Anda di halaman 1dari 19

1.

PENDAHULUAN

Kertas kerja ini dikemukan adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada
masyarakat dan pihak penaja. Disamping itu juga kertas kerja ini adalah sebagai rujukakan
untuk memohon sumbangan dana program daripada beberapa pihak bagi membantu
menampung kos perbelanjaan bagi program ini.

Melalui cadangan, program ini akan diadakan pada 23 hingga 24 Disember 2017
bertempat di Padang Surau Nur Hidayah Wetan sebagai lokasi utama dan melibatkan
sekurang-kurangnya 200 orang peserta.

2. PENGENALAN

Kelab Belia Wetan Kampung Kolong Dua adalah sebuah kelab yang berdaftar dengan
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak pada 26 April 2016. Kelab ini terdiri
daripada para belia yang tinggal di Kampung Kolong Dua Wetan dengan ahli seramai 30
orang.

Sebelum ini pihak kelab telah banyak menganjurkan beberapa program untuk belia dan
penduduk kampung. Seperti yang dikatakan, program pertama yang pernah dianjurkan dan
mendapat sambutan yang menggalakan adalah Hari Sukaneka Belia 2016 yang berlangsung
pada 19 hingga 20 Disember 2015.

Dalam pemerhatian kami, belia disini amat meminati aktiviti sukan.Dari pandangan ini
pihak kelab telah bercadang untuk mengadakan program ini semula dengan mengharapkan
penglibatan daripada belia dan penduduk kampung bersama.Sukan adalah salah satu
program yang banyak member impak yang amat baik dari segi pergaulan dan perhubungan
masyarakat.

3. MATLAMAT

Matlamat utama program ini adalah untuk mengetengahkan potensi diri masyarakat
dalam bidang sukan. Menerusi aktiviti sukan, masyarakat akan dapat menunjukan
kemahiran dan kemampuan fizikal mereka dengan sepenuhnya. Selain itu, semasa aktiviti
sukan juga, masyarakat akan didedahkan dengan semangat kesukanan seperti semangat
berpasukan, tidak mudah berputus asa dan berusaha untuk menang. Disamping
berlangsungnya program ini, ia dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan dikalangan
penduduk serta dapat menyatukan semangat perpaduan diantara penduduk.
4. OBJEKTIF

Sepanjang program ini dijalankan adalah diharapkan peserta akan dapat:

1) Menunjukan potensi diri dengan lebih yakin dan berusaha dalam mencapai sesuatu
matlamat.

2) Menggunakan keseluruhan anggota badan dan pemikiran sihat dalam melakukan


acara sukan yang dipertandingkan.

3) Membentuk personality masyarakat yang mantap seperti mempunyai daya saing


untuk menang, tidak mudah putus asa, bekerjasama, saling menghormati antara
satu sama yang lain, bersungguh-sungguh dan sebagainya.

4) Mengenali dan bermain beberapa jenis permainan yang dipertandingkan.

5) Merapatkan hubungan silaturahim diantara semua pihak.

5. PERINCIAN AKTIVITI

1) Tarikh, Masa dan Tempat

Program ini dicadangkan berlangsung seperti butiran tersebut:

Tarikh : 23 hingga 24 Disember 2017


Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 malam
Tempat : Padang Surau Nur Hidayah Wetan
Padang Tuan Haji Sharkawi

2) Penglibatan

Karnival ini melibatkan seramai 20 orang urusetia penganjur yang akan


mendapat kerjasama daripada beberapa NGO lain serta belia dan penduduk
kampung seramai 200 orang peserta untuk mengambil bahagian.
3) Acara Yang Dicadangkan Berlangsung

 Wetan Street Soccer Open


 Pertandingan Mewarna
 Pertandingan Anyaman Ketupat
 Wetan Voice 2017
 Senamrobik
 Wetan Fun Run 2017
 Wetan 10,000 Steps
 Mengambil gula batu dalam tepung
 Meniup belon sehingga pecah
 Membawa bola ping pong dengan sudu
 Mengisi air dalam botol menggunakan span
 Kerusi berirama
 Tarik tali
 Boling kelapa
 Kupas buah kelapa
 Shoot pening lalat
 Lari menggunakan kayu

4) Tempat Gelanggang Permainan

Disini, pihak penganjur akan menggunakan beberapa tempat atau gelanggang


permainan seperti berikut

I. Padang Surau Nur Hidayah


II. Padang Tuan Haji Sharkawi

5) Format Permainan

Wetan Street Soccer.

 Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Kolong Dua yang berumur dan
pihak penganjur berhak untuk mengambil pasukan luar sebagai pasukan
jemputan.

 Setiap pasukan hanya perlu menghantar empat (4) orang pemain untuk satu
pasukan iaitu dua (2) pemain berumur 18 tahun kebawah dan dua (2) pemain
berumur 18 tahun keatas. Masa pertandingan hanya 10 minit bagi setiap
perlawanan.Penganjur hanya akan mengambil pasukan yang berada di tiga
kedudukan tertinggi sahaja.
Pertandingan Mewarna

 Terbuka kepada semua kanak-kanak Kolong Dua yang berumur 12 tahun ke


bawah.

 Pertandingan terbahagi kepada:


Kategori Tadika
Kategori Terbuka (7 hingga 12 Tahun)

 Peserta dikhendaki mewarna sebuah lukisan bergambar yang telah


disediakan oleh pihak penganjur dan peserta hanya boleh menggunakan
alatan mewarna jenis PENSEL.

 Penganjur akan menetapkan masa pertandingan dijalankan.

Pertandingan Menganyam Ketupat

 Terbuka kepada semua warga Kolong Dua.

 Peserta dikhendaki menganyam ketupat seberapa banyak yang boleh dalam


masa yang telah ditetapkan.

 Pemenang akan dikira dari segi kekemasan anyaman dan jumlah anyaman
yang telah dibuat.

Pertandingan Karaoke (Wetan Voice 2017)

 Terbuka kepada semua warga Kolong Dua, walau bagaimanapun pihak


penganjur berhak mengambil peserta luar sebagai peserta jemputan
mengikut kesesuaian keadaan.

 Yuran Penyertaan: RM 10.00 / Seorang.

 Pertandingan terbahagi kepada:


Kategori Junior : 12 Tahun ke bawah
Kategori Belia : 15 – 40 Tahun
Kategori Otai : 40 Tahun ke atas

 Penilaian akan dibuat dari segi Vokal, Gaya dan Pakaian. Pemenang akan di
ambil dari kedudukan 3 teringgi dari setiap kategori.
Wetan Fun Run 2017

 Terbuka kepada semua warga Kolong Dua, walau bagaimanapun pihak


penganjur berhak untuk mengambil peserta luar sebagai peserta jemputan
mengikut kesesuaian keadaan.

 Pertandingan terbahagi kepada:


Kategori Junior Lelaki (13 Tahun ke bawah)
Kategori Junior Perempuan (13 Tahun ke bawah)
Kategori Lelaki Terbuka
Kategori Perempuan Terbuka

 Peserta dikhendaki berlari sejauh 5km untuk setiap kategori dan perlu
mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Selain itu, pihak pengurusan akan menyediakan laluan bagi larian ini dan bagi
peserta yang gagal mematuhi peraturan akan disingkirkan dari pertandingan.

Wetan 10,000 Steps

 Terbuka kepada semua warga Kolong Dua.

 Peserta hanya akan berjalan kaki disepanjang laluan yang telah disediakan
oleh pihak penganjur.

Mengambil Gula Batu Dalam Tepung

 Terbuka kepada semua kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

 Para peserta dikhendaki untuk mengambil gula batu yang diletakkan di dalam
tepung dengan meniup tepung dan mengambilnya menggunakan mulut.
Peserta dikhendaki berlari dari garisan A (mula) ke garisan B (tempat item
diletakkan). Peserta yang berjaya memperolehi item yang diminta dikira
pemenang.

Meniup Belon Sehingga Pecah

 Terbuka kepada semua kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

 Permainan ini dimulakan secara serentak untuk ke semua peserta. Peserta


dikhendaki berlari dari garisan A (mula) ke garisan B (tempat item
diletakkan). Peserta yang berjaya meniup belon sehingga pecah dengan masa
yang ditetapkan dikira pemenang.
Membawa Telur/Bola Ping Pong Dengan Sudu

 Terbuka kepada semua kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

 Para peserta dikhendaki untuk membawa telur/bola dengan menggunakan


sudu dan sudu tersebut perlu diletakkan dimulut oleh setiap peserta. Peserta
yang gagal dalam lariannya dikhendaki untuk mengulanginya semula di
garisan mula. Peserta dikhendaki berlari dari garisan A (mula) ke garisan B
(tempat item diletakkan) peserta yang berjaya adalah dikira berdasarkan
masa yang terpantas.

Mengisi Air Dalam Botol Menggunakan Span

 Terbuka kepada semua kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

 Para peserta dikhendaki untuk mengisi air dalam botol menggunakan span.
Setiap peserta dibekalkan span dan baldi air. Tindakan ini perlu dilakukan
secara bergilir-gilir. Peserta dikhendaki berlari dari garisan A (mula) ke
garisan B (tempat item diletakkan). Peserta yang berjaya mengisi air dalam
botol sehingga penuh dan dengan masa yang terpantas dikira sebagai
pemenang.

Kerusi Berirama

 Terbuka kepada semua kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

 Dalam pertandingan ini, muzik akan dimainkan oleh pihak penganjur dan
peserta dikhendaki untuk berebut untuk mendapatkan kerusi yang
diletakkan apabila muzik dihentikan. Peserta yang berjaya mendapatkan
kerusi 3 terakhir akan diumumkan sebagai pemenang.

Tarik Tali

 Terbuka kepada semua warga Kolong Dua yang berumur 15 tahun keatas.

 Pertandingan ini terbahagi kepada:


Kategori Lelaki Terbuka
Kategori Perempuan Terbuka

 Setiap pasukan hanya diwakili seramai 4 orang pemain sahaja, pasukan


dikhendaki beradu tenaga menarik tali yang disediakan bersama lawan
mereka dari pasukan lain. Pemenang akan dikira selepas salah satu pasukan
dapat menewaskan pasukan lain.
Boling Kelapa Pening

 Terbuka kepada semua warga Kolong Dua.

 Dalam permainan ini, pihak penganjur akan menyediakan sebiji buah kelapa
dan 6 botol plastik yang berisi air, peserta dikhendaki berpusing selama 3
pusingan sebelum melontar buah kelapa dari tempat yang disediakan terus
kepada susunan botol yang tersedia. Markah akan dikira berdasarkan jumlah
botol yang dijatuhkan. Setiap peserta akan mendapat 3 kali lontaran sahaja.

Kupas Buah Kelapa

 Terbuka kepada semua warga Kolong Dua.

 Dalam permainan ini, peserta dikhendaki mengupas buah kelapa yang


disediakan oleh pihak penganjur. Peserta perlu mengupas buah kelapa
tersebut sehingga bersih dengan masa yang telah ditetapkan oleh pihak
penganjur. Markah akan dikira berdasarkan kebersihan buah kelapa dan
ketangkasan masa.

Shoot Pening Lalat

 Terbuka kepada semua warga Kolong Dua.

 Peserta dikhendaki berpusing selama 5 pusingan, seterusnya peserta perlu


menyepak bola masuk ke tempat yang diarahkan dengan tepat. Pihak
penganjur akan mengambil 10 orang yang terbaik untuk masuk ke final bagi
merebut tempat pertama, kedua dan ketiga.

Lari menggunakan kayu


 Terbuka kepada semua warga Kolong Dua.

 Setiap pasukan hanya diwakili seramai 3 orang pemain sahaja, pasukan


dikhendaki berlari mengunakan kayu yang diikat pada kaki ketiga-tiga
pemain. Pemenang akan dikira pasukan mana yang sampai dahulu di garisan
penamat.
6) Hadiah / Cenderamata

Hadiah bagi setiap pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur dimana
terdapat hadiah berbentuk piala, medal dan hamper. Selain itu, pihak penganjur
akan menyediakan sijil penyertaan kepada setiap peserta yang bertanding.

7) Makanan dan Minuman

Pihak penganjur hanya akan menyediakan minuman yang akan diletakkan


dikhemah urusetia untuk semua peserta. Pihak penganjur hanya akan menyediakan
makanan kepada ahli jawatankuasa bertugas dan semasa majlis penutupan.

8) Keselamatan

Pihak penganjur akan menyediakan peti pertolongan cemas sepanjang karnival


berlangsung. Pihak penganjur juga akan menyediak 2 buah kenderaan sebagai safety
car dan urusan pihak penganjur. Pihak penganjur juga akan cuba untuk memohon
kerjasama pihak Jabatan Pertahanan Awam ataupun Bomba bagi membantu
memastikan kelancaran karnival.

9) Pakaian

Setiap peserta dan pihak urusetia diwajibkan menggunakan pakaian sukan dan
berkasut. Sekiranya gagal, peserta akan dikecualikan daripada mana-mana
pertandingan. Ini adalah bertujuan untuk keselamatan masing-masing. Penggunaan
barang kemas, selipar, telefon bimbit dan barangan berharga adalah tidak
dibenarkan digunakan semasa pertandingan dijalankan kerana pihak penganjur tidak
akan bertanggung jawab diatas sebarangan kehilangan dan kecurian.

10) Syarat dan Peraturan.

Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kecederaan


diatas kecuaian sendiri dan sebarang kehilangan barangan berharga sepanjang
karnival berlangsung. Pihak penganjur juga tidak teragak-agak untuk membatalkan
penyertaan peserta sekiranya didapati peserta melanggar peraturan yang ditetapkan
dan penyalahgunaan bahan terlarang. Pihak penganjur akan membuat yang terbaik
untuk keselamatan semua peserta dan urusetia dan memastikan karnival berjalan
dengan lancar.
6. AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN BIDANG TUGAS

BIL JAWATAN BIDANG TUGAS


PENASIHAT PROGRAM
Tuan Haji Supono bin Haji Dahlan  Memberi nasihat dan memantau program
1
Tuan Haji Murad bin Ngadimun  Menjadi wakil penganjur bersama tetamu VIP
Encik Othman bin Ahmad
 Memantau setiap AJK menjalankan tugas yang diberikan
dan memastikan program berjalan dengan lancar.
2 PENYELARAS PROGRAM  Berurusan dengan pihak pengurusan dan pentadbiran
untuk kelulusan kertas kerja dan perlaksana program.
 Berurusan dengan pihak penaja dan pihak vip.
 Menyediakan minit mesyuarat program.
 Menyediakan laporan program.
SETIAUSAHA  Menyediakan urusan surat-menyurat rasmi.
3
 Menyediakan kertas kerja program.
 Menyediakan urusan dokumentasi seperti borang
pendaftaran dan pertandingan.
 Menyediakan anggaran belanjawan program.
 Mengumpul dan memegang kutipan yuran dan
sumbangan dana program.
4 BENDAHARI
 Bertanggungjawab ke atas perbelanjaan program.
 Memantau prestasi kewangan program.
 Menyediakan laporan kewangan perbelanjaan program.
 Menyediakan borang pendaftaran kepada peserta.
 Mengemaskini dokumentasi setiap peserta.
5 AJK PENDAFTARAN
 Menyediakan jadual perjalanan program.
 Mendaftarkan setiap peserta.
 Menyenaraikan dan menyediakan segala peralatan yang
diperlukan dengan lengkap bagi setiap peralatan.
 Menyelenggara peralatan selepas acara tamat.
6 AJK PERALATAN DAN LOGISTIK  Mengatur dan menyediakan gelanggang untuk
pertandingan acara.
 Menyediakan dan membekalkan minuman kepada
peserta.
 Meneliti peraturan setiap permainan.
 Member taklimat peraturan kepada peserta dan pengadil.
 Memastikan setiap acara dijalankan mengikut masa yang
7 AJK ACARA DAN KEHAKIMAN
ditetapkan.
 Menyediakan borang keputusan
 Menjadi pengadil acara.
 Menyediakan bunting/banner/backdrop sebagai promosi.
 Menyediakan dan menghias pentas utama dan kawasan
pertandingan.
 Menyediakan dan memastikan sistem siaraya yang
8 AJK SIARAYA
lengkap dan berfungsi dengan baik.
 Mengambil gambar dan video sepanjang carnival
berlangsung.
 Menyediakan lagu-lagu yang sesuai sepanjang program
 Membantu urusetia lain mengurus program.
 Memastikan keadaan tempat pertandingan dalam
10 AJK KEBERSIHAN keadaan bersih.
 Memastikan kebersihan tandas.
 Menyediakan tong atau plastik sampah.
 Menyediakan dan memastikan peti pertolongan cemas
dalam keadaan baik.
 Menyediakan kenderaan sekiranya berlaku kecemasan.
11 AJK KESELAMATAN  Memantau dan memastikan keselamatan peserta dan
pengunjung dalam keadaan selamat.
 Memastikan peralatan dan apa jua dalam keadaan
selamat.
 Menyenaraikan bilangan hadiah mengikut kategori
permainan.
 Menyediakan cenderamata VIP.
12 AJK HADIAH DAN CENDERAMATA
 Membungkus hadiah.
 Menyusun atur hadiah mengikut kategori acara.
 Memastikan acara penyampaian hadiah berjalan lancar.
 Menentukan menu dan menempah atau menyediakan
makanan.
 Menyediakan dan menghidangkan makanan dan
minuman.
13 AJK JAMUAN
 Memastikan kebersihan tempat jamuan sebelum dan
selepas.
 Memastikan setiap peralatan untuk jamuan dalam
keadaan bersih.
7. KERJASAMA

Pihak penganjur akan cuba untuk memohon kerjasama dari pihak tersebut:

 BOMBA - membuat ceramah dan khidmat khas.


 KOSPEN - membuat pemeriksaan kesihatan dan derma darah.
 NESTLE MILO - membuat promosi dan memberi minuman milo percuma.
 PENIAGA - membuka stall jualan makanan dan minuman ataupun produk.

8. TENTATIF PROGRAM

23 Disember 2017 (Sabtu)


Padang dan perkarangan Surau Nur Hidayah

07.30 pagi - Pendaftaran peserta/pasukan


08.00 pagi - Pertandingan Wetan Street Soccer 2017 bermula
08.30 pagi - Pertandingan Mewarna
11.00 pagi - Pertandingan Menganyam Ketupat

08.30 malam - Pertandingan Karaoke “ Wetan Voice 2017 “


11.30 malam - Acara Tamat

24 Disember 2017 (Ahad)


Padang Surau Nur Hidayah
Kategori Kanak-Kanak

06.30 pagi - Pendaftaran peserta/pasukan


- Senamrobik
07.00 pagi - Pertandingan Larian “ Wetan Fun Run 2017 “
07.15 pagi - Acara Wetan 10,000 Langkah
08.30 pagi - Mengambil gula batu dalam tepung
09.00 pagi - Meniup belon sehingga pecah
09.30 pagi - Bawa bola dengan sudu
10.00 pagi - Mengisi air dalam botol menggunakan span
10.30 pagi - Kerusi Berirama
12.00 tghari - Acara Tamat
24 Disember 2017 (Ahad)
Padang Tuan Haji Sharkawi
Kategori Belia dan Warga Wetan

08.30 pagi - Boling kelapa


09.00 pagi - Kupas kelapa
09.30 pagi - Lari menggunakan kayu
10.00 pagi - Shoot pening lalat
10.30 pagi - Tarik Tali
12.00 tghari - Acara Tamat

Padang Surau Nur Hidayah

02.00 petang - Ceramah keihatan dari pihak Kospen


03.00 petang - Ceramah mencegah kebakaran dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat
- Demonstrasi memadam kebakaran
04.00 petang - Acara Tamat

Majlis Penutupan
Padang Surau Nur Hidayah

08.00 malam - Ketibaan tetamu


08.30 malam - Ketibaan tetamu VIP
08.45 malam - Bacaan doa selamat
- Lagu Negaraku Dan Sarawak Ibu Pertiwiku
- Persembahan silat pembukaan majlis
- Persembahan kebudayaan
- Ucapan dari penyelaras program
- Ucapan dari Ketua Kaum
- Ucapan dari tetamu VIP
- Majlis penyampaian hadiah dan sijil
- Sesi bergambar
- Jamuan ringan
11.00 malam - Acara tamat
9. YURAN PENDAFTARAN

Dalam program Karnival Sukan Kampung Wetan 2017, setiap peserta dan pasukan akan
dikenakan yuran pendaftaran seperti berikut:

RM 3.00/seorang - Yuran ini adalah merangkumi semua pertandingan seperti:


 Pertandingan Mewarna
 Pertandingan Menganyam Ketupat
 Pertandingan Wetan Fun Run 2017
 Pertandingan Mengambil Gula Batu Dalam Tepung
 Pertandingan Meniup Belon Hingga Pecah
 Pertandingan Membawa Bola Menggunakan Sudu
 Pertandingan Mengisi Air Dalam Botol Menggunakan Span
 Pertandingan Kerusi Berirama
 Pertandingan Boling Kelapa
 Pertandingan Kupas Kelapa
 Pertandingan Shoot Pening Lalat

RM 10.00/seorang - Untuk pertandingan karaoke ‘Wetan Voice 2017”

RM 10.00/pasukan - Yuran ini adalah merangkumi semua pertandingan kan:


 Pertandingan Wetan Street Soccer 2017
 Pertandingan Tarik Tali
 Pertandingan Lari Menggunakan Kayu

Yuran ini adalah untuk membantu menambah dana kos perbelanjaan program.
10. ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

JUMLAH
BIL PEKARA UNIT KOS
(RM)
KOS PERBELANJAAN PENTADBIRAN
1. Kos peralatan alat tulis dan lain
1 Lot 200.00 200.00
1 2. Kos untuk penyediaan surat menyurat rasmi
3. Kos untuk penyediaan dokumentasi program

KOS BELANJA PERHIASAN / PROMOSI


1. Banner ukuran 2’ x 10’ 1 Unit 80.00 160.00
2. Banting ukuran 3’ X 5’ 2 Unit 35.00 70.00
2
3. Backdrop ukuran 6’ x 10’ 1 Unit 150.00 150.00
4. Perhiasan pentas dan lain-lain 1 Lot 100.00 100.00

KOS SEWA KHEMAH UKURAN 20’ X 20’


3 1. Khemah ukuran 10’ X 20’ 1 Unit 180.00 180.00
2. Khemah ukuran 20’ X 20’ 3 Unit 200.00 600.00
4 KOS SEWA PERALATAN PA SYSTEM 1 Lot 400.00 400.00
5 KOS CENDERAMATA 3 Unit 55.00 165.00
KOS JAMUAN MAKAN & MINUMAN
1. Air minuman (mineral water) 20 Ctn 10.00 200.00
2. Air minuman kordial sirap ajk urusetia 5 botol 10.00 50.00
6
3. Makanan untuk ajk urusetia 40 pack 5.00 200.00
4. Makanan & Minuman untuk majlis penutup 1 Lot 500.00 500.00

KOS PERALATAN PERTANDINGAN


1. Wetan Street Soccer 2017
2. Pertandingan Mewarna
3. Pertandingan Mengayam Ketupat
4. Pertandingan Wetan Voice 2017
5. Pertandingan Wetan Fun Run 2017
6. Mengambil Gula Batu Dalam Tepung
7. Meniup Belon Hingga Pecah
5 8. Membawa Bola Dengan Menggunakan Sudu 1 Lot 500.00 500.00
9. Mengisi Air Dalam Botol Guna Span
10. Pertandingan Kerusi Berirama
11. Pertandingan Tarik Tali
12. Pertandingan Boling Kelapa
13. Pertandingan Belah Kelapa
14. Shoot Pening Lalat
15. Pertandingan Lari Menggunakan Kayu
JUMLAH
6 KOS HADIAH PERTANDINGAN UNIT KOS
(RM)
WETAN STREET SOCCER OPEN 2017
Tempat Pertama – Hamper + Medal (4 unit) 1 Lot 70.00
A
Tempat Kedua – Hamper + Medal (4 unit) 1 Lot 50.00 155.00
Tempat Ketiga – Hamper + Medal 4 unit) 1 Lot 35.00
PERTANDINGAN MEWARNA
Kategori Tadika
Tempat Pertama - Hamper Alat Tulis 1 30.00
Tempat Kedua - Hamper Alat Tulis 1 20.00 65.00
B Tempat Ketiga - Hamper Alat Tulis 1 15.00
Kategori Terbuka 12 tahun ke bawah
Tempat Pertama – Hamper Alat Tulis 1 30.00
Tempat Kedua – Hamper Alat Tulis 1 20.00 65.00
Tempat Ketiga – Hamper Alat Tulis 1 15.00
PERTANDINGAN ANYAM KETUPAT (TERBUKA)
Tempat Pertama – Hamper 1 30.00
C 65.00
Tempat Kedua – Hamper 1 20.00
Tempat Ketiga – Hamper 1 15.00
PERTANDINGAN WETAN VOICE 2017
Kategori Junior
Tempat Pertama – Hamper 1 50.00
Tempat Kedua – Hamper 1 30.00 100.00
Tempat Ketiga – Hamper 1 20.00
Kategori Belia
D Tempat Pertama – Hamper 1 50.00
Tempat Kedua – Hamper 1 30.00 100.00
Tempat Ketiga – Hamper 1 20.00

Kategori Otai
Tempat Pertama – Hamper 1 50.00
Tempat Kedua – Hamper 1 30.00 100.00
Tempat Ketiga – Hamper 1 20.00
PERTANDINGAN WETAN FUN RUN 2017
Kategori Junior Lelaki
Tempat Pertama – Hamper 1 50.00
Tempat Kedua – Hamper 1 30.00 100.00
E
Tempat Ketiga – Hamper 1 20.00
Kategori Junior Wanita
Tempat Pertama – Hamper 1 50.00
Tempat Kedua – Hamper 1 30.00 100.00
Tempat Ketiga – Hamper 1 20.00

Kategori Terbuka Lelaki


Tempat Pertama – Hamper 1 50.00
Tempat Kedua – Hamper 1 30.00 100.00
E Tempat Ketiga – Hamper 1 20.00

Kategori Terbuka Wanita


Tempat Pertama – Hamper 1 50.00
Tempat Kedua – Hamper 1 30.00 100.00
Tempat Ketiga – Hamper 1 20.00

20 Terbaik
Medal 20 5 100.00
MENGAMBIL GULA BATU DALAM TEPUNG
Tempat Pertama – Hamper 1 30.00
F
Tempat Kedua – Hamper 1 20.00 65.00
Tempat Ketiga – Hamper 1 15.00
MENIUP BELON SEHINGGA PECAH
Tempat Pertama – Hamper 1 30.00
G
Tempat Kedua – Hamper 1 20.00 65.00
Tempat Ketiga - Hamper 1 15.00
MEMBAWA BOLA MENGGUNAKAN SUDU
Tempat Pertama – Hamper 1 30.00
H
Tempat Kedua – Hamper 1 20.00 65.00
Tempat Ketiga - Hamper 1 15.00
MENGISI AIR DALAM BOTOL GUNA SPAN
Tempat Pertama – Hamper 1 30.00
I
Tempat Kedua – Hamper 1 20.00 65.00
Tempat Ketiga – Hamper 1 15.00
KERUSI BERIRAMA
Kategori Lelaki
Tempat Pertama – Hamper 1 30.00
Tempat Kedua – Hamper 1 20.00
Tempat Ketiga – Hamper 1 15.00
J
130.00
Kategori Perempuan
Tempat Pertama – Hamper 1 30.00
Tempat Kedua – Hamper 1 20.00
Tempat Ketiga - Hamper 1 15.00
PERTANDINGAN TARIK TALI
Kategori Terbuka Lelaki
Tempat Pertama – Hamper + Medal (4pcs) 1 Lot 70.00
Tempat Kedua – Hamper + Medal (4pcs) 1 Lot 50.00
Tempat Ketiga – Hamper + Medal (4pcs) 1 Lot 35.00
K
310.00
Kategori terbuka Perempuan
Tempat Pertama – Hamper + Medal (4pcs) 1 Lot 70.00
Tempat Kedua – Hamper + Medal (4pcs) 1 Lot 50.00
Tempat Ketiga – Hamper + Medal (4pcs) 1 Lot 35.00
PERTANDINGAN BOLING KELAPA
Tempat Pertama – Hamper 1 30.00
L
Tempat Kedua – Hamper 1 20.00 65.00
Tempat Ketiga – Hamper 1 15.00
PERTANDINGAN BELAH KELAPA
Tempat Pertama – Hamper 1 30.00
M
Tempat Kedua – Hamper 1 20.00 65.00
Tempat Ketiga – Hamper 1 15.00
PERTANDINGAN SHOOT PENING LALAT
Tempat Pertama – Hamper 1 30.00
N
Tempat Kedua – Hamper 1 20.00 65.00
Tempat Ketiga – Hamper 1 15.00
PERTANDINGAN LARI GUNA KAYU
Tempat Pertama – Hamper + Medal (4pcs) 1 Lot 70.00
O
Tempat Kedua – Hamper + Medal (4pcs) 1 Lot 50.00 155.00
Tempat Ketiga – Hamper + Medal (4pcs) 1 Lot 35.00
RUMUSAN ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

JUMLAH
BIL PERKARA
(RM)
1 Kos Pentadbiran 200.00
2 Kos Perhiasan Dan Promosi 480.00
3 Kos Sewa Khemah 780.00
4 Kos Sewa PA System 400.00
5 Kos Cenderamata 165.00
6 Kos Jamuan (Makanan Dan Minuman) 950.00
7 Kos Peralatan Pertandingan 400.00
8 Kos Hadiah Pertandingan 2,200.00
9
10
JUMLAH KESELURUHAN RM 5,675.00
11. PENUTUP

Diharapkan agar aktiviti sukaneka yang dijalankan akan dapat memberi sesuatu
pengalaman serta pengetahuan tentang pentingnya bersukan kepada para peserta. Ia juga
dapat memberi pengalaman baru dalam menyahut cabaran dan halangan untuk melahirkan
peserta yang bijak, sihat serta berusaha. Kami juga berharap agar segala objektif dan tujuan
yang telah dirancang dalam kertas kerja ini dapat dicapai dengan jayanya.

Sehubungan dengan ini, pihak kami dengan rendah hati ingin memohon sumbangan
kewangan dari pihak Yang Berhormat / Dato’ / Tuan / Puan / Agensi-agensi serta penduduk
sekitarnya sebagai dana untuk menjayakan lagi program ini. Sumbangan anda boleh diserahkan
terus kepada penyelaras program En. Suriyono Bin Supono (012-8537204) ataupun kepada
bendahari Puan Nor Azila binti Abdul Rahman (016-xxxxxxx). Sumbangan ini adalah bertujuan
untuk penyediakan hadiah seperti medal/piala serta hamper bagi setiap pemenang dan
penyediaan makanan dan minuman untuk semua peserta yang terlibat.

Sekian, terima kasih

Saya yang menjalankan tugas

…………………………………
(Suriyono bin Supono)
Pengerusi Kelab Belia Wetan Kampung Kolong Dua
Penyelaras Program Karnival Sukan Wetan 2017

Anda mungkin juga menyukai