maju
mundurnya suatu negara sangat bergantung pada pendidikan yang ditekankan pada
setiap penduduknya. Dengan adanya pendidikan, diharapkan ia mampu memberikan
kesedaran kepada semua kumpulan masyarakat untuk menjaga serta mengupayakan
kecerdasan kanak-kanak agar menjadi lebih baik. Menurut Benjamin S. Bloom
(1956), taksonomi pendidikan meliputi empat aspek utama iaitu aspek kognitif,
afektif, psikomotor serta aspek fizikal. Aspek kognitif mencakupi kemampuan
berkaitan dengan aktiviti berfikir, aspek afektif mencakupi kemampuan berkaitan
3

dengan fungsi perasaan dan emosi, manakala aspek psikomotor mencakupi


kemampuan berkaitan dengan gerakan dan pengawalan pergerakan tubuh badan serta
aspek fizikal mencakupi kemampuan dari segi kapasiti kerja-kerja fizikal.

Pada usia 10-12 tahun, ia merupakan masa tumbesaran yang paling baik dan
cepat bagi seseorang kanak-kanak. Oleh sebab itu, proses tumbesaran kanak-kanak
perlu diambil perhatian sewajarnya oleh semua pihak. Menurut Jean Piaget (1896-
1980), tumbesaran adalah proses perubahan fungsi fizikal di mana kemampuan organ-
organ tubuh untuk melakukan kerja adalah terarah kepada keadaan yang lebih
tersusun dan spesifik. Apabila organ-organ tubuh semakin tersusun, ia membawa erti
bahawa organ-organ tubuh semakin senang untuk dikendalikan sesuai dengan
kemampuan. Sementara itu, apabila organ-organ tubuh semakin spesifik, ia bererti
bahawa organ-organ tubuh semakin berfungsi mengikut kesesuaian fungsi masing-
masing.

Menurut J. M Tanner (1978), pertumbuhan fizikal sejak lahir sehingga dewasa


dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu keturunan, pengaruh gizi atau pemakanan,
pengaruh perbezaan kaum, pengaruh musim dan iklim, pengaruh penyakit, pengaruh
urbanisasi, pengaruh jumlah keluarga, dan kecenderungan sekunder. Di samping
faktor-faktor di atas, faktor-faktor yang mendorong perkembangan fizikal kanak-
kanak antara lainnya adalah faktor hormon dan pengaruh aktiviti fizikal. Sejajar
dengan peningkatan usia manusia, tahap-tahap perkembangan fizikal ataupun mental
bermula dari dalam kandungan sehinggalah usia tua dan ia merupakan suatu proses
perkembangan yang mempunyai karakter tersendiri. Pada masa kanak-kanak
menjalani perkembangan fizikal ataupun mental, ramai pengkaji telah melakukan
pemerhatian dari pelbagai sudut mengenai perkembangan kanak-kanak.

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, melalui Pusat Rujukan Persuratan


Melayu versi 2008-2010, postur adalah posisi, bentuk atau sifat tubuh seseorang
terutamanya semasa duduk, berdiri dan sebagainya. Manakala tubuh merupakan
keseluruhan jasad manusia/haiwan yang kelihatan dari hujung kaki sampai ke hujung
rambut. Jadi pengertian postur tubuh adalah bentuk tubuh atau sikap tubuh yang boleh
dilihat dari hujung kaki sehingga ke hujung rambut. Kanak-kanak yang berusia 10
4

hingga 12 tahun merupakan kanak-kanak yang semakin membesar dan pada usia ini
pertumbuhan fizikal ke arah bentuk dan jenis tubuh tertentu sudah mulai kelihatan,
namun masih belum begitu jelas. Hal ini akan mula kelihatan pada usia adolesens
ataupun peringkat remaja iaitu masa peralihan antara usia kanak-kanak menuju ke
alam dewasa (Gesell, 1880-1961). Perkembangan ukuran dan perkadaran tubuh
berkait rapat dengan pembentukan setiap individu ke arah bentuk tubuh tertentu.
Bentuk tubuh seseorang wujud dari perpaduan antara tinggi badan, berat badan, serta
pelbagai antropometrik lain yang ada pada diri seseorang. Variasi dari ukuran-ukuran
bahagian tubuh akhirnya akan membentuk kecenderungan postur tubuh.

Menurut Sheldon (1940), postur tubuh seseorang dapat dibezakan melalui tiga
jenis iaitu Mesomorp, Endomorp, dan Ectomorp. Pencapaian prestasi yang baik dalam
sesuatu bidang sukan juga ada hubungannya dengan postur tubuh. Hal itu disebabkan
oleh postur tubuh tertentu mempunyai sifat kemampuan tertentu, manakala setiap
bidang sukan juga mempunyai sifat tertentu yang memerlukan kemampuan tertentu
agar dapat dikuasai dengan baik. Hakikatnya, postur tubuh yang dimiliki oleh
seseorang manusia sering kali sulit untuk diklasifikasikan dalam salah satu dari
ketiga-tiga jenis tersebut secara tepat. Pada umumnya ia hanya berupa kecenderungan
ke arah jenis tertentu, atau ia merupakan kombinasi dari ketiga-tiga jenis tersebut.
Klasifikasi pelbagai jenis postur tubuh yang dibuat oleh Sheldon ini masih digunakan
terutamanya berkaitan dengan prestasi dalam bidang sukan. Postur tubuh tertentu
adalah sesuai untuk mencapai prestasi dalam bidang sukan yang tertentu sahaja.

Postur tubuh yang menyamai jenis mesomorph adalah baik untuk mencapai
prestasi dalam bidang angkat berat, postur tubuh yang menyamai jenis ectomorph
adalah baik untuk lari maraton, manakala postur tubuh yang berada antara jenis
mesomorph dan endomorph adalah baik untuk renang jarak jauh, dan sebagainya.
Pengetahuan tentang hubungan antara postur tubuh dengan pencapaian prestasi dalam
bidang sukan amat berguna ketika memilih seseorang untuk bagi menyertai sukan-
sukan tertentu. Bagi kanak-kanak yang semakin membesar, kecenderungan untuk
mencapai salah satu jenis tubuh sudah mula nampak walaupun masih belum begitu
jelas. Dengan kecenderungan yang sebegini, kanak-kanak yang menunjukkan minat
yang tinggi dan mempunyai prestasi dalam bidang sukan akan diberi galakan dan
sokongan oleh guru atau ibu bapa mereka untuk menyertai bidang sukan yang sesuai
5

dengan postur tubuh kanak-kanak tersebut sahaja. Hal ini boleh dilakukan pada
tempoh terakhir tumbesaran kanak-kanak tersebut, ataupun setidak-tidaknya pada
awal masa remaja. Secara umumnya dapat dikatakan bahawa postur atau sifat tubuh
melibatkan pertimbangan seperti kelurusan segmen tubuh, kekuatan, tekanan otot, dan
ikatan sendi, serta kesan berat badan.

Postur tidak hanya melibatkan perbezaan antara individu, tetapi juga


merupakan perbezaan di dalam diri individu tersebut. Penilaian postur tubuh dapat
dilakukan melalui dua pendekatan, iaitu statik dan dinamik. Penilaian statik dilakukan
terhadap postur seseorang pada ketika posisi tubuh dalam keadaan diam (fixed
position), yang meliputi ukuran dari organ-organ tubuh seperti berat badan, tinggi
badan, jarak antara peha hingga ke tapak kaki, ukuran tubuh yang tidak melibatkan
tangan dan kaki serta organ-organ tubuh yang lain yang mana sifatnya adalah
kuantitatif dan membolehkan ia diukur. Manakala penilaian yang bersifat dinamik
dilakukan pada ketika tubuh dalam keadaan bergerak, yang meliputi pergerakan
seperti berjalan, berlari, memanjat, turun naik tangga dan berdiri (Whitmore dan
Berman, 1996).

Dalam kajian ini, pengkaji akan menilai postur tubuh menggunakan penilaian
yang bersifat statik. Penilaian postur tubuh merupakan hal yang menyeluruh, tetapi
penilaian dibekalkan dengan kriteria khusus akan dapat digunakan sebagai panduan
untuk menilai dan menghasilkan pelbagai jenis postur tubuh ketika murid-murid
berdiri tegak dalam keadaan yang selesa. Pendekatan praktikal akan digunakan untuk
menilai postur murid-murid ketika sedang bergerak atau melakukan aktiviti harian dan
bukan hanya ketika murid-murid sedang berdiri atau berada dalam posisi diam dan
tetap (Penha, 2008). Sejajar dengan peningkatan ukuran tubuh dan peningkatan
ukuran fizikal, maka diharapkan berlakunya peningkatan dan perubahan dalam
pergerakan murid-murid tersebut. Terdapat beberapa jenis pergerakan yang dapat
dilakukan apabila murid-murid memperoleh kesempatan untuk melakukannya pada
usia kanak-kanak seperti berjalan, menyepak, berlari, mendaki, meloncat, berjengket,
mencangkung, melompat tali, melempar, menangkap, memantulkan bola, memukul,
dan berenang. Pergerakan-pergerakan sebeginilah yang diharapkan dapat dikuasai
dengan lebih baik pada masa akan datang. Berdasarkan huraian di atas, maka pengkaji
6

merasakan perlu adanya kajian yang memfokuskan postur tubuh dan kaitannya dengan
pergerakan tubuh murid-murid sekolah rendah pada masa sekarang dan akan datang.

1.3 Pernyataan Masalah

Daripada pemerhatian awal yang dilakukan, kebanyakan murid-murid sekolah


rendah di Malaysia mempunyai postur tubuh badan yang normal dan sihat. Tetapi
pemerhatian awal ini tidak dapat disokong oleh bukti yang kukuh disebabkan tiada
kajian mengenai postur tubuh badan murid-murid sekolah rendah pernah dilakukan di
negara ini. Kajian-kajian seperti ini kebanyakannya dilakukan oleh pengkaji-pengkaji
di Barat seperti Amerika Syarikat, Rusia, Jerman dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa negara Asia seperti Australia, China dan
Indonesia yang turut melakukan kajian ke atas postur tubuh pelajar-pelajar sekolah
dalam skop yang berbeza-beza.

Secara langsung ataupun tidak langsung setiap aktiviti yang dilakukan oleh
murid-murid akan memberi kesan dan pengaruh pada postur tubuh murid-murid
sekaligus akan mempengaruhi pergerakan murid-murid tersebut. Dengan demikian,
kajian ke atas postur tubuh murid-murid sekolah rendah ini amatlah penting untuk
melahirkan insan yang mempunyai postur tubuh yang baik ketika mereka dewasa
kelak. Sekiranya postur tubuh mereka ini tidak dibentuk dari awal, maka mereka akan
berhadapan dengan risiko terbatasnya pergerakan tubuh badan mereka pada masa akan
datang.

Bertolak dari pemikiran di atas, maka permasalahan yang akan dibahas dalam
kajian ini adalah bagaimanakah bentuk postur tubuh murid-murid sekolah rendah
sekitar negeri Johor. Adakah aktiviti yang mereka lakukan membolehkan mereka
mendapat postur tubuh yang normal dan sesuai. Apakah kesan terhadap postur tubuh
mereka sekiranya mereka sentiasa melakukan aktiviti yang sama sepanjang masa.
Adakah mereka berada dalam keadaan selesa dengan postur tubuh badan mereka
sekarang.
7

1.4 Persoalan Kajian

Di antara beberapa persoalan kajian yang dapat dihasilkan oleh pengkaji dalam
kajian ini adalah seperti berikut:

i. Bagaimanakah postur tubuh murid-murid sekolah rendah sekitar negeri


Johor?

ii. Apakah pola postur tubuh yang dimiliki oleh murid-murid di sekolah
tersebut?

iii. Berapa ramaikah murid-murid sekolah rendah sekitar negeri Johor


yang mempunyai postur tubuh yang normal dan sebaliknya?

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah merupakan tujuan sebenar kajian ini dijalankan. Dalam
kajian ini pengkaji cuba untuk mencapai objektif berikut:

i. Mengenal pasti pola postur tubuh murid-murid sekolah rendah sekitar


negeri Johor.

ii. Mendapatkan jumlah murid-murid yang mempunyai postur tubuh yang


normal dan tidak normal.

iii. Menetapkan postur tubuh piawai bagi murid-murid lelaki dan


perempuan.
8

1.6 Kepentingan Kajian

Terdapat beberapa kepentingan bagi kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini.
Di antaranya adalah:

i. Menghasilkan satu set postur tubuh murid-murid sekolah rendah yang


mana dapatlah dijadikan panduan bagi guru-guru sekolah tersebut jika
sekiranya mereka ingin melakukan sesuatu aktiviti dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

ii. Dengan mengetahui kecenderungan postur tubuh murid-murid tersebut,


maka diharapkan dapatlah dirancang suatu sukatan pelajaran bagi
pendidikan jasmani yang tepat dan sesuai dengan keadaan postur tubuh
murid-murid.

iii. Bagi ibu bapa dan juga masyarakat, adalah lebih senang untuk
memerhati pembesaran dan perkembangan fizikal dan mental kanak-
kanak agar mereka membesar dengan sempurna.

1.7 Batasan Kajian

Pengkaji membataskan kajian ini ke atas murid-murid sekolah rendah sekitar


negeri Johor sahaja. Murid-murid yang dianalisis postur tubuh ini adalah berumur
antara 10 hingga 12 tahun iaitu murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Kajian ini hanya
memfokuskan terhadap pola postur tubuh murid-murid tersebut tanpa melihat kepada
faktor-faktor yang mempengaruhi pola postur tubuh yang dimiliki oleh mereka.
Namun begitu, pengkaji ada juga menjelaskan beberapa faktor yang boleh
menyumbang ke arah pembentukan pola postur berkenaan berdasarkan kajian-kajian
lepas dan sebagainya. Selain itu, pengkaji juga ingin mengenalpasti jumlah murid-
murid yang mempunyai pola postur tubuh normal dan tidak normal. Kajian ini
dilakukan ke atas murid-murid lelaki dan perempuan tanpa mengira agama dan
bangsa. Selain itu, kaedah untuk menganalisis data yang digunakan oleh pengkaji
9

adalah perisian Lukisan Berbantukan Komputer (AutoCAD) versi 2009. Pengkaji


memilih untuk menggunakan perisian ini disebabkan oleh kesesuaian perisian ini
dalam menganalisis pola postur tubuh seseorang. Kelebihan perisian ini adalah seperti
terdapatnya penggunaan layer yang banyak dan perisian ini juga mempunyai
ketepatan sehingga 0.0001. Bagi mendapatkan pola postur tubuh murid-murid dengan
menggunakan perisian ini, pengkaji perlu mahir dalam menggunakan semua butang
aplikasi yang terdapat dalam perisian ini.

Terdapat tiga buah sekolah yang menjadi pilihan pengkaji untuk melakukan
kajian ini iaitu, Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 3, Sekolah Kebangsaan Sri
Skudai dan Sekolah Kebangsaan Taman Universiti. Ketiga-tiga buah sekolah ini
dipilih secara rawak oleh pengkaji. Kajian ini dilakukan di dalam kawasan sekolah
tersebut mengikut tarikh dan waktu yang ditetapkan agar tidak berlaku gangguan
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Pengkaji telah
membuat perbincangan dengan pihak sekolah serta menjelaskan skop kajian yang
akan dilakukan.

1.8 Skop Kajian

Antara aspek-aspek yang dikaji dalam kajian ini adalah merangkumi pola
postur tubuh murid-murid lelaki dan perempuan Tahun 4, 5 dan 6, jumlah murid-
murid yang mempunyai pola postur tubuh normal dan tidak normal serta kesan ke atas
pola postur tubuh yang tidak normal. Pola postur tubuh murid-murid ini dikategorikan
kepada dua bahagian iaitu normal dan juga tidak normal. Kesemua aspek ini
diterangkan dengan jelas setiap satunya oleh pengkaji dalam dapatan kajian pada Bab
IV dan juga perbincangan dalam Bab V. Skop kajian yang diberikan oleh pengkaji ini
adalah berdasarkan kepada kesesuaian tajuk kajian ini iaitu analisis terhadap postur
tubuh murid-murid sekolah rendah sekitar negeri Johor.
10

1.9 Definisi Istilah

Dalam kajian ini, beberapa istilah perlu diterangkan secara terperinci. Di


antara istilah tersebut adalah seperti berikut:

1.9.1 Analisis

Perkataan analisis itu mempunyai pengertian yang paling umum. Perkataan


tersebut boleh meliputi keupayaan untuk memahami atau untuk mengetahui sesuatu
tanpa berfikir atau tanpa belajar, keupayaan dalam memberikan pendapat. Istilah
analisis juga boleh dikaitkan dengan keupayaan merancang dan membuat sintesis
tentang alternatif-alternatif baru. Oleh sebab itu, terdapat bentuk analisis yang bersifat
informal iaitu meliputi proses berfikir secara kritis dan cermat. Tetapi bentuk analisis
formal pula memerlukan keupayaan dalam pengumpulan data yang ekstensif dan teliti
dengan menggunakan proses matematik yang canggih (Dunn, 1994). Dalam kajian ini,
istilah analisis merupakan proses untuk mendapatkan pola postur tubuh murid-murid
sekolah rendah menggunakan satu perisian iaitu Lukisan Berbantukan Komputer
(AutoCAD). Proses ini dilakukan setelah pengkaji selesai mengumpul data yang
berbentuk gambar murid-murid tersebut yang berada dalam keadaan berdiri dan
selesa. Oleh sebab itu, analisis bagi kajian ini adalah berbentuk formal dan tetap.

1.9.2 Postur Tubuh

Terri Mitchell, (2008) mendefinisikan postur tubuh sebagai satu kedudukan


atau bentuk tubuh badan dengan susunan relatif bahagian badan untuk melakukan
aktiviti-aktiviti tertentu. Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya, (2008) pula menerangkan
bahawa bentuk tubuh badan mempunyai kaitan dengan pengaruh personaliti secara
langsung dan tidak langsung. Secara langsung, bentuk tubuh badan menentukan
perkara-perkara yang dapat dibuat dan tidak dapat dibuat oleh kanak-kanak. Perkara
ini sangat penting di semua peringkat umur khususnya apabila aktiviti fizikal
membawa nilai prestij yang tinggi dalam kumpulan sebaya.
11

Kanak-kanak kecil dan berbadan lemah ataupun terlalu gemuk akan merasa
terhalang di dalam berbagai-bagai permainan dan sukan. Secara tidak langsung pula,
bentuk tubuh badan ini akan mempengaruhi personaliti dan menentukan perasaan
kanak-kanak tersebut. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa sikap masyarakat
terhadap bentuk tubuh badan seseorang berupaya untuk menghasilkan pola-pola
personaliti bagi individu yang mempunyai bentuk tubuh badan yang tertentu. Kanak-
kanak yang gemuk akan merasa rendah diri, takut dan malu, lembab dan tidak
mempunyai keyakinan diri yang tinggi apabila berada di kalangan rakan sebayanya. Ia
akan lebih bergantung kepada ibunya, dan berpotensi untuk membentuk personaliti
yang tidak matang bagi tahap umurnya.

1.9.3 Murid-murid

Istilah murid-murid atau pelajar kebiasaannya membawa kepada pengertian


yang sama iaitu segolongan manusia yang masih menuntut ilmu dalam pelbagai
peringkat. Tetapi penggunaan murid-murid ini biasanya difokuskan kepada kanak-
kanak yang berada pada tahap pertama persekolahan berdasarkan kepada umur
masing-masing. Walaubagaimanapun, ia mempunyai maksud yang sama dengan
pelajar sebagaimana dinyatakan oleh Kamus Dewan Edisi Empat, melalui Pusat
Rujukan Persuratan Melayu versi 2008-2009 iaitu pelajar merupakan orang yang
belajar seperti murid-murid sekolah dan juga penuntut di maktab atau universiti.

1.9.4 Sekolah Rendah

Kementerian Pelajaran Malaysia mengkelaskan sekolah rendah sebagai satu


kawasan yang menjalankan proses pendidikan yang mengambil masa selama enam
tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berusia
tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada
pendidikan pra-sekolah. Selain daripada membaca, menulis dan mengira, mereka juga
akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan
12

pendidikan Islam serta moral. Guru-guru sekolah rendah juga adalah merupakan guru-
guru yang terlatih dan mempunyai kelayakan yang sama dengan guru-guru yang
berada di sekolah menengah. Apa yang membezakan mereka adalah bidang tugas dan
kemahiran masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai