Anda di halaman 1dari 2

Lampiran A

Teks Ucapan

Timbalan Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

di Majlis Watikah Perlantikan

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2015/2016 IPGK PM

……………………………………………………………………………………………………………

Bismillahirrahmanirrahim

Saudari Pengacara Majlis

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,

Pensyarah-pensyarah kanan,

Ketua-ketua Jabatan,

Pensyarah-pensyarah,

YDP dan barisan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2015/2016 serta

siswi pendidik IPGK Perempuan Melayu Melaka yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Alhamdullillah , syukur kepada Allah swt, kerana dengan limpah dan kurnianya , kita dapat
dipertemukan dalam majlis ini untuk meraikan perlantikan ahli majlis perwakilan pelajar sesi
2015/2016 dan penerima anugerah kecemerlangan akademik. Sekalung penghargaan
diucapkan kepada barisan penggerak Suruhanjaya Pilihanraya IPGK PM yang telah
bertungkus lumus menjayakan keseluruhan proses pemilihan Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar yang baharu. Majlis watikah perlantikan pada hari ini hanya sebagai simbolik lantikan
barisan kepimpinan baharu namun saya pasti mereka ini telahpun mula bergerak kerja
sejurus selepas mesyuarat pembentukan organisasi JPP pada 24 Januari yang lalu.
Hadirin sekalian,

Ingin saya tegaskan kepentingan tertubuhnya JPP dalam menjadi wasilah bagi pihak
pentadbiran pengurusan, pensyarah berhubung dengan para siswi pendidik dalam hal-hal
pengurusan dan juga kebajikan. Memegang taklifan atas dasar kesedaran dan
kesukarelawanan seperti mana yang barisan ahli JPP lakukan sekarang ini bukanlah mudah
dan merupakan satu usaha yang amat bermakna kepada kampus ini.

Tetapi anda perlu ingat, gunakan kepercayaan rakan-rakan anda , yang telah melantik anda
sebagai pemimpin, untuk bekerja bersama – sama saya, para pensyarah dan semua staff
kampus ini , menyelesaikan masalah yang dihadapi siswi pendidik , menginovasi apa sahaja
potensi yang ada serta maju dan mundur bersama – sama pengurusan. Berilah sokongan ,
dokongan dan bantuan secukupnya kepada Yang Di-Pertua yang baru iaitu saudari Munira
Abd Rahman bersama-sama 31 barisan kepimpinan sepanjang tahun ini untuk meneruskan
perjuangan legasi JPP yang terdahulu dibawah pimpinan saudari Adha Bt. Sulaiaman.
Buatlah perancangan, perbincangan dan pemuafakatan yang baik dan cemerlang bagi
memastikan saudari selaku ahli JPP sesi 2015 / 2016 benar benar dirasai.

Kepada bakal penerima anugerah kecemerlangan akademik yang akan diraikan sebentar
lagi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda dan berharap anda dapat mengekalkan
atau lebih baik lagi meningkatkan kecemerlangan di samping dapat menjadi pembimbing
kepada rakan-rakan yang lain. Buat siswi pendidik yang tidak berpeluang untuk menerima
anugerah pada hari ini, tingkatkan usaha dan jadikan kejayaan rakan –rakan anda sebagai
pembakar semangat untuk memperoleh keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah , warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai