Anda di halaman 1dari 19

PEMARKAHAN

1 TUGASAN 1

RIS

SEMESTER 1 SESI 2018/2019

KPR 4063
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

TAJUK TUGASAN

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Aplikasi Pengajaran Kepelbagaian Pelajar Untuk Proses Pembelajaran dan


Pemudahcaraan (PdPc) yang berkesan

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NOOR HIDAYA BINTI MAT YUSA L20171010755 019-7112497

NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. MARIA BINTI SALIH


ABSTRAK

Pengajaran yang sesuai dan berkesan amat penting untuk diaplikasikan di dalam Proses
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Hal ini sangat penting bagi memastikan pelajar
melibatkan diri secara aktif di dalam kelas. Satu kajian dijalankan bagi memastikan semua
pelajar melibatkan diri secara aktif di dalam PdPc. Teori Kecerdasan Pelbagai telah
diaplikasikan. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau sejauh mana guru mengaplikasikan
teori kecerdasan pelbagai di dalam PdPc dan memupuk keterlibatan pelajar secara aktif di
dalam PdPc. Kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar serta minat
pelajar terhadap pelajaran. Kajian ini melibatkan 1 orang guru (pengkaji) dan 19 orang
pelajar 4 An-Naim yang terdiri daripada pelajar yang berprestasi sederhana dan lemah.
Kajian ini menggunakan model Kurt Lewin yang mana meliputi 5 tahap utama bagi setiap
kitaran. Kaedah temu bual dan pemerhatian serta refleksi pengkaji digunakan bagi
mengumpul data. Dapatan kajian menunjukkan, pengajaran yang melaksanakan aktiviti yang
menerapkan kecerdasan pelbagai dapat meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif di
dalam proses PdPc. Konklusinya, guru perlu lebih kreatif bagi memastikan proses PdPc yang
dilaksanakan berkesan.
PENGENALAN
Setiap individu yang lahir adalah berbeza diantara satu sama lain. Hal ini jelas kerana setiap
individu adalah unik dan tidak ada seratus-peratus sama dengannya meskipun bagi pasangan
kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau
ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi,
fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang lain mungkin terdapat
sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu guru-guru harus memahami perkara ini di
kalangan pelajar-pelajar kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.

Umumnya, para pendidik mempunyai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik darjah mengikut subjek atau matapelajaran.
Namun, kebanyakan guru percaya bahawa dengan menggunakan satu kaedah dan teknik sahaja
mampu menjadikan proses PdPc berjalan dengan lancar tanpa mengambil kira dari segi aspek
kepelbagaian pelajar. Oleh hal demikian, proses PdPc; tidak akan mencapai objektif yang telah
ditetapkan berikutan terdapat sebilangan pelajar yang ketinggalan. Jika hal ini berlarutan
golongan berkenaan akan merasa dipinggirkan dan menganggap guru tidak cakna akan
persekitaran.

Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli akan siapa
sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti didalam sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti
akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka
ke dalam situasi pembelajaran.. Setelah guru mampu memahami serta mengenali setiap jenis
pelajar didalam kelas, impaknya pelajar boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran
mereka di sekolah.

Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kecerdasan pelajar yang wujud
sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian
yang teliti perlu diberikan kepada minat, bakat, pengalaman serta kemahiran yang diperolehi
dalam membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran.

Kecerdasan pelbagai yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan
sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran setiap orang pelajar dalam
menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Justeru itu adalah penting bagi guru
memahami serta mengetahui gaya pembelajaran pelajar yang wujud di dalam sesebuah kelas.
Teori kecerdasan pelbagai
Salah satu hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah memberi peluang
pendidikan yang sama rata agar pelajar dapat mencapai potensi masing-masing. Pelaksanaan
PdP di sekolah boleh dijalankan menggunakan Toeri Kecerdasan Pelbagai untuk menonjolkan
potensi diri pelajar dengan menggunakan pendekatan yang berbeza (Gardner, 1983). Selain itu,
pendekatan ini dilihat dapat menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan
mengakui bahawa setiap pelajar adalah unik dengan cara pembelajaran yang berlainan. Ia juga
diyakini dapat meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui PdPc yang
menyeronokkan. Pengajaran berasaskan Teori Kecerdasan Pelbagai mencakupi pelbagai
kecerdasan pelajar iaitu verbal linguistik, visual ruang, logik matematik, interpersonal,
intrapersonal, kinestetik, muzik dan naturalis. Guru boleh merancang PdP yang sesuai
mengikut kecerdasan pelbagai pelajar.

LATAR BELAKANG KAJIAN


Kajian ini adalah berkaitan dengan aplikasi pengajaran kecerdasan pelbagai bagi menghasilkan
proses PdPc yang berkesan. Kajian ini dijalankan atas kesedaran pengkaji selepas melihat
kebanyakan pelajar dilihat tidak memberikan tumpuan di dalam kelas dan tidak berminat untuk
melibatkan diri secara aktif di dalam kelas. Akibatnya, proses PdPc didapati tidak berkesan.
Keberkesanan sesuatu proses PdPc amat bergantung kepada kaedah dan strategi PdPc yang
dijalankan oleh guru di dalam kelas.
Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) perlu
diaplikasi dalam PdPc bagi menghasilkan proses PdPc yang berkesan. Toeri Kecerdasan
Pelbagai membantu menonjolkan potensi diri pelajar dengan menggunakan pendekatan yang
berbeza (Gardner, 1983). Pengajaran berasaskan Teori Kecerdasan Pelbagai mencakupi
pelbagai kecerdasan pelajar iaitu verbal linguistik, visual ruang, logik matematik,
interpersonal, intrapersonal, kinestetik, muzik dan naturalis. Guru boleh merancang PdP yang
sesuai mengikut kecerdasan pelbagai pelajar.
Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana guru mengaplikasi pengajaran
kecerdasan pelbagai serta memupuk keterlibatan pelajar secara aktif semasa proses PdPc
dijalankan.
Kajian ini amat penting bagi membolehkan guru mengubah gaya pengajaran mereka agar
proses PdPc menjadi lebih menarik dan berkesan. Selain itu, kajian ini juga dapat mengelakkan
pelajar daripada bersikap pasif di dalam kelas sewaktu proses PdPc dilaksanakan seterusnya
guru dapat menghasilkan proses PdPc yang berkesan.
PERNYATAAN MASALAH
Pelbagai masalah di sekolah yang akan timbul jika PdP tidak berkesan. Faktor PdP tidak
berkesan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin seperti
ponteng, bising, tidak memberi tumpuan di dalam kelas, tidak berminat dengan mata pelajaran
dan guru, dan keruntuhan akhlak pelajar. 60 % daripada 1300 pelajar yang dikaji menyatakn
mereka tidak berminat dengan matapelajaran sains dan matematik kerana PdP yang tidak
berkesan selain masalah bahasa (Ishak, 2008). Hal ini kerana pengajaran guru yang tidak sesuai
iaitu hanya menggunakan kaedah tradisional (chalk and talk). Guru juga hanya menfokuskan
untuk menyelesaikan buku aktiviti sahaja (Meor, 2003).
Abu Hassan (2003) mendapati guru kurang memberi peluang kepada pelajar untuk
terlibat secara aktif dalam PdP. Guru hanya mengikut panduan buku teks tanpa menghiraukan
keadaan pelajar.
Saya mengakui bahawa sering mengabaikan pengajaran kecerdasan pelbagai dengan
alasan kekurangan masa dan kekurangan bahan bantu mengajar. Saya sendiri dapat melihat
penglibatan pelajar di dalam kelas kurang memberangsangkan berdasarkan reaksi mereka
sewaktu sesi PdP dijalankan. Mereka dilihat kurang keyakinan diri, takut dan malas untuk
melibatkan diri di dalam kelas. Mereka juga sukar memahami, mengingati serta tidak mahu
mengeluarkan idea jika diminta. Pembelajaran hanya melibatkan satu hala sahaja yang mana
guru mengajar dan pelajar hanya duduk mendengar sahaja.
Guru terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran mengikut tempoh yang telah
ditetapkan. Maka, guru mengabaikan kepelbagaian pelajar dan tidak merancang pengajaran
mengikut kesemua atau mana-mana bidang kecerdasan khusus kepada pelajar. Sehubungan itu,
pelaksanaan tindakan yang terancang dan mengambil kira tahap kecerdasan individu didapati
dapat meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas seterusnya menghasilkan PdP yang
berkesan.
Justeru, saya mengambil masalah ini sebagai kajian tindakan agar dapat menangani
permasalahan yang berlaku.
TINJAUAN LITERATUR
Kajian yang telah dijalankan oleh Alis Puteh (2008) mendapati 80 peratus guru menjalankan
PdP yang tidak berkesan. Salah satu faktor PdP tidak berkesan ialah mereka mengabaikan
kaedah pengajaran kecerdasan pelbagai.
Menurut Howard Gardner (1983), manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan
kecerdasan yang merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kecerdasan. Setiap
kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung antara satu sama lain. Seseorang
mungkin lemah dalam sesuatu kemahiran namun dia cemerlang dalam domain kecerdasan
yang lain. Menurut Gardner lagi, setiap individu mempunyai semua kecerdasan tersebut tetapi
pada kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh
dikembangkan lagi melalui pengalaman dan persekitaran.
Amrstrong (2000) menyatakan aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pendidikan
maningkatkan kejayaan pelajar di sekolah. Jasmine (1996) pula menyatakan bahawa unsur-
unsur kecerdasan pelbagai boleh diintegrasikan dalam aktiviti pembelajaran bagi mencapai
objektif pembelajaran tersebut di samoing memperkembang kecerdasan pelbagai pelajar yang
relevan dengan topik berkenaan.

OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN


Objektif kajian ini adalah untuk:
1) Untuk meninjau aplikasi pengajaran kecerdasan pelbagai oleh guru bagi
menghasilkan PdPc yang berkesan.
2) Untuk memupuk keterlibatan pelajar secara aktif dalam proses PdPc.

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan berikut:


1. Sejauh manakah guru mengaplikasi pengajaran kecerdasan pelbagai?
2. Adakah PdP berkesan melalui kaedah pengajaran kecerdasan pelbagai?
KEPENTINGAN KAJIAN
Dengan adanya kajian ini, Pertamanya, kajian tindakan ini membolehkan guru mengubah gaya

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang membosankan kepada gaya

pembelajaran yang lebih menarik. Pelajar pada masa kini tidak lagi gemar duduk dan hanya

mendengar pengajaran guru. Mereka lebih gemar bermain sambil belajar dalam suasana yang

ceria. Berdasarkan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar,

pelbagai aktiviti melibatkan pelajar digunapakai dalam proses pengajaran. Justeru, pelajar akan

kurang merasa bosan dan lebih seronok untuk hadir ke sekolah dan belajar.

Selain itu, melalui kajian ini pembelajaran aktif dapat ditingkatkan. Pelajar tidak lagi

menjadi pelajar yang pasif yang tidak berperanan dalam pengajaran dan pembelajaran, tetapi

berubah kepada seorang yang pandai berkomunikasi, tidak malu dan cergas sama ada dalam

bilik darjah atau di luar bilik darjah. Nilai-nilai koperatif dan kolaboratif yang diterapkan dalam

PdPc yang mengintegrasi pengajaran kecerdasan pelbagai.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan terhadap 1 orang guru (pengkaji) dan 28 orang murid di kelas 3 An-

Naim. Waktu kajian ini ialah semasa proses PdPc dilaksanakan iaitu 9.30 pagi sehingga 1.50

petang.
TINJAUAN LITERATUR
Kajian yang telah dijalankan oleh Alis Puteh (2008) mendapati 80 peratus guru menjalankan
PdP yang tidak berkesan. Salah satu faktor PdP tidak berkesan ialah mereka mengabaikan
kaedah pengajaran kecerdasan pelbagai.
Menurut Howard Gardner (1983), manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan
kecerdasan yang merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kecerdasan. Setiap
kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung antara satu sama lain. Seseorang
mungkin lemah dalam sesuatu kemahiran namun dia cemerlang dalam domain kecerdasan
yang lain. Menurut Gardner lagi, setiap individu mempunyai semua kecerdasan tersebut tetapi
pada kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh
dikembangkan lagi melalui pengalaman dan persekitaran.
Amrstrong (2000) menyatakan aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pendidikan
maningkatkan kejayaan pelajar di sekolah. Jasmine (1996) pula menyatakan bahawa unsur-
unsur kecerdasan pelbagai boleh diintegrasikan dalam aktiviti pembelajaran bagi mencapai
objektif pembelajaran tersebut di samoing memperkembang kecerdasan pelbagai pelajar yang
relevan dengan topik berkenaan.

Kesan Pengabaian Pengajaran Kecerdasan Pelbagai


Kajian lalu mendapati, pengabaian pengajaran kepelbagaian pelajar menjurus kepada
pengajaran yang tidak berkesan seterusnya menimbulkan masalah disiplin seperti ponteng,
bising, tidak memberi tumpuan di dalam kelas, tidak berminat dengan pelajaran yang dipelajari
dan tidak menghormati guru.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah swasta di daerah Muar, Johor dengan
menggunakan pendekatan kaedah kajian tinfakan. Saya menjalankan kajian tindakan selama 4
minggu.
Kaedah mengutip data yang digunakan di dalam kajian ini ialah pemerhatian dalam
bilik darjah dan temubual guru dan pelajar.

REKA BENTUK KAJIAN


Kajian tindakan ini dijalankan mengikut gelung kajian tindakan Kurt Lewin (1947) yang telah
diadaptasikan daripada model asal seperti rajah di bawah:
Rajah 1: Kitaran Kajian Tindakan Kurt Lewin

Pendekatan kajian tindakan yang dicadangkan oleh Kurt Lewin teah menjadi asas kepada
kajian tindakan pada masa kini. Penyelidik telah menggunakan pelan tindakan lima peringkat
iaitu Gelungan Skema Kajian Tindakan Berterusan yang telah dirumuskan oleh Kim (1992)
iaitu:
Langkah Pertama : Tinjauan isu dan masalah yang dikaji
Langkah Kedua : Perancangan kajian
Langkah Ketiga : Pelaksanaan tindakan
Langkah Keempat : Pemerhatian tindakan
Langkah Kelima : Refleksi kajian

Kajian ini berlangsung selama 5 minggu melalui tiga lingkaran sebelum mencapai matlamat
yang disasarkan. Lima tahap utama dalam satu lingkaran model ini adalah mengenal pasti isu
dan masalah kajian sebagai permulaan kajian. Kemudian, diikuti dengan penganalisisan
masalah yang didapati melalui tinjauan karya pada kajian-kajian lepas. Kemudian, pelan
dibentuk untuk merancang dan menetapkan aktiviti yang bersesuaian dengan pengajaran.
Seterusnya, melalui pelan terhadap aktiviti yang telah dirancang itu, pemerhatian dilakukan
terhadap tingkah laku dan penglibatan pelajar pada aktiviti berkenaan. Pada akhir lingkaran,
refleksi dan penilaian akan dilakukan.
Kajian ini dijalankan ke atas seorang guru (pengkaji) dan 19 orang murid kelas 4 An-
Naim bagi mata pelajaran Sains. Pelajar ini terdiri daripada pelajar yang mempunyai prestasi
pembelajaran yang sederhana dan lemah.
Kajian ini secara keseluruhannya melibatkan pengumpulan data secara kualitatif dan
kuantitatif. Instrumen yang digunakan adalah meliputi pemerhatian dan temu bual bersama
pelajar serta refleksi pengkaji. Teknik pemerhatian dan temu bual digunakan sebelum dan
selepas pengajaran kecerdasan pelbagai diaplikasikan. Antara perkara yang menjadi perhatian
pengkaji adalah penglibatan dan keaktifan pelajar kepada setiap aktiviti dan kaedah pengajaran
yang digunakan. Maklum balas dan respon ini dilihat melalui perubahan tingkahlaku yang
ditunjukkan seperti penglibatan aktif pelajar menyatakan pendapat, menumpukan perhatian
terhadap pelajaran serta mengambil bahagian di dalam aktiviti kelas.
Pemerhatian ini melibatkan semua pelajar di dalam kelas dan seterusnya direkod di
dalam borang pemerhatian. Temu bual pula dijalankan untuk mengetahui persepsi pelajar
terhadap aktiviti yang dijalankan semasa PdPc. Pelajar dipilih secara rawak untuk ditemu bual.
Temubual yang dilakukan adalah tidak berstruktur agar pelajar dapat menyatakan pendapatnya
dengan selesa dan bebas. Seterusnya, pengkaji membuat refleksi ke atas intervensi yang
dilakukan semasa PdPc.

Tahap Prosedur Penerangan prosedur


I Mengenal pasti isu dan Pada permulaan, pengkaji membuat pemerhatian
masalah kajian mengenai masalah yang timbul semasa PdPc.
Berdasarkan pemerhatian, didapati pelajar kurang aktif
di dalam kelas dan hanya bergantung kepada guru
sahaja. Guru selalu mengamalkan kaedah pengajaran
tradisional ’chalk & talk’ membuatkan pelajar mudah
bosan dan tidak melibatkan diri secara aktif di dalam
kelas.
II Menganalisis masalah Bertitik tolak daripada masalah yang timbul, maka
dan tinjauan kepada tinjauan terhadap kajian-kajian yang lalu yang
kajian-kajian lepas berkaitan dilihat untuk dijadikan sumber rujukan
kajian ini.
III Pembentukan pelan Pelan dirancang dengan memasukkan aktiviti PdPc
tindakan dan penetapan yang sesuai agar berlaku perubahan kepada tingkah
aktiviti laku pelajar dan penglibatan pelajar secara aktif di
dalam kelas.
IV Pelaksanaan tindakan dan Aktiviti yang dirancangkan dilaksanakan di dalam
kutipan data PdPc. Aktiviti yang bersesuaian dilakukan agar dapat
mendorong minat pelajar untuk terlibat secara aktif di
dalam PdPc. Pada masa yang sama, teori kecerdasan
pelbagai diterapkan dalam kaedah pengajaran yang
bersesuaian dengan tahap pelajar. Di dalam kajian ini,
pengkaji hanya melibatkan lima daripada lapan
kecerdasan iaitu logik-matematik, verbal-linguistik,
kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. Data
dikumpul berdasarkan pemerhatian terhadap
penglibatan pelajar di dalam PdPc dan temu bual
bersama pelajar.
V Refleksi dan penilaian Tahap ini melibatkan penilaian, penganalisisan,
penjelasan dan kesimpulan. Penilaian dilakukan
berdasarkan pemerhatian yang direkod di dalam
borang pemerhatian yang disediakan untuk menilai
sama ada aktiviti yang dijalanakn mampu
meningkatkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan data yang diperolehi daripada aktiviti yang telah dijalankan, didapati peningkatan
peratusan pelajar yang melibatkan diri secara aktif di dalam kelas semasa PdP semakin
meningkat. Tingkah laku, keyakinan dan minat pelajar juga turut meningkat. Peratusan pelajar
yang pasif didapati semakin menurun.

Jadual 1: Ringkasan data Pemerhatian bagi kelas 4 An-Naim (mata pelajaran Sains)
Minggu Aktiviti Penglibatan pelajar Peratus penglibatan
secara suka rela pelajar secara suka rela
1 Simulasi 0 0%
2 Permainan teka silang kata 5 26%
3 Kuiz Roda Impian 10 53%
4 Pertandingan peta minda 18 95%
kreatif berkumpulan
5 Eksperimen 19 100%

Pada minggu pertama PdPc, guru melihat penglibatan pelajar sangat kurang aktif. Guru
meminta pelajar secara sukarela ke hadapan kelas untuk menceritakan pengalaman mereka
mengenai sesuatu fenomena, tiada yang menawarkan diri. Apabila dipanggil nama tertentu
untuk ke hadapan mereka kelihatan malu dan kurang keyakinan. Berdasarkan temu bual tidak
bertstruktur yang dijalankan, pelajar memberitahu bahawa mereka tidak bersedia, malu dan
kurang berkeyakinan. Mereka juga kurang diberikan pendedahan dengan aktiviti pembelajaran
berpusatkan pelajar.
Pada minggu kedua, guru menjalankan aktiviti teka silang kata. Guru mengaplikasikan
Teori Kecerdasan Pelbagai. Guru memberi galakkan kepada pelajar untuk tampil ke hadapan
kelas secara sukarela. Guru meminta pelajar tersebut menyelesaikan teka silang kata yang
diberikan. Guru tidak akan menghukum pelajar yang memberikan jawapan yang salah
sebaliknya guru akan memuji pelajar tersebut kerana berani tampil ke hadapan kelas untuk
mencuba menjawab teka silang kata. Guru mempelbagaikan cara penyampaian yang mana guru
membaca soalan-soalan dan pada masa yang sama mengedarkan kertas yang mengandungi
soalan yang telah ditaip kerana guru mengambil kira kecerdasan pelbagai yang ada pada
pelajar. Ada individu yang cenderung memahami sesuatu melalui pendengaran dan ada juga
yang lebih cenderung melalui penglihatan dan pembacaan. Melalui pemerhatian yang dibuat,
didapati setelah guru menggunakan pelbagai kaedah penyampaian dan pengajaran, kelihatan
pelajar lebih yakin untuk menjawab soalan dan tampil ke hadapan kelas.
Pada minggu ketiga dan keempat, guru menerapkan pelbagai jenis kecerdasan di dalam
aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Sebagai contoh, guru mengadakan aktiviti Kuiz Roda Impian.
Kuiz ini dijalankan secara berkumpulan. Aktiviti ini menggabungkan kecerdasan logik-
matematik, kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. Hasil pemerhatian didapati pelajar
menjadi lebih aktif daripada aktiviti sebelumnya. 53% pelajar melibatkan diri secara aktif di
dalam aktiviti ini. Pada minggu keempat, dijalankan aktiviti melakar peta minda secara kreatif.
Aktiviti ini bertujuan memperkembangkan kecerdasan-kecerdasan pelbagai yang ada pada
pelajar. Aktiviti melukis merujuk kepada kecerdasan ruang, aktiviti berkumpulan merujuk
kepada kecerdasan interpersonal dan intrapersonal dan pembentangan di hadapan kelas
merujuk kepada kecerdasan verbal-linguistik. Peratus pelajar yang melibatkan diri secara aktif
juga dilihat semakin meningkat iaitu 95 %. Seterusnya, pada minggu kelima, dijalankan
eksperimen mencipta Roket Air secara berkumpulan. Semua pelajar dilihat sangat teruja dan
bersungguh-sungguh dalam melakukan aktiviti ini. Aktiviti ini melibatkan kecerdasan visual-
ruang, kinestetik, logik-matematik, interpersonal dan intrapersonal. Pelajar kelihatan sangat
bersemangat dan melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti ini. Pelajar juga dilihat semakin
berani dan berkeyakinan diri yang tinggi.
Setelah menjalani kesemua aktiviti di atas, 4 orang pelajar dipilih secara rawak untuk
ditemu bual. Mereka yang ditemu bual lebih berani untuk meluahkan pendapat dan pandangan
mereka. Mereka menyatakan bahawa mereka berasa lebih seronok untuk belajar dan lebih
berkeyakinan untuk melibatkan diri secara aktif di dalam kelas ketika PdPc dijalankan. Mereka
juga menyatakan bahawa mereka menjadi lebih yakin bahawa mereka akan memperoleh
kejayaan yang lebih cemerlang di dalam pelajaran terutama mata pelajaran Sains.
REFLEKSI
Melalui kajian yang telah dijalankan, saya mendapati pendekatan pengajaran kecerdasan
pelbagai amat penting untuk diterapkan di dalam aktiviti PdPc di dalam kelas. Kajian ini telah
jelas membuktikan keberkesanan pengajaran menggunakan pendekatan kecerdasan pelbagai.
Kesedaran kepelbagaian pelajar yang wujud di dalam kelas mendorong kita sebagai guru untuk
lebih kreatif menggunakan pendekatan yang sesuai bagi memastikan PdPc yang dijalankan
berjaya dan berhasil.
Teori Kecerdasan pelbagai ini amat penting diapikasikan kerana ia menyokong
pembelajaran bersepadu dan menyeluruh selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan keperluan pelajar. Selain itu, pendekatan ini dilihat dapat menerima
persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap pelajar mempunyai
keunikan mereka yang tersendiri. Harga diri, kreativiti dan motivasi pelajar juga dapat
ditingkatkan melalui proses PdPc yang menyeronokkan. Suasana pembelajaran secara
kolaboratif juga dapat diwujudkan di sekolah.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN


Kajian ini tidak memberi penekanan khusus kepada kecerdasan pelbagai bagi setiap pelajar.
Satu kajian lanjutan boleh dilaksanakan dengan melaksanakan dahulu Ujian Kecerdasan
Pelbagai Pelajar agar pelajar dapat dikumpulkan mengikut kelompok yang tertentu berdasarkan
kecerdasan-kecerdasan yang tertentu. Hal ini bagi memastikan agar kajian yang dilaksanakan
dapat memberikan hasil yang lebih berkesan,
RUJUKAN

Abu Hassan (2003). P&P kimia di sekolah menengah: kemana arahnya, Seminar
Memperkasakan Sistem Pendidikan UKM.

Alis Puteh (2008). Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Luar Bandar:
Satu Kajian Di Kubang Pasu, Kedah. Seminar Pendidikan UTM

Armstrong, T. (2000). Multiple intelligences in the classroom (2nd ed.). Virginia:


Association for Supervision and Curriculum Development.

Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New


York: Basic Books.

Jasmine, J. (1996). Teaching with multiple intelligence. Westminster: Teacher


Created Materials.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tan. L.T. (1991). Menyiasat Tahap Kemahiran Sains Bersepadu. Tesis Sarjana Muda, UTM
Lampiran 1
BORANG SENARAI SEMAK
(Pemerhatian)
Aplikasi Pengajaran Kepelbagaian Pelajar Untuk Menghasilkan PdPc Yang berkesan
Tandakan () di dalam kotak yang disediakan.
Nama guru : Noor Hidaya Binti Mat Yusa
Matrik : L20171010755

Bil. Perkara Minggu Minggu Minggu Minggu Minggu


1 2 3 4 5
1. Adakah guru menggunakan
kaedah pengajaran kepelbagaian    
pelajar (Teori Kecerdasan
Pelbagai) dalam pengajaran hari
ini?

2. Adakah guru menerapkan semua


Teori Kecerdasan Pelbagai?   

3. Adakah murid kelihatan aktif dan


seronok semasa proses PdP    
dilaksanakan?

4. Adakah semua murid terlibat


secara aktif dalam PdP? 

5. Adakah murid dapat


menyelesaikan semua tugasan   
yang diberi dengan baik?

Pemerhati 1: Guru Penolong Kanan Akademik


BORANG SENARAI SEMAK
(Pemerhatian)
Aplikasi Pengajaran Kepelbagaian Pelajar Untuk Menghasilkan PdP Yang berkesan
Tandakan () di dalam kotak yang disediakan.
Nama guru : Noor Hidaya Binti Mat Yusa
Matrik : L20171010755

Bil. Perkara Minggu Minggu Minggu Minggu Minggu


1 2 3 4 5
1. Adakah guru menggunakan
kaedah pengajaran kepelbagaian    
pelajar (Teori Kecerdasan
Pelbagai) dalam pengajaran hari
ini?

2. Adakah guru menerapkan semua


Teori Kecerdasan Pelbagai?   

3. Adakah murid kelihatan aktif dan


seronok semasa proses PdP    
dilaksanakan?

4. Adakah semua murid terlibat


secara aktif dalam PdP? 

5. Adakah murid dapat


menyelesaikan semua tugasan   
yang diberi dengan baik?

Pemerhati 2: Guru Kanan Sains


Lampiran 2
Aplikasi Pengajaran Kepelbagaian Pelajar Untuk Memastikan PdP yang Berkesan

SOALAN TEMUBUAL

1) Adakah kamu berminat dengan mata pelajaran Sains?

2) Bagaimanakah cara pengajaran guru yang kamu minati?

3) Adakah kamu berminat dengan cara pengajaran guru sekarang?

4) Adakah mata pelajaran Sains membosankan?

5) Apakah aktiviti yang kamu sukai dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru?

Anda mungkin juga menyukai