Anda di halaman 1dari 6

a) Pengerusi

1. Bertanggungjawab terhadap Pengerusi Cawangan dan bertanggungjawab terhadap


semua hal berkaitan pengurusan, pembangunan, pentadbiran dan kegiatan cabang.
2. Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cabang.
3. Mempunyai satu undi Penentuan dan akan menandatangani minit tiap-tiap
mesyuarat semasa disahkan.
4. Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK cabang dalam
perlaksanaan tugas mereka.
5. Menentukan akaun Cabang disediakan untuk diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke
Cawangan.
6. Bertanggungjawab di dalam memastikan belanjawan dan perancangan belanjawan
Cabang tersusun rapi.
7. Terlibat dalam tugas-tugas rasmi dengan Kementerian, Jabatan Kerajaan dan
BSMM.

b) Naib Pengerusi I
1. Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.
2. Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan jawatan
sehingga Pengerusi baru dilantik.
3. Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbian dan kewangan Cabang.
4. Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Cabang.

c) Naib Pengerusi II

1. (bergantung pada keperluan Cabang dan tugas-tugasnya seperti Naib


Pengerusi I).
2.
d) Setiausaha Kehormat
1. Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan dan menjadi Pegawai
Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabang dan Unit.
2. Membantu Jawatankuasa Cabang dalam memelihara perhubungan dengan
badan-badan kerajaan, swasta dan pertubuhan lain di peringkat Cabang.
3. Bertanggungjawab memberi bantuan secretariat dan susulan untuk
Jawatankuasa Cabang teruatama kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi.
4. Menyelaras semua kegiatan Cabang.
5. Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan peruntukan
tahunan dan penyata kewangan.
6. Menjadi pegawai pentadbiran peringkat Cabang termasuk bertanggungjawab
mengenai semua dokumen, buku, rekod, pendaftaran dan insuran kepunyaan
Cabang.

e) Bendahari Kehormat
1. Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan akan
bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan penyata
penerimaan dan pembayaran, pendapatan dan perbelanjaan dan kunci kira-
kira bulanan dan tahunan.
2. Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di Cabang dan
Unit.
3. Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai yang dilantik
oleh Jawatankuasa Cabang.
4. Bertanggungjawab menyediakan belanjawan tahunan untuk dikemuakan
dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan memajukan ke cawangan.
5. Menasihati Jawatankuasa Cabang dalam pengawasan kewangan dan audit.
6. Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta Cabang seperti
tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat dan lain-lain.
7. Menyelia dan mengemukakan akaun yang disatukan ke Cawangan sebelum
30 Mac setiap tahun.

f) Pegawai Perubatan
1. Bertanggungjawab mengenai berbagai aspek perubatan dan kesihatan dalam
program-program Cabang.
2. Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan untuk mengemaskinikan
cara-cara latihan pertolongan cemas, rawatan rumah, pemulihan pernafasan
dan lain-lain perkara yang bersangkutan di peringkat Cabang.
g) Penguasa Jururawat
1. Bertanggungjawab dalam segala aspek kegiatan rawatan dan kejururawatan
di Cabang.
2. Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan untuk mengemaskini cara-
cara rawatan.

h) Pegawai Penjaga Latihan

1. Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah Latihan Cawangan mengenai


semua hal latihan di cabang.
2. Bertangggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa
Latihan Cabang.
3. Berkerjasama dengan Penolong Pengarah Latihan Cawangan dalam usaha
menyelaras, merancang dan mengimplimentasi program latihan untuk
Cabang dan Unit.
4. Bertanggungjawab dalam merancang dan mengadakan semua program
latihan untuk Cabang.
5. Bertanggungjawab memajukan Laporan Latihan Cabang kepada Penolong
Pengarah Latihan Cawangan.

i) Pegawai Penjaga PBS


1. Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah PBS Cawangan, Pengerusi /
Naib Pengerusi Cabang dalam semua hal kebajikan am, pengurusan dan
kegiatan PBS di Cabang.
2. Bekerjasama dengan Penolong Pengarah PBS dalam penubuhan dan
pembangunan PBS di Cabang.
3. Bekerjasama dengan Pengerusi JKK Bantuan Bencana dalam pengerahan
dan memobilisasikan anggota PBS semasa bencana alam peringkat Cabang.
4. Bertanggungjawab menyediakan laporan aktivit PBS peringkat Cabang dan
memajukan kepada Penolong Pengarah PBS dari semasa ke semasa.
5. Bertanggungjawab menyediakan laporan berhubung kenaikan pangkat
Pasukan PBS, pertukaran pemimpin dan alamat melalui Pengerusi /
Setiausaha Kehormat Cabang seperti yang telah diluluskan oleh
Jawatankuasa Cabang.
6. Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dari pasukan PBS
yang mana di dalam bidang dan tugas beliau. Disyorkan jika terdapat
masalah atau keraguan, hendaklah merujuk kepada Pengerusi Cabang atau
Penolong Pengarah PBS.
7. Mempengerusi, menasihat dan menyelaras mesyuarat Pegawai-pegawai
PBS.
8. Bersama Pegawai Latihan menentukan pasukan PBS mendapat latihan yang
sewajarnya.

j) Pegawai Penjaga Belia / Link


1. Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah Belia dalam semua hal
kebajikan am, pengurusan dan kegiatan unit-unit Belia / Kanak-kanak di
Cabang.
2. Bekerjasama dengan Penolong Pengarah Belia dalam penubuhan dan
pembangunan unit Belia / Kanak-kanak di Cabang.
3. Bertanggungjawab dalam menyediakan laporan aktiviti bela / kanak-kanak
peringkat cabang dan memajukan kepada Penolong Pengarah Belia dari
semasa ke semasa.
4. Bertanggungjawab menyediakan laporan berhubung kenaikan pangkat
pasukan Belia, pertukaran pemimpin dan alamat melalui Pengerusi /
Setiausaha Kehormat Cabang seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa
Cabang.
5. Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dari pasukan belia /
kanak-kanak yang mana di dalam bidang dan tugas beliau. Disyorkan jika
terdapat masalah dan keraguan hendaklah dirujuk kepada Pengerusi Cabang
atau Penolong Pengarah Belia.
6. Mempengerusi, menasihat dan menyelaras mesyuarat pegawai-pegawai belia
dan kanak-kanak.
7. Bersama-sama Pegawai Latihan menetukan pasukan belia dan kanak-kanak
mendapat latihan yang sewajarnya.
k) Pegawai Seranta
1. Bertanggungjwab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam
memberi informasi mengenai kegiatan Cabang.
2. Bekerjasama dengan Setiausaha Kehormat Cabang dalam menerbitkan
semua bahan berita, bahan bercetak atau elektronik dan penerangan
mengenai kegiatan Cabang.
3. Bekerjasama dengan Setiausaha Kehormat Cabang dalam membangunkan
satu sistem perhubungan anatara berbagai Jawatankuasa Cabang dengan
Cawangan dan pasukan-pasukan.

l) Kuartermaster

1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dan


Kuartermaster Cawangan untuk semua asset (peralatan dan bekalan) yang
dipunyai oleh Cabang.
2. Bertanggungjawab mengenai stor dan inventori Cabang dan menyediakan
laporan harta benda dan lain-lain yang berkaitan kepada Cawangan dari
semasa ke semasa melalui Setiausaha Kehormat Cabang.

m) Pengerusi JKK Bantuan Bencana


1. Bertanggungjwab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dan Pengerusi
JKK Bantuan Bencana Cawangan di dalam aktiviti Bantuan Bencana.
2. Bertanggungjwab dalam memberi arahan bergerak (movement orders),
arahan pentadbiran dan operasi dalam gerakan bantuan bencana di peringkat
Cabangdengan kerja sama Pengerusi JKK Bantuan Bencana Cawangan.
3. Bertanggungjawab mengendalikan Pusat Kawalan Bantuan Bencana BSMM
Cabang dan dengan kerjasama Pegawai Penjaga PBS / Belia dalam
pengerahan serta tenaga manusia dalam masa bencana.
4. Bekerjasama dengan Kuartermaster dalam mengganti kembali bekalan
barang-barang bantuan bencana.
5. Bertanggungjawab dalam merangka, membangunkan dan kemaskinikan
Rancangan Persediaan / Bantuan Bencana peringkat Cabang dengan
kerjasama Cawangan.
6. Bertanggungjawab menyediakan laporan bencana / persediaan / bvantuan
dari semasa ke semasa dan memajukan kepada Pengerusi JKK Bantuan
Bencana Cawangan melalui Setiausaha Kehormat Cabang.
7. Mewakili Cabang di dalam Jawatankuasa Bantuan Bencana Kerajaan di
peringkat Cabang.

n) Pengerusi JKK Kutipan Derma


1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi JKK Kutipan Derma Cawangan dan
Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam merancang, melaksanakan dan
menilai kegiatan kutipan derma peringkat Cabang.
2. Bertanggungjawab dalam program kutipan derma peringkat Cabang.
3. Berhubung dengan Cawangan dalam merangka projek kutipan derma
peringkat Cabang.
4. Berhubung dengan Pegawai Pengjaga Latihan / PBS / Belia untuk keperluan
ahli dan bantuan.
5. Bertanggungjawab dalam menghantar semua laporan kegiatan yang telah
dijalankan mengikut kelulusan Cawangan dan perlembagaan persatuan dan
memajukan semua laporan berkaitan memalui Setiausaha Kehormat Cabang.

o) Pengerusi JKK Anti Dadah


1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi JKK Anti Dadah Cawangan dan
Pengerusi / Naib Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam meranbcang,
melaksanakan dan menilai kegiatan anti dadah peringkat Cabang.
2. Berhubung dengan Jawatankuasa Program Anti Dadah peringkat Cawangan
untuk mengendalikan kempen anti dadah serta menarik perhatian ahli
terhadap penyalahgunaan dadah.

Anda mungkin juga menyukai