Anda di halaman 1dari 13

Tajuk ; Nikmat keamanan dan perpaduan di Malaysia..

Nama Peserta ; Emily Wong Chia Yu.


Sekolah ;SJKC Taman Tas.

Sejambak kasih, sekalung budi buat Pengerusi Majlis,panel hakim yang


berkarisma,dif-dif kehormat seterusnya hadirin yang budiman. Salam sejahtera dan salam
perpaduan .

Hadirin yang dihormati,

Mari kita renung-renungkan dan berfikir sejenak. Dalam kehidupan kita, apakah
erti nikmat kebahagiaan? Ada orang berkata, mempunyai wang ,kereta , rumah besar,aset
dan simpanan yang banyak .Oh, bahagianya.tapi adakah itu nikmat kebahagiaan sebenar
yang kita inginkan ?

Justeru itu, pada pagi yang ceria ini, saya ingin mengajak hadirin untuk sama-
sama menghalusi tajuk syarahan saya iaitu “Nikmat Keamanan dan Perpaduan di
Malaysia“.

Merujuk kamus dewan, keamanan bermaksud tenang,damai dan tenteram .bebas


daripada keadaan kacau bilau,peperangan, pergaduhan dan bebas daripada gangguan
yang tidak menyenangkan.

Hadirin yang dimuliakan,

Malaysia,adalah sebuah negara yang unik dan makmur.Walaupun penduduknya


berbilang bangsa,agama,adat-resam dan budaya.Namun kita mampu hidup aman dibawah
satu Jalur Gemilang .Ramai pemimpin dunia yang mengagumi keamanan dan kemajuan
yang kita kecapi.Sebenarnya, kejayaan ini tidak datang melayang,tidak pula datang
bergolek.tetapi hasil perpaduan dan kerjasama semua kaum .

Hadirin yang dikasihi,

Bersyukurlah kerana kita dilahirkan di Malaysia. Negara yang aman damai. Kita
tidak hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.. Masih segar dalam ingatan, tragedi
27 Disember 2008. Selama 22 hari , Negara Israel dengan rakus dan ganas
menceroboh,membedil, menghancurkan keamanan sebuah negara kerdil bernama
Palestin .Ribuan nyawa orang awam termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa terkorban.
Inilah harga sebenar sebuah keamanan.Oh,begitu mahal sekali .
Hadirin yang dikasihi,

Jika di Palestin ,bunyi dentuman dan percikan api meragut ribuan nyawa, Di
Malaysia,bunyi dentuman dan percikan bunga api menandakan bermulanya satu pesta
besar seperti Tahun Baru Cina. Mantan Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi dalam amanatnya sempena Tahun Baru Cina 2009 menegaskan “ Negara ini
milik kita semua. Oleh itu, marilah kita berusaha untuk mengekalkan keamanan dan
kesejahteraan ”.

Hadirin yang dikasihi,

Hari ini, Malaysia merupakan negara yang aman di dunia.Namun,”Lautan mana tidak
bergelora,Bumi mana tidak ditimpa hujan” Walaupun ada segelintir pihak cuba
mewujudkan suasana tidak harmoni dengan menimbulkan isu-isu sentisif .Namun
semuanya di selesaikan dengan semangat “1 Malaysia”.

Para hadirin yang berwawasan ,

Tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang tak kata. Sekiranya,rakyat negara ini
tidak bersatu.,Bolehkah dan dapatkah negara kita terus kekal aman sehingga hari ini ?
‟Tepuk dada dan tanyalah selera‟.
Sebelum kaki melangkah pergi,sebelum bicara ternoktah disini,izinkan saya
menguntaikan serangkap pantun.

Pucuk pauh delima batu,


Anak sembilang di tapak tangan,
Hati di paut,jiwa bersatu,
Perpaduan diwujud mencipta keamanan.

Sekian, terima kasih.


Nama Peserta :.............................................................................
Tajuk : Perpaduan ke arah Kesejahteraan Malaysia.
Nama sekolah : SJKC Taman Tas.

Sejambak kasih, sekalung budi buat Pengerusi Majlis ,barisan Panel Hakim yang
berkarisma ,Dif-dif Kehormat seterusnya hadirin yang budiman. Salam sejahtera dan
salam perpaduan.
„ Perpaduan ke arah kesejahteraan Malaysia „begitulah tajuk syarahan yang bakal saya
sampaikan .

Hadirin sekalian,

Menurut kamus dewan ,perpaduan membawa maksud perihal berpadu,ke arah pula pergi
ke satu destinasi,manakala kesejahteraan adalah keamanan dan keharmonian .

Sidang hadirin yang dihormati,

Sudah 51 tahun Negara kita mencapai kemerdekaan.Dalam tempoh itulah,


perpaduan yang menjadi teras pembangunan Negara.Kita bangga dengan Negara kita
yang mempunyai berbilang bangsa,agama dan budaya. Namun.masih dapat hidup
bersama sama dengan aman dan damai .Ya ,semua adalah kerana semangat muhibbah
dan perpaduan yang diamalkan dalam setiap diri anggota masyarakat .

Sidang hadirin yang dikasihi,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang Sistem Pendidikan


Negara kita telah menyatukan pelbagai kaum di Negara kita ini.Melalui sistem inilah
,murid-murid menerima pendidikan yang bermatlamatkan memupuk jati diri.Dengan itu
akan tumbuhlah semangat integrasi nasional bermula dari akar umbinya lagi .

Hadirin yang dikasihi,

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara. atas rasa tanggungjawab dan kesedaran
inilah, maka kerajaan telah menganjurkan Program Khidmat Negara. Antara objektifnya
ialah menjalinkan bibit-bibit perpaduan dan mengukuhkan permuafakatan yang telah
sedia ada.
Hadirin yang berwawasan,

Sejarah telah membuktikan bahawa tanpa perpaduan,tiada kejayaan kita kecapi .


Justeru itu, Perdana Menteri Malaysia yang ke 6,Yang Amat Berhormat Datuk Seri
Mohd Najib b Tun Abdul Razak telah mengungkapkan satu gagasan iaitu „Satu Malaysia
„ sebagai tonggak utama untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dengan
matlamat kekayaan ekonomi dapat dikongsi bersama.Jelas disini, perpaduan dan
kesejahteraan akan hanya dapat dikecapi sekiranya rakyat yang berbilang kaum ini
mempunyai semangat kekitaan sebagai bangsa Malaysia.

Hadirin yang dikasihi,

Pelbagai inisiatif telah diambil oleh kerajaan demi mencapai perpaduan dalam
masyarakat kita.Alternatif yang paling penting dan efektif ialah penggunaan bahasa
melayu sebagai bahasa rasmi.
Yang kurik itu kendi,yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,yang indah itu bahasa

Dengan bahasalah,kita dapat berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain tanpa
sempadan .

Hadirin yang dimuliakan,

Kini, Malaysia telah menjadi sebutan dunia.Kemajuan dan kejayaan menyatu


padukan rakyat berbaling bangsa ,agama dan budaya memang menakjubkan. Justeru
itu,sebagai generasi muda dan pewaris bangsa Malaysia ,kita perlu mengekalkan dan
mengukuhkan lagi perpaduan yang sedia terjalin .
Ingatlah,bersatu teguh,bercerai roboh.dimana bumi dipijak,disitu langit di
junjung. Marilah kita bersatu demi kesejahteraan Malaysia yang tercinta.

Sekian, terima kasih .


Nama Peserta :
Tajuk: Malaysia, bumiku yang bertuah.
Nama Sekolah : Sekolah Jenis Keb.Cina Taman Tas.

Sejambak kasih, sekalung budi buat Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang
berkarisma, Dif-dif kehormat, seterusnya hadirin yang budiman. Salam satu Malaysia
dan salam perpaduan .

Kata pepatah.hujan emas di negara orang,hujan batu di negara sendiri. Namun,


pernahkah anda terfikir betapa bertuahnya anda tinggal di Malaysia ?

Justeru itu pada pagi yang mulia ini ,saya ingin mengajak hadirin untuk sama-
sama menghalusi tajuk syarahan saya iaitu “Malaysia ,bumiku yang bertuah “

Merujuk kamus dewan bumi bermaksud planet,dunia dan tempat


tinggal.manakala bertuah bermaksud bahagia , beruntung dan bernasib baik .

Hadirin yang dihormati,

Sudah 54 tahun bumi bertuah ini mencapai kemerdekaan.Dalam tempoh itulah,


perpaduan menjadi tunjang kepada kemajuan negara. Justeru itu, Pemimpin utama
Negara,Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib B Tun Abdul Razak telah mencetus
gagasan “ 1 Malaysia” iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” sebagai
tonggak utama untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu .

Hadirin yang budiman,

Bertuah sungguh kerana kita dilahirkan di Malaysia, bumi yang aman damai. Kita
tidak hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Masih segar dalam ingatan pada 1
Mac yang lalu, gempabumi kuat telah mencetus ombak tsunami dan membadai
pantai Honshu ,meranapkan insfrastruktur hebat dan canggih di “Negara Matahari
Terbit” itu. Kita amat bersimpati .
Hadirin yang dikasihi,

Memang benar bak kata pujangga dan bijak pandai ,bumi ini sudah terlalu tua
dan menunggu masa kehancuran. Atau mungkinkah ini hukum dan balasan alam
diatas kerosakan dan kemusnahkan yang manusia telah lakukan selama ini.Tangan-
tangan jahat dan rakus telah memusnah, menganyang dan merobek bumi ini hingga
menjadi kotor,tandus dan kontang. Aduhai, malang sungguh nasibmu wahai bumi!

Namun , bumi Malaysia nan bertuah ini masih terhindar dari segala macam
musibah ini.Inilah rahmat dan anugerah Tuhan yang paling berharga .Oleh itu haruskah
kita musnahkan anugerah Tuhan ini dengan menimbulkan hal yang remeh –temeh, isu-
isu sensitif , mementingkan diri dan kaum sendiri? Sanggupkah kita lihat negara yang
tercinta ini menjadi huru-hara dan kacau bilau ?

Hadirin yang dihormati,

Ayuhlah, kita pelihara dan jaga bumi Malaysia nan bertuah ini !.Marilah kita
satukan hati-hati kita agar menjadi satu bangsa yang cintakan perpaduan dan
keamanan. Semai dan tanamkan benih kemesraan ,nescaya akan tumbuhlah pohon
perpaduan”.
Maka sama-samalah kita suburkan pohon ini dengan semangat “1 Malaysia.”

Sekian terima kasih.

AK CIPTA TERPELIHARA.AmAziz.com.my
Nama : Kushindra Nair.
Nama Sekolah: SJK© Taman Tas .

Malaysia ,tanahairku tercinta.

Senyuman manis buat Pengacara majlis ,kombinasi kehakiman yang berintegriti


dan pastinya menegakkan keadilan, Dif-dif kehormat,guru-guru dan rakan–rakan yang
dihormati.

Adakah kamu sayang Malaysia ?


Adakah kamu cinta Malaysia ?

Kata orang,tak kenal maka tak cinta. Oleh itu,untuk santapan ilmiah kita bersama
saya titipkan sebuah syarahan bertajuk Malaysia, tanahairku tercinta. Menurut kamus
dewan , cinta bermaksud perasaan sayang dan kasih kepada individu atau negara.

Warga dewan yang di hormati,

Bagaimana untuk kita menzahirkan rasa kecintaan kepada negara? Pertama, kita
harus menjunjung tinggi dan menghayati prinsip Rukun Negara iaitu :-

Kepercayaan kepada Tuhan,


kesetiaan kepada Raja dan Negara,
Keluhuran perlembagaan,
Kedaulatan undang-undang,
Kesopanan dan kesusilaan,

Wah ,begitu gah rukun negara digarap dan diolah . Namun , adakah ianya dihayati
dan difahami oleh generasi muda hari ini? Justeru , Pemimpin utama Negara,Yang Amat
Berhormat Datuk Seri Najib B Tun Hj Abdul Razak telah mencetus gagasan „ 1
Malaysia ’ sebagai tonggak utama untuk melahirkan warga negara yang berkualiti, setia
dan cinta kepada negara .
Sidang hadirin yang dikasihi,

Kedua, Sejarah merupakan guru yang terhebat . „patah sayap bertongkat


paruh,namun perjuangan tetap ampuh‟ . Begitulah kekentalan semangat perjuangan
generasi dahulu . Nama– nama gah yang terpahat kukuh di tugu peringatan dan buku
sejarah,bukan sekadar untuk tatapan tetapi untuk dihayati erti sebenar semangat cintakan
negara.

Mereka sanggup mati daripada melihat tanah air dirampas , maruah bangsa dan
agama dipersendakan.Tangan-tangan penjajah yang jahat dan rakus inilah telah mengorek
,merobek dan mengaut kekayaan hasil bumi hingga menjadi gondol, tandus dan kontang.
Inilah, inilah wajah sebenar penjajah .

Sanggupkah kita lihat segala pergorbanan mereka menjadi sia-sia?.Saya ulangi,


sanggupkah ?

Hadirin yang di hormati,

Ketiga, Anak-anak umpama tiang seri dan aset terpenting negara .Akhlak mereka
perlu diasuh, bakat perlu digilap ,minda perlu disemai dan ditanamkan dengan kisah-
kisah sejarah . Dengan itu, pasti akan tumbuh dan suburlah semangat cintakan negara.

Sebelum mengundur diri, saya ingin menyeru generasi muda. Wahai ,anak-anak
muda,bangunlah! Hei, anak-anak muda, bangkitlah !.
Marilah ,kita satukan hati-hati kita agar menjadi satu bangsa yang cintakan
negara.

„Malaysia, tanahairku tercinta’

Sekian, terima kasih .


Nama Peserta : Ong Chee Thong

Tajuk: Masyarakat Bermoral Cintakan Negara.


Manis, manis ,manis bukannya gula, manis ku pandang budi bahasa. Senyuman
manis buat Pengacara majlis, kombinasi kehakiman yang berintegriti ,Dif-dif kehormat ,
kelompok pendidik bestari serta rakan-rakan yang dihormati.
Apa khabar penutur bahasa melayu tercinta?

”Masyarakat bermoral cintakan Negara” .Begitulah peri pentingnya modul


bicara kita pada hari ini. Menurut kamus dewan, moral dikaitkan dengan akhlak dan
tingkahlaku manakala cinta pula bermaksud perasaan sayang dan kasih kepada individu
atau negara.

Warga dewan yang di hormati,

Bagaimana untuk kita menzahirkan rasa kecintaan yang tinggi kepada


negara?
Ahli Falsafah Greek kuno menyatakan.”.pengamalan nilai moral yang
dilengkapi pembudayaan ilmu pengetahuan serta kehidupan yang diwarnai dengan
sikap peri kemanusian merupakan satu pakej yang tak dapat dipisah-
pisahkan.Kesemua itu perlu sama dipacu bagi membina sebuah masyarakat yang
hebat dan jitu”

Lihat sahaja betapa agung dan hebatnya kota Cordova dan Andalus suatu ketika
dahulu . Masyarakatnya amat mencintai dan menghayati bait-bait ilmu sehingga telah
diangkat dan dinobat sebagai pusat pengembangan ilmu sejagat yang amat disegani dan
dihormati kerana ilmu dan moral yang dimiliki.

Hadirin yang dihormati..

Soalnya, adakah masyarakat kita sehebat itu? Adakah kita layak dipanggil
manusia bertamadun dan hebat sekiranya dhaif dan kontang dari segi pengamalan moral
.
Kita sudah penat , letih memikirkan isu moral. Bermoralkah kita jika bayi dan
anak kecil sanggup dibuang dan dibunuh. Bertamadunkah kita jika seorang anak sanggup
membunuh ayah serta ibunya? Kejam dan zalim.Inilah kebejatan moral dan malapetaka
besar yang kian hari kian menular dalam masyarakat kita. Ingat, runtuh masyarakat,
runtuhlah negara? Haruskah kita biarkan? Anda jawab.
Sidang hadirin yang dikasihi,

Kedua, Kita imbau kembali lipatan sejarah.Kata bijak pandai , sejarah merupakan
guru yang terhebat , patah sayap bertongkat paruh, namun perjuangan tetap ampuh. Nama–
nama gah yang terpahat kukuh di tugu peringatan dan buku sejarah bukan sekadar untuk
tatapan tetapi untuk dihayati erti sebenar semangat cintakan Negara.

Mereka rela hancur dimamah senjata daripada membiarkan maruah bangsa dan
agama diinjak dan dipersendakan.Sanggupkah kita lihat segala pergorbanan mereka
menjadi sia-sia? Saya ulangi. Sanggupkah ?

Sidang hadirin yang dikasihi.

Ketiga,anak-anak adalah permata dan aset terpenting negara pada masa


depan.Akhlak mereka perlu diasuh, bakat perlu digilap ,minda perlu disogok ,disuap
dengan nilai moral yang luhur dan terpuji.. Semai dan tanamkan di jiwa mereka dengan
kisah-kisah sejarah. Dengan itu, pasti akan tumbuh dan suburlah rasa kecintaan pada
negara.

Ayuhlah ,kita timbus nilai kebejatan,kita cungkil nilai kemuliaan, Marilah kita
bersihkan hati-hati kita agar menjadi satu bangsa bermaruah yang mempunyai ketinggian
moral dan cintakan negara.

Sekian terima kasih .


Tajuk: Masyarakat Bermoral Cintakan Negara.

“Jika kita satukan kekuatan kita,satukan peranan dan hala tuju kita,maka ia
akan menjadi satu kekuatan dalam proses membina sebuah negara maju yang kita
cintai”,
Kata-kata yang amat bermakna daripada pemimpin nombor satu negara ,Yang
Amat Berhormat Datuk Seri Najib B Tun Hj Abdul Razak yang merupakan nadi
pembentuk slogan “ 1 Malaysia” kearah tranformasi ekonomi dan sosial masyarakat.

Senyuman manis buat Pengacara majlis, kombinasi kehakiman yang berintegriti


,Dif-dif kehormat ,kelompok pendidik bestari serta rakan-rakan yang dihormati.
Apa khabar penutur bahasa melayu tercinta?

Masyarakat bermoral cintakan Negara”.Begitulah peri pentingnya modul


bicara ilmiah yang bakal saya hidangkan buat santapan minda kita bersama. Menurut
kamus dewan .Moral dikaitkan dengan akhlak dan tingkahlaku manakala Cinta pula
bermaksud perasaan sayang dan kasih kepada individu atau Negara.

Warga dewan yang di hormati,


Bagaimana untuk kita menzahirkan rasa kecintaan yang tinggi kepada
negara?
Ahli Falsafah greek kuno menyatakan ,” pengamalan nilai moral yang
dilengkapi pembudayaan ilmu pengetahuan serta ruang litup kehidupan yang
diwarnai dengan sikap peri kemanusian merupakan satu pakej yang tak dapat dipisah-
pisahkan. Kesemua itu perlu sama dipacu bagi membina sebuah masyarakat yang
hebat dan jitu,”
Lihat sahaja betapa agung dan hebatnya kota Cordova dan Andalus suatu ketika
dahulu . Masyarakatnya ketika itu amat mencintai dan menghayati bait-bait ilmu
sehingga Kota Cordova dan Andalus telah diangkat dan dinobat sebagai pusat
pengembangan ilmu sejagat yang amat disegani dan dihormati kerana ilmu dan moral
yang dimiliki.

Hadirin yang dihormati..


Soalnya..adakah masyarakat kita sehebat itu? Adakah kita layak dipanggil
manusia bertamadun dan masyarakat hebat sekiranya dhaif dan kontang dari segi
pengamalan moral .
Kita sudah penat , kita sudah letih memikirkan isu moral dan sosial.Bermoralkah
kita jika bayi dan anak kecil sanggup dibuang dan dibunuh. Bertamadunkah kita jika
seorang anak sanggup membunuh ayah serta ibunya? Kejam dan zalim.Inilah kebejatan
moral dan malapetaka besar yang kian hari kian menular dalam masyarakat kita. Ingat,
runtuh masyarakat, runtuhlah Negara? Haruskah kita biarkan? Anda jawab.

Nama Peserta :Kushindra Nair

Tajuk; Malaysia ,Tanahairku Tercinta.

Senyuman manis buat Pengacara majlis ,kombinasi kehakiman yang berintegriti


dan pastinya menegakkan keadilan, Dif-dif kehormat,guru-guru dan rakan–rakan yang
dihormati.

Adakah kamu sayang Malaysia ?


Adakah kamu cinta Malaysia ?

Kata orang,tak kenal maka tak cinta. Oleh itu,untuk santapan ilmiah kita bersama
saya titipkan sebuah syarahan bertajuk Malaysia, tanahairku tercinta. Menurut kamus
dewan , cinta bermaksud perasaan sayang dan kasih kepada individu atau negara.

Warga dewan yang di hormati,

Bagaimana untuk kita menzahirkan rasa kecintaan kepada negara? Pertama, kita
harus menjunjung tinggi dan menghayati prinsip Rukun Negara.
Begitu gah rukun negara digarap dan diolah . Namun , adakah ianya dihayati dan
difahami oleh generasi muda hari ini? Justeru , Pemimpin utama Negara,Yang Amat
Berhormat Datuk Seri Najib B Tun Hj Abdul Razak telah mencetus gagasan „ 1
Malaysia ’ sebagai tonggak utama untuk melahirkan warga negara yang berkualiti, setia
dan cinta kepada negara .

Sidang hadirin yang dikasihi,

Kedua, Sejarah merupakan guru yang terhebat . „patah sayap bertongkat


paruh,namun perjuangan tetap ampuh‟ . Begitulah kekentalan semangat perjuangan
generasi dahulu . Nama– nama gah yang terpahat kukuh di tugu peringatan dan buku
sejarah,bukan sekadar untuk tatapan tetapi untuk dihayati erti sebenar semangat cintakan
negara.

Mereka sanggup mati daripada melihat tanah air dirampas , maruah bangsa dan
agama dipersendakan.Tangan-tangan penjajah yang jahat dan rakus inilah telah mengorek
,merobek dan mengaut kekayaan hasil bumi hingga menjadi gondol, tandus dan kontang.
Inilah, inilah wajah sebenar penjajah .

Sanggupkah kita lihat segala pergorbanan mereka menjadi sia-sia?.Saya ulangi,


sanggupkah ?
Hadirin yang di hormati,

Ketiga, Anak-anak umpama permata barharga dan aset terpenting negara .Akhlak
mereka perlu diasuh, bakat perlu digilap ,minda perlu disemai dan ditanamkan dengan
kisah-kisah sejarah . Dengan itu, pasti akan tumbuh dan suburlah semangat cintakan
negara.

Sebelum mengundur diri, saya ingin menyeru generasi muda. Wahai ,anak-anak
muda,bangunlah!. Hei, anak-anak muda, bangkitlah !.
Marilah ,kita satukan hati-hati kita agar menjadi satu bangsa yang cintakan
negara.

„Malaysia, tanahairku tercinta’

Sekian, terima kasih .

Anda mungkin juga menyukai