Anda di halaman 1dari 19

BAHAGIAN A

Arahan : Jawab semua soalan dan tuliskan jawapan anda pada ruang di mukasurat 10.

1. Rajah menunjukkan satu laluan saraf.

Rajah 1
Antara tindakan berikut yang manakah terlibat dengan laluan saraf di atas ?
A Menari B Membaca
C Sentakan lutut D Denyutan jantung

2. Rajah 2 menunjukkan struktur otak manusia. Bahagian otak yang manakah mengawal tindakan luar
kawal ?

Rajah 2

3. Rajah 3 menunjukkan satu daripada reseptor yang terdapat dalam badan manusia.

Rajah 3

Antara bahagian berikut , di manakah reseptor ini boleh didapati?


A Ligamen B Kulit
C Hidung D Mata

4. Antara berikut , aktiviti manakah dikawal oleh deria kinestasis ?

A Melukis gambar pemandangan


B Menembak rusa yang diburu
C Memasang butang baju tanpa melihat
D Menarik tangan apabila tersentuh objek tajam

5. Ketinggian Ali dan Sulaiman direkodkan seperti dalam jadual 5 di bawah .

Nama Ketinggiannya
Ali 1.8 m
Sulaiman 2.3 m
Jadual 5
Purata ketinggian manusia ialah 1.7m,Kelenjar manakah yang merembeskan hormon yang
berlebihan pada Sulaiman?
A Tiroid B Adrenal
C Testis D Pituitari
6. Rajah 6 menunjukkan kedudukan kelenjar-kelenjar endokrin. Kelenjar manakah jika gagal
berfungsi akan menyebabkan diabetes?

Rajah 6

7. Yang manakah antara berikut merupakan kesan ke atas koordinasi badan


akibat pengambilan minuman beralkohol?

A menyebabkan serangan sakit jantung


B mengganggu fungsi hati
C melambatkan tindakan terhadap sesuatu rangsangan
D meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit.

8. Rajah 8 menunjukkan sejenis neuron.

Rajah 8

Neuron itu membawa impuls dari

A efektor ke sistem saraf pusat


B sistem saraf pusat ke efektor
C reseptor ke sistem saraf pusat
D sistem saraf pusat ke reseptor

9. Rajah 9 menunjukkan struktur otak manusia.

Rajah 9

Antara bahagian A, B, C dan D yang manakah mengawal keseimbangan badan?

10.Seorang remaja perempuan tidak menunjukkan perkembangan ciri-ciri seks sekundernya. Antara
berikut, yang manakah gagal berfungsi dengan baik?
A Ovari B Kelenjar adrenal
C Pankreas D Kelenjar tiroid

11. Rajah 11 menunjukkan satu lintasan impuls

Rajah 11

Antara tindakan berikut yang manakah melibatkan lintasan impuls itu?


A Menelan makanan
B Menari dengan iringan muzik
C Berjalan di atas tali yang diregangkan
D Menarik tangan dari benda tajam

12. Rajah 12 menunjukkan kesan ketidakseimbangan hormon dalam badan manusia.

Rajah 12

Antara kelenjar endokrin berikut, yang manakah menyebabkan kesan itu?

A Kelenjar pituitari B Kelenjar tiroid


C Kelenjar adrenal D Pankreas

13. Proprioseptor adalah reseptor regang yang sangat sensitif kepada pergerakan, tekanan dan regangan
dalam badan. Di manakah proprioseptor boleh dijumpai?
A Otot, tendon dan ligamen
B Mata, hidung dan mulut
C Telinga, tekak dan esophagus
D Lidah, gigi dan gusi

14. Antara padanan koordinasi saraf dan koordinasi hormon berikut, yang manakah benar?

Koordinasi saraf Koordinasi hormon


A Kesan jangka panjang Kesan jangka pendek
B Gerak balas serta merta Gerak balas lambat
C Terdiri daripada kelenjar tanpa duktus Terdiri daripada saraf
D Kawasan sasaran yang luas Kawasan sasaran terhad

15. Koordinasi badan bagi manusia adalah dikawal oleh sistem saraf dan

A. Sistem perkumuhan. B. Sistem Pernafasan


C. Sistem endokrin D. Sistem pembiakan
16. Hafiz sedang menganggar berat dua buah buku sebagaimana ditunjukkan oleh Rajah 16 di bawah.

Rajah 16

Di antara berikut yang manakah terlibat dalam tindakannya?

A. Proprioseptor B. Neuron perantaraan


C. Neuron motor D. Neuron deria

17. Apabila Ahmad ditangkap akibat meniru Ujian Sains dan disoal-siasat oleh Guru Disiplin, dia mula
berpeluh dengan banyaknya. Manakah kelenjar yang menyebabkan keadaan itu?

A. Pankreas B. Kelenjar tiroid


C. Kelenjar adrenal D. Kelenjar pituitary

18. Rajah 18 di bawah menunjukkan kelenjar endokrin. Di antara kelenjar A, B, C atau D berikut yang
manakah mengawal pengeluaran adrenalin dalam darah?

Rajah 18

19. Antara dadah yang berikut yang manakah dapat melegakan kesakitan?

A. Morfin B. Barbiturat
C. Heroin D. Kafein

20. Apakah maksud koordinasi badan?

A Menyelaras pertumbuhan badan


B Menyelaras kedudukan dan keseimbangan badan
C Menyelaras gerak balas badan terhadap sebarang rangsangan
D Menyelaras perembesan hormon oleh kelenjar endokrin
21 Seorang pelajar yang ditutup matanya dikehendaki untuk menyusun 3 buah kotak mengikut tertib
menaik berdasarkan berat yang berbeza. Antara berikut, yang manakah terlibat dalam tindakannya?

A Sistem Endokrin B Deria Kinestasis


C Saraf Tunjang D Medula Oblongata

22. Rajah 22 menunjukan fasa yang berbeza dalam pembahagian sel dalam mitosis.

W
X

Y Z
Rajah 22

Di antara berikut yang manakah menunjukan urutan yang betul dalam mitosis tersebut?

A W X Y Z
B X Y Z W
C Y X W Z
D Z X Y W

23. Rajah 23 di bawah menunjukan bagaimana menentukan jantina anak bagi manusia.

44 + XY 44 + XX

22 + X M 22 + X N

Rajah 23

44 + XX 44 + XX 44 + XY 44 + XY

Apakah yang diwakili oleh M dan N?

M N
A. 22 + X 22 + Y
B. 44 + X 44 + Y
C. 44 + Y 44 + X
D 22 + Y 22 + X

24. Antara berikut, yang manakah benar tentang kembar seiras?

I. mereka dihasilkan daripada satu ovum dan satu sperma


II. Zigot yang terbentuk, membahagi menjadi dua dan melalui mitosis
III. Mereka tidak mengalami meiosis

A. I dan II sahaja B I dan III sahaja


C. II dan III sahaja D. I, II dan III

25. Di antara berikut yang manakah disebabkan oleh mutasi kromosom?

A. Albino C. Buta warna


B. Sindrom Down D. Hemofilia

26. Apakah perbezaan antara variasi tak selanjar dan variasi selanjar.

Variasi Tak Selanjar Variasi Selanjar


A Perbezaan yang Ketara Tiada Perbezaan Ketara
B Tiada perbezaan Ketara Perbezaan Ketara
C Perbezaan Ketara Tiada Variasi
D Tiada Variasi Perbezaan yang Ketara

27. Rajah 27 menunjukkan pembahagian sel secara mitosis.

Rajah 27

Berapakah bilangan kromosom di dalam setiap sel anak?

A 11 B 22
C 33 D 44

28. Rajah 28 menunjukkan dua ovum sedang disenyawakan oleh dua spermaX.

Rajah 28
Apakah ciri-ciri kembar yang terbentuk?

A Kembar seiras B Kedua-dua anak lelaki


C Kedua-dua anak perempuan D Seorang lelaki dan seorang perempuan

29. Rajah 29 menunjukkan penentuan seks bagi manusia.

Rajah 29

Apakah fenotip bagi P dan Q?

P Q
A Perempuan Lelaki
B Perempuan Perempuan
C Lelaki Perempuan
D Lelaki Lelaki

30.Dalam organ manakah berlakunya meiosis?

A Kulit B Hati
C Testis D Usus

31.Apakah mutasi?

A Perubahan yang berlaku secara spontan terhadap struktur gen atau kromosom.
B Perubahan yang berlaku secara spontan terhadap rupa bentuk individu.
C Perubahan yang berlaku secara perlahan terhadap struktur gen atau kromosom.
D Perubahan yang berlaku secara perlahan terhadap fungsi sel.

32. Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri sejenis penyakit genetik.

* Disebabkan oleh mutasi gen


* Tidak boleh membezakan antara warna merah dan warna hijau

Apakah penyakit genetik itu ?

A Albinisme B Hemofilia
C Buta warna D Sindrom Down

33.Di bahagian tumbuhan yang manakah meiosis berlaku?


A Ranggi B Anter
C Hujung akar D Hujung pucuk

34. Rajah 34 menunjukkan satu peringkat mitosis.

Rajah 34

Berapakah bilangan kromosom dalam setiap sel anak setelah proses mitosis selesai?

A Dua B Tiga
B Enam D Dua Belas

35. Antara berikut yang manakah menunjukkan kromosom yang hadir dalam sel hati wanita
A 22 + X B 22 + Y
C 44 + XX D 44 + XY

36. Rajah 36 menunjukkan pewarisan ketinggian pada pokok kacang.


(Induk) Tt Tt

(Gamet) T t T t

(Anak)

Rajah 36 Penunjuk
T– Gen kerdil resesif t – Gen tinggi dominan
Apakah nisbah yang mungkin bagi kacukan tersebut?
A 1 tinggi : 1 kerdil B 2 tinggi : 1 kerdil
C 1 tinggi : 3 kerdil D 3 tinggi : 1 kerdil

37. Rajah skema menunjukkan penentuan seks manusia.


(Bapa) (Ibu)
(Induk) 44 + XY 44 + XX

(Gamet) 22 + P 22 + 22 +
X X X

(Anak) Q 44 + XX 44 + XY 44 + XY
Antara berikut manakah kromosom yang terdapat dalam P dan Q?

P Q
A 22 + Y 44 + XY
B 22 + Y 44 + XX
C 22 + X 44 + XX
D 22 + X 44 + XY

38. Antara berikut yang manakah benar tentang kembar tak seiras?

A Kedua-dua fetus berkongsi plasenta yang sama


B Jantina mereka sentiasa sama.
C Zigot yang terhasil selepas proses persenyawaan membahagi dua.
D Dua ovum disenyawakan oleh dua sperma.

39. Rajah 39 menunjukkan contoh variasi dikalangan manusia.

Rajah 39

Antara berikut, yang manakah benar tentang variasi yang ditunjukkan?

A. Ia dipengaruhi oleh faktor genetik


B. Rajah menunjukkan variasi tak selanjar
C. Ia boleh dipengaruhi oleh perubahan faktor persekitaran
D. Kumpulan darah adalah contoh lain bagi variasi yang ditunjukkan di atas

40. Rajah 40 menunjukkan kromosom yang terdapat dalam sel kulit seorang bayi.
Rajah 40

Antara berikut manakah penyakit genetik yang dihidapi oleh bayi tersebut?

A Sindrom Down B Albino


C Buta Warna D Sindrom Turner
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NAMA : ……………………………………………….. TINGKATAN : ………………

JAWAPAN OBJEKTIF SAINS TINGKATAN 4


UJIAN 1 TAHUN 2016

NO. JAWAPAN NO. JAWAPAN


SOALAN SOALAN
1. 21.
2. 22.
3. 23.
4. 24.
5. 25.
6. 26.
7. 27.
8. 28.
9. 29.
10. 30.
11. 31.
12. 32.
13. 33.
14. 34.
15. 35.
16. 36.
17. 37.
18. 38.
19. 39.
20. 40.

BAHAGIAN B

[60 markah]
Jawab semua soalan dalam ruang yang disediakan

1. Rajah 1.1 menunjukkan sistem endokrin seorang lelaki.


Rajah 1.1

(a) (i) Namakan kelenjar R.

(1 markah)
(ii) Apakah yang akan berlaku pada lelaki tersebut jika kelenjar R merembeskan
kurang hormon?

______________________________________________________________________
(1 markah)
(b) (i) Namakan kelenjar S.

(1 markah)
(ii)Nyatakan satu fungsi hormonyang dirembeskan oleh kalenjar S.

(2 markah)
(c) Rajah 1.2 menunjukkan individu X yang mempunyai ketinggian yang luar biasa
berbanding individu Y yang normal.

Rajah 1.2

(i) Berdasarkan sistem endokrin, apakah yang menyebabkan individu X mempunyai


ketinggian yang luar biasa?

(1 markah)
(ii) Namakan Kelenjar endokrin yang terlibat dalam (c)(i).
(1 markah)

2. Rajah 2.1 menunjukkan sistem endokrin seorang perempuan.

Rajah 2.1

a) i) Namakan kelenjar S.

_______________________________________________________________ (1 markah)

b) Apakah akan terjadi kepada manusia jika kelenjar S merembeskan kurang hormon?

_______________________________________________________________ (1 markah)

c) Namakan kelenjar T

_______________________________________________________________ (1 markah)

d) Nyatakan satu fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar T

_______________________________________________________________ (1 markah)

e) Apakah akan terjadi kepada manusia jika kelenjar T merembeskan kurang hormon?

_______________________________________________________________ (1 markah)

Rajah 2.2

f) i) Namakan penyakit seperti yang ditunjukkan pada rajah 2.2.

_______________________________________________________________ (1 markah)

ii) Penyakit ini disebabkan kekurangan sejenis mineral. Namakan mineral ini.

_______________________________________________________________ (1 markah)
3. Rajah menunjukkan struktur otak manusia.

(a) Namakan bahagian yang berlabel A dan C.

A: _____________________________________________________________
B: _____________________________________________________________
C: _____________________________________________________________
D: _____________________________________________________________
(4 markah)

(b) Jelaskan mengapa permukaan otak manusia berlipat-lipat.


__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
(2 markah)
(c) Nyatakan satu cara bagaimana otak manusia dapat dilindungi daripada kecederaan
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
(2 markah)

(d) Nyatakan satu aktiviti badan manusia yang dikawal oleh struktur B.

_________________________________________________________________________(1 markah)

(e) Apakah yang berlaku kepada seseorang sekiranya bahagian otak berlabel X mengalami kecederaan?

________________________________________________________________________ (1 markah)

4. Rajah menunjukkan arka refleks untuk eksperimen sentakan lutut.


(a) Namakan X, Y dan Z
X: _______________________________________________________________________

Y: _______________________________________________________________________

Z: _______________________________________________________________________
(3 markah)

(b) Nyatakan jenis tindakan dalam gerakbalas ini.


_______________________________________________________________________(1 markah)

(c) Nyatakan satu kepentingan tindakan ini kepada manusia.


_______________________________________________________________________(1 markah)

(d) Bahagian sistem saraf yang manakah mengawal tindakan dalam ( b ) ?


_______________________________________________________________________ (1 markah)

(e) Rajah menunjukkan suatu lintasan impuls apabila seorang pelajar tersentuh periuk panas.

Namakan P, Q, dan R dalam kotak yang disediakan pada Rajah di atas. (3 markah)
4. Jadual 4 menunjukkan jenis kumpulan darah bagi semua pelajar tingkatan 4 Amanah.

Kumpulan darah

O O A O B B O AB O O

AB A O O O A O A B A

B B O B A O B O O O

Jadual 4.1

a)Lengkapkan Jadual 4.2 di bawah, dengan menggunakan data di atas.

Kumpulan Darah A B AB O
Bilangan Pelajar
Jadual 4.2 (4 markah)

b) Lukis histogram berdasarkan keputusan di Jadual 4.2.

Bilangan Pelajar
20

15

10

Kumpulan Darah
A B AB O

(2
markah)
c) Nyatakan jenis variasi berdasarkan histogram yang dilukis?

__________________________________________________________________
(1 markah)
d) Tandakan ( / ) di dalam petak dalam Jadual 3 bagi sifat perwarisan yang tergolong
kepada jenis yang sama dengan variasi di atas.

Berat badan
Boleh menggulung lidah atau tidak
Jenis rambut

(1 markah)

(1 markah)

6. Rajah 6 menunjukkan sebahagian proses mitosis

Peringkat P

Peringkat Q

Rajah 6

(a) Namakan satu bahagian tumbuhan di mana proses ini berlaku.

_______________________________________________________________________(1 markah)

(b) Nyatakan apakah yang berlaku pada kromosom dalam peringkat P

________________________________________________________________________
(1 markah)
(c) Selepas sel dalam peringkat Q terbahagi sepenuhnya, berapakah bilangan kromosom yang
terdapat dalam setiap sel anak tersebut?

_______________________________________________________________________(1 markah)
(d) Sejenis daun mempunyai 20 pasang kromosom di dalam selnya. Berapakah bilangan
kromosom yang terdapat pada sel batang tumbuhan tersebut?

___________________________________________________________________________
(1 markah)

(e) Nyatakan dua kepentingan proses mitosis.

i) _________________________________________________________________________

ii) _________________________________________________________________________

(2 markah)

7. Rajah 7 menunjukkan pembentukan dan perkembangan anak kembar.

Rajah 7
a) Apakah proses yang berlaku di peringkat P?

_______________________________________________________________(1 markah)

b) Apakah proses yang membolehkan zigot berkembang menjadi embrio?

_______________________________________________________________(1 markah)

c) Nyatakan satu kepentingan proses ini?

_______________________________________________________________(1 markah)

d) Apakah jenis kembar yang akan terbentuk daripada embrio?

_______________________________________________________________(1 markah)

e) Nyatakan kemungkinan jantina kembar itu.


_______________________________________________________________(1 markah)

f) Nyatakan kandungan kromosom dalam telur.

_______________________________________________________________(1 markah)

. 8.Rajah 8 menunjukkan satu ovum disenyawakan oleh satu sperma. Dua zigot P dan Q
terbentuk pada masa yang sama.

Zigot P
R

Zigot Q

Rajah 8

a) Nyatakan kromosom yang terdapat dalam:

(i) Sperma : _______________________________________________

(ii) Ovum : _______________________________________________


(2 markah)

b) Berdasarkan Rajah 7, namakan Proses R.

________________________________________________________ (1 markah)

c) Apakah jenis kembar yang terbentuk?

______________________________________________________________ (1 markah)

d) Nyatakan dua ciri bagi kembar yang terbentuk seperti yang dinyatakan dalam jawapan di(c)
i) ______________________________________________________________.

ii) ______________________________________________________________
(2 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai