Anda di halaman 1dari 4

SMK DATUK MANSOR

UNIT KOKURIKULUM
LAPORAN PROGRAM RIMUP
‘Aktiviti Gotong-Royong
Keceriaan Kelas 2015’

RABU
11 FEB 2015
3.00 - 4.30 PETANG
ANJURAN SMK DATUK MANSOR
PENGENALAN

KONSEP

Aktiviti Gotong-Royong Keceriaan Kelas 2015 adalah satu program anjuran pihak
sekolah juga membawa kepada perpaduan dan integrasi nasional di kalangan warga sekolah
SMK Datuk Mansor kerana murid-murid dan guru-guru bekerjasama dalam membersihkan
dan menceriakan kawasan bilik darjah masing-masing. Pada masa yang sama, merekadapat
berinteraksi sesama mereka dan mengenali rakan dan guru dengan lebih dekat. Keadaan ini
secara tidak langsung mewujudkan kemesraan dan keharmonian antara murid dan guru.
Gotong-Royong Keceriaan Kelas 2015 ini telah dilaksanakan pada 1 November 2013, selama
1 jam 30 minit dengan jayanya atas bantuan dan sokongan pihak yang terlibat.

OBJEKTIF PROGRAM

1. Mengaplikasikan kemahiran interpersonal dan kolabrasi di kalangan murid bersama guru


dan rakan sebaya.

2. Mewujudkan suasana muhibbah dan kesatuan yang erat secara sedar dan terancang.

3. Mengaplikasi pemikiran kreatif dalam menghias bilik darjah.

4. Memberi sumbangan kepada sekolah amnya dan bilik darjah khususnya.

PENYERTAAN DAN KEHADIRAN

1. Guru-guru Tingkatan Pertama dan Kedua.

2. Semua pelajar SMK Datuk Mansor mengikut kelas masing-masing.


PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Sebelum Aktiviti

a ) Pihak pengurusan sekolah telah memberi taklimat ringkas tentang objektif dan
perjalanan program.

b) Pihak pengurusan sekolah telah memberi setiap kelas senarai semak dan bahan – bahan
umum seperti Pembelajaran Abad Ke -21 dan lain-lain lagi yang perlu ada disetiap
kelas.

c) Guru Tingkatan membuat senarai tugas-tugas pelajar pada hari program bagi
mengelakkan pelajar curi tulang dan berkeliaran tanpa tujuan .

2. Semasa Aktiviti

a) Pelajar berkumpul di tapak perhimpunan bagi mengambil kehadiran dan diberi taklimat
ringkas oleh Penyelaras.

b) Guru dan pelajar ke bilik darjah masing-masing bagi memulakan aktiviti program.

c) Guru dan pelajar diberi makanan disediakan oleh pihak penganjur sebelum acara
program berlangsung.

d) Aktiviti berlangsung dengan baik mengikut seperti yang dirancang dan pelajar yang
berkeliaran tanpa tujuan juga dapat dikurangkan.

e) Aktiviti program tamat pada jam 4.30 petang. Pelajar membersihkan bilik darjah
sebelum bersurai.

3. Selepas Aktiviti

a) Guru Penyelaras menyediakan laporan aktiviti program tersebut.


PENILAIAN AKTIVITI

1. Pencapaian Objektif

a) 90% objektif program telah tercapai dengan baik, namun masih terdapat beberapa
penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa hadapan..

2. Kekuatan

a) Kerjasama yang baik dari kalangan pihak penganjur, iaitu pihak pengurusan sekolah.

b) Kerjasama yang baik dari kalangan guru- guru dan pelajar kelas masing – masing.

3. Kelemahan
a) Tempoh masa yang singkat untuk menceriakan kelas dengan lebih kreatif dan menarik.

b) Terdapat segenlintir pelajar yang ponteng dan tidak menghadiri program.

c) Melalui pemerhatian , segelintir Guru Tingkatan lelaki terutamanya guru kedua,kurang


berminat dan mengambil bahagian dalam aktiviti program.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Pihak sekolah dapat memberikan tempoh masa yang agak panjang untuk menjalankan
program ini dengan mengambil kira ianya adalah salah satu program dan pembelajaran
luar kelas yang berkait rapat dengan Pembelajaran Abad Ke-21.

2. Pihak sekolah perlu menjalankan pemantauan disiplin berkala semasa aktiviti program
dilaksanakan bagi menangani pelajar yang ponteng dan berkeliaran.

3. Guru Tingkatan lelaki perlu memberi kerjasama yang padu setanding dengan guru
wanita bagi mencapai objektif program.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

….............................................................
............................................................
( PN. AINI ROZITA BT AHMAD)
(PUAN NURUL ZAHIRA BT MD ISA)
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Setiausaha AJK RIMUP
SMK Datuk Mansor
SMK Datuk Mansor

Anda mungkin juga menyukai