Anda di halaman 1dari 5

USRAH MUSLIMAH NADI UMMAH

Muqaddimah
Ummah kini dinodai tanpa belas simpati . Setiap sendinya dilumpuhkan dengan kekejaman
yang tidak terperi , sedang ummah ini merupakan ummah terbaik yang dirancang oleh
Allah swt. untuk membina ketuanan Al Ma’ruf dan memusnah kemaharajalelaan Al
Mungkar .
Firman ALlah maksudnya :
" Kamu adalah sebaik - baik ummah yang dilahirkan untuk manusia agar kamu
menegakkan yang Ma’ruf dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah
swt"

Barat dan orientasi Zionisme melalui protokol jahat mereka menjadikan sistem keluarga
(Usrah) Ummat Islam sebagai tujusasar mereka untuk menghancurkan Islam dan
gerakannya.

Proses Pelupusan Usrah Muslimah

1. Menganjurkan pergaulan bebas dan merangsang nafsu ke arah Free Sex .


Sementara api hedonisme terus menerus disirami minyak agar Ummat Islam alpa
selanjutnya meninggalkan prinsip - prinsip Islami . Kesan sampingan yang paling
minima, bakal diterima oleh Ummat Islam ialah mengenepikan aspek ugama dalam
memilih pasangan hidup mereka, sedang ini adalah suatu bahaya besar yang akan
menghancurkan institusi rumahtangga muslim ( Usrah Muslimah ).

2. Konsep rumahtangga barat yang berorientasi maddiyah kononnya sebagai


asas kebahagiaan diberi publisiti yang luas . Harta dan kemewahan menjadi target
perlumbaan hidup mereka sehingga ianya memberi persaingan hebat kepada kasih
sayang dan keharmonian rumahtangga.

3. Pendidikan sekular ( penjarakkan ugama dari kehidupan ) di ‘ higt light ’


kepada masyarakat Ummat Islam bermula dari peringkat Tadika ( Hadhanah )
hinggalah ke tangga Universiti . Fenomena ini mencambahkan benih Jahiliyyah
Sekular dari dalam rumahtangga Ummat Islam itu sendiri .

4. Kebebasan bersuara tanpa batas dan kawalan sistem dosa dan pahala
anjuran barat ditiup kepada masyarakat Ummat Islam yang akhirnya di atas nama
tamadun dan hak asasi manusia, seorang isteri boleh menuntut hak sekalipun di
luar kemampuan suami dan suami boleh didakwa kiranya menyetubuhi isteri tanpa
kerelaan . Begitu jua seorang anak , bebas bertindak tanpa perlu kepada kawalan
ibu bapa .
5 Pembinaan Syakhsiyyah dan Ummah Islamiyyah dianggap hak peribadi dan
di luar tanggungjawab Usrah Muslimah , sehingga amal Islami menjadi satu ruang
yang sempit setelah mereka mendirikan rumahtangga .

Demikian antara kerja jahat musuh yang tidak berhati perut untuk melumpuhkan ummat
Islam . Persoalannya sekarang , apakah kita hanya berpeluk tubuh dan menyepi diri
menyaksi segala aksi mereka di hadapan mata kepala kita ?! Hanya mereka yang tidak
memiliki sensitiviti dan basirah sanggup membisu dan menggulung lidah menyaksi
segalanya .

Struktur Pembinaan Usrah Muslimah

Pembinaan Usrah Muslimah bermula dari penyediaan konkrit dan tapak yang kukuh .
Percubaan membina Usrah Muslimah di Tanah Lumpur atau di Tebing Runtuh hanya satu
percubaan yang sia - sia malah membahayakan diri . Islam telah melakarkan " Pelan Tapak
Kukuh " untuk tujuan pembinaan tersebut .

Tapak Usrah Muslimah .

Maksudnya :
" Dari Jabir bahwa Nabi saw. Telah bersabda : Sesungguhnya perempuan itu
dikahwini berdasarkan ugamanya , hartanya dan kecantikkannya , maka selayaknya
engkau memilih ugama yang pasti membahagiakan mu ."

Hal ini turut ditegaskan oleh Al Imam Ghazali Rhm. Dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin :
" Proses pengislahan ehwal kehidupan ( berumahtangga ) tidak dapat tidak
dengan mengambil perhatian serius terhadap perempuan yang ingin dikahwininya
supaya kekal cinta kasih , iaitu perempuan yang ada padanya lapan perkara :
1. Berugama ( Keperibadian dan spiritual )
2. Berakhlak mulia ( Solehah )
3. Murah Mas Kahwinnya
4. Tidak mandul
5. Anak dara
6. Berbangsa ( keturunan yang baik )
7. Cantik
8. Tidak daripada kaum kerabat yang dekat .

Statement ini tidak bermakna hanya pihak lelaki yang mesti memilih calon isteri yang
solehah sebaliknya kaedah yang sama perlu dipraktikkan oleh pihak perempuan untuk
memilih calon suami yang soleh . Justeru perempuan turut diberi tanggungjawab yang
sama oleh Allah swt. untuk menegakkan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran .
Maksudnya firman ALlah :
" Lelaki dan Perempuan yang beriman sebahagian mereka adalah penolong bagi
sebahagian yang lain ke arah menegakkan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran
, mereka mendirikan solat , mengeluarkan zakat serta mentaati Allah dan Rasul ,
mereka ini akan dirahmati Allah sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi
Bijaksana ."
Sabda Rasulullah saw maksudnya :
" Apabila seorang lelaki yang engkau redhoi ugama dan akhlaknya masuk
meminang , maka terimalah ( Kahwinilah ! ) jika tidak akan berlaku fitnah
dan kerosakkan yang besar di muka bumi "
( Riwayat Tarmizi )

Haikal Usrah Muslimah


Tapak yang kukuh tanpa seni bina yang berkualiti jua tidak memberi sebarang erti. Usrah
Muslimah sayugianya memiliki haikal yang lengkap dan sempurna menepati ‘Pelan Induk’
yang telah diutuskan oleh Allah swt. kepada nabinya Muhammad saw.
Ustaz Said Hawa telah menggariskan sepuluh perundangan Usrah Muslimah yang wajib
dilaksanakan .

Qanun 1: Kebersihan dan Kesucian


Qanun 2: Sistematika , Penyusunan & Kekemasan
Qanun 3: Ketenteraman dan Kerahsiaan
Qanun 4: Sistematika Ilmu dan Ibadah
Qanun 5: Belanjawan
Qanun 6: Komunikasi dan Interaksi
Qanun 7: Kesihatan dan Pergerakan Jasmani
Qanun 8: Kawalan penghuni dan Nahi Mungkar
Qanun 9: Kejiranan dan Tetamu
Qanun 10: Keluar Masuk
TIP USRAH MUSLIMAH CEMERLANG
Firman Allah swt maksudnya :
" Dan diantara tanda kekuasaan Allah ialah ia menciptakan untukmu isteri - isteri
daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya dan Dia jadikan diantara kamu rasa kasih sayang ...."
( Ar - Ruum 21 )

Objektifnya

1. Rumahtangga yang dibina atas dasar taqwa dan kesinambungan dakwah .


2. Menghiasi rumahtangga dengan Biah Islamiyyah .
3. Kreatif dalam memeriahkan suasana rumahtangga seperti Tazkirah ,
Qiam, Jaulah, Ziarah , Infaq dan persekitaran yang ceria seperti gubahan bunga ,
penyusunan perabot , pelan pembinaan rumah , halaman yang segar dan sebagainya
.
4. Mendalami tanggungjawab dalaman dan luaran suami isteri melalui
pembacaan , perbincangan dan pengamatan .
5. Menjadikan rumahtanggga sebagai Markaz Dakwah .
6. Mengamal konsep Tanasuh dan Tafahum .
7. Menunaikan hak - hak suami isteri seperti kepuasan seks , kerahasiaan
dan seumpamanya .
8. Tidak mudah buruk sangka terhadap pasangan dan mengamalkan sikap
berlapang dada dalam sesuatu perkara .
9. Pengurusan ekonomi yang sederhana dalam rumahtangga. Kreatif
menambah sumber kewangan rumahtangga untuk kegunaan peribadi dan dakwah .
10 Melibatkan diri dalam mana - mana organisasi atau Jamaah Islam dan
mengikuti perkembangannya seperti keterlibatan dalam program sebagai
persiapan untuk menghadapi cabaran dakwah dan bertanggungjawab sebagai
Khalifah Allah di atas muka bumi .

PENUTUP

Usrah Muslimah adalah Madrasah yang bertanggungjawab penuh melahirkan individu


Muslim yang memahami tugas dan peranan mereka sebagai Hamba Allah. Lantaran itu ,
kejayaan sesebuah Usrah Muslimah dinilai sejauh mana ianya mampu melahirkan individu
Muslim yang memiliki identiti dan kualiti Muslim Rabbani .
Kegemilangan Usrah Muslimah tidak hanya terhenti pada rupa wajah dhohir dan
kebahagiaan sementara yang dikecapi di dunia ini sebaliknya bergantung kepada nilai
ukhrawi yang wujud pada Usrah Muslimah tersebut .

Yang bertanggungjawab menyediakan:


Hj. Nasrudin At - Tantawi
Syukriah binti Zakaria .

Anda mungkin juga menyukai