Anda di halaman 1dari 2

Masalah sosial dalam kalangan remaja merupakan fenomena yang semakin

membimbangkan kita pada hari ini. Masalah seperti penagihan dadah, salah
laku pelajar, pergaulan bebas dan sebagainya semakin berleluasa dan kian
meningkat. terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya masalah
sosial dalam kalangan remaja ini.

Salah satu daripanya ialah krisis keluarga yang menyebabkan kwalan sosial ke
atas anak-anak diabaikan. Ibu bapa yang sering bertengkar sudah pasti tidak
dapat mengasuh dan mendidik anak-anak mereka dengan baik dan sempurna.
Keadaan ini bertambah buruk apabila ada dalam kalangan ibu bapa yang sibuk
dengan tugas mereka di pejabat sehingga mengabaikan tanggungjawab
mereka untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka. Akibatnya,
terdapat anak-anak yang melarikan diri daripada rumah, bergaul dengan
rakan-rakan yang tidak sepatutnya 聽 dan dari situlah bermulanya segala
masalah sosial yang disebut di atas.

Di samping ibu bapa, masalah ini juga berpunca daripada pengaruh media
massa. Dalam zaman teknologi yang berkembang pesat ini, para remaja
mudah terdedah kepada pelbagai pengaruh yang negatif melalui internet dan
banyak saluran yang laim sehingga minda mereka mudah diracuni oleh
unsur-unsur yang kurang sihat. Di sampin itu, tuntutan modenisasi yang
turut memberikan tekanan kepada remaja yang inginkan kebebasan untuk
lepas daripada kongkongan ibu bapa dan menuntut hak individu juga
memyebabkan remaja menolak autoriti ibu bapa yang mengawal tingkah laku
mereka.

Masalah sosial ini juga berkait rapat dengan kemerosotan disiplin di sekolah.
Disebabkan ada segelintir pihak sekolah yang tidak mengenakan hukuman
yang tegas terhadap pelajar-pelajar yang melanggar disiplin, maka mereka ini
akan berani untuk melakukan perbuatan yang sama. Tabiat buruk ini akan
dibawa oleh mereka apabila meninggalkan bangku persekolahan kelak. Hal ini
sudah tentu akan memberikan persepsi yang negatif oleh masyarakat
terhadap mereka dan juga menyukarkan proses kemasukan ke pendidikan
tinggi serta alam pekerjaan memandangkan testimoni pelajar oleh pihak
sekolah bersifat negatif.

Untuk mengurangkan masalah sosial ini, ibu bapa haruslah mendidik dan
menerapkan nilai-nilai murni serta ajaran-ajaran 聽 agama yang sempurna
kepada anak-anak supaya mereka menjadi remaja yang bermoral dan
berakhlak mulia. Ibu bapa perlu memahami masalah anak-anak mereka dan
menjadikan anak mereka sebagai kawan dan bukannya lawan. Selain itu, ahli
keluarga yang lain seperti abang dan kakak juga berperanan dalam
memastikan adik-beradik dipantau dengan sempurna.

Di peringkat sekolah pula, para guru amat berperanan dalam mengawal


pelajar mereka daripada melakukan gejala sosial. Sikap lepas tangan
sesetengah guru seharusnya tidak dicontohi kerana pelajar merupakan
tanggungjawab mereka ketika berada di sekolah. Para guru juga harus peka
dan sentiasa terbuka kepada mendengar masalah pelajar serta menasihati
mereka secara baik. Di samping itu, disiplin di sekolah juga perlu
dipertingkatkan. Hubungan erat antara ibu bapa dan guru perlu
dipertingkatan supaya ibu bapa sentiasa mendapat maklum balas daripada
guru yang mengajar anak-anak mereka. Pihak sekolah juga seharusnya
memperhebatkan Unit Kaunseling untuk membantu pelajar-pelajar yang
bermasalah supaya mereka tidak berasa terpinggir.

Kesimpulannya, untuk membendung masalah sosial ini daripada terus menular,


pihak-pihak yang terlibat harus berganding bahu dan memainkan peranan
masing-masing. Jika semua pihak dapat mengemblengkan usaha dalam
mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja ini, sudah pasti masalah ini
dapat diselesaikan sehingga ke pakar umbi.

Anda mungkin juga menyukai