Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018

PERKARA LAPORAN
AJK NAIB PENGERUSI
TEMPAT ASTAKA IPDA
TARIKH 8 MAC 2018
PENGLIBATAN PELAJAR PPISMP SEM. 2, PISMP SEMESTER 2, 4, DAN 6.
PELAKSANAAN Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA) telah
mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2018. Pada 9 Mac
2018, pelajar tahun 2 semester 4 ambilan Jun 2016 telah
mengadakan Larian Meretas Desa bersempena dengan Hari
Kejohanan Olahraga IPGKDA yang mendapat sambutan yang
menggalakkan dari seluruh warga IPGKDA. Semua pelajar
dikehendaki mengambil bahagian dalam merentas desa ini kerana
setiap pelajar akan menyumbang mata untuk rumah sukan masing-
masing. Acara larian ini telah bermula dari kawasan Institut
Pendidikan Guru (IPG) dan melalui beberapa kawasan di sekitar IPG.
Acara merentas desa ini diadakan bertujuan untuk memastikan
pelajar-pelajar institut pendidikan guru supaya aktif dari segi fizikal
dan juga mental. Para pelajar juga mempunyai pencapaian yang
seimbang dalam bidang akedamik dan juga kokurikulum dan juga
memperatkan silaturahim diantara pelajar dan para pensyarah IPG
yang terlibat sepanjang aktiviti ini berlaku.

Acara ini telah dimulakan pada tepat pukul 7.30 pagi. Acara ini
dimulakan dengan bacaan doa dan acara diteruskan dengan ucapan
perasmian oleh pengarah IPG Datin Hjh Naimah binti Jaafar,
kemudian diteruskan dengan acara senamrobik sebelum pelajar
dilepaskan. Beliau telah melepaskan para pelajar perempuan acara
merentas desa bermula dari pagar utama IPG. Selepas itu, diikuti
dengan pelepasan pelajar lelaki. Sepanjang kilometer telah diadakan
12 checkpoint untuk memastikan laluan pelajar lalui selamat. Ahli
Jawatan Kuasa Merentas Juga telah memohon bantuan daripada
Pihak Polis Peronda untuk menjaga laluan lalulintas agar
keselamatan pelajar lebih terjamin.

Acara merentas desa ini telah dilaksanakan sempurna dan berjalan


mengikut masa yang ditetapkan. Keseluruhannya peserta-peserta
begitu gembira dan bersemangat untuk menamatkan larian mereka.
Walaupun peserta perempuan telah dilepaskan terlebih dahulu,
namun peserta lelaki berjaya menamatkan larian bersama peserta
perempuan. Alhamdulillah sepanjang perjalanan acara ini, tidak ada
kecederaan atau kecemasan yang serius berlaku.

Jam 6 petang acara penyampaian hadiah telah diadakan sebaik


sahaja acara padang KOT selesai. Sebelum pulang, pelajar telah
diberikan makanan dan air mineral untuk menghilangkan dahaga.
Semoga acara ini dapat diteruskan lagi ditahun akan datang.

KEKUATAN  Semua AJK merentas desa menjalankan tanggungjawab


yang telah diamanahkan.
 Kerjasama dari pihak atas dengan baik.
 Sumbangan Kewangan yang mencukupi
 Warga IPDA turun memberi kerjasama untuk
menjayakan Progam ini
KELEMAHAN  Pelajar terlibat dengan aktiviti anjuran IPDA
menyebabkan tidak dapat memberi kotmitmen
sepenuhnya.
 Terdapat sedikit masalah dalam pengurusan merentas
desa
 Peserta jaga checkpoint tidak tahu arah laluan merentas
desa
 Persediaan tempat merentas desa terlewat disediakan
dan pelajar telah dilepaskan.
 Laluan merentas desa tidak ikut seperti yang dirancang
 Nombor penamat tidak mengikut jumlah pelajar yang
mengikuti acara.
CADANGAN  Memastikan pelajar jaga checkpoint mengetahui laluan
PENAMBAHBAIKAN merentas desa.
 Setiap ahli AJK merentas desa mestilah bekerjasama
dalam melakukan tugas membantu dan berbincang
bersama dan tidak melebihi hak tugas orang lain.
 Nombor penamat mestilah mengikut jumlah pelajar agar
dapat mengetahui bilangan pelajar yang mengikut acara
semua tiba dengan selamat di garisan penamat.
GAMBAR – GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI BERLANGSUNG
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

…………………..…
( MUHAMAD FUDZAIL ASLAH BIN FADZILI )
Naib Pengerusi,
Acara Merentas Desa,
Kejohanan Olahraga Tahunan 2018,
IPG Kampus Darulaman.

Disemak oleh,

………………………………….……
( ZULHAZIM BIN ABDUL WAHAB )
Pengerusi,
Acara Merentas Desa,
Kejohanan Olahraga Tahunan 2018,

IPG Kampus Darulaman.

Anda mungkin juga menyukai