Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PERKHEMAHAN PERDANA KECEMERLANGAN TANPA DARVIH

Pada tarikh 27 Mei hingga 29 Mei 2016 Unit Kokurikulum SK Taman Seri Gombak 2 telah
mengadakan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform selama 3 hari 2 malam bertempat di ‘KEM
PERAH’ Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Seramai 147 daripada 150 orang
penyertaan peserta telah hadir perkhemahan ini yang terdiri daripada 5 kumpulan utama Unit
beruniform sekolah. Ketidakhadiran peserta seramai 3 orang ini adalah disebabkan penarikan diri di
saat-saat akhir di atas sebab masalah kesihatan dan kecemasan.

Perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk untuk memberi pendedahan dan pengalaman
kepada murid-murid tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh di samping memupuk
semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.
Pembentukan disiplin dan sahsiah diterapkan sepanjang perkhemahan bagi melahirkan murid yang
berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang
kokurikulum dan kurikulum seiring dengan misi dan visi pendidikan. Di samping itu juga program
perkhemahan ini di adakan bertujuan untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan
dan kepercayaan yang pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.

Pendaftaran bermula seawal 2.30 petang pada petang Jumaat. Aktiviti dimulakan pendaftaran peserta
dan taklimat pengangkutan oleh Kem Komanden. Pada pukul 3.30 petang peserta telah bertolak ke
Kem Perah -FRIM dengan menaiki 4 buah bas.

Semua peserta perkhemahan telah tiba ke tapak kem pada pukul 4.30 petang. Aktiviti di mulakan
dengan taklimat khas keselamatan kawasan perkhemahan oleh petugas kem. Taklimat di teruskan
oleh Kem Komandan perkhemahan Perdana iaitu En. Mazli Bin Alias mengenai peraturan dan
perlaksanaan aktiviti sepanjang perkhemahan dijalankan.

Aktiviti di teruskan dengan mendirikan khemah. Aktiviti dapat berjalan dengan lancar di atas
kerjasama semua jurulatih dan para peserta perkhemahan.

Setelah selesai, para peserta berehat untuk minum petang dan menunaikan solat Asar. Setelah
selesai solat Asar para peserta perkhemahan meneruskan aktiviti pengurusan diri sehingga selesai
solat Isyak.

.Pada pukul 9.00 malam, setelah selesai solat isyak para peserta perkhemahan berkumpul mengikut
kumpulan untuk menjalankan aktiviti pecah bendungan bimbingan En Syaiful Adzli . Pengisian slot ini
ialah pemilihan penghulu dan penghuluwati di samping aktiviti kumpulan yang berobjektifkan
kerjasama kumpulan dan kasih sayang di kalangan ahli kumpulan.

Pada pukul 11.30 malam semua peserta berkumpul di dataran perhimpunan untuk meneruskan
aktiviti berjalan malam. Aktiviti berjalan mala mini di ketua oleh En Abd Rahim B Shafie dan di bantu
oleh jurulatih-jurulatih serta petugas kem. Aktiviti berjalan malam ini meliputi aktiviti berjalan di
kawasan tapak kem secara berkumpulan.Aktiviti di laksanakan selama dua jam. Semasa aktiviti ini di
jalankan seorang peserta perkhemahan iaitu Nur Arrisya Bt Razali telah mengalami kemalangan
kerana terjatuh. Nur Arrisya Bt Razali di dapati mengalami kecederaan patah tangan dan di hantar ke
Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.
Pada hari Sabtu (30 Mei 2015) aktiviti di mulakan dengan senaman pagi dan di teruskan dengan aktiviti
merentas hutan. Aktiviti ini di ketuai oleh En Shahril B Ahmad , jurulatih-jurulatih dan petugas kem.
Aktiviti merentas hutan ini mengambil masa bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul
1.00 petang. Aktiviti meliputi mendaki dan menuruni bukit, merentas sungai dan hutan

Setelah tiba di pusat kem, para peserta meneruskan aktiviti pengurusan diri sehingga pukul 3.00
petang.

Pada pukul 3.30 petang aktiviti di teruskan dengan aktiviti berpangkalan yang di ketuai oleh En Saiful
Nizam B Zaki di bantu dengan jurulatih-jurulatih. Terdapat lima pangkalan aktiviti yang harus di
jalankan oleh setiap peserta secara berkumpulan iaitu menjunjung kasih, bebola naga, ikatan dan
simpulan, membina gajet dan kawad statik dan dinamik. Para peserta dapat menjalankan aktiviti
dengan lancar di samping kerjasama yang baik daripada semua jurulatih yang terlibat.

Pada pukul 6.00 petang para peserta perkhemahan telah berkumpul mengikut kumpulan masing-
masing bagi sesi persediaan malam kebudayaan. Setiap kumpulan telah di tetapkan dengan tajuk
persembahan masing –masing. Sesi latihan ini di bimbing oleh fasilitator-fasilitator kumpulan masing-
masing. Komitmen daripada fasilitator dan peserta telah ditunjukkan dengan baik dan bersungguh-
sungguh bagi menghasilkan persembahan yang menarik .

Pada pukul 9.30 malam slot Malam Kebudayaan pun bermula. Aktiviti malam pengakap
dimulakan dengan tepuk semangat dan nyanyian lagu-lagu perkhemahan. Persembahan yang di
pertandingkan terdiri daripada nyanyian , tarian, boria dan dikir barat.Persembahan yang diberikan
amat menarik dan kreatif. Ternyata para peserta amat bersedia dengan persembahan dan terima
kasih kepada semua jurulatih yang komited membimbing kumpulan masing masing.Persembahan
terbaik Malam kebudayaan ini dimenangi oleh Kumpulan 4 dengan persembahan tarian .

Pada Pukul 2.00 pagi, para peserta di kejutkan untuk meneruskan aktiviti cabaran malam yang
di ketuai oleh En Suaimi B Abdullah. Peserta-peserta di tempatkan secara berseorangan bagi menguji
tahap keyakinan diri dan kecekalan ketika menghadapi kegelapan. Aktiviti berakhir pada pukul 3.00
pagi dengan ulasan rasional aktiviti oleh ketua aktiviti.

Pada hari Ahad ( 31 Mei 2015 ) Program di teruskan pada pukul 7.30 pagi dengan aktiviti
senaman pagi yang di kendalikan oleh Pn Saidatul Akmar.Murid menjalankan aktiviti kecergasan
fizikal.

Pada pukul 8.30 pagi pula Aktiviti di teruskan lagi dengan slot PPDa iaitu hidup bebas tanpa darih yang
di kendalikan oleh Pn Norwani Bt Rahim dan En sauki B Awang seman. Dalam slot ini, murid akan
menjalankan aktiviti secara berkumpulan iaitu menghasilkan paparan maklumat mengenai dadah,
alkhohol, rokok, inhalen dan hiv di atas kad manila. Setelah selesai, setiap kumpulan akan membuat
pembentangan mengenai hasil aktiviti di hadapan semua peserta di samping sesi soal jawab mengenai
maklumat-maklumat yang di sampaikan. Aktiviti dapat di jalankan dengan lancar dan berkesan di atas
kerjasama dan kesungguhan yang di tunjukkan oleh para peserta perkhemahan.

Pada pukul 10.00 pagi aktiviti khidmas di jalankan iaitu para peserta akan bergerak mengikut
kumpulan untuk menurunkan khemah dan membersihkan kawasan tapak perkhemahan.

Tepat pukul 11.00 pagi, para peserta di kehendaki berkumpul di dewan untuk meneruskan
majlis penutup dan penyampain sijil dan hadiah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan slot ulasan
keseluruhan aktiviti perkhemahan oleh kem komanden .Seterusnya majlis menjemput Puan Daunah
Bt Sitam untuk menyampaikan ucapan penutup. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil dan hadiah
kepada para pemenang. Ucapan jutaan terima kasih juga kepada pengakap pengakap jemputan dari
SMK Hilcrest diatas bantuan yang di berikan dan sebagai ucapan terima kasih , Unit Kokurikulum SK
Taman Seri Gombak 2 telah menyampaikan cenderamata dan sijil kepada mereka.

Semua peserta perkhemahan telah bergerak pulang pada pukul 1.30 tengahari dan tiba di sekolah
pada pukul 2.30 petang

.Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan jurulatih yang terlibat pada perkhemahan Perdana
2015.

Adalah di harapkan perkhemahan seperti ini dapat di teruskan lagi pada masa akan datang dan
perlaksanaannya akan lebih cemerlang.

Di sediakan oleh,

………………………………………………..

(CIK NOORMAZNI BT AHMAD TERMIZI)

SETIAUSAHA PERKHEMAHAN PERDANA

SK TAMAN SERI GOMBAK 2

Disemak oleh ,

………………………………………………….

(EN SAUKI B AWANG SEMAN )

MENJALANKAN TUGAS PK KOKURIKULUM

SK TAMAN SERI GOMBAK 2


Disahkan oleh ,

………………………………………………….

(PN DAUNAH BT SITAM)

GURU BESAR

SK TAMAN SERI GOMBAK 2

REFLEKSI

KEKUATAN.

1.Sambutan penyertaan daripada para peserta yang amat memberangsangkan.

2.Peserta perkhemahan terdiri daripada pelajar yang sememangnya mempunyai karisma dan

keterampilan yang tersendiri. Oleh yang demikian tidak ada masalah disiplin yang

berlaku sepanjang program ini berlangsung dan kesemua mereka sentiasa patuh kepada arahan

yang di berikan.

3.Kerjasama yang baik diantara Kem Komandan, Pen. Kem Komandan dan pegawai-pegawai

Harian, para jurulatih dan fasilitator yang di lantik menjadi pemangkin utama dalam

perlaksanaan aktiviti justeru program menjadi lebih lancar dan berkesan.

4.Pengurusan urusetia yang berpengalaman telah dapat menyumbang kepada kelancaran aktiviti

sepanjang perkhemahan di jalankan.


5.Kemudahan prasarana yang lengkap seperti padang, tapak khemah yang luas, kawasan

aktiviti luar , dewan aktiviti dapat membantu melicinkan perjalanan program.

6. Peruntukan kewangan yang mencukupi banyak membantu kelancaran program perkhemahan

ini.

KELEMAHAN.

1.Masalah kemudahan penginapan urusetia dan guru bertugas tidak mencukupi kerana masalah

pengurusan pihak kem .

2.Para peserta terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk ke bilik air dan tandas kerana

berkongsi dengan peserta kem dari sekolah lain.

3.Kekangan masa menyebabkan terdapat slot yang terpaksa dipendekkan.

4. Bilangan khemah yang tidak mencukupi menyebabkan pihak sekolah terpaksa meminjam

khemah dari pihak kem.


5. Jarak perjalanan dari jalan utama ke kawasan kem agak jauh menyebabkan para peserta

perkhemahan menghadapi kesulitan untuk membawa peralatan.

PENAMBAHBAIKAN

1.Mengurangkan aktiviti agar program dapat dijalankan dengan lancar.

2.Menambah bilangan khemah untuk kegunaan para peserta perkhemahan.

3.Memilih tapak perkhemahan yang lebih efisyen pengurusannya.

4.Pemilihan tapak khemah yang mempunyai kemudahan tandas dan bilik air yang mencukupi.

Anda mungkin juga menyukai