Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Negara Malaysia merupakan negara yang aman damai walaupun rakyatnya


berbilang kaum dan mempunyai agama, bangsa serta budaya tersendiri.
Sebenarnya, kesantunan merupakan elemen penting dalam mengekallkan
perpaduan antara kaum. Kesantuanan bukan sahaja fokus kepada cara berbahasa
malah cara berpakaian, tingkah laku dan mimik muka pula juga diberi tekanan.
Setiap perlakuan dan penggunaan bahasa seharusnya daripada hati yang ikhlas.
Kesantunan ini amat penting dalam mencerminkan kemuliaan sahsiah seseorang
dan penghormatan orang lain terhadapnya dalam kehidupan seharian. Dengan ini,
dapatlah kita mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham kerana
perjalinanan hubungan sesama anggota masyarakat melalui sikap kesantunan ini.

1
2.0 KONSEP KESANTUNANA BAHASA

2.1 Konsep Kesantunan Bahasa Mengikut Pandangan Tokoh Timur

Secara umumnya, kesantunan bahasa merupakan kehalusan budi bahasa dalam


penggunaan bahasa semasa bergaul sesama yang lain. Menurut Amat Juhari Moain
(1992), kesantunan bahasa merupakan kesopanan dan kehalusan dalam
menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.
Dalam erti kata lain, pertuturan dan perlakuan seharian kita wajar memaparkan
tatasusila yang tinggi dan penuh sopan.

Zainal Abidin Safarwan (1995), memtakrifkan santun sebagai “adab, halus


budi pekerti, sopan atau baik hati”. Kesantunan bahasa merangkumi pemilihan dan
penggunaan bahasa supaya sopan dan beradab.

Aspek kesantunan berbahasa juga pernah diutarakan oleh Awang Sariyan


(2007). Menurutnya, kesantunan bahasa merupakan penggunaan bahasa yang baik,
sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia, dan menunjukkan penghormatan
kepada pihak yang menjadi teman bicara.

Sementara itu, Asmah Haji Omar (2000), juga menyatakan kesantunan ialah
kaedah atau strategi yang digunakan oleh petutur untuk mencapai tujuan
tertentu.Strategi ini melibatkan beberapa faktor iaitu kesedaran akan peranan
masing-masing, perbezaan taraf social dan kuasa serta keperluan mengawal
perbincangan berdasarkan tajuk supaya maruah dan martabat seseorang terjaga.

Dell Hymes (1974), dalam Faridah Nazir et al (2014), menghuraikan


kesantunan bahasa berdasarkan siapa bercakap dengan siapa, tentang apa, di
mana, mengapa dan bagaimana. Kesantunan ini telah menjadi agenda dalam
ekspresi bahasa yang mementingkan perihal kesopanan dalam pergaulan.

Lakoff (1975), dalam Faridah Nazir et al (2014), menginterpretasikan


kesantunan sebagal perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu
interaksi. Konflik dapat dielakkan sekiranya kesantunan bahasa ditekankan.

Bagi Fraser dan Nolan (1981), dalam Faridah Nazir et al (2014), kesantunan
itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar
sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni, tanpa menimbulkan
sebarang konflik.

2
Leech (1983), dalam Faridah Nazir et al (2014), pula menyatakan bahawa
kesantunan berupa perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri
dalam sesuatu interaksi sosial. Beliau juga berpendapat bahawa kesantunan
bermaksud berbaik-baik sesama lapisan masyarakat dan menjalinkan prinsip
kerjasama antara satu sama lain. Hal ini melibatkan pemilihan strategi untuk
mengelakkan konflik dalam interaksi.

Brown dan Levinson (1987), dalam Faridah Nazir et al (2014), pula


mengaitkan kesantunan sebagai usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman
Muka (TAM) kepada pendengar. Mereka berpendapat bahawa kehendak muka
seseorang dibahagi kepada dua iaitu muka positif dan muka negatif. Seseorang
perlu memilih strategi kesantunan dengan baik dalam penuturan.

Secara kesimpulan,berdasarkan pentakrifan konsep kesantunan tokoh-tokoh,


dapatlah kita mengetahui kesantunan bahasa merangkumi pelbagai aspek termasuk
pertuturan dan setiap tingkah laku sama ada secara verbal atau non-verbal dalam
pergaulan seharian.

3.0 ISU-ISU KESANTUNAN

3.1 Pengenalan

Pada era langit terbuka ini, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah
mendominasikan kehidupan seharian kita. Namun demikian, kepesatan ini telah
dijadikan sebagai satu bentuk senjata yang mampu mengancam keselamatan
sesebuah negara iaitu jenayah siber. Sememangnya, dunia siber merupakan wadah
yang menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia dan bersifat terbuka.
Berbagai-bagai jenis maklumat, idea, propanganda sama ada berunsurkan positif
atau negatif dapat diakses dalam dunia tanpa sempadan ini. Oleh hal demikian,
tidak hairanlah para penjenayah dikatakan bebas dalam dunia maya ini tanpa
pengetahuan orang lain.

3
3.2 Jenayah siber

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Empat (2010), jenayah membawa
maksud perbuatan atau kejahatan (seperti mencuri, merompak, membunuh dan lain-
lain) yang salah di sisi undang-undang atau perbuatan salah (di sisi undang-undang)
atau perbuatan kriminal. Manakala maksud siber pula adalah segalanya yang
berkaitan dengan internet. Secara umum, jenayah siber merupakan suatu bentuk
perlakuan jenayah yang menggunakan sebarang jenis peranti elektronik melalui
sambungan perkhidmatan internet yang membolehkan sesebuah perlakuan jenayah
dilakukan sama ada ia melibatkan seseorang individu atau sekumpulan orang serta
mampu menjangkaui batasan dari sesebuah negara ke negara yang lain dalam
tempoh masa yang singkat dan tidak terhad batasan (Rahim A. & Manap N.: 2004).
Jenayah alaf baru ini merupakan senjata moden yang mengancam keselamatan
seluruh dunia.

Statistik terkini menunjukkan sebanyak 2,107 kes jenayah siber dilaporkan


dalam tempoh Januari sehingga Februari tahun 2015 berbanding 1,215 kes dalam
tempoh sama tahun lalu dengan menunjukkan peningkatan drastik sebanyak 73
peratus. Menurut Naib Presiden Penyelidikan CyberSecurity Malaysia, Lt. Kol.(B)
Sazali Sukardi (2014), negara Malaysia merupakan negara ke-6 di dunia yang
berisiko tinggi terdedah kepada ancaman jenayah berbentuk serangan malware, iaitu
penipuan melalui sesuatu program sama ada komputer atau telefon pintar
berdasarkan Laporan Ancaman Keselamatan Sophos 2013. Secara amnya, jenayah
siber terdiri beberapa bentuk yang merebak dengan sangat pantas seperti api dalam
sekam tanpa mengira sempadan kawasan. Penipuan, kerosakan atau
pengubahsuaian ke atas program, kecurian maklumat, capaian tidak sah,
pengintipan, judi siber, skim cepat kaya, pornografi, penyebaran virus dan
penggodam atau “hacker” merupakan ancaman-ancaman siber yang
membimbangkan strata lapisan masyarakat.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pergantungan manusia terhadap ICT


telah membawa kita ke satu paradigma yang memerlukan kita mempertimbangkan
impak yang mendatang sama ada positif ayau yang negatif. Bak kata pepatah,” yang
baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan”. Oleh yang demikian, setiap
pengguna ICT perlulah sentiasa bijak dan berwaspada dalam penggunaannya agar
dapat memanfaatkan kemudahan siber ini dengan sepenuhnya.

4
Kelemahan
sistem
perisian

Kegagalan
Sikap
mengawal
manusia
selia bahan
Punca media

Jenayah
Siber

Kekurangan
Kesukaran
kesedaran
mengesan
golongan
penjenayah
masyarakat

Rajah 1: Punca jenayah siber

3.3 Punca jenayah siber

Kekurangan kesedaran pihak masyarakat terhadap keselamatan penggunaan


teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah menyebabkan berleluasanya jenayah
siber pada masa ini. Kebanyakan pengguna tidak peka dalam mengetahui risiko dan
tidak mengambil langkah keselamatan dalam penggunaan ICT. Mereka
mempamerkan butir-butir peribadi penting seperti nombor akaun, nombor telefon,
kad pengenalan dan sebagainya seperti yang disuruh. Hal ini telah memberi
kesempatan kepada pihak tertentu untuk mencuri atau meniru identiti seseorang dan
menggunakannya untuk motif lain. Sebagai contoh, mereka dapat menukar data
kewangan sebuah perbadanan, memecahkan kod keselamatan untuk mendapatkan
akses rangkaian yang tidak dibenarkan, atau menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh

5
menyebabkan kerugian kepada mangsa dengan adanya maklumat peribadi
seseorang.

Kelemahan sistem perisian yang sedia ada juga telah menyumbang kepada
ancaman siber. Kajian Ayre (2001) dalam Abdul Manaf Bohari (2006), telah menilai
sembilan produk penapisan dan mendapati bahawa peratusan atau keberkesanan
penapisan tidak mencapai seratus peratus seperti CyberPatrol dengan ketepatan
74%, N2H2 (81%), dan X-Stop (90%). Sebagai bukti, pada Februari 1996, tiga
pelajar sekolah tinggi di Syracuse, New York telah dituduh atas kesalahan membuat
bom buatan sendiri berdasarkan plan yang diperolehi dari internet. Hal ini jelas
membuktikan kelemahan ini telah membenarkan pengguna menyalahgunakan
kemudahkan ICT untuk motif lain.

Kesukaran untuk mengesan penjenayah siber telah menjadi kebimbangan


kita. Menurut Michael A. Vatis dari FBI, satu masalah utama untuk membezakan
ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang
menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana. Sebenarnya,
kebanyakan penjenayah siber terdiri daripada golongan yang berpengetahuan tinggi
atau golongan profesional. Mereka berkemungkinan merupakan orang di sekeliling
kita dan melakukan jenayah secara rahsia. Biasanya, organisasi-organisasi
perniagaan akan menjadi sasaran pesaingnya manakala bank dan institusi
kewangan oleh perompak dan penjenayah. Mereka berkemungkinan merupakan
orang di sekeliling kita dan melakukan jenayah secara rahsia. Oleh hal demikian,
tindakan para penjenayah secara rahsia telah menyukarkan operasi penyiasatan.

Seterusnya, kegagalan mengawal selia bahan-bahan media merupakan


salah satu faktor berlakunya jenayah siber. Dalam konteks ini, pihak kerajaan
Malaysia membuat keputusan untuk tidak menapis dunia siber seperti yang
termaktub dalam rang undang-undang jaminan (Bill of Guarantees) yang dijanjikan
oleh kerajaan Malaysia dan syarikat-syarikat Korridor Raya Multimedia (MSC).
Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa
tiada suatu pun peruntukan di bawah akta tersebut yang membenarkan sebarang
penapisan maklumat berlaku dengan alasan bahawa pengawalan maklumat akan
membantut perkembangan teknologi komunikasi. Impaknya, orang-orang awam
dibenarkan akses kepada pelbagai informasi termasuk maklumat berunsurkan
negative seperti pornografi dan keganasan apabila didedahkan kepada dunia tanpa
limitasi ini.

6
Jenayah siber juga berpunca daripada sikap sesetengah manusia yang
berkelakuan negatif terutamanya golongan remaja ataupun dalam lingkungan 20-an.
Mereka telah disalurkan dengan kemahiran ICT secara tidak langsung dan
sesetengah daripada mereka ingin mencuba ilmu yang baru dipelajari. Mereka tidak
sedar bahawa impak jenayah yang dilakukan oleh mereka akan mendatangkan
ancaman kepada keselamatan negara. Misalnya, pada Februari dan Mac 2000,
pencerobohan telah berlaku terhadap lebih 500 sistem komputer tentera, kakitangan
kerajaan, dan sektor swasta di Amerika Syarikat. Ketika itu Amerika bersiap sedia
dengan angkatan tenteranya di Teluk Parsi ekoran ketegangan antara Iraq dengan
pemeriksa senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Apabila berlaku
pencerobohan sedemikian, pihak berkuasa Amerika Syarikat mengesyaki Iraq, tetapi
terbukti bahawa pihak yang bertanggungjawab ialah dua orang juvenil dari
Cloverdale, California, dan beberapa orang penduduk Israel. Hal ini membuktikan
sikap ingin mencuba dalam seseorang turut mengakibatkan jenayah siber.

7
3.4 Kesan jenayah siber

Dari segi individu, seseorang mudah terpengaruh dengan laman-laman web yang
tidak bermoral dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Dalam hal ini,
bahan-bahan yang berunsurkan negatif akan menjurus kepada terhakisnya nilai-nilai
moral dan akhlak mulia seseorang. Amsalnya, budaya plagiarism semakin serius dan
menular dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi untuk menyiapkan kerja mereka.
Menurut Maharam Mamat, budaya plagiarism boleh dimaksudkan seseorang telah
menggunakan idea orang lain tanpa ada rujukan atau penghargaan kepada penulis
asal serta megambil hak cipta orang lain menjadi hak persendirian. Hal ini demikian
kerana mereka senang mencari maklumat berkenaan melalui enjin carian tanpa
membazirkan masa. Yang lebih memasygulkan ialah kebanjiran bahan-bahan lucah
dalam alam media akan mendorong berrlakunya kes kezinaan, rogol, sumbang
mahram dan kes pembuangan bayi. Natijahnya, kesan jenayah siber terhadap
seseorang individu adalah amat menggerunkan dan kita mesti memanfaatkan
kemudahan ini dengan sepenuhnya.

Jenayah siber yang bermaharajalela telah menjejaskan urusan harian


golongan masyarakat. Hal ini demikian kerana kebanyakan urusan dapat dijalankan
secara atas talian dengan mudah dan cepat seperti e-dagang dan perbankan online.
Namun demikian, mereka akan kehilangan keyakinan terhadap kemudahan online
kerana bimbang akan berlakunya kecurian identiti atau pencurian pada bila-bila
masa. Sebagai contoh, pengguna diminta untuk memasukkan nombor kad kredit dan
maklumat peribadi apabila ingin melalukan pembelian. Kesannya, maklumat ini
mungkin akan dipalsukan dan disalahgunakan oleh penjenayah siber untuk
melakukan transaksi kewangan tanpa pengetahuan pengguna. Oleh hal demikian,
jangan sekali-kali mempamerkan nama sebenar, nombor telefon, dan maklumat
peribadi lain sesuka hati agar tidak menjadi mangsa jenayah siber.

Bagi pihak organisasi-organisasi tempatan, mereka berkemungkinan besar


akan mengalami kerugian hasil yang besar. Hal ini dikatakan demikian kerana
sebarang penyebaran virus, penggodaman, pengganasan dan pencerobohan melalui
internet akan melumpuhkan sistem komputer. Sesetengah maklumat sulit seperti
maklumat kewangan, harta intelek sesebuah syarikat akan diceroboh dan digodam
untuk kegunaan lain. Tahap produktiviti dan kualiti sesebuah organisasi akan
dijejaskan kerana mereka mengalihkan tumpuan dan meluangkan masa ke atas
penyelenggaraan dan pertahanan untuk berhadapan dengan ancaman siber. Lebih-
lebih lagi, pelanggan mereka akan kehilangan keyakinan terhadap kemampuan

8
syarikat apabila sesuatu pencurian atau penggodaman berlaku. Rentetan itu, nama
baik atau reputasi sesebuah organisasi akan tercemar.

Jenayah siber yang merebak secara global telah menjejaskan keselamatan


dalam negara. Memang tidak dapat dinafikan, alam siber merupakan ruang yang
terbuka di mana terdedah kepada setiap orang di segenap dunia. Sesiapa sahaja
boleh menyebarkan fitnah, hasutan dan provokasi dengan sewenang-wenangnya
dalam dunia maya ini tanpa mengambil kira peraturan dan undang-undang negara.
Kebocoran maklumat ke negara lain turut akan mengakibatkan pergolakan yang
menjejaskan kestabilan politik negara. Sebagai contoh, fail-fail rasmi yang
mengandungi rahsia pertahanan terjatuh ke tangan musuh, pastilah benteng
pertahanan negara akan runtuh dan membuka peluang kepada musuh
kita.Kesannya, huru-hara dan kekecohan akan berlaku sama ada dalam negara atau
luar negara secara langsung.

9
3.5 Langkah mengatasi

Sememangnya, kesedaran individu terhadap keselamatan ICT negara perlu


ditingkatkan supaya sentiasa sedia maklum dan sedar akan risiko yang bakal
dihadapi. Pengguna ICT digalakkan menghadiri kempen-kempen, mendapat
penyebaran maklumat melalui halaman web, ceramah, poster-poster dan bengkel.
Selain itu, kita sepatutnya mempunyai rasa tanggungjawab untuk memastikan
komputer kita sentiasa selamat dan tidak mengandungi virus yang akan membawa
ancaman kepada maklumat orang lain. Sebagai tamsilan, pemasangan perisian
keselamatan seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker adalah penting untuk
melindungi komputer diri kita dari sebarang pencerobahan. Oleh hal demikian, setiap
pengguna ICT perlu mempunyai etika kerja yang murni dengan tidak
menyalahgunakan kemudahan ICT yang telah diberi.

Kerajaan Malaysia sepatutnya berusaha meningkatkan kemampuan anggota


keselamatan dalam dunia siber untuk menjalankan penyiasatan secara efektif.
Pakar-pakar ICT perlu dilengkapi dengan kemahiran forensik komputer dan
pengetahuan ICT yang tinggi supaya tidak terpedaya oleh penjenayah-penjenayah
ini. Golongan yang professional perlu ditugaskan untuk memantau di alam maya
untuk mengurangkan kes jenayah siber ke tahap minima. Usaha ini dapat dibuktikan
melalui jaminan Polis Diraja Malaysia yang akan meningkatkan rondaan dalam
internet dengan kerjasama daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Nultimedia
(SKMM) dan Cyber Security Malaysia. Selain itu, kerajaan harus menubuhkan
sebuah organisasi yang khas untuk memberi khidmat nasihat dan memberi
penjelasan kepada golongan masyarakat supaya bersiap sedia untuk mengendalikan
jenayah siber dendan bijak.

Pihak kerajaan perlu sentisa memperbaharui polisi keselamatan dan


piawaian tertentu mengikut trend yang terkini supaya sentiasa praktikal dan efektif.
Polisi ini sewajarnya jelas menggariskan prosedur dan pelan tindakan yang akan
diambil apabila berlakunya sesuatu ancaman di sesebuah syarikat. Sebagai contoh,
SIRIM Berhad telah memperkenalkan piawaian Pengurusan Keselamatan Maklumat
berasaskan piawaian BS7799 (British Standard) kepada syarikat tempatan untuk
melaksanakan kaedah perlindungan data terbaik. Di samping itu, kerajaan harus
mewajibkan setiap organisasi perniagaan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang
tinggi seperti sijil digital daripda Cybersecurity Malaysia. Sijil ini mampu memastikan
setiap pemalsuan laman web dapat dikenal pasti dengan serta merta. Dengan ini,

10
dapatlah penentuan polisi yang jelas menjadi panduan orang ramai semasa
berhadapan dengan ancaman siber.

Selain itu, undang-undang siber yang sedia ada perlu dikaji dari masa ke
masa secara berkesan dan melakukan penggubalan sekiranya perlu. Undang-
undang ICT khasnya menfokus kepada melindungi harta intelek seseorang untuk
mengelakkan sebarang pencerobohan. Beberapa undang-undang telah digubal
seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia1998, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta
Teleperubatan 1997 dan juga Akta Hak Cipta untuk mengatasi jenyah siber yang
bermaharajalela ini. Hukuman yang setimpal wjar dikenakan kepada penjenayah
supaya mereka sedar akan tindakan mereka yang mengancam keselamatan negara.

Pada peringkat antarabangsa, negara Malaysia perlu menjalinkan kerjasama


yang kukuh bagai aur dengan tebing dalam menangani jenayah siber. Melalui
hubungan diplomatik antara negara, kita dapat berkongsi tenaga kepakaran dan
maklumat keselamatan supaya usaha untuk mengesan penjenayah siber dapat
dijalankan dengan mudah. Amsalnya, negara-negara ASEAN telah membentuk
Pasukan Respon Kecemasan Komputer (CERT) untuk berkongsi maklumat sebagai
langkah permulaan (Nur Haryani Zakaria, 2006). Kita juga dimaklumkan bahawa
pada 31 Mei 2015, pertemuan antara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan
Setiausaha Agung Interpol Jurgen Stock di New York, Amerika Syarikat telah
bersetuju untuk mempertingkat kerjasama dalam membanteras jenayah rentas
sempadan terutama jenayah siber. Kedua-dua pihak berpendapat bahawa peralatan
moden dan peningkatan aspek bina upaya memang signikan bagi menangani
kemelut ini (Astro Awani 2015). Intihanya, kerjasama antara negara memudahkan
rancangan membanteras penjenayah siber dari aspek tenaga kepakaran dan
teknologi yang lebih moden.

11
4.0 KESIMPULAN
Menurut Eliot A. Cohen, seorang pakar strategi dan kuasa ketenteraan,
Zaman Maklumat menjanjikan kecekapan yang semakin meningkat tetapi
keselamatan negara lebih sukar untuk diurus. Oleh hal demikian, seiring
dengan ledakan perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat, setiap
pengguna ICT perlu sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan jenayah ini.
Setiap pihak seharusnya menggembleng tenaga dan berganding bahu
berpaksikan prinsip,” ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni” supaya
krisis negara ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbinya.

12

Anda mungkin juga menyukai