Anda di halaman 1dari 3

8.

0 Kajian Kes

8.1 Kajian Kes Di Sekolah

a. Latar Belakang Klien

Nama : Mary

Umur : 16 tahun

Jantina : Perempuan

Bangsa : Mexico

Agama : Kristian

Status : Pelajar

Adik-beradik : 4 orang anak ke-3

Taraf pendidikan : Sekolah Tinggi

b. Sebab Mendapat Rawatan

Mary mendapat rawatan dari seorang Profesor Kesihatan Mental setelah dia
mengadu kesepian, mengalami tekanan, kemurungan dan kadang-kala merasai ingin
membunuh diri. Ini disebabkan faktor penceraian antara kedua ibubapanya dan dia terpaksa
berhenti sekolah kerana tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajarannya.

Mary kerap mengadu mengalami ketegangan, kerisauan, dan seringkali


mengalami kesukaran untuk tidur, sakit dada dan sukar untuk bernafas. Mary kerap juga
menghadapi magrain.

c. Sejarah Rawatan

Sebelum mendapat perkhidmatan dari pusat Kesihatan Mental, Mary telah


beberapa kali dirujuk kepada kaunselor-kaunselor sekolah dan doktor-doktor pakar untuk
mendapat rawatan. Mary merasa tiada kesan yang positif terhadap perjumpaan sebelum itu.

Mary pernah mengambil pil tidur atas nasihat doktor sebagai rawatan dalam
menghadapi masalah kesukaran untuk tidur. Malah pernah suatu ketika, Mary nekad untuk
membunuh diri dengan menelan pil tidur yang berlebihan sehingga mencemaskan ahli
keluarganya. Kesan dari itu, Mary dirujuk kepada Pusat Kesihatan Mental setelah dia
disahkan mengalami masalah psikologi.
d. Huraian Kes

Mary tergolong dalam golongan keluarga yang sederhana. Dia anak ke-3 dari
4 orang adik-beradik. Jarak umur Mary dengan adik beradiknya tidak terlalu jauh. Ibu bapa
Mary tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan bergantung kepada hasil ladangnya.

Bapa Mary seorang yang tidak mementingkan keluarga, kaki arak dan bersikap
autokratik. Kesemua adik beradiknya takut terhadap ayahnya. Pernah suatu ketika Mary
dipukul dan diterajang kerana mengadakan hubungan sulit dengan teman lelakinya. Ibu Mary
pula seorang yang pendiam dan selalu memendam perasaan. Sikap ibunya amat dikesalinya.
Di dalam keluarga, mereka lebih mementingkan peraturan sehinggakan Mary merasai ia
sentiasa menuruti peraturan yang ditetapkan walaupun hatinya memberontak. Mary seringkali
merasai dirinya tidak diperlukan di dalam keluarga dan kesan dari itu ia seringkali menghadapi
masalah komunikasi dan hubungan sosial dengan rakan-rakannya.

e. Analisis Kes

1.0 Prinsip-Prinsip Asas

Dalam kes ini, 3 prinsip asas dikenali iaitu;

i. determinisme
ii. Topografik
iii. Dinamik

i. Determinisme

Determinisme dihubungkaitkan dengan masa lampau. Kebanyakan kaitan ini berlaku


secara tidak disedari. Dalam kes ini, Mary lupa bahawa suatu ketika dahulu ia kerapkali
dimarahi oleh kedua ibubapanya yang bersikap tegas dengannya. Segala kemahuannya tidak
dipenuhi malah dia terpaksa untuk mengikuti segala arahan atau peraturan kedua ibubapanya
untuk mengelakkan dari dikenakan hukuman.

Kesan dari itu, Mary seringkali memberontak dalam diam iaitu dengan cara melanggari
peraturan yang ditetapkan. Naluri dan keininan diri tidak dapat diterima oleh dirinya kerana
selama ini ia telah diasuh untuk mentaati kedua ibubapanya. Pernah suatu ketika dia telah
melanggar peraturan sehingga dia merasakan terlalu bersalah dan rasa tertekan. Kesan dari
itu, pelajarannya terabai dan merosot.
ii. Tipografik

Topografik berkaitan dengan alam sedar dan tidak sedar. Semakin dalam masalah
yang dihadapi, semakin sukar dengan kesedaran. Dalam kes ini, Mary tidak menyedari
bahawa masalah yang menghantuinya adalah berkaitan dengan zaman kanak-kanak
bukannya masalah sikit, pelajar atau masalah komunikasinya dengan teman lelakinya seperti
mana yang diberitahu. Superego dalam diri nya tidak seimbang dengan id dan edo. Banyak
tenaganya, tertumpu kepada superego (terlalu paruh) dan tidak dapat digunakan untuk kerja-
kerja lain.

iii. Dinamik

Dinamik adalah proses penukaran tenaga psikik antara id, edo dan superego yang
sentiasa bergerak untuk mencari keseimbangan di dalam diri. Dalam kes Mary, Mary
dikatakan tidapa mendapat mengimbangkan kehendak ketida-tiga struktur personaliti di aatas
sehingga di merasakan terkenan dan gelisah. Superego Malaysia terlalu tinggi sehingga ego
yang ada di dalam dirinya, terpendam.

2.0 Konsep-Konsep Asas

2.1 Ego

Personaliti yang sihat dikaitan dengan perseimbangan antara id, ego dan superego.
Dalam kes ini, Mary mempunyai masalah dengan egonya iaitu Chuah mempunyai dua egonya
iaitu ego biasa dan ego palsu. Ego pelsu dikaitan dengan kepatuhan kepada kehendak-
kehendak ibu bapanya dan tugas terapis adalah untuk melepaskan diri Mary dari ego
palsunya. Penonjolan ego palsu di dalam diri Mary menyebabkan dia sentiasa di dalam
keadaan resah dan seringkali menganggu perhubungan sosialnya dengan teman-temannya
terutamanya dengan teman lelakinya.

Anda mungkin juga menyukai