Anda di halaman 1dari 20

PENDAHULUAN

Dalam memperkatakan mengenai Perjanjian Versailles, satu perkara yang perlu dan akan
diperkatakan di sini adalah berkenaan kesan termeterainya perjanjian ini sendiri kepada negara-
negara Asia Timur. Melihat kepada perkara ini, setelah Jerman dan negara pengikutnya menyerah
kepada tentera bersekutu pada November 1918, negara-negara yang memenangi peperangan ini
telah mula melakukan satu persidangan di Paris pada 28 Jun 1919 di mana persidangan ini
1
dihadiri oleh 70 delegasi yang mewakili 27 negara pemenang. Daripada kenyataan di atas,
peperangan yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada perang Dunia Pertama yang
berlaku antara tahun 1914-1918 dan tujuan persidangan ini pula diadakan adalah bertujuan
sebagai penanda aras berakhirnya peperangan yang sekaligus menyaksikan pula bermulanya
kedamaian di antara negara-negara yang terlibat sehingga termeterainya Perjanjian Versailles.
Oleh kerana itulah perjanjian ini juga dikenali juga sebagai perjanjian damai. Namun, persoalan
pokoknya di sini, betulkah kedamaian yang diuar-uarkan melalui Perjanjian Versailles ini benar-
benar terjadi? benarkah perjanjian yang termeterai ini telah sedikit sebanyak meningkalkan kesan
kepada negara yang secara langsung terlibat di dalam syarat perjanjian ini. Semua persoalan ini
akan dijawab dan dirungkai satu persatu kemudian.

PENGLIBATAN CHINA DAN JEPUN DALAM PERANG DUNIA PERTAMA 1914-1918

2
Perang Dunia Pertama yang berlaku pada Ogos 1914 hingga tahun 1918 telah menunjukkan
keterlibatan Jepun dan China dalam perang tersebut. Perkara yang menyebabkan China dan
Jepun terlibat sama dalam perang Dunia Pertama ialah Pemberontakan Tonghak yang berlaku di
Korea. Setelah China dikalahkan, China telah menandatangani Perjanjian Shimonoseki.Taiwan
telah diserahkan kepada Jepun termasuk kepulauan Pescadores dan Semenanjung
Liaotung.Walau bagaimanapun, Semenanjung Liaotung dikembalikan kepada China selepas
menerima bantahan dari Jerman, Rusia dan Perancis. Maharaja Korea telah meminta bantuandari
China untuk menghancurkan pemberontakan Tonghak dan China telah menghantar 3000 tentera
ke Korea manakala Jepun menghantar 8000 tentera. Warganegara Jepun di Korea

1Nana Supriatna, Mamat Ruhimat dan Kosim. (2006). Ilmu Pengetahuan Sosial (Geografi, Sejarah,
Sosiologi, Ekonom). Indonesia:Grafindo Media Pratama. Hlm 20.
2W. Scott Morton. (2006). Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 188.

1|PERJANJIAN VERSAILLES
mendesak Jepun dan China melakukan reformasi di Korea bagi memulihkan keadaan.China
menolak cadangan itu dengan alasan Korea adalah negara naungannya dan menganggap Jepun
tidak berhak ke atas Korea.

Maharaja Korea enggan mengiktiraf kekuasaan Jepun ke atas negaranya.Tentera Jepun


3
menangkap beberapa anggota keluarga diraja Korea dan melantik seorang raja boneka.
Maharaja yang didalangi oleh Jepun itu menghantar surat perintah kepada China bahawa
hubungan Korea dan China terputus serta baginda juga telah meminta tentera Jepun untuk
mengusir tentera China dari Korea. Perang Dunia Pertama yang berlaku telah memperlihatkan
Jepun, Amerika Syarikat, Itali, Perancis dan Britain telah bergabung untuk melawan
Jerman.Walaupun Jepun merupakan sebuah negara Asia yang kecil, namun kejayaannya telah
menaikkan prestij dan maruahnya di mata dunia. Jepun sebenarnya mempunyai kepentingan
yang lain di China iaitu bukan tertumpu dalam aspek ekonomi dan pasaran semata-mata, malah
dari aspek kestabilan politik juga. Pada tahun 1914, setelah Jepun berjaya menawan Jerman di
Tsingtau, Jepun telah bertapak di Shantung dan Manchuria. Tsingtau telah dikepong selama lebih
kurang lima minggu.

Jepun telah memasuki Perang Dunia Pertama dua minggu setelah meletusnya perang
tersebut, dan seterusnya dalam masa tiga minggu sahaja telah berjaya merampas hak-hak serta
4
kepentingan Jerman di Shantung. Manakala duta British di Tokyo pula telah meminta Jepun
untuk memberi bantuan untuk mengusir kapal-kapal Jerman dari China dan Pasifik Utara.Perkara
ini sebenarnya telah memberi kekalahan kepada Jerman.Jepun sebenarnya adalah sebuah negara
yang pintar.Jepun telah melihat peluang yang ada untuk membolehkannya bertindak dengan
lebih berleluasa dengan mengisytiharkan permusuhannya dengan Jerman.Melalui perkara ini,
Jepun telah menggunakan kesempatan ini dan bertindak terhadap kepentingan-kepentingan
wilayah yang berada di bawah penguasaan Jerman yang ada di Timur Jauh khususnya Shantung.
Kekuatan ketenteraan Jerman yang lemah telah memudahkan penguasaan Jepun di kawasan
tersebut. Setelah menguasai Manchuria, Rusia telah membantu China untuk menyingkirkan
Jepun daripada Manchuria.

3 Marjorie Dryburgh. (2000). North China and Japanese Expansion 1933-1937. Surrey: Curzon Press. Hlm.
63.
4 W. Scott Morton. (2006). Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 188.

2|PERJANJIAN VERSAILLES
Jepun yang telah keluar dari Manchuria telah bertahan di Korea.Perkara ini telah
menimbulkan kebimbangan kepada Russia kerana telah mendapat Semenanjung Liaotung.Rusia
sudah mula mahu bergerak untuk mencampuri hal ehwal dalam negeri Korea.Demi kesejahteraan
Jepun sendiri, adalah perlu baginya untuk mempunyai jiran yang stabil keadaannya dan lebih
kukuh sekiranya berjaya menanam pengaruh atau kuasanya di situ. Setelah berjaya menawan
Jerman di Tsingtau, Jepun telah bertapak di Shantung dan Manchuria. Tsingtau telah dikepong
selama lebih kurang lima minggu. Satu pasukan tentera British yang kecil telah mengambil
bahagian dalam gerakan tersebut. Dalam pertempuran ini, Jepun buat pertama kalinya telah
5
menggunakan kekuatan tentera udara. Pengenalan dasar Terauchi terhadap China ialah mencuba
menguasai negeri itu dengan rasuah dan bukan dengan ancaman.

China seterusnya telah dipancing untuk memberikan pinjaman seterusnya berlakulah


peristiwa yang mengubah perjalanan Perang Dunia Pertama. Yuan Shih-kai bertindak
membelakangi kepentingan negara apabila membuat permohonan pinjaman sebanyak 25 juta
6
daripada kerajaan asing tanpa pengetahuan parlimen. Jepun telah mengambil kesempatan di atas
7
kematian Yuan Shih Kai dalam Jun 1916 secara mengejut lantas menghantar seorang wakil ke
Peking. Jepun seterusnya telah memperluaskan kuasanya di kawasan Asia Timur dan
mengukuhkan kuasa mereka. Pengukuhan kuasa bagi Jepun adalah penting sebagai sumber
ekonomi kepada negara.Jepun sebenarnya ingin membalas dendam kepada negara Jerman kerana
Jerman pernah terlibat secara langsung dalam perang China - Jepun yang telah menyebabkan
Jepun terpaksa menyerahkan Semenanjung Liaotung kepada negara China sebelum ini.

PERJANJIAN VERSAILLES (PERSETIAAN DAMAI. (1917-1919))

Persetiaan Damai Versailles atau Perjanjian Versailles ini telah ditandatangani pada 18 Januari
1919 di Istana Versailles, Paris Perancis dihadiri oleh wakil dari 27 buah negara dengan dipimpin
8
oleh Perdana Menteri Perancis waktu itu iaitu George Clemenceau . Secara umumnya, Perjanjian
Versailles ini dilihat sebagai satu perjanjian damai yang telah dibuat selepas berakhirnya Perang
Dunia Pertama dan menunjukkan bahawa kekalahan telah berlaku pada

5 W. Scott Morton. (2006). Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Hlm. 188. 6Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm.
106.
7
Ibid. Hlm.108.
8Maswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.
Hlm 205.

3|PERJANJIAN VERSAILLES
pihak Jerman. Perjanjian Versailles ini secara tidak langsung membuat Jepun berasa sangat selesa
kerana bagi Jepun, dengan termeterainya perjanjian ini, maka secara automatiknya pihak Barat
seperti Amerika Syarikat turut mengiktiraf perkara 21 tuntutan yang telah dibuat oleh Jepun
terhadap negara China.

Dalam Tuntutan 21 ini terkandung lima bahagian yang dilihat menekankan kepentingan
Jepun di China yang merangkumi wilayah Shantung, mengenai Manchuria Selatan dan
Pendalaman Mongolia Timur, mengenai masa hadapan Kilang Besi Sino Jepun, Han Yeh Ping di
Lembah Yangtze, dan juga menuntut China untuk mengambil kakitangan Jepun sebagai
9
penasihat tentera dan beberapa hal lain lagi yang dilihat memberi kepentingan kepada Jepun.

Perjanjian ini menuntut kuasa-kuasa besar Barat untuk menghormati pemilikan wilayah
oleh pihak China secara jujur dan pada masa yang sama mengambil tahu tentang pemilikan
10
wilayah oleh pihak Jepun yang telah memberikan faedah khas kepada benua Asia. Antara lain
yang tertulis dalam perjanjian tersebut ialah seperti Kerajaan Amerika Syarikat mengiktiraf
bahawa kerajaan Jepun mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu di China terutama di
11
kawasan haknya yang kukuh. Selain itu, kerajaan Amerika Syarikat juga mempunyai
keyakinan yang penuh terhadap jaminan dari Kerajaan Diraja Jepun bahawa ia akan tetap dengan
pendiriannya terhadap prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Dasar Buka Pintu ataupun
12
peluang-peluang yang sama terhadap perdagangan dan perindustrian di China. Di sini, jelas
dapat dilihat bahawa sebelum berakhirnya perang dunia pertama lagi, hubungan Jepun dengan
Barat itu sememangnya sudah mula dijalinkan.

Presiden Wilson tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut kerana baginya, ia akan
memberi satu tamparan yang hebat kepada negara China itu sendiri. Bagi pihak Jepun pula,
perjanjian tersebut dilihat menguntungkan kerana ia seperti menunjukkan bahawa Amerika
Syarikat seolah-olah mengakui hak keistimewaan Jepun di China dan pada masa yang sama
Jepun boleh memanfaatkan perjanjian tersebut untuk memburukkan Amerika Syarikat di China.
Dengan termeterainya Perjanjian Versailles ini mengukuhkan lagi kedudukan Jepun semakin
diiktiraf oleh kuasa Barat. Pada dasarnya, tindakan pihak Britain untuk menarik Jepun menyertai

9
Joginder Singh Jessy. (1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 191-193.
10
W. Scott Morton. (2006) Jepun : Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur : Universiti Malaya Hlm. 189
11
Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 201
12
Ibid.

4|PERJANJIAN VERSAILLES
Perang Dunia Pertama adalah untuk melemahkan konsesi Jerman di China. Britain nampaknya
tidak mahu bersaing dengan Jerman di kawasan Asia.

Manakala Jepun pula melihat keadan itu sebagai satu peluang keemasan yang tidak boleh
dilepaskan. Dalam Perjanjian Versailles ini, wakil Jepun iaitu Baron Makino Nobuki dan
Viscount Chinda Sutemi telah menguatkan tuntutan mereka.Antara tuntutan yang dibuat ialah
seperti tuntutan untuk memberi hak kepada Jepun untuk mengambil alih pulau-pulau bekas
kepunyaan Jerman di Lautan Pasifik Utara seperti Marianas, Carolines dan Marshalls yang
terletak di bahagian Utara Garisan Khatulistiwa. Jepun mendapat hak kerana kemenangan pihak
Bersekutu dalam Perang Dunia pertama ini yang memaksa Jerman menyerahkan daerah
jajahannya kepada Jepun. Selain itu, pihak Jepun juga menuntut supaya kuasa-kuasa Barat ini
membuat perakuan kepada tuntutan Jepun ke atas bekas-bekas hak dan kepentingan Jerman di
wilayah Shantung sebelum itu. Sehubungan itu juga, Jepun turut menuntut untuk mendapatkan
pengakuan bagi persamaan taraf dalam kalangan bangsa-bangsa sebagai prinsip asas bagi
13
persatuan bangsa-bangsa.

Pada masa ini, Presiden Wilson sekali lagi tidak bersetuju dengan tuntutan yang dibuat
oleh Jepun dalam perjanjian Versailles ini terutamanya mengenai hak persamaan hak dan
bangsa.. Akhirnya, melalui Perjanjian Versailles ini, pada bahagian IV termaktub bahawa
14
Kepulauan Marshall dan Shantung telah diserahkan kepada Jepun. Amerika Syarikat menyedari
bahawa terlalu banyak keistimewaan diperolehi Jepun menerusi Perjanjian Versailles ini juga
tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana Jepun sudah mengatur strateginya dengan mengikat
kuasa Barat melalui perjanjian sulit yang sudah ditandatangani. Namun begitu, Perjanjian ini
tidak ditandatangani oleh pihak China kerana wakil dari China iaitu C.T Wang dan Wellington
Koo kerana telah mendapat ugutan daripada rakyat China supaya tidak menandatangani
perjanjian tersebut untuk menyelamatkan Shantung daripada jatuh ke tangan Jepun.

Jepun turut dilihat telah berjaya mengekalkan mandat Liga Bangsa-Bangsa terhadap
15
Kepulauan Pasifik Jerman yang silam dan mengingatkan hak-hak khasnya di Shantung. Walau
bagaimanapun, pihak Jepun gagal untuk memberikan jaminan terhadap „Fasal Kesaksamaan

13
Maswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.
Hlm 205.
14
Ibid.
15
W. Scott Morton. (2006) Jepun : Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Hlm. 190

5|PERJANJIAN VERSAILLES
Bangsa‟ yang terkandung dalam perjanjian Liga Bangsa-Bangsa, berhutang dengan pihak
pembangkang, kepada pendatang-pendatang asing yang bukan berkulit putih ke Australia dan
California. Perjanjian Versailles atau Persetiaan Damai Versailles ini juga memperlihatkan
mengenai Jepun telah membantah kemasukan klausa tentang „persamaan ras‟, tetapi ini telah
disekat oleh Amerika Syarikat dan Britain. Hal ini demikian kerana terdapatnya tentangan yang
16
kuat di Amerika, Canada, dan juga Australia berkaitan dengan imigrasi golongan Oriental.

Di sini, jelas dapat dilihat bahawa Jepun sememangnya sudah pun mewujudkan
hubungan dengan pihak Barat sebelum Perang Dunia Pertama itu tamat dengan kuasa dominan
waktu itu seperti Jerman, Britain dan juga Amerika Syarikat. Hal ini terus terjalin dengan
selangkah ke hadapan lagi apabila Jepun itu sendiri dilihat seolah-olah mempunyai hubungan
yang baik dengan kuasa-kuasa Barat ini sehinggalah membawa kepada termeterainya Perjanjian
Versailles ini selepas tamatnya Perang Dunia Pertama itu.

KESAN PERJANJIAN VERSAILLES KEPADA JEPUN

Untuk menilai signifikan Perjanjian Versailles kepada Jepun, kita perlu melihat keinginan negara
matahari terbit itu untuk mendapatkan wilayah-wilayah penting di China iaitu Shantung dan juga
kawasan Lautan Pasifik sebelum perjanjian itu ditandatangani pada 28 Jun 1919.Seperti yang
diketahui, kawasan atau wilayah-wilayah penting ini pada asalnya merupakan kawasan jajahan
Jerman.Ketika berlakunya Perang Dunia Pertama, Jepun mendapat peluang untuk mengambil
alih wilayah-wilayah tersebut dari Jerman apabila pihak British meminta bantuan perlindungan
lalu lintas di perairan Lautan Pasifik. Akhirnya pada 7 Oktober 1914, Jepun berjaya mengusir
tentera Jerman daripada Shantung dan menakluki pulau-pulau kepunyaan Jermaniaitu Marianas,
17
Carolinesdan Marshalls menjelang awal tahun 1915.

Selepas memeterai Perjanjian Versailles pada tahun 1919 bersama-sama dengan negara
Perikatan yang lain, Jepun telah berjayamendapatkanwilayahShandungdanmenguasaiseluruh
kepentingan Jerman di China seperti Tsingtao dan juga menakluki kepulauan Jerman di Pasifik
Utara iaitu Marianas, Carolines, dan Marshalls setelah menerima mandat daripada kuasa-kuasa
18
Eropah hasil perjanjian tersebut. Kepulauan-kepulauan yang telah jatuh di tangan Jepun ini

16
Edwin O. Reischauer. (2006). Jepun : Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 121.
17
M. Rajendran. (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arena buku Sdn Bhd. Hlm 122-123.
18
Edwin O. Reischauer. (2006). Jepun : Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 120.

6|PERJANJIAN VERSAILLES
telah diberikan mandat kelas C oleh Mandat Bangsa-Bangsa Bersatu yang bermaksud Jepun
tidak dibenarkan membina benteng pertahanan tentera di pulau-pulau itu.Walaupun begitu, Jepun
telah berjaya mencapai objektif-objektifnya untuk menjamin kedudukannya di Shantung dan
19
juga menguasai hak milik Jerman di Lautan Pasifik. Ini juga bermakna bahawa Jepun telah
diiktiraf sebagai satu kuasa besar kerana mendapat mandat dari kuasa Eropah untuk mentadbir
wilayah Shantung dan kepulauan-kepulauan di Lautan Pasifik setanding dengan kuasa besar
Eropah lain seperti Perancis dan British walaupun berbeza mandat dan had kuasanya.

Di bawah kuasa Jepun, pulau-pulau ini yang mempunyai kebudayaan, ekonomi dan
pembangunan politik yang lemah, telah ditadbir secara langsung oleh badan pentadbiran yang
dikenalisebagaiNanyo yang memegangtampuk pemerintahan terhadap sistem domestik yang sah
dan memberikan hak pentadbiran kepada orang awam pada tahun 1922.Walaupun begitu Jepun
telah mengelak untuk melaporkan perkembangan dan pembangunan yang dilakukan di kawasan
tersebut pada waktu-waktu yang ditetapkan.Kawasan-kawasan kepulauan ini telah menjadi
tempat untuk penduduk Jepun terutamanya di kawasan Okinawa melakukan migrasi berikutan
tekanan ekonomi Jepun ketika mendapat memegang mandat tersebut. Walau apa pun cita-cita
Jepun terhadap pemikiran pentadbiran dan kemanusiaan, sukar untuk menolak bahawa
sebenarnya mandat tersebut telah digunakan oleh Jepun mengikut acuan sendiri berdasarkan
20
kepentingannya.

Jepun telah menguasai hampir keseluruhan aktiviti ekonomi di kawasan kepulauan


tersebut.Syarikat perdagangan Jepun yang mendapat sokongan daripada kerajaannya telah
mengetuai pembangunan perdaganganhasil-hasil tempatan seperti gula yang merupakan barang
komoditi yang mendapat permintaan tinggi dari golongan atasan Jepun.Selain daripada mengaut
keuntungan hasil bahan mentah di kawasan kepulauan ini, Jepun juga mengeksploitasi hasil-hasil
21
galian seperti fosfat oleh syarikat perlombongan Jepun untuk kepentingan negara tersebut. Jelas
ini menunjukkan bahawa walaupun Jepun mengalami masalah ekonomi dari segi dalamannya
namun usaha untuk mengembalikan semula kestabilan ekonomi tersebut telah pun dilakukan

19
M. Rajendran.. (1988). Sejarah Jepun.Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn Bhd. Hlm 128.
20
Michael A. Schneider. (1985). League of Nations, Mandate. Dalam Louis G. Perez (Ed.), Japan at War: An
Encyclopedia. (hlm 204). California: ABC-CLIO.
21
Ibid. Hlm 205.

7|PERJANJIAN VERSAILLES
hasil daripada mandat yang diberikan oleh pihak Bangsa-Bangsa Bersatu di kawasan-kawasan
yang menjadi hak Jepun.

Namun begitu, penyerahan Shantung kepada Jepun sebenarnya juga telah melemahkan
ekonomi Jepun di China.Ini disebabkan oleh bantahan rakyat China terhadap penyerahan
tersebut selepas sebelum ini kawasan tersebut menjadi jajahan Jerman. Mereka mengecam
pemimpin pada ketika itu sebagai pengecut dan juga mengutuk Jepun dengan hebatnya dan
menuduh Jepun telah cuba mengaburi mata pemimpin mereka. Oleh itu, pada 7 Mei 1919
pemboikotan terhadap semua jenis barang Jepun serta perkara-perkara yang berunsur Jepun telah
dimulakan di Shanghai.Tindakan protes ini akhirnya telah merebak dengan meluas ke seluruh
negara.Gerakan-gerakan menentang dan memulaukan unsur-unsur Jepun ini mendapat sambutan
di kalangan pelajar-pelajar.

Ekoran dari itu, pihak Jepun telah bersetuju untuk mengadakan rundingan dengan China
berkaitan hasrat mereka untuk menyerahkansemulawilayahKiaochow.Namun hasrat itu telah
ditolak disebabkan China hanya mahukan Jepun keluar dari Shantung secara aman menyebabkan
rundingan-rundingan yang dirancang selepas itu menemui jalan buntu dan hubungan antara
22
kedua buah negara ini semakin runcing. Keadaan ini berterusan sehinggalah berlaku Perjanjian
China-Jepun pada 4 Februari 1922 apabila Jepun bersetuju untuk menyerahkan semula Shantung
kepada China dengan mengenakan beberapa syarat iaitu pengiktirafan terhadap hak-hak ekonomi
Jepun di Shantung dan pemberian kuasa ke atas landasan kereta api Tainan-Tsingtao selama 15
23
tahun.

Hasil daripada Perjanjian Versailles juga, Jepun telah dilihat sebagai sebuah kuasa baru
yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang kuat terutamanya dari segi pasukan angkatan
tentera laut mereka.Amerika Syarikat yang sebelum ini merupakan pihak yang
bertanggungjawab dalam merangka Perjanjian Versailles telah melihat Jepun sebagai ancaman
utama kepada kedudukannya di rantau Pasifik dan Persidangan Washington merupakan satu
perjumpaan dan perbincangan yang menyaksikan tiga buah kuasa besar ketika itu iaitu Britain,
24
Amerika Syarikat dan Jepun bersetuju untuk melakukan gencatan senjata. Dalam persidangan

22
Joginder Singh Jessy. (1978). Sejarah China dan Jepun. Anthonian Store: Kuala Lumpur. Hlm 236.
23
M. Rajendran. (1988). Sejarah Jepun.Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn Bhd. Hlm 136.
24
Ibid. Hlm 130.

8|PERJANJIAN VERSAILLES
ini, 3 perkara penting telah menjadi topik perbincangan iaitu mencari penyelesaian kepada
persaingan peningkatan kedudukan tentera laut di antara ketiga-tiga kuasa tersebut dan keperluan
untuk menggantikan Perikatan Inggeris-Jepun, serta isu Shantung.

Isu Shantung bukanlah satu isu yang menjadi perhatian Amerika Syarikat
terutamanya.Paling utama yang membawa kepada persidangan ini adalah kerana inginkan
pengukuhan terhadap kuasa tentera laut mereka. Jepun pada ketika itu yang menjadi salah sebuah
kuasa tentera laut yang unggul kerana mempunyai kapal-kapal perang yang paling mahal dan
paling besar di duniasepertiNagatodanMutsu. Perundingan yang berlarutan beberapa selama
beberapa bulan memperlihatkan pengurangan kekuatan tentera laut serta-merta di kalangan
kuasa-kuasa besar yang terlibat termasuklah mengurangkan pembinaan kapal pejuang dan juga
memberhentikan pembinaan kapal-kapal perang.Perundingan tersebut akhirnya mencapai
25
kemuncakapabilaisumenghadkankekuatandankehadiran tentera dibangkitkan.

Pada mulanya perwakilan Jepun telah menuntut untuk mendapatkan kadar nisbah 10:10:7 tetapi
telah ditolak oleh Britain dan Amerika Syarikat. Sebagai jalan penyelesaian, Jepun menerima
cadangan pengimbangan nisbah 5:5:3 sekiranya Amerika Syarikat, Britain dan Jepun bersetuju
untuk mengekalkan status quo di kawasan Pasifik dengan tidak mengukuhkan atau membina
26
kekuatan tentera mereka di kawasan tersebut. Perjanjian ini yang dikenali sebagai Perjanjian
Laut telah ditandatangani pada 5 Februari 1922 yang berkuat kuasa sehingga 31 Disember 1936
dan ini telah memberi Jepun pegangan yang kuat terhadap jalan masuk ke pantai China serta
mempertingkatkan keselamatan Jepun kerana Britain dan Amerika tidak akan mendirikan
pangkalan pertahanan berhampiran negara Jepun.

KESAN PERJANJIAN VERSAILLES KEPADA CHINA

Sebelum peperangan dunia pertama tamat, pihak Jepun telah meneruskan usaha-usaha
untuk mendapatkan Shantung. Salah satu langkah yang diambil oleh pihak Jepun ialah dengan
membuat perjanjian sulit dengan dengan negara-negara Barat untuk mendapatkan sokongan
mereka. Perjanjian-perjanjian telah ditandatangani antara bulan Februari dan Mac 1917 dengan

25
Richard Storry. (1967). Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 151.
26
Ibid. Hlm 152.

9|PERJANJIAN VERSAILLES
27
Rusia, Britain, Perancis dan Itali. Sebelum itu, pada 18 Januari 1915, Jepun telah menekan
negara China dengan membuat Dua Puluh Satu Tuntutan ke atas Negara China. Kesibukan
kuasa-kuasa Barat di Eropah memberi jalan yang luas kepada Jepun dengan memaksa negara
China menerima tuntutan mereka. Antara tuntutan Jepun ialah mengiktiraf kedudukan Jepun di
Shantung, kedudukan istimewa Jepun di Manchuria dan Mongolia, usaha sama Jepun dan China
dalam pembuatan keluli, meminta China agar tidak menyerahkan mana-mana kawasan perairan
China kepada kuasa ketiga dan kekuasaan Jepun dalam mengawal beberapa pentadbiran
28
tempatan penting di China.

Setelah berlangsungnya perjanjian sulit tersebut maka terbentuklah perjanjian Versailles


yang telah memutuskan bahawa semua hak Jerman di Shantung akan diserahkan kepada
Jepun.manakala kepulauan Carolina, Marshall dan Mariana akan ditadbir oleh Jepun sebagai
wilayah mandat Liga Bangsa-bangsa. Perjanjian Versailles seolah-olah memberi pengiktirafan
kepada Jepun untuk menjadi kuasa imperialisme baru di Asia Timur. Manakala bantahan China
terhadap perjanjian tersebut tidak dilayan oleh kuasa-kuasa Barat. Malah, tuntutan Jepun
29
dipersetujui oleh kuasa-kuasa Barat. Sungguhpun perundingan telah mencapai persetujuan,
namun masih terdapat beberapa kekeliruan. Presiden Wilson tidak bersetuju dengan perjanjian
tersebut kerana ianya merupakan tamparan yang hebat kepada negeri China dan juga
kepentingan Amerika Syarikat di negeri itu. Kesan daripada itu, telah berlakunya ketidakpuasan
hati dalam kalangan pemerintah China mahupun dalam kalangan masyrakat China itu sendiri.

Perjanjian Versailles telah memberikan kesan buruk kepada negara China. Oleh hal yang
demikian, selepas perjanjian Versailles ini ditandatangani, pada 4 Mei 1919, kira-kira 5000 orang
pelajar di Peking telah berhimpun di dataran Tiananmen. Mereka melaungkan slogan “Pelihara
Kedaulatan China”. “Hukum Pengkhianat” dan “Jangan Tandatangani Perjanjian”. Pembelot
yang dimaksudkan dalam perjanjian ini ialah Tsao Ju Lin, Chang Tsung –hsiang dan Lu Zongyu.
Tiga tokoh ini dianggap orang yang bertanggungjawab membuat perjanjian rahsia dengan Jepun
30
untuk menyerahkan Shantung. Sebelum tercetusnya peristiwa demonstrasi

27
Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd.
Hlm. 203.
28
Abdullah ZakariaGhazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros & Suffian Mansor (2000). Sejarah Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Hlm 408.
29
Ibid.
30
Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: PenerbitUniversiti Malaya. Hlm 118.

10 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S
tersebut, penduduk Shantung telah mengadakan bantahan dan mengadakan rapat umum
mendesak Shantung dikembalikan kepada China. Akibatnya, beberapa pemipin pelajar ditangkap
oleh pihak kerajaan. Namun demikian, api kemarahan pelajar itu tidak luntur apabila mereka
mendesak Presiden China membebaskan pelajar yang ditahan. Di Tientsin, para pelajar
mengadakan perhimpunan di Universiti Nankai.

Gerakan ini bukan tertumpu di utara China sahaja, tetapi mulai tersebar luas ke seluruh
China. Mereka menjalankan aktiviti–aktiviti menyelamatkan kedaulatan China dengan
menubuhkan persatuan patriotik dan menerbitkan telegram anti-perjanjian tersebut. Mereka juga
mengirim telegram ke seluruh negara dan kepada perwakilan China di Paris yang menuntut
membatalkan perjanjian rahsia China-Jepun dan melindungi kedaulatan China. Liang Ch‟i-chao
pula menerbitkan artikel “A Diplomatic Warning To Nation” dalam Morning News di Beijing.
Apabila kerajaan tidak mengendahkan tuntutan mereka, golongan pelajar mula bergerak ke
rumah bekas menteri China ke Jepun iaitu Tsao Ju Lin. Pelajar memusnahkan rumahnya tetapi
31
Tsao Ju Lin berjaya menyelamatkan diri.

Gerakan ini mulai meresap ke seluruh lapisan penduduk China. Ia turut mempengaruhi
golongan pekerja kilang, pekerja pejabat dan pekedai. Golongan ini bergandingbahu dengan
golongan pelajar membantah perjanjian tersebut. Para pekerja kilang mengadakan rapat umum
dan mogok sebagai tanda bantahan. Manakala pekedai pula mengadakan usaha memulaukan
barangan Jepun dan menutup kedai-kedai mereka. Di Tientsin kebanyakan kedai dan bank
kepunyaan China telah ditutup untuk menekan kerajaan China supaya menerima tuntutan pelajar
China. Kempen pemulauan ke atas barangan Jepun dikembangkan lagi dengan usaha memulau
perkhidmatan orang Jepun seperti penggunaan bank dan iklan serta menolak wang Jepun.
Sebaliknya, mereka mendesak supaya menyokong barangan industri tempatan. Oleh itu, semua
perkara berkaitan Jepun menjadi mangsa. Hampir setiap hari, barangan buatan Jepun dibakar.
Penarik beca pula enggan menerima syiling Jepun.

Keadaan ini bersifat menyeluruh dan bukan semata-mata disebabkan oleh perasaan
menentang perjanjian tersebut. Gerakan ini berkesinambungan sejak tahun 1915. Perkara ini
ditegaskan oleh Arthur N.Holcombe bahawa gerakan ini bukannya gerakan yang spontan, tetapi

31
Ibid.

11 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S
telah dibawa oleh golongan intelektual yang percaya bahawa masyarakat China perlu disusun
semula. Perkara ini bersesuaian dengan pandangan Jerome B.Grieder bahawa gerakan ini
membawa kemunculan semula golongan elit intelektual yang mempunyai kesedaran dalam
kehidupan masyarakat China. Mereka merupakan tokoh penting dalam menjana idea-idea baru
32
untuk memelihara dan menyelamatkan kedaulatan China.

Sebagai langkah selanjutnya, pihak Jepun telah membuat perjanjian dengan pemerintah
baru Peking untuk memberi bantuan kepada Peking. Tuan Chi-Jui dengan tujuan untuk menguat
dan mengukuhkan kedudukannya telah membuat perjanjian sulit dengan Jepun dalam bulan
September 1918. Perkara yang dibincangkan di dalam perjnjian tersebut termasuklah Jepun akan
memberi pinjaman kepada pihak China sebanyak 20 juta Yen. Manakala perjanjian kedua, oleh
sebab pemberian pinjaman wang sebanyak 20 juta Yen kepada pihak China maka Jepun akan
diberi kebenaran untuk membina dua jalan atau landasan keretapi di Shantung. Sebenarnya, jika
diteliti melalui perjanjian ini,pihak Jepun cuba melakukan langkah awal dalam mengeksploitasi
terhadap kepentingan yang terdapat di Shantung iaitu melalui pembinaan landasan keretapi
tersebut. Selain itu, perjanjian ketiga yang ditandatangani ialah Jepun diberikan hak untuk
33
meletakkan tenteranya di pusat-pusat yang penting. Keadaan ini berlaku lagi menjaga dan
mengawal kepentingan Jepun tersebut ke atas kawasan-kawasan yang penting terutamanya
kawasan perdagangan. Seterusnya, isi kandungan keempat terhadap pihak Cina ialah Jepun akan
melatih pegawai-pegawai keretapi Cina. Isi kandungan ini dimasukkan dalam perjanjian tersebut
sebenarnya bagi memujuk pihak Cina untuk menandatangani perjanjian tersebut iaitu dengan
menunjukkan kesungguhan pihak Jepun untuk melatih pegawai-pegawai keretapi China walhal
tugas tersebut adalah sedikit berbanding dengan kepentingan yang diperolehi oleh pihak Jepun
ke atas China melalui perjanjian tersebut.

Namun begitu, perjanjian ini telah mendapat bantahan daripada orang-orang Cina dan
menyifatkan ianya sebagai pengkhianatan terhadap negara kerana perjanjian itu secara tidak
langsung menyerahkan hak-hak China di Shantung kepada Jepun. Akibatnya desakan-desakan
telah disuarakan supaya Tuan Chi-Jui meletakkan jawatan. Perjanjian ini telah memberikan
kesan besar ke atas China kerana wakil Jepun iaitu Baron Makino Nobuaki dan Viscount Chinda

32
Ibid. Hlm. 119.
33
Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd.
Hlm. 204.

12 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S
Sutemi telah menguatkan tuntutannya kerana mereka tahu negara Barat tidak dapat berbuat apa-
apa kerana terikat dengan perjanjian sulit yang telah ditandatangani. Tuntutan-tuntutan yang
dilakukan oleh pihak Jepun termasuklah mendapatkan pengakuan kepada tuntutan Jepun ke atas
34
bekas-bekas hak dan kepentingan Jerman di wilayah Shantung.

Presiden Wilson sedar pentingnya Jepun kepada badan dunia serta Presiden Wilson
mengetahui negara-negara Barat lain telah terikat dengan perjanjian sulit. Akhirnya penetapan
telah dibuat dan Jepun berhak ke atas Shantung. Sebaliknya bagi negeri China, setelah
peperangan tamat, mereka mengharapkan Shantung dikembalikan kepada pangkuan China.
Alasan yang dikemukakan ialah mengikut perjanjian China-Jerman mengenai Shantung yang
menyatakan bahawa Jerman tidak boleh menyerahkan wilayah tersebut kepada kuasa-kuasa lain
lagipun pada tahun 1917 kerajaan China telah mengisytiharkan perang ke atas Jerman dan oleh
itu Cina berhak menerima faedah-fedahnya.

Sehubungan itu, pada 17 November 1918 telah diadakan satu perbarisan kira-kira eramai
6,000orang di Peking untuk menyambut kemenangan dan mengharapkan pemulangan Shantung.
Seterusnya kerajaan China mengharapkan bantuan daripada pihak Barat untuk mendapatkan
kembali Shantung malangnya tidak diendahkan oleh pihak Barat. Perjanjian Versailles yang
ditandatangani oleh pihak Berkat dan Jerman yang mengandungi 15 Bahagian dan dalam
Bahagian IV dinyatakan bahawa Kepulauan Marshall dan Shantung diserahkan kepada pihak
Jepun dan dengan ini bermakna satu kemenangan kepada pihak Jepun walaupun Jepun gagal
mendapatkan persamaan Bangsa. Perwakilan China iaitu C.T. Wang dan Wellington Koo enggan
menandatangani perjanjian tersebut setelah mendapat ugutan daripada orang-orang China yang
menentang penyerahan Shantung kepada Jepun. Keputusan itu sungguh memeranjatkan orang
China dan mereka tidak lagi percayakan kepada Presiden Wilson yang dianggap sebagai pembela
negeri China dan penipuan yang dilakukan oleh pihak Berikat. Reaksi- reaksi telah meletus
35
dalam kalangan orang-orang Cina yang kemudiannya meletus peristiwa “Gerakan 4 Mei”.

Gerakan 4 Mei 1919 di China adalah satu gerakan patriotik yang dimulakan oleh
mahasiswa di Peking University. Gerakan tersebut yang berlaku lapan tahun selepas revolusi
China pada tahun 1911 menandakan kecekalan rakyat China untuk membersihkan saki-baki

34
Ibid. Hlm. 205.
35
Ibid.

13 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S
anasir yang menghalang hasrat rakyat untuk terlepas daripada belenggu semi-kolonial, sekaligus
mengubah senario politik, sosial, budaya dan pemikiran bangsa China pada tahap awal kurun
yang lalu. Gerakan yang membawa tujuan anti-imperialisme Jepun yang menakluki China serta
anti-kuasa feudal yang cuba menegakkan semula pemerintahan monarki pada masa itu. Kedua-
dua semangat itu membawa kebangkitan kepada China dan ia masih diraikan oleh golongan
cendekiawan sehingga kini.

Gerakan ini telah mencapai matlamat perjuangannya. Wakil China dalam Persidangan
Damai Versailles iaitu C.T. Wong dan Wellington Khoo tidak menandatangani Perjanjian
Versailles yang dijadualkan pada 28 Jun 1919 akibat dari desakan pelajar. Tiga orang ahli politik
China yang dianggap pro Jepun dan bertanggungjawab bagi penerimaan “21 Tuntutan” Jepun
oleh China iaitu Chang Tsung Hsing, Lu Tsung Yu dan Tsao Ju Lin telah meletakkan jawatan.
Dalam Persidangan Washington pada 21 November 1921, negeri Jepun telah bersetuju untuk
menarik diri dari Shantung.

Selain itu,gerakan 4 Mei telah melahirkan semangat kebangsaan di kalangan orang-orang


China. Ianya merupakan saru revolusi mental di kalangan orang-orang China yang digerakkan
oleh golongan intelek. Pelajar muncul sebagai golongan penting pembela kepentingan nasional
China. Dalam hubungan mengembangkan semangat nasionalisme, golongan pelajar dan intelek
dari Universiti Kebangsaan Peking memainkan peranan penting. Demonstrasi oleh pelajar-
pelajar mengakibatkan demonstrasi dan permogokan di seluruh China. Golongan pelajar juga
telah menganjurkan pemulauan barang-barang buatan Jepun. Pemulauan ini mendapat sokongan
ramai dan menjejaskan perdagangan Jepun dengan China. Perasaan anti Jepun juga bertambah di
kalangan orang-orang China akibat dari Gerakan 4 Mei. Buat pertama kalinya pekerja-pekerja
China mengadakan demonstrasi-demonstrasi secara besar-besaran di Peking, Tientsin, Shanghai,
Hankow dan bandar-bandar lain.

Gerakan ini juga telah membuka jalan kepada perkembangan fahaman Komunis di negeri
China. Ideologi-ideologi Barat telah menarik minat intelek-intelek China yang merupakan
pengasas Gerakan 4 Mei. Dalam tahun 1918, Li Ta Chao telah menubuhkan “Society for the
Study of Marxism” di Universiti Peking yang merupakan pusat Gerakan 4 Mei. Kebanyakan
ahlinya terdiri dari pelajar-pelajar Universiti Peking seperti Chang Kuo Tao dan Mao Tse Tung
yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam gerakan Komunis di negeri China. Chen

14 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S
Tu Hsiu seorang pemimpin terkemuka Gerakan 4 Mei telah menganut fahaman Marx-Lenin
dalam tahun 1920. Beliau telah menubuhkan “Socialist Youth Corps” di Shanghai pada tahun
1920. Pada tahun tesebut juga, Li Ta Chao telah menubuhkan “Socialist Youth Corps” di Peking.
Pada tahun 1920 juga, pertubuhan-pertubuhan Marxism telah disatukan dan pada tahun 1921,
Chen Tu Hsiu dan Li Ta Chao telah menubuhkan Parti Komunis China dengan bantuan
Comintern.

Gerakan 4 Mei telah melemahkan kedudukan panglima-panglima perang yang menguasai


Kerajaan China di Peking. Golongan pelajar yang mendapat sokongan orang ramai telah
menyalahkan mereka di atas kegagalan negeri China menjaga kepentingannya dalam Perjanjian
Versailles 1919. Akibat desakan orang ramai, Kabinet China yang dipimpin oleh Tuan Chi Jui
terpaksa dibubarkan. Gerakan 4 Mei telah memperbaiki kedudukan Kuomintang yang bertujuan
untuk menyatukan negeri China. Akibat dari tindakan Sun Yat Sen menyokong Gerakan 4 Mei
menyebabkan Kuomintang mendapat sokongan ramai terutamanya di kalangan pelajar.
Sokongan ini memberi inspirasi kepada Sun Yat Sen untuk menegakkan kuasa Kuomintang di
negeri China. Sokongan ini juga membolehkan Sun Yat Sen menyusun semula dan
memperkuatkan Kuomintang sehingga Kuomintang di bawah Chiang Kai Shek berjaya
menubuhkan kerajaan baru di Nanking pada tahun 1928.

Gerakan 4 Mei merupakan satu gerakan kebangsaan yang telah mempengaruhi


perkembangan politik dan sosial negeri China. Negeri China telah mengalami perubahan politik
dan sosial yang mendadak selepas gerakan ini dan ianya juga telah merintis jalan kepada
kemunculan Parti Komunis China sebagai sebuah kuasa yang berpengaruh dewasa itu sehingga
akhirnya PKC berjaya menubuhkan sebuah Kerajaan Republik Komunis pada tahun 1949.

15 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S
KESAN PERJANJIAN VERSAILLES KEPADA KOREA

Kesan perjanjian Versailles terhadap Korea tidak dapat dilihat secara lansung kerana Korea
langsung tidak terlibat dalam perang Dunia Pertama. Perkaitan Korea dengan perjanjian
Versailles berlaku berikutan Jepun yang terlibat di dalam perang Dunia pertama telah
memberikan kesan terhadap tanah jajahan mereka iaitu Korea.Korea telah menjadi jajahan Jepun
36
sejak tahun 1910 dengan melantik Jeneral Terauchi Masatake sebagai residen –Jeneral baru dan
telah memerintah Korea semalam 35 tahun.

Semasa Perang Dunia Pertama Presiden Amerika iaitu Woodrow Wilson telah
memperkenalkan Doktrin penentuan sendiri masa depan sendiri. Beliau memperkenalkan
Doktrin ini bertujuan untuk member respon kepada pergerakan –pergerakan kemerdekaan di
seluruh Negara dalam persidangan Damai Versailles.Terdapat nasionalis Korea yang dibuang si
Shanghai, Timur Jauh Rusia, dan Amerika Syarikat semasa cuba untuk menghantar delegasi ke
Versailles. Doktrin ini memberi dorongan kepada pergerakan nasionalis Korea untuk
37
mendapatkan kemerdekaan Korea. Justeru, Jepun pada masa itu yang menjajah Korea terasa
tergugat dengan kebangkitan yang dilakukan oleh rakyat Korea hasil daripada kesan Perang
Dunia Pertama. Rakyat Korea telah sedar akan kekejaman yang dilakukan oleh Jepun, oleh itu
suatu pengumuman Perisytiharaan Kemerdekaan yang dirangka oleh tiga puluh tiga wakil rakyat
38
Korea. Berikutan daripada pengumuman ini, maka pergerakan 1 Mac sebagai usaha damai.

Pergerakan 1 Mac telah membuatkan Jepun terpaksa mengubah dasar kolonialnya di


Korea dengan menytiharkan dasar Pentadbiran Sedar. Pergerakan 1 Mac adalah sebuah gerakan
nasionalisme. Dasar baru Jepun ini telah didedahkan sebagai palsu dan dunia telah mengkritik
39
tindakan Jepun. Pergerakan 1 mac adalah kesan daripada perang dunia pertama yang
dijalankan oleh golongan pelajar lelaki dan perempuan. Mereka dianjurkan diri mereka ke dalam
menerbitkan manifesto kemerdekaan Korea pada bulan Februari tahun 1919, dan tidak lama lagi
mereka bergabung dengan pelajar-pelajar yang berfikiran seperti di tanah air mereka untuk
merekrut pemimpin sosial dan budaya untuk demonstrasi besar-besaran bagi

36
Ki-baiK LEE. (1990) Sejarah Baru Korea. (M. Rajendran, Terjemah). Kuala Lumpur: IIchokak Publisher. Hlm
425
37
Ibid.
38
Ibid. Hlm 462.
39
Ibid. Hlm. 467.

16 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S
40
kemerdekaan. Pergerakan ini menyebabkan kuasa Jepun di Korea terhakis. Walupun pergerakan
ini mengalami kegagalan, namun ia telah banyak member inspirasi kepada generasi akan datang
dalam menuntut kemerdekaan Korea daripada Jepun.

ANALISIS

Perjanjian Versailles sememangnya telah mengubah langkap politik, ekonomi dan sosial di
kawasan Asia Timur. Meskipun dapat dilihat bahawa pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20,
sudah berlaku perubahan di kalangan negara-negara Asia Timur seperti Jepun dan China, namun
selepas perjanjian ini perubahan-perubahan berlaku dengan lebih drastik kesan daripada
perjanjian tersebut.

Bukti yang jelas dapat dilihat di negara Jepun. Umum megetahui bahawa Jepun telah
memulakan langkah pemodennya mula berlaku setelah peristiwa penyerahan kuasa yang
bersejarah kepada Maharaja Meiji yang berlaku pada 24hb.Okt.1867 dan secara rasminya pada
bulan April 1868 dan sehubungan dengan itu bulan April Maharaja Meiji (nama sebenarnya
41
Maharaja Mutsuhiro) , dengan nasihat beberapa orang yang mempunyai azam untuk menaikan
taraf Negara Jepun supaya sama dengan Negara Barat. Justeru itu, Jepun telah melakukan
pelbagai perubahan dan akhirnya perjanjian ini bolehlah dikatakan perjanjian ini telah menjadi
“bukti rasmi” bahawa Jepun telah menjadi negara maju setaraf dengan kuasa Barat. Malahan
secara tidak langsung kuasa Barat juga telah mengiktiraf Jepun sebagai salah satu “pemain
penting” di dalam arena politik antarabangsa pada ketika itu.

Manakala perubahan yang ketara turut berlaku di dalam negara China. Hal ini kerana
perjanjian ini telah meletakkan China ke tahap yang sangat rendah. Hal ini berkait rapat dengan
isu wilayah Shantung. Namun perkara yang menarik dan perlu diberikan perhatian adalah
bermulanya penyerapan yang sangat kukuh ideologi komunis kesan daripada Perjanjian
Versailles ini. Bahkan ideologi ini kekal sehingga ke hari ini. Justeru itu, tidak ketelaluan jika
dikatakan perjanjian ini menjadi pemangkin kepada kukuhnya ideologi komunis di China

40 Kyung Moon Hwang. (2010) A Histroy Of Korea. New York: Palgrave Macmillan. Hlm 163.
41
Mohd.Yusof Ibrahim. (1972). Jepun Selepas Meiji. Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Bhd. Hlm. 13.

17 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S
malahan menjadi turning point yang penting dan membuka lembaran baru di dalam aspek politik
42
negara China secara keseluruhannya.

Manakala akibat daripada Perjanjian Versailles juga berlaku kesan yang mendalam
terhadap pelbagai aspek di dalam negara Korea. Meskipun kesan tersebut merupakan kesan tidak
langsung tetapi perkara ini turut memberikan perubahan kepada wilayah Asia Timur secara
keseluruhan. Perjanjian ini juga menunjukkan berlakunya “teori domino”. Hal ini kerana apabila
berlaku perubahan di negara China dan Jepun, Korea turut akan mengalami perubahan. Oleh
yang demikian di dalam konteks Perjanjian Versailles ini Korea telah menerima tempias hasil
daripada perjanjian tersebut disebabkan oleh beberapa aspek seperti aspek geografi. Malahan
hubungan ketiga-tiga negara ini di wilayah Asia Timur turut menjadi pemangkin kepada
perubahan yang berlaku.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, hujah-hujah dan analisis di atas ini telah menjawab bahawa Perjanjian Versailles
ini sememangnya telah memberikan kesan dan impak yang mendalam kepada wilayah Asia
Timur. Perjanjian ini yang dirangka selepas Perang Dunia Pertama telah membuka lembaran baru
di dalam pelbagai aspek terutama sekali politik di negara-negara seperti Jepun, China dan Korea.
Justeru itu, penulis ingin tegaskan lagi bahawa perjanjian ini merupakan salah satu turning point
yang mencorak sejarah di kawasan Asia Timur dan kepentingannya dalam memahami perjalanan
sejarah di wilayah tersebut tidak dapat disangkal sama sekali terutama sekali ketika akhir abad
ke-19 dan awal abad ke 20.

42
Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: PenerbitUniversiti Malaya. Hlm 117.

18 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S
BIBLIOGRAFI

Abdullah Zakaria Ghazali. Azharudin Mohamed Dali. Azhar Mad Aros. Suffian Mansor. 2000.
Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti.

Edwin O. Reischauer. 2006. Jepun Sejarah Sebuah Negara. Penerbit Universiti Malaya: Kuala
Lumpur

Joginder Singh Jessy. 1978. Sejarah China dan Jepun.Anthonian Store: Kuala Lumpur

Ki-baiK LEE. 1990. Sejarah Baru Korea. (M. Rajendran, Terjemah). Kuala Lumpur: Iichokak

Publisher.

Kyung Moon Hwang. 2010. A Histroy Of Korea. New York: Palgrave Macmillan.

Marjorie Dryburgh .2000. North China and Japanese Expansion 1933-1937. Surrey: Curzon
Press.

Maswari Rosdi .1985. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Express
Printers Sdn. Bhd.

M. Rajendran. 1988. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arena buku Sdn Bhd

Michael A. Schneider. 1985. League of Nations, Mandate. Dalam Louis G. Perez (Ed.), Japan at
War: An Encyclopedia. California: ABC-CLIO.

19 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S
Mohd.Yusof Ibrahim, (1972). Jepun Selepas Meiji. Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Bhd.

Nana Supriatna, Mamat Ruhimat dan Kosim .2006. Ilmu Pengetahuan Sosial (Geografi,
Sejarah, Sosiologi, Ekonom). Indonesia:Grafindo Media Pratama.

Richard Storry. 1967. Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Suffian Mansor .2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

W. Scott Morton .2006. Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

20 | P E R J A N J I A N V E R S A I L L E S

Anda mungkin juga menyukai