Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN

PERTANDINGAN SKETSA LARAS BAHASA, BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

1.0 Pendahuluan

Laras didefinisikan sebagai kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam
kehidupan sehari-harian. Seseorang penutur akan mengubah laras bahasa bergantung
kepada situasi sesuatu peristiwa bahasa itu berlangsung. Misalnya dengan siapa dia
bercakap, tajuk yang perkatakan/dibincangkan, suasana formal ataupun tidak formal dan
penggunaan medium, sama ada secara lisan atau tulisan. Beberapa orang pengkaji
telah mengemukakan pendapat mereka tentang laras. Nik Safiah Karim (1982 :1)
menyatakan bahwa laras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa -
Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi
yang ada pada tiap-tiap penutur.

Abdullah Hassan (1989 :26) pula menyatakan laras ialah pemakaian kata-kata tertentu
yang sesuai dengan konteksnya itu adalah sesuatu yang dikatakan laras bahasa.
Pemakaian laras bahasa yang sesuai itu adalah dianggap pengolahan bahasa yang
baik. Ada hubungan rapat antara isi, perkara yang dibincangkan dengan laras bahasa
yang digunakan untuk membincangkannya. Halliday (1968:149) pula mendefinisikan
laras sebagai variasi bahasa yang berdasarkan fungsi. Halliday (1985) melihat laras
daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.

Ure & Ellis (1977) – menganggap laras sebagai sejenis ‘ Language patterning regularly
used in a certain kind of situation’ (laras sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan
mengikut situasi-situasi yang berlainan). Berdasarkan definisi-definisi yang telah
diberikan oleh ahli-ahli bahasa, sama ada ahli-ahli bahasa tempatan ataupun barat
dapat dirumuskan bahawa laras bahasa merupakan variasi bahasa yang berbeza-beza
bentuk dan penggunaannya mengikut situasi tertentu dan bidang tertentu.

Anda mungkin juga menyukai